You are on page 1of 4

1/26/2019 Membudayakan Kreativiti, Memperkasakan Inovasi : Klik Web DBP

Utama

Editorial

Bimbingan »

Berita

Puji & Tegur

Bicara

Jawi

Buku

Bakat

Warisan

Makalah

Suara Anak Muda

Laman Utama >> Berita

Membudayakan Kreativiti, Memperkasakan Inovasi


Oleh HUMAIRA ABDUL RAHMAN

PADA 8 Disember 2017, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan Majlis Hari Inovasi DBP 2017
bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP. Majlis yang bertemakan “Membudayakan Kreativiti, Memperkasakan Inovasi” telah dirasmikan oleh
Dato’ Sri Alias bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis ini juga diadakan untuk melancarkan Sistem Pengurusan
Kualiti MS ISO 9001:2015. Yang turut hadir ialah Prof. Dato’ Seri Dr. Md Salleh bin Yaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP dan Datuk Haji Abdul
Adzis bin Abas, Ketua Pengarah DBP, Datuk Haji Abang Sallehuddin bin Abg. Shokeran, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP dan Encik Kamarul
Zaman bin Shaharudin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBP.

Dato’ Sri Alias bin Haji Ahmad manuskrip


yang dipamerkan.

Dato’ Sri Alias meneliti manuskrip lama yang


dipamerkan.

Kreativiti dan Inovasi amat berkait rapat dalam peningkatan kualiti dan produktiviti kepada organisasi yang dapat meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan sesebuah organisasi. Dalam konteks sektor awam atau badan berkanun, sesuatu inovasi seharusnya dapat
memberikan manfaat kepada pihak awam iaitu rakyat serta dapat memberikan nilai tambah kepada keadaan yang sedia ada.

Ucapan Ketua Pengarah DBP,

Ucapan alu-aluan oleh Ketua Pengarah DBP.

Menurut Datuk Haji Abdul Adzis, budaya kreativiti dalam kerja-kerja seharian dapat menanamkan sikap baharu kepada staf DBP khususnya dan penjawat
awam umumnya agar lebih mudah melahirkan idea-idea baharu untuk tujuan penambahbaikan yang berterusan. Ini kerana sektor awam tidak terkecuali
daripada perlu melakukan inovasi segera sejajar dengan tuntutan semasa untuk memastikan mereka lebih cekap mengurus, berhemah dalam berbelanja
serta bertanggungjawab terhadap setiap keputusan dan perkhidmatan yang dihulurkan kepada rakyat atau komuniti industri.

“Bagi meneruskan kecemerlangan DBP dalam sistem pengurusan kualiti, DBP telah mengambil keputusan untuk mengorak langkah dan beralih daripada
versi MS ISO 9001:2008 kepada MS ISO 9001:2015. Pada hari ini, 8 Disember 2017, secara rasminya MS ISO 9001:2015 akan dilancarkan oleh Dato’ Sri
Alias bin Haji Ahmad. DBP menjangka akan memperoleh secara rasmi Pensijilan MS ISO 9001:2015 daripada pihak SIRIM pada 22 Jun 2018
bersempena dengan ulang tahun DBP yang ke-62,” jelasnya lagi.

Dato’ Sri Alias bin Haji Ahmad


melaksanakan simbolik majlis perasmian Hari
Inovasi DBP 2017.

Gimik pelancaran Majlis Hari Inovasi DBP


2017.

Selain itu, DBP juga telah melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi menyokong usaha-usaha Kerajaan ke arah transformasi
perkhidmatan awam. EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam yang merupakan salah satu inisiatif ke arah peningkatan kualiti

http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=12907 1/4
1/26/2019 Membudayakan Kreativiti, Memperkasakan Inovasi : Klik Web DBP
penyampaian perkhidmatan yang turut menekankan elemen-elemen baharu seperti Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau dan Persekitaran
Kondusif.

Sebagai agensi ulung yang menerajui usaha pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, aktiviti pengembangan dan pemasyarakatan bahasa
dan sastera Melayu merupakan antara strategi utama yang mampu menjadikan bahasa Melayu berperanan penting dalam pembinaan tamadun bangsa.

Dato’ Sri Alias bin Haji Ahmad memberikan


ucapan perasmian majlis Hari Inovasi DBP
22017.

Dato’ Sri Alias menyampaikan ucapan pada


majlis Hari Inovasi DBP 2017.

Dalam ucapan perasmian oleh Dato’ Sri Alias bin Haji Ahmad, beliau menyarankan agar DBP membentuk sebuah bahagian baharu yang didedikasikan
untuk mencipta model perniagaan baharu berasaskan ekonomi digital dan juga untuk membangunkan teknologi perintis serta projek inovasi baharu.
Penubuhan bahagian baharu ini akan berfungsi sebagai pusat evolusi dan inovasi dalam menghasilkan perkhidmatan dan produk baharu sebagaimana yang
telah dilaksanakan oleh pemain-pemain industri di luar negara. Inovasi merupakan kunci kejayaan kepada sesebuah entiti perniagaan dan organisasi.

“Untuk melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu, kreatif, inovatif dan berfikir pada aras tinggi, DBP mempunyai peranan yang amat penting
dalam pembentukan dan penerapan budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan masyarakat, khususnya remaja dan pelajar sekolah. Untuk tujuan ini,
penyediaan sumber ilmu dan bahan pembelajaran dalam bidang sains sosial, sains, teknologi, kejuruteraan, matematik dan pelbagai bidang lain adalah
salah satu kunci dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu, kreatif dan inovatif. Bagi mencapai matlamat dan hasrat ini, DBP perlu sentiasa
responsif terhadap perubahan global terutamanya dalam bidang ilmu, serta senantiasa progresif dan bergerak seiring dengan dinamisme perkembangan
teknologi dan sebarang perubahan dasar Kerajaan,” jelasnya lagi.

Antara anugerah yang disampaikan pada majlis tersebut ialah Anugerah EKSA, Anugerah Cadangan Inovasi DBP, Anugerah Citra Sahabat DBP, Anugerah
Citra Program DBP, Anugerah Citra Karya DBP dan anugerah utama iaitu Anugerah Inovasi Ketua Pengarah DBP 2017. Pemenang anugerah ini terdiri
daripada kalangan pegawai DBP, Bahagian-bahagian DBP dan beberapa orang wakil daripada sektor awam dan swasta.

Encik Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bahagian


Majalah,

Encik Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bahagian


Majalah, menerima Anugerah Inovasi Ketua
Pengarah DBP 2017.

Anugerah utama iaitu Anugerah Inovasi Ketua Pengarah DBP 2017 telah dianugerahkan kepada Bahagian Majalah DBP dengan projek inovasi mereka
iaitu Projek Transformasi Pengurusan Jurnal. Projek inovasi yang berteraskan tranformasi pengurusan jurnal ini telah banyak memudahkan urusan jurnal
seperti penghantaran dan penerimaan secara dalam talian, menjimatkan masa editor atau pengurus jurnal, menjimatkan kos, meningkatkan produktiviti dan
mampu meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Lebih membanggakan lagi, salah satu jurnal, iaitu Jurnal Bahasa telah
diangkat menjadi Penerima Hadiah Utama Anugerah Makalah Jurnal Terbaik Kemanusiaan & Sains Sosial dalam Anugerah Majlis Penerbitan Ilmiah
Malaysia (MAPIM) – KPT 2015.

MSS_9032

Antara penerima anugerah pada Majlis Hari Inovasi DBP 2017.

Tweet Share 0 Like 0 Share

Sila Beri Pandangan

Nama (required) E-mel (required) Laman Web

Hantar
Cari

Buku Baharu

http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=12907 2/4
1/26/2019 Membudayakan Kreativiti, Memperkasakan Inovasi : Klik Web DBP

Facebook

Dewan Bahasa d…
Like Page

Dewan Bahasa
dan Pustaka
Malaysia
12 minutes ago

Bagi mereka yang tidak


berkesempatan menghadiri
Seminar Trend Terkini Strategi
Pemasaran dan Penjualan
Buku oleh Puan Ainon Mohd,
Ahli Lembaga Pengelola
DBP/Perunding Pemasaran,

Anda ingin meluahkan pendapat?


(klik di sini)

Anda ingin menyumbangkan berita?


(klik di sini)

http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=12907 3/4
1/26/2019 Membudayakan Kreativiti, Memperkasakan Inovasi : Klik Web DBP

Koleksi
Pedoman dan Panduan Bahasa Melayu

Pautan DBP

Laman

Arkib
Berita Persatuan
Hubungi Kami
Luahkan pendapat anda!
Peluang Menulis
Pentadbir Laman
Sidang Editor
TV DBP

Arkib
Select Month

Statistik

Melawat hari ini: 240


Jumlah Pelawat: 288885
Hits hari ini: 538
Jumlah Hits : 527854
Siapa atas talian: 1

Hak Cipta© 2019 Klik Web DBP - Bahasa Jiwa Bangsa.

http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=12907 4/4

You might also like