You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN

DATOK KERAMAT (2)

KERTAS KERJA
HARI SUKANEKA PRAPERMATA GENIUS
2019

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN DATOK KERAMAT (2)

TARIKH
30 APRIL 2019
HARI SUKANEKA PRASEKOLAH PERMATA GENIUS
SEKOLAH KEBANGSAAN DATOK KERAMAT (2) 2019

1.0 PENDAHULUAN
Prasekolah Permata Genius dengan kerjasama AJK Prasekolah akan mengadakan
Hari Sukaneka Prasekolah Permata Genius 2019. Aktiviti dapat melahirkan murid yang sihat
dan cergas. Aktiviti sukaneka juga dapat menunjukkan kemahiran tunjang fizikal yang telah
diajar kepada murid seperti kemahiran motor kasa lokomotor dan bukan lokomotor. Diharapkan
melalui aktiviti hari sukaneka ini, warga sekolah, penjaga dan murid-murid Prasekolah
dapat mengeratkan hubungan SARANA terhadap kami. Kerjasama dari semua warga sekolah,
waris dan murid-murid amat diharapkan bagi melicinkan perjalanan aktiviti Hari Sukaneka
Prasekolah Permata Genius 2019.
2.0 OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada murid menyertai aktiviti sukaneka yang dipertandingkan.
2. Mencungkil bakat dan potensi diri di kalangan murid prasekolah dalam bidang sukan
3. Mewujudkan jati diri dan daya saing murid ke arah kejayaan yang lebih positif semasa
pertandingan dijalankan.
4. Memupuk semangat kerjasama dan penglibatan langsung di kalangan murid, guru-guru dan
ibu bapa.

3.0 KUMPULAN SASARAN


- Murid-murid Prasekolah Permata Genius 2019. seramai 25 orang murid.

4.0 MAKLUMAT PROJEK


Tarikh : 30 April 2019
Hari : Selasa
Masa : 8.00pg – 12.30 tghr

5.0 JAWATANKUASA PROJEK


Pengerusi : En. Kasniza Jumari Bin Shamsir
Naib Pengerusi : En. Mohd Shukri Bin Abdullah
: En. Muhamad Ali Bin Jaan @ Mispan
: En. Ahamad Shukre B Mat Lazim
Setiausaha : Pn. Nurul Nadirah Binti Ramli
Bendahari : Cik. Rosazlizahaida Binti Azahar
6.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN
MASA AKTIVITI
7.45 pagi Pendaftaran ibu/bapa/penjaga dan murid prasekolah/Taklimat
8.00 pagi Bacaan doa
8.15 pagi Ucapan Perasmian Guru Besar
Oleh En. Kasniza Jumari Bin Shamsir

9.00 pagi Perbarisan masuk


Aktiviti sukaneka
Acara 1 : Berlari zig-zag dan membawa bola ping pong dalam sudu
Acara 2 : Melompat Kanggaru dan mengisi air dalam botol

12.30 tghr Penyampaian hadiah


Jamuan dan bersurai

7.0 SUMBER KEWANGAN

7.1 Akaun Bantuan Kokurikulum Prasekolah


7.2 Akaun Bantuan Makan Prasekolah

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Berikut adalah merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk aktiviti sukaneka ialah;-
BIL. PERKARA HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH

Hadiah Madel 25 orang RM 9.00


1.

JUMLAH RM225.00
Makanan murid Prasekolah
2.  Sarapan RM 3.00 25 orang RM75
 Makan Tengahari RM 5.00 25 orang RM125
JUMLAH RM200
Cenderahati murid Prasekolah
3. - Baju t-shirt RM 19.80 25 orang RM495.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 920.00


9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar aktiviti hari sukaneka Prasekolah Permata Genius 2019 dapat dijalankan
dengan lancar dan dapat memberi makna dalam peningkatan kendiri murid. Di samping itu, aktiviti
ini dapat meningkatkan nilai-nilai murni yang bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara dan
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.Diharapkan juga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan
ibu bapa dengan pengurusan sekolah dan memberikan keseronokkan kepada murid prasekolah.

Disediakan Oleh ; Disemak oleh;

------------------------------------------ ------------------------------------------------------
(NURUL NADIRAH BINTI RAMLI) (AHAMAD SHUKRE BIN MAT LAZIM)
Guru Prasekolah Permata Genius Guru Penolong Kanan KOKU
Sekolah Kebangsaan Datok Keramat (2) Sekolah Kebangsaan Datok Keramat (2)

Disahkan oleh;

--------------------------------------------
(EN. KASNIZA JUMARI BIN SHAMSIR)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Datok Keramat (2)

You might also like