You are on page 1of 16

SENARAI KANDUNGAN

INDEKS MUKA SURAT

LAPORAN PROJEK 2

RUMUSAN 15

RUJUKAN 16

1
Laporan Projek

Nama Projek 1: Kitar Semula Botol Yakult

Manusia dan alam sekitar saling bergantung. Secara asasnya, manusia memerlukan

makanan, pakaian dan tempat tinggal. Ketiga-tiga keperluan asas ini mengambil daripada

alam sekitar. Oleh itu, kita perlu sentiasa menjaga alam sekitar supaya alam sekitar

terpelihara dan menikmati keperluan asas yang kita perlu sepanjang masa. Hal ini

bemaksud memastikan alam sekitar sentiasa dalam keadaan baik merupakan

tanggungjawab bersama. Khairuddin (2015) menyatakan alam sekitar dapat didefinisikan

sebagai segala komponen hidup (biota) seperti haiwan dan tumbuhan, serta yang bukan

hidup (abiota) seperti tanah, bentuk muka bumi, cuaca dan faktor kimia. Oleh itu, alam

sekitar merupakan penampung keperluan hidupan dengan membekalkan sumber makanan,

udara dan sumber tenaga. Satu kesimbangan dinamnik wujud antara manusia dan

organisma dengan alam sekitar.

Menurut Azizan Ramli (2010), secara umumnya, manusia sedang berhadapan

dengan empat situasi kritikal dalam memenuhi agenda kesinambungan tamadun mereka

iaitu; populasi yang semakin meningkat, pembangunan yang pesat, keharmonian sejagat,

dan alam sekitar. Dalam usaha menjaga alam sekitar dengan baik, kita perlu mengetahui

dan memahami tentang alam sekitar kita. Semua elemen atau benda-benda yang terdapat

di alam sekitar perlu kita ambil tahu dan bagaimana ia berfungsi untuk mencapai

keseimbangan alam sekitar. Kita perlu memahami tentang bagaimana alam sekitar

berfungsi supaya aktiviti seharian tidak menganggu fungsi alam sekitar tersebut (Mashitoh

Yaacob, 2004). Aktiviti seharian kita seperti pembakaran terbuka, merokok yang

menganggu fungsi alam sekitar boleh menyebabkan alam sekitar berada dalam keadaan

tidak seimbang. Secara tidak langsung, kehidupan manusia juga akan terancam. Seperti

yang kita lihat, ketidakseimbangan alam sekitar ditunjukkan dalam bentuk pencemaran alam

2
sekitar yang berlaku. Kesihatan kita juga mengalami kemerosotan kerana kita menggunakan

bahan-bahan yang tercemar di alam sekitar ini.

Kerancakan proses urbanisasi di Malaysia telah memberi satu natijah yang

terembunyi iaitu penjaan sampah atau sisa pepejal yang dihasilkan oleh manusia. Seow Ta

Wee et al., (2009) mengatakan bahawa sampah atau sisa pepejal didefinisikan sebagai

sesuatu yang tidak digunakan dan tidak mempunyai nilai ekonomi setelah melalui proses

terakhir. Amalan pengurusan sisa berbeza antara negara maju dan negara membangun,

antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar, dan antara penghasil kawasan

kediaman dan penghasil industri. Pihak kerajaan berkuasa tempatan bertanggungjawab

untuk menguruskan sisa pepejal bagi kawasan kediaman dan institusi di kawasan

metropolitan manakala penjana bertanggungjawab menguruskan sisa tidak berbahaya

komersial dan perindustrian. Menurut Khairuddin (2015), di Malaysia, terdapat hampir 230

tapak pelupusan sisa pepejal dengan purata keluasan 15 hektar untuk setiap tapak. Lebih

daripada 60% tapak-tapak pelupusan ini adalah tapak pelupusan terbuka yang dicirikan

sebagai tapak untuk kajian yang bersesuaian, kekurangan bahan untuk menimbus,

kekurangan kemudahan jambatan timbang dan ketiadaan kaedah khusus untuk mengawal

pencemaran air larut resap dan pembebasan gas (Kompedium Perangkaan Alam Sekitar,

2010).

Pelaksanaan Kempen Kitar Semula diperkenalkan pertama kali di Malaysia pada

tahun 1993 namun menemui kegagalan dan sekali lagi diwujudkan pada tahun 1997. Walau

bagaimanapun, kempen kitar semula yang dilancarkan 1997 juga menemui kegagalan

apabila kebanyakan program yang dijalankan tidak dipantau dan tidak menepati piawai yang

ditetapkan serta kurangnya tindak balas daripada masyarakat (Hamidi, 2006). Kitar semula

merupakan suatu proses bagi memperoleh atau menjadikan sebahagian atau semua bahan

daripada sampah atau barangan pakai buang untuk diguna pakai semula. Kitar semula juga

mengelakkan pembuangan sisa pepejal ke dalam sungai dan laut kerana diproses bagi

menghasilkan produk-produk baharu.

3
Kajian mendapati bekas plastik, tin aluminium, kertas, besi keluli, dan kaca

merupakan antara bahan utama yang dikitar semula (Jadual 1). Bekas plastik merupakan

bahan yang paling banyak dikitar semula dan diguna semula. Sebab utama kitar semula

adalah menyelesaikan masalah menyediakan ruang bagi kegunaan pelupusan sisa pepejal

di Malaysia semakin menjadi serius. Pada masa kin, terdapat 230 tapak pelupusan sampah

di Malaysia (Khairuddin, 2015). Jika tempat pelupusan sampah yang sedia ada telah penuh,

tempat pelupusan sampah yang baharu perlu diwujudkan. Oleh hal yang demikian, aktiviti

Kitar Semula boleh dibuat untuk mengatasi masalah kawasan pelupusan sampah.

Jadual 1: Kekerapan jenis bahan yang dikitar semula dan diguna semula

Jenis Bahan Dikitar Semula Diguna Semula


Sisa dapur/ Makanan 14 15
Perabot 31 42
Permainan kanak-kanak 26 40
Pakaian 30 95
Bekas Plastik 274 276
Tin aluminium 273 70
Besi keluli 139 30
Kaca 120 82
Kertas 215 35
Sumber: Seow Ta Wee et al., (2009)

Maklumat tentang isu alam sekitar yang saya dapati ialah di lokal saya mendapati

bahawa murid membuang botol yakult tersebut merata-rata di kawasan sekolah seperti di

dalam longkang, tepi tangga, dewan dan kawasan lain. Saya menjalankan program

Internship selama sebulan di Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy. Pada waktu rehat,

terdapat jualan minuman yakult di bilik guru untuk murid tahap satu dan tahap dua. Minuman

yakult tersebut merupakan botol minuman plastik yang diperbuat daripada plastik dan boleh

diproses untuk kitar semula. Saya telah menegur murid-murid untuk tidak membuang botol

yakult merata-rata. Jadi, isu alam sekitar yang saya kenal pasti di sekolah ialah

pembuangan botol yakult di merata-rata tempat dalam kawasan sekolah.

4
Isu ini menjadikan sekolah penuh dengan sampah-sarap seperti botol yakult. Jika

musim hujan, botol-botol yakult yang kosong akan menjadi tempat takungan air hujan dan

berkemungkinan mendatangkan nyamuk Aedes. Murid-murid tidak seharusnya membuang

botol itu merata-rata tempat. Jadi, saya bercadang untuk kitar semula botol-botol tersebut

dan menjadikan sebagai orang-orang. Orang-orang tersebut akan diletakkan di kebun

sekolah bagi menyelesaikan isu ini di sekolah. Langkah pertama saya mengumpulkan botol

yakult pada waktu rehat selepas murid habis minum. Saya minta kerjasama daripada murid

untuk mencuci botol tersebut dan membuka plastik yang membalut botol yakult.

Gambar 1: Pengumpulan botol-botol yakult

Selepas itu, saya mencuci lagi sekali semua botol yang dikumpul dan meletak

semula di bakul. Saya menyidai di bawah matahari untuk memastikan semua botol tersebut

sudah kering. Saya melukis satu lakaran tentang orang-orang yang ingin dihasilkan.

Anggaran botol yakult yang diperlukan ialah 200 botol. Saya telah menyusun botol-botol

5
dalam bentuk bulatan dan menggunakan hot glue gun untuk mencamtumkan kesemua botol

yakult. Hal ini demikian supaya bentuk badan orang-orang tersebut berbentuk bulat yang

kemas dan kukuh. Saya telah membuat empat lapisan untuk membentuk badannya.

Gambar 2: Mencantumkan botol yakult dan untuk membentuk badan orang-orang

Langkah seterusnya saya mula membuat bentuk badan. Saya terjumpa sebatang

tiang yang tidak digunakan lagi di sekolah. Saya jadikan tiang tersebut sebagai penyokong

kepada orang-orang. Saya telah menebuk lubang di setiap lapisan botol yakult dan

memasuki satu per satu ke dalam tiang tersebut. Kebetulan, saya terjumpa beberapa keping

polistirena di bilik stor semasa mengemas bersama guru di sekolah. Jadi, saya telah

meletakkan polistirena di antara botol yakult.

Gambar 3: Membentuk badan orang-orang

6
Keempat, saya membuat bahagian tangan orang-orang menggunakan botol yakult

yang selebihnya. Dua-dua belah bahagian tangan orang-orang tersebut telah menggunakan

30 botol yakult. Saya membuat bentuk memanjang untuk bahagian tangan. Hot glue gun

digunakan untuk mencantumkan bahagian-bahagian tangan dengan menggunakan botol

yakult. Saya melekat dengan berhati-hati supaya hasil tangan itu kemas dan cantik.

Gambar 4: Membuat bahagian tangan orang-orang

Akhir sekali, saya menggunakan baju saya yang sudah koyak untuk disarungkan di

badan orang-orang. Skarf di leher telah ditambahkan supaya orang-orang yang dihasilkan

lebih menarik perhatian guru-guru dan murid-murid. Kepala orang-orang saya menggunakan

polistirena yang terjumpa di bilik stor juga. Mata dan mulut dilukis atas polistirena untuk

menjadikan orang-orang lebih comel dan tidak menakutkan. Saya meletakkan orang-orang

di kebun sekolah. Pokok di sebelah orang-orang merupakan pokok avokado.

Gambar 5: Mempamerkan orang-orang di kebun sekolah

7
Gambar 6: Orang-orang yang telah siap hasil daripada botol-botol yakult

Saya telah menyediakan satu jadual (Jadual 1) tentang pelaksanaan projek alam

sekitar. Jadual ini memudahkan saya melakukan kerja secara sistematik serta membantu

saya dalam menjayakan projek ini. Saya telah mengikut tarikh-tarikh yang dirancang dan

berjaya menghasilkan orang-orang seperti yang ditunjukkan di atas (Gambar 6). Tempoh

masa yang digunakan untuk menghasilkan orang-orang ini adalah tidak lebih daripada satu

minggu.

Jadual 1: Jadual Pelaksanaan Projek

Tarikh/ Hari Aktiviti


4 Mac 2019 (Isnin)  Mengumpulkan botol-botol yakult yang kosong
bersama murid-murid tahap satu dan tahap dua pada
waktu rehat
6 Mac 2019 (Rabu)  Mencantumkan botol-botol yakult menggunakan hot
glue gun untuk membentuk badan orang-orang
7 Mac 2019 (Khamis)  Membentuk badan orang-orang menggunakan empat
lapisan botol yakult yang dilekatkan menggunakan hot
glue gun
8 Mac 2019 (Jumaat)  Membuat bahagian tangan orang-orang
 Orang-orang disarungkan baju yang telah koyak di
bahagian badan dan tangan
 Mempamerkan orang-orang di kebun sekolah

8
Hasil daripada pengumpulan botol-botol yakult dapat membentuk orang-orang yang

comel dan kreatif. Secara tidak langsung, aktiviti ini telah membentuk satu budaya untuk

sayang dan cinta akan alam sekitar. Murid-murid juga mendapat kesedaran bahawa kitar

semula merupakan satu program yang menyeronokkan dan mendatangkan banyak faedah

kepada manusia dan alam sekitar. Murid-murid juga berasa gembira dan memberi

kerjasama untuk bersama-sama mengumpulkan botol yakult. Mereka asyik bertanya kepada

saya kenapa saya ingin kitar semula dan apa yang akan saya buat selepas mengumpul

semua botol yakult. Apabila saya memberitahu murid tentang projek saya, mereka

tertunggu-tunggu dengan orang-orang yang akan saya hasilkan. Dengan ini, guru boleh

menggalakkan murid untuk mengumpulkan botol-botol untuk dikitar semula bagi

menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif.

9
Nama Projek 2: Kebun Mini SKJB

Semua benda hidup bergantung kepada unsur-unsur lain persekitaran untuk

mendapatkan makanan dan keperluan-keperluan lain. Satu-satu makluk yang dapat

membuat makanannya sendiri ialah tumbuh-tumbuhan di mana makanan dibuat melalui

proses fotosintesis. Tumbuhan merupakan komponen penting dalam menjamin

kesejahteraan planet kita dengan peranan utamanya memelihara keseimbangan ekolgi dan

mengekalkan kepelbagaian biologi (See Too Wei Cun dan Few Ling Ling, 2012). Ia

menghasilkan oksigen untuk manusia dan haiwan bernafas. Ia juga menyerap karbon

dioksida yang dibebaskan oleh kita dan haiwan untuk digunakan bagi melakukan proses

fotosintesis tadi.

Isu kedua ini berkaitan dengan sebuah kawasan yang lama terbiar di sekolah. Kebun

mini diwujudkan di sekolah saya kerana tanah tersebut sudah lama terbiar. Tanah adalah

tempat yang dikurniakan Allah s.w.t. untuk manusia tinggal, bercucuk tanam dan

menjalankan segala aktiviti yang memerlukannya sebagai medium (Azizan Ramli, 2010).

Jadi, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti gotong-royong dengan kerjasama ibu bapa

untuk membersihkan kawasan sekolah pada hari mingguan. Sebilangan kecil murid juga

hadir pada hari Sabtu untuk menjayakan aktiviti gotong-royong. Murid-murid di sekolah

rendah juga tidak terkecuali dalam interaksi dengan alam sekitar (Sharifah, 2014). Salah

satu aktiviti ialah mewujudkan kebun mini di sekolah. Saya dipertanggungjawabkan untuk

melaksanakan aktiviti tersebut.

Gambar 7: Kawasan tanah yang terbiar dan penuh dengan sampah saraP

10
Langkah pertama ialah penyediaan bahan-bahan dan peralatan untuk berkebun.

Peralatan yang diperlukan untuk berkebun adalah seperti sudip tangan, penggembur tangan,

cangkul, kereta sorong, sarung tangan, pencakar tangan dan lain-lain. Sudip tangan sesuai

untuk penanaman tanaman kecil seperti herba dan sayur. Penggembur tangan amat sesuai

untuk menggembur tanah untuk penanaman anak benih. Cangkul merupakan peralatan

wajib semasa berkebun kerana penting untuk menggembur, merata dan memecahkan tanah,

membuat batas, membuang rumpai dan membuat lubang untuk tanam anak pokok. Saya

memakai sarung tangan untuk melakukan aktiviti mencangkul untuk melindungi tapak

tangan daripada sebarang kecederaan semasa berkebun dan mengelakkan tapak tangan

daripada melencur.

Gambar 8: Peralatan-peralatan untuk aktiviti berkebun

Pada hari kejadian, para guru, ibu bapa dan murid telah bertungkus lumus untuk

mencangkul rumput dan mecabut rumput serta membuang benda-benda asing yang

terdapat di dalam kawasan tersebut. Kerja-kerja utama ialah pembersihan dilakukan di

kawasan tanah terbiar tersebut. Sebahagian guru dan ibu bapa mencangkul rumput

menggunakan cangkul. Murid-murid pula mengumpul rumput-rumput dan membuang ke

dalam plastik sampah yang disediakan. Saya mencangkul rumput sambil memakai sarung

tangan. Selepas itu, saya mengeluarkan batu-bata dan membersihkan tanah yang ada di

atas batu bata satu per satu. Benda-benda asing seperti sampah, plastik dan segala yang

11
tidak diperlukan dibuang ke dalam plastik sampah. Di sini dapat dilihat bahawa guru, murid

dan ibu bapa telah memberi kerjasama yang padu semasa aktiviti gotong-royong dijalankan.

Gambar 9: Mencangkul tanah dan membuang kotoran di atas batu bata

Kawasan tanah itu telah menjadikan bersih, kemas dan cantik. Semua rumput telah

dicangkul dan dicabut. Saya mengeluarkan semua kotoran yang ada pada batu bata.

Selepas itu, salah seorang murid mencuci batu bata tersebut menggunakan air. Batu bata

yang siap cuci akan diletak di bawah matahari supaya cepat kering. Saya dan murid-murid

yang lain mengecat batu bata menjadi warna warni untuk mencantikkan kebun mini ini.

Gambar 10: Batu bata dibersihkan dan disidai di bawah matahari sebelum mengecat

Langkah seterusnya ialah pembahagian petak atau laluan. Kawasan tanah itu telah

dibahagikan kepada empat petak bersamaan dengan empat bahagian. Setiap bahagian

mempunyai jenis sayuran yang berbeza. Batu bata yang telah dicat akan letak di tengah-

tengah untuk dijadikan pembahagian laluan. Hal ini demikian dapat menjimatkan kos

12
perbelanjaan supaya tidak perlu membeli perhiasan yang baharu untuk menghiaskan laluan

tersebut. Tambahan pula, penggunaan semula batu bata merupakan satu kegiatan kitar

semula untuk mencantikkan kawasan kebun mini ini. Gambar di bawah (Gambar 11 dan 12)

menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas.

Gambar 11: Sebelum pembahagian petak dan laluan

Gambar 12: Selepas pembahagian petak dan laluan menggunakan batu bata

Batas merupakan tempat untuk menanam sayur. Langkah membuat batas tanaman

adalah satu keperluan di dalam kerja-kerja awal proses penyediaan tanah sebelum kerja

menanam. Penyediaan batas untuk tapak penanaman dibina mengikut ketinggian dan

kelebaran batas yang dikehendaki. Kawasan yang dipilih merupakan kawasan mengandungi

tanah yang subur, pencahayaan yang baik dan mempunyai saliran air yang baik.

13
Gambar 13: Membuat batas tanaman dan penanaman biji benih

Pembajaan asas dimulakan setelah siap kerja pembatasan. Baja asas yang sesuai

ialah baja organik seperti tahi ayam, kompos dan sebagainya. Kesuburan tanaman

bergantung pada jenis baja, cara dan masa pembajaan yang tepat dan betul. Pembajaan

dilakukan demi memastikan tanah mempunyai nutrien yang mencukup sebelum penanaman

dilakukan. Langkah terakhir ialah penyiraman pokok setiap hari supaya pokok cepat

membesar. Pokok yang telah ditanam setengah tahun lepas di kawasan tanah tersebut ialah

pokok bendi dan pokok avokado. Tujuan utama adalah untuk membersihkan kawasan tanah

tersebut dan mewujudkan kebun mini yang kemas serta boleh menanam pelbagai jenis

sayuran.

Gambar 14: Pokok bendi di sebelah kiri dan pokok avokado di sebelah kanan

Rumusannya, kebun sayuran merupakan sebidang tanah di kawasan sekolah yang

dimanfaatkan untuk menanam tumbuhan. Kebun sekolah ini telah memperindahkan

kawasan tanah yang terbiar di sekolah. Tujuan pembinaan tapak tanaman ini adalah untuk

14
memudahkan guru-guru dan murid-murid menamam dan menjaga tanaman serta

mengurangkan hakisan tanah. Hasil daripada tanaman juga boleh dimakan dan lebih sihat

kerana bebas daripada racun serangga. Aktiviti ini juga dapat menyelesaikan isu tanah yang

terbiar di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu bapa, guru-guru dan

murid-murid dalam menjayakan program gotong-royong ini untuk memberi nyawa baharu

kepada kebun mini sekolah.

Rumusan

Secara keseluruhan, kitar semula bertujuan mewujudkan persekitaran yang lebih

sihat dan lebih bersih. Hal ini demikian kerana sisa pepejal yang tidak diurus dengan baik

boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Kitar semula juga dapat mengurangkan

pencemaran di mana longgokan baha buangan di dalam tong sampah, lori atau di tapak

pelupusan merupakan satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Dalam jangka masa

yang panjang, kegiatan mengitar semula lebih menjimatkan berbanding dengan usaha

menyelenggarakan tapak pelupusan sampah. Sampah yang perlu dilupuskan akan semakin

berkurangan jika program kitar semula bertambah cekap. Kebun mini yang diwujudkan di

sekolah juga berjaya memperindahkan kawasan tanah yang terbiar tersebut. Kedua-dua

projek yang dilaksanakan di sekolah bertujuan untuk menjaga alam sekitar supaya alam

sekitar dapat diwarisi secara turun temurun kepada generasi akan datang.

15
Rujukan

Azizan Ramli. (2010). Membudayakan Minda Lestari Dalam Pengurusan Alam Sekitar.
Pahang: Universiti Malaysia Pahang.

Hamidi Ismail. (2006). Permasalahan Pengurusan Sisa Pepejal (Kitar Semula) Kawasan
Kediaman Majlis Perbandaran Kota Setar, Kedah. Sintok: Penerbit Universiti Utara
Malaysia.

Iman, H. M., (2001). An Introduction To Property Marketing. 1st Edition. Department of


Property Management. UTM: Faculty of Engineering and Geoinformation Science.

Khairuddin Hj. Kamaruddin. (2015). Manusia dan Alam Sekitar. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kompedium Perangkaan Alam Sekitar Malaysia. (2010). Jabatan Perangkaan Malaysia.


Putrajaya.

Mashitoh Yaacob. (2004). Kita dan Alam Sekitar. Bangi: Pusat Pengajian Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Rosnah Ismail. (2008). Stres Alam Sekitar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

See Too Wei Cun dan Few Ling Ling. (2012). Biotekbologi dan Kelestarian Persekitaran.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Seow Ta Wee, Jamaluddin Md Jahi dan Indera Syahrul Mat Radzuan. (2009). Tingkah Laku
Masyarakat Terhadap Program Kitar Semula: Kajian Kes Di Daerah Batu Pahat.
Johor: Universiti Tun Hussein Onn.

Sharifah Zarina Syed Zakaria. (2014). Pengetahuan Terhadap Alam Sekitar Dalam
Pendidikan Sains Sekolah Rendah Asas Pembangunan Lestari. Dalam Chamhuri
Siwar, Rospidah Ghazali dan Sharina Abdul Halim. Pembangunan Lestari Di
Malaysia Harapan dan Kenyataan. (261-277). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Tiwi Kamidin dan Samsilah Roslan. (2014). Pendekatan Ekopsikologi dalam Pelaksanaan
Pendidikan Alam Sekitar. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

16

You might also like