You are on page 1of 6
KETUA PENGARAH JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MALAYSIA (Komenterian Sumber Manusia) Tel» 03-8886 5083 ‘Aras 4, Blok D3, Kompleks D Fax = 03-8889 2351 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Web httov/www.dosh.cov.my 62520 WP. Putrejaya - E-mail: drjohari@mohr.govmy Ruj. Tuan Ruj. Kami: JKKP IS 127/789/2 kit 5(23 ) Tarikh : © April 2012 Pengarah JKKP Negeri dan Pengarah Bahagian Tuan, ARAHAN MELAKSANAKAN SOFT ENFORCEMENT BAGI PENGUATKUASAAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA (SSS) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di 2. Sepertimana yang telah ditetapkan, Jabatan telah mula menguatkuasakan_keperluan undang-undang berkaitan melantik penyclia keselamatan tapak bina (SSS) mulai 1 Januari 2012. Satu Pekeliling Ketua Pengarah Bil. 02 Tahun 2011 telah dikeluarkan bagi mengarahkan JKKP ‘Negeri menjalankan penguatkuasaan ke atas keperluan melantik SSS di tapak bina. 3. Penguatkuasaan ke atas keperluan SSS ini mula menampakkan impak positif di kalangan pihak industri pembinaan khususnya Kontraktor, dimana mereka telah mula sedar akan keperluan melantik SSS yang kompeten. Permintaan ke atas kursus dan peperiksaan SSS juga semakin bertambah. Walau bagaimanapun, permintaan ini tidak dapat dipenuhi kerana setakat ini hanya ada dua (2) pusat pengajar yang di iraf Jabatan. 4. Justeru, untuk peringkat awal ini, JKKP Negeri dipohon untuk melaksanakan penguatkuasaan dengan cara berhemah (soft enforcement). Bagi melancarkan urusan pematuhan kepada keperluan melantik SSS, penguatkuasaan peringkat awal ini hendaklah lebih berbentuk memberi penerangan dan meyakinkan kontraktor akan keperluan tersebut. Jika diperlukan surat arahan bolehlah . Oleh Kerana celuarkan kepada kontraktor supaya mematuhi arahan pendekatan penguatkuasaan yang lebih lembut dan mesra kontraktor merupakan pendekatan peringkat awal, maka tindakan punitif seperti mengeluarkan kompaun, mengambil tindakan (Sila nyatakan rujukan fail apabila menjawab surat ini) mahkamah atau mengeluarkan perintah memberhentikan Kerja (stop work order) tidak wajar dilakukan pada peringkat awal penguatkuasaan, 5. Satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh JKKP Negeri ialah akan bilangan SSS yang telah dilatih. Satu critical mass perlu wujud dalam industri sebelum satu bentuk penguatkuasaan yang lebih keras dapat dilakukan. Ini perlu dilakukan bagi mengelak aduan atau permasalahan timbul kerana kekurangan bilangan SSS sedia ada untuk bekerja dalam industri. 6. Dengan ini, Jabatan memutuskan bahawa pendekatan soft enforcement ke atas penguatkuasaan SSS akan dilaksanakan bermula pada 1 April 2012 hingga 31 Mei 2013. 7. Bersama-sama ini disertakan panduan menjalankan soft enforcement SSS untuk rujukan pihak JKKP Negeri. Sckian, terima kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ RI BIN BASRI) KetlePehgarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Malaysia. sk: 1. Tim, Ketua Pengarah (D) JKKP 2. Tim, Ketua Pengarah (0) JKKP. 3. Pengarah, Bah. Keselamatan Industri Panduan ‘Soft Enforcement’ Bagi Keperluan Melantik Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS) 1.0 Tafsiran ’separuh masa’ di dalam Peraturan 25, BOWEC 1.1 Jabatan mentafsirkan istilah “separuh masa’ yang dinyatakan di bawah peraturan 25, BOWEC adalah seseorang kakitangan kontraktor utama boleh menjalankan dua (2) tugasan pada satu masa dan pada satu tapak bina sahaja, Sebagai contoh jurutera tapak atau penyelia tapak kontraktor utama boleh bertindak sebagai SSS, dengan syarat beliau berdaftar sebagai SSS dan hendaklah menjalankan tugas SSS sekurang-kurangnya 15 jam seminggu disamping menjalankan tugas hakiki sebagai jurutera tapak atau penyelia tapak. 1.2 Jabatan juga tidak membenarkan mana-mana SSS menjalankan tugas sebagai SSS bebas (freelance) yang mengawal selia tapak bina yang berbeza pada satu masa. Jabatan akan menarik balik pendaftaran SSS jika mendapat bukti SSS menjalankan kegiatan tersebut. 2.0 Situasi pelantikan SSS Situasi 1 Jika jumlah harga Kontrak projek pembinaan bangunan atau pembinaan kejuruteraan melebihi RM20 juta, maka kontaktor ulama perlu melantik SSS walaupun telah mempunyai SHO. SSS akan bertindak sebagai pembantu kepada SHO bagi mengawal selia isu KKP di tapak bina.

You might also like