You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT PATAH

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 1 /(2019)

Tarikh : 14 Januari 2019, Isnin

Masa : 12.30 tengahari

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Parit Patah

Pengerusi : Puan Zarina binti Sidik

Kehadiran (Bilangan) : 4/5

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru Bahasa Inggeris
yang hadirpada mesyuarat kali pertama ini. Mesyuarat dimulakan dengan
bacaan Al-Fatihah.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Puan Hjh Faridah bt Ibrahim
Disokong untuk pengesahan oleh Cik Norhidayah bt Abdullah

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Merujuk perkara 4.1, Puan Guru Besar meminta semua guru menghantar
semula fail MyPortfolio ke email baru beliau. Beliau memohon maaf atas
kesilapan tidak dapat mengakses fail - fail tersebut kerana kehilangan password
email.

3.2 Merujuk perkara 5.1, Puan Siti Nurhani memaklumkan taklimat transisi
2019 telah selesai dan lebih 5 orang murid Tahun 1 tidak mendapat buku teks
yang mencukupi. Perkara ini telah dirujuk kepada guru SPBT dan buku teks
tersebut akan diberikan selewat - lewatnya pertengahan bulan Februari bagi
menunggu agihan buku teks di peringkat daerah serta negeri.
4 PENGURUSAN SEKOLAH
4.1 Penjelasan Dasar KPM
4.1.1 Pengerusi membentangkan dan menerangkan dasar - dasar KPM
seperti Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Visi dan Misi Pendidikan, 5
Aspirasi Murid serta 6 ciri utama yang diperlukan murid untuk beru[aya
bersaing di peringkat global. Semua guru perlu mengetahui dan memahami
dasar - dasar ini. Guru besar juga meminta maklum balas tentang
pemahaman sepintas lalu terhadap beberapa orang guru.

4.2 Sasaran 2019


4.2.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas usaha semua guru
yang bertungkus lumus menaikkan prestasi sekolah. Bagi sasaran 2019,
Guru besar menfokuskan bahawa semua murid perlu menguasai 4M iaitu
membaca, menulis, mengira dan menaakul pada penghujung tahap 1. Ini
bertujuan mengelakkan muirid - muird tahun 1 tertinggal jauh dari silibus
dan sejajar dengan kehendak KPM.

4.2.2 UPSR 2018 mencapai peratus lulus sebanyak 44.74% dan ianya
jauh menurun dari prestasi 2017 yanga gak elok pencapaiannya. Oleh itu,
guru besar berharap keputusan tersebut boleh diperbaiki pada tahun ini
dan beliau mensasarkan 80% murid perlu menguasai UPSR dan tiada 6E
bagi semua murid dalam peperiksaan besar tersebut.

4.2.3 Bagi rancangan pemajuan sekolah unit kurikulum, matlamat


strategiknya berfokus kepada pencapaian prestasi akademik yang tinggi
oleh semua murid. Peningkatan peratus kelulusan murid dalam
matapelajaran Bahasa Inggeris juga perlu diperbaiki dan ditingkatkan.

4.2 Persediaan Awal Tahun 2019


4.2.1 Guru - guru diminta membuat persediaan untuk sesi persekolahan
akan datang yang akan bermula pada 1 Januari 2019. Semua guru juga
perlu bersedia untuk pemantauan hari pertama persekolahan oleh
PPD/JPNS/Nazir.
4.2.2 Semua guru diingatkan supaya menyediakan rancangan
pembelajaran harian (RPH) pada hari pertama persekolahan dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (P&P) perlu berjalan mengikut jadual yang
ditetapkan. Kutipan yuran persekolahan tidak dibenarkan sama sekali
dibuat pada hari pertama persekolahan.

4.2.3 Guru besar juga mengingatkan agar semua guru kelas memastikan
kelas dibersihkan dan bersedia untuk hari pertama persekolahan. Semua
kelas perlu mempunyai meja dan kerusi yang mencukupi mengikut
bilangan murid. Kelas boleh diceriakan secara berperingkat dan disuntik
dengan elemen - elemen PAK21 khasnya. Bahan - bahan pada papan
kenyataan seperti jadual waktu, jadual bertugas, peraturan kelas, carta
organisasi kelas perlu disediakan dan ditampal.

4.2.4 Murid boleh memakai kasut dan stoking yang berwarna putih atau
hitam. Perlaksanaan kasut dan stoking hitam sepenuhnya akan dibuat
pada tahun 2020.

4.3 Isu Terkini


4.3.1 Guru besar menyentuh dan menerangkan tentang 12 Inisiatif menteri
yang terbaru. 12 inisiatif menteri termasuklah manual nilai yang perlu
dibacakan pada setiap perhimpunan, kanak - kanak yang tiada
kewarganegaraan boleh bersekolah pada tahun 2019, kemeriahan
speaker’s corner dan guru tiada lagi kerja pengkeranian serta pewujudan
kawasan rehat guru.

4.3.2 Mulai 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan


peperiksaan bagi Tahap 1 akan dimansuhkan dan digantikan dengan
pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang merangkumi pentaksiran bilik
darjah. Tiada streaming kelas, tiada jadual peperiksaan dan tiada
pengisian SAPS. Perlaksanaan ini bertujuan mewujudkan suasana
seronok dalam pembelajaran.
4.3.3 Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang
diperkenalkan Kementerian Pendidikan sejak 2009 juga akan dihentikan
mulai 2019. Tetapi program di peringkat sekolah akan diteruskan dan guru
besar berharap sekolah dan guru perlu ada inisiatif untuk melaksanakan
program sendiri mengikut kesesuaian bagi mengatasi masalah
penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, mengira dan menulis
dalam kalangan murid.

4.3.4 Isu tentang tiadanya kerja pengkeranian bagi guru akan


dilaksanakan secara beransur ansur. Semua guru perlu menunggu
pekeliling rasmi mengenai hal ini bagi mengelakkan kecelaruan info.
Tindakan : Semua guru

4.4 Pesanan dan Makluman


4.4.1 Kehadiran Guru : Semua guru perlu hadir ke sekolah sebelum
perhimpunan pagi bermula. Mesin Punch card telah dibeli dan semua guru
wajib punch/rekod waktu datang dan waktu balik/keluar.

4.4.2 Perhimpunan Pagi : Semua guru perlu hadir perhimpunan rasmi


yang diadakan pada hari Ahad dengan berpakaian rasmi iaitu pakaian
korporat putih.

4.4.3 Displin Murid : Guru besar mengingatkan guru - guru bahawa


semua guru harus bekerjasama dalam menangani isu displin di sekolah.
Jika semua guru memainkan peranan dalam mengawal murid, masalah
displin akan dapat dikurangkan.

4.4.4 Kehadiran Murid : Murid adalah dianggap ponteng sekolah


sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa makluman dari ibubapa/penjaga
dan tidak membawa surat daripada ibubapa/penjaga atau surat sakit pada
keesokan harinya. Dalam menangani masalah ini, guru besar bertegas
bahawa tindakan yang berkesan perlu diambil bagi mengenal pasti
masalah sebenar murid. Semua guru juga perlu menyampaikan makluman
yang memberi penekanan terhadap kepentingan ke sekolah.

Tindakan : Semua guru

5 PEMBENTANGAN GPK KURIKULUM


5.1 Puan Kamisah memaklumkan tentang senarai tugas yang boleh dirujuk
dalam lampiran yang diberi pada semua guru. Beliau memaklumkan bahawa
tiada banyak perubahan pada pembahagian tugas 2019 dan beliau berharap
semua guru dapat memberikan komitmen dan kerjasama yang sepenuhnya
agar program yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar.

5.2 Beliau memaklumkan bahawa sekolah berkemungkinan akan menerima


guru baru untuk menampung pertambahan murid dan kelas bagi kelas Tahun 1
dan tahun 5. Jadual waktu kelas dan persendirian bagi semua guru telah
diedarkan dan mohon semua guru untuk merujuk pembahagian mata pelajaran
yang akan diajar pada jadual waktu masing - masing. Juga, sebarang
perubahan jadual selepas kemasukan guru baru akan dimaklumkan kepada
guru-guru dari masa ke semasa

5.3 Buku/Fail Rekod Mengajar perlu dihantar pada setiap hari khamis di
pejabat dan guru perlu memastikan pengisian di bahagian impak lengkap diisi.

5.4 Puan Kamisah juga memaklumkan bahawa pencerapan PdP akan


dilaksanakan dalam 2 fasa (Fasa 1: April 2019/ Fasa 2: Jun/Julai 2019). Ianya
akan dilaksanakan oleh pihak pentadbir termasuk pemantauan kendiri dan
pemantauan dari GPK/GB.

5.5 Pemantauan buku latihan murid akan dilaksanakan dalam minggu


sebelum cuti panjang dan jadual pemantauan akan diberi kemudian. Puan
Kamisah berharap semua guru dapat mengumpulkan buku latihan murid seperti
yang diarahkan. Ini bertujuan memastikan hasil kerja murid disemak oleh guru
mata pelajaran dalam tempoh yang ditetapkan.
.
5.6 Senarai guru kelas bagi tahun 2019 adalah seperti berikut :

Kelas Guru Kelas


1 Amanah Pn Siti Nurhani
2 Bestari Pn Siti Noor
3 Cerdik Pn Norsakinah
4 Dedikasi En Mohd Ariffin
5 Etika Cik Norhidayah
6 Firdaus Pn Nurfarhana Nabila

Tindakan : Makluman
6 PEMBENTANGAN GPK HEM
6.1 Pn Hjh Faridah mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru
dalam memastikan pengurusan HEM berjalan lancar sepanjang tahun 2018.

6.2 Pn Hjh Faridah menerangkan tentang senarai AJK kecil unit hal ehwal
murid 2019 berpandukan lampiran yang diedarkan kepada semua guru dan
meminta semua guru dan kakitangan menyemak serta merujuk kepada
lampiran tersebut.

6.3 Beliau membentangkan senarai Jawatankuasa tersebut satu persatu dan


meminta semua guru untuk memberi respon jika berkenaan. Tiada sebarang
permasalahan dan semua guru yang dilantik bersetuju dengan tugasan yang
diberikan.

6.4 Pn Hjh Faridah juga mengingatkan pada semua guru kelas agar
mengemaskini APDM seawal yang mungkin bagi mengelakkan sebarang
permasalan akan datang. Borang APDM yang telah diberikan pada hari jualan
buku yang lepas perlu dikutip semula bersama penyata gaji/ penyata
pendapatan terkini.Guru kelas perlu memastikan semua murid memulangkan
borang tersebut pada minggu pertama persekolahan.
6.5 Beliau juga meminta semua guru datang awal pada hari pertama
persekolahan untuk menyambut murid - murid yang hadir di pagar sekolah bagi
merealisasikan program guru penyayang.
Tindakan : Semua guru

7 PEMBENTANGAN GPK KOKURIKULUM


7.1 Puan Zarinah memaklumkan bahawa perancangan aktiviti ko-kurikulum
bagi sesi 2019 tidak mempunyai perubahan yang ketara. Ahli jawatankuasa
yang dilantik untuk bertindak dalam pemantapan ko-kurikulum sesi 2019 adalah
seperti dalam lampiran yang diberi.

7.2 Untuk sesi 2019, beliau memaklumkan bahawa perjumpaan akan


diadakan pada ketetapan berikut:
Bil. Hari Masa
1. Rabu 12.30 tghri - 1.00 ptg

7.3 Perjumpaan setiap hari Rabu akan dilakukan secara bergilir-gilir iaitu
perjumpaan Kelab / Persatuan, Unit Beruniform dan Sukan / Permainan. Bagi
perjumpaan yang pertama bagi unit beruniform, kelab / persatuan dan sukan /
permainan, adakan perlantikan untuk AJK baru bagi sesi 2019 dan beliau
meminta untuk mengutamakan perlantikan AJK kepada murid Tahun 6 serta
memastikan jawatan diberikan kepada murid-murid yang berbeza.

7.4 Puan Zarinah juga mengingatkan guru-guru agar memakai pakaian rasmi
unit beruniform setiap kali perhimpunan rasmi Ko-kurikulum diadakan pada
setiap bulan.

7.5 Terdapat perubahan tempoh masa untuk program Satu Murid Satu Sukan
iaitu dipendekkan masa dari 1 jam ke 30 minit. Program tersebut akan
dijalankan pada hari Selasa setiap minggu dari pukul 7.30 pagi hingga 8.00
pagi.

Tindakan : Semua guru


8 HAL-HAL LAIN

8.1 Puan Guru Besar berharap semua guru dapat menjalankan pengurusan kelas
dengan baik dan tahun 2109 menjadi tahun yang gemilang buat warga SK Parit
Patah.

8.2 Puan Guru Besar juga memaklumkan bahawa kelas baru akan dibuka pada
tahun 2019 iaitu kelas tahun 1 dan tahun 5. Pertambahan murid hingga ke angka
40 memaksa kelas baru dibuka. Permohonan pertambahan guru juga telah dihantar
ke PPD. Oleh itu, proses pertambahan bangunan baru akan diusahakan.

Tindakan : Semua guru


9
PENUTUP
Pengerusi Mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada guru yang menghadirkan
diri.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh,

………………………………………….
(NURFARHANA NABILA BT KATNI )
Setiausaha Pengurusan Sekolah
SK Parit Patah.
Tarikh : (1 Januari 2019)

You might also like