You are on page 1of 2

C- Alat kawalan kualiti

1)-Dalam mencapai satu tahap piawai kualiti,alat yang biasa digunakan adalah kawalan
proses secara statistic (statistical process control –SPC)

2)-Kawalan proses secara statistic ialah membuat penilaian secara statistic terhadap
proses pengeluaran agar ia memenuhi piawai.

3)-Tujuan SPC adalah untuk mengukur pretasi sesuatu proses.SPC akan membuat
pemantauan terhadap proses pengeluaran produk dengan membuat pengukuran dan
mengambil tindakan pembetulan terhadap kesilapan yang tak dijangkakan.

4-)Kebiasaannya, dalam sesuatu proses akan wujud penyebab asli atau variasi
tabii(natural variation).variasi tabii ini akan mempengaruhi setiap proses pengeluaran dan
kewujudanya dapat dijangkakan.

5)-Variasi ini dapat disingkirkan secara ekonomi tanpa perubahan pada proses tersebut
dan ia tidak akan menjejaskan piawai yang diperlukan dan proses operasi adalah
terkawal.

6)-Variasi yang ditugaskan (ASSINGNABLE VARIATION)adalah variasi dalam proses


pengeluaran yang dapat dikenal pasti disebabkan oleh penyebab yang spesifik .ia juga
dikenali sbg variasi istimewa (special variation)

7)-Variasi jenis ini akan menjejaskan p


roses pengeluaran dan seterusnya produk yang dihasilkan tidak memenuhi piawai

8)-Carta kawalan merupakan alat yang digunakan bagi mengukur dan mengasingkan
variasi tabii dengan variasi yang ditugaskan. Penggunaan carta kawalan ini adalah untuk
memastikan agar sesuatu proses kekal berada dalam had kawalan statistic ..

9)carta kawalan ini merupakan kaedah grafik yang dapat menilai sama ada sesuatu
proses situ berada di bawah kawalan statistic atau tidak.Ia dapat menentukan kewujudan
variasi istimewa yang perlu disingkirkan dari proses agar produk yang terhasil dapat
memenuhi piawai dan seterusnya kehendak pengguna
Pengukuran
Proses

Had Kawalan Atas

Purata Proses ---------------------------------------------------- Garisan Tengah

Had Kawalan Bawah

1 2 3 4 5 6 7
Nombor Sampel

Jika semua titik


berada dalam had
kawalan,bermakna tiada kehadiran variasi istimewa dan wujud hanyalah variasi biasa
sahaja titk yang berada berdekatan diluar had kawalan ditafsirkan sebagai kemungkinan
wujudnya variasi istimewa dan ianya perlu disingkirkan.Apabila proses memenuhi
syarat-syarat berikut,proses tersebut berada di dalam kawalan:

 Tiada terdapat titik sampel berada diluar kawasan had kawalan


 Kebanyakkan titik berada berdekatan dengan garisan tengah atau purata proses
 Terdapat jumlah penyebaran titik yang sama bagi kumpulan titik2 yang berada
diatas garisan tengah dengan kumpulan titik2 yang berada dibawah garisan tengah
 Titik2 menunjukkan taburan normal.

You might also like