You are on page 1of 19

”IMPLIKASI PENGURUSAN SUSUN ATUR LOGISTIK TAPAK TERHADAP

PRODUKTIVITI KERJA”

CADANGAN PROJEK PENYELIDIKAN (CPP)

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (PEMBINAAN)


SBEC - 2015/2016

FAKULTI ALAM BINA


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,
SKUDAI, JOHOR.

MALIKI BIN MUSTAFA


31 MAC 2019
Isi Kandungan Muka Surat

BAB 1 PENGENALAN ........................................................................................................................................... 1


1.1 Pendahuluan ...............................................................................................................................................1
1.2 Tentatif Tajuk Penyelidikan ........................................................................................................................8
1.3 Penyataan Masalah ....................................................................................................................................8
1.4 Persoalan Kajian .......................................................................................................................................10
1.5 Objektif penyelidikan ................................................................................................................................10
1.6 Skop kajian ................................................................................................................................................10
1.7 Kepentingan kajian ...................................................................................................................................11
1.7.1 Kajian Terdahulu ..................................................................................................................................12
1.8 Kaedah Penyelidikan.................................................................................................................................12
1.8.1 Peringkat Kajian ...................................................................................................................................13
1.8.1.1 Peringkat 1 : Kajian permulaan ..................................................................................................13
1.8.1.2 Peringkat 2 : Pengumpulan data ................................................................................................13
1.8.1.3 Peringkat 3 : Menganalisi data ...................................................................................................14
1.8.1.2 Peringkat 4 : Peringkat akhir dan cadangan ...............................................................................14
1.9 Cadangan Organisasi Bab .........................................................................................................................14
1.10 Rujukan .....................................................................................................................................................15

i
Senarai Rajah Muka Surat
Rajah 1.1 Menunjukkan pertumbuhan dan sumbangan produktiviti buruh dan Guna Tenaga kepada KDNK pada tahun 2016 &
2017 .................................................................................................................................................................................................. 3
Rajah 1.2 Pertumbuhan bagi setiap sektor ekonomi tahun 2017 ..................................................................................................... 4
Rajah 1.3 Peratusan bagi Jumlah Bekerja (JB) dan Pekerja (P) bagi suku ke-4 2018......................................................................... 5
Rajah 1.4 Statistik produktiviti buruh tahunan 2018 ........................................................................................................................ 5
Rajah 1.5 Produktiviti buruh sektor pembinaan 2015 hingga 2018 .................................................................................................. 6
Rajah 1.6 Antara pemalar yang terlibat dalam produktiviti industri pembinaan .............................................................................. 7

ii
BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Industri pembinaan adalah salah satu industri terbesar di Malaysia dengan statistik yang
dikeluarkan oleh Construction Industry Development Board (CIDB) pada suku ke-2 Jun 2017
menunjukkan sebanyak 2,133 projek telah dianugerahkan dengan kos keseluruhan projek adalah
sebanyak RM40,36.33 juta. Kerancakkan industri pembinaan memberi kesan positif kepada
ekonomi negara dan juga rakyat yang menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan hasil
dari pembangunan ini. Jika dilihat, kerancakan industri ini melibatkan projek daripada kedua-dua
sektor iaitu sektor awam dan juga sektor swasta.Selain itu, industri ini menyediakan peluang
pekerjaan dimana ia melibatkan kesemua peringkat iatu peringkat pembinaan dan juga peringkat
perkhidmatan iaitu peringkat selepas pembinaan.

Kreadibiliti kontraktor Malaysia dalam melaksanakan projek-projek pembinaan berskala


besar tidak dinafikan dengan penyiapan beberapan projek seperti projek laluan MRT (Mass
Rapid transit) dan projek terowong bawah tanah SMART (Stormwater Management and Road
Tunnel) yang siap pada tahun 2007 yang menunjukkan kontraktor Malaysia mampu
melaksankan projek-projek berprofil tinggi.

Kejayaan dan peningkatan ini dipengaruhi beberapa faktor penting seperti sistem
pengurusan efektif yang diterapkan dalam setiap aspek pembinaan seperti perancangan,reka
bentuk,penyelia projek dan lain-lain lagi.Pada masa kini,industri pembinaan ditekan dengan
cabaran dan kerumitan dimana ia menjadi salah salah faktor penting dalam mengukur kecergasan
ekonomi disamping menjadi amalan kejuruteraan yang penting dan bermanfaat.Walaupun
industri pembinaan terus dan akan berjaya dalam memberi kemudahan secara fizikal kepada
rakyat,namun ia merosot dari segi produktiviti dimana dilihat tidak seperti sektor ekonomi lain
mempunyai pertumbuhan tidak stabil dari segi produktiviti dimana ia berubah-rubah sejak
beberap dekat lalu.

1
Kenyataan ini menujukkan apa yang berlaku di Malaysia apabila CIDB pada suku ke-2
Tahun 2017 sehingga Jun -2017 mengeluarkan laporan bahawa sebanyak 2,133 projek dijalankan
berbanding jumlah keseluruhan projek awam dan swasta pada 2016 sebanyak 6,855. Angka pada
tahun 2016 ini menurun jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan projek awam dan swasta
yang dilaporkan pada tahun 2015 iaitu sebanyak 7,544.Walaupun penurunan dari segi jumlah
projek pembinaan yang direkodkan oleh CIDB,pencapai dari segi impak kepada pengguna yakni
rakyat tidak boleh dinafikan.

Keberkesanan dan kejayaan dari sektor pembinaan adalah hasil dari usaha yang
dilakukan oleh para kontraktor dalam mencapai kehendak dalam industri ini.Salah satu faktor
utama dari keberkesanan perlaksaan projek adalah produktiviti yang dikeluarkan oleh kontraktor
itu sendiri.Ada beberapa aspek yang menjadikan produktiviti projek pembinaan khususnya
ditapak bina berjaya mencapai tahap yang dikehendaki. Antara salah satu aspek produktiviti
ditapak adalah keberkesanan dan kebolehan susun atur logistik tapak yang mampu memberi
impak dari segi perlaksanaan kerja seharian yang berkait dengan produktiviti utama projek itu
sendiri.

Menurut (Small & Baqer, 2016) keputusan untuk tatacara susun atur tapak untuk
mendapatkan ruang kerja sementara untuk :
i). Pejabat
ii). Kemudahan kebersihan
iii). Kawasan rehat pekerja
iv). Lokasi jentera (kren,lori,mesin angkut)
v). Kawasan simpanan dan bengkel
vi). Laluan keluar masuk ditapak
vii). Kemudahan utiliti

Dalam konteks penggunaan produktiviti di Malaysia,menurut laporan yang dikeluarkan oleh


Malaysia Productivity Corporation (MPC, 2018) iaitu sebuah badan kerajaan yang
mengkhusukan produktiviti negara melalui laporan tahunan iaitu Laporan Produktiviti Edisi 25
2016/2017 melaporkan bahawa Malaysia mengalami pertumbuhan guna tenaga iaitu sebanyak

2
14.450 Juta iaitu sebanyak 20% dari tahun sebelumnya ,2016 iaitu sebanyak RM78,294.Kajian
ini turut melaporkan bahawa pertumbuhan produktiviti buruh meningkat kepada RM81,268 iaitu
pertumbuhan sebanyak 3.8%.Angka ini meningkat setiap tahun sejak tahun 2013 dimana sasaran
utama produktiviti untuk Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) adalah sebanyak RM92,300
iaitu 3.7%.

Ini merupakan satu aspek penting memandangkan hasrat RMKe-11 adalah dengan
meningkatkan produktiviti yang dilihat sebagai pengubah rentak permainan (Game changer)
dalam pertumbuhan ekonomi.Usaha ini diteruskan lagi dengan pelancaran Blueprint Produktiviti
Malaysia (Malaysia Blueprint Produktiviti,MBP) pada 8 Mei 2017 bagi menunjukkan
kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan produktiviti utnuk mencapai wawasan negara
berpendapatan tinggi pada tahun 2020.Produktiviti telah menyumbang kepada peningkatan
keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia iaitu sebanyak 5.9% ,manakala guna tenaga turut
mengalami peningkatan sebayak 2.0%.Rajah 1.1 menunjukkan pertumbuhan dan sumbangan
produktiviti dan guna tenaga terhadap KDNK Malaysia untuk tahun 2016 dan juga tahun 2017.

Rajah 1.1 Menunjukkan pertumbuhan dan sumbangan produktiviti buruh dan Guna Tenaga kepada KDNK pada tahun
2016 & 2017

Dalam industri pembinaan,penggunaan tenaga buruh pada tahun 2017 turut mengalami
peningkatan sebanyak 2.4% iaitu RM40,242 berbanding tahun sebelum pada 2016 iaitu sebanyak
10% iaitu RM39,298.Sasaran utama produktiviti tenaga buruh dalam sektor pembinaan bagi
RMKe-11 ialah 9.6%.Rajah 1.2 menunjukkan pertumbuhan produktiviti utama di Malaysia
termasuk sektor pembinaan.

3
Rajah 1.2 Pertumbuhan bagi setiap sektor ekonomi tahun 2017

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara pada Februari 2019
melalui Produktiviti Buruh Suku Keempat 2018 (Productivity, 2018)melaporkan bahawa
peningkatan berlaku pada Suku Tahunan (ST) ke-4 2018 bagi Jam Bekerja (JB) dan Pekerja (P)
untuk sektor pembinaan iaitu sebanyak 5.2% (JB) dan 5.3%(P) dimana peningkatan dari ST ke-3
2018 iaitu 4.3%(JB) dan 3.2%(P).Peningkatan ini merupakan yang tertinggi berbanding sektor-
sektor lain seperti sektor pertanian,pembuatan,perlombongan dan perkhidmatan.Rajah 1.3
menunjukkan statistik produktiviti penggunaan tenaga buruh bagi sektor-sektor yang terlibat
pada suku ke-4 2019.Manakala rajah 1.4 pula menunjukkan peratusan keseluruhan permulaan
2018.

4
Rajah 1.3 Peratusan bagi Jumlah Bekerja (JB) dan Pekerja (P) bagi suku ke-4 2018

Sumber : Jabatan Perangkaan Negara

Rajah 1.4 Statistik produktiviti buruh tahunan 2018

Sumber : Jabatan Perangkaan Negara

5
Peningkatan produktiviti buruh dalam sektor pembinaan turut mengalami turun naik yang
dipengaruhi oleh perbagai faktor seperti faktor ekonomi dan juga bekalan tenaga kerja.Melalui
laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara melalui Produktiviti Buruh Suku
Keempat 2018 melaporkan bahawa produktiviti bagi sektor pembinaan melalui polar turun naik
sejak suku ke-2 2015.Rajah 1.5 menunjukkan polar bagi sektor ini.

Rajah 1.5 Produktiviti buruh sektor pembinaan 2015 hingga 2018

Sumber : Jabatan Perangkaan Negara

Secara jelas dapat dilihat kedua-dua kepentingan yang saling berkait diantara satu sama lain
dalam memberi impak kepada ekonomi negara dan juga kepada pengguna yang menerima
manfaat.Melalui hasil kajian yang dijalankan oleh pihak persendirian dan juga pihak kerajaan
jelas bahawa produktiviti merupakan sesuatu yang sangat penting dan antara faktor yang
menyumbang kepada produktivti pembinaan salah satunya adalah penyedian serta susun atur
logistik tapak itu sendiri.

Menurut (Student, Guide, & College, 2015),kontarktor mestilah bertanggungjawab dalam


menyelaraskan dan mengawal operasi pembinaan agar sesebuah projek dapat dilaksanakan pada
tahap produktiviti yang optimum.Produktiviti juga khususnya boleh dikaitkan dengan beberapa
pemboleh ubah seperti rajah 1.6 berikut;

6
Rajah 1.6 Antara pemalar yang terlibat dalam produktiviti industri pembinaan

Pemalar
produktiviti

Pengurusan Buruh Kerajaan Kontrak Ciri pemilik Kewangan

Penjanjian
Perancangan Peraturan Lump-sum
kesatuan

Penjadualan Perolehan Ciri sosial Unit kos

Tahap Peraturan alam Kos


Pengawalan
kemahiran sekitar tetap/yuran

Iklim dan
Kesesuaian
ramalan politik

Penggunaan
peralatan

Dalam industri pembinaan,para kontraktor sering berfikir bahawa produktiviti buruh


perlu berada di tahap yang maksimum bagi menyiapkan kerja dalam tempoh yang singkat.Akan
tetapi,pada masa yang sama,disebkan perlaksanaan kerja yang cepat ,maka terjadinya kesilapan
tinggi dan jika perkara ini berlaku,menyebabkan pembaziran yang tinggi terhadap kos dan
masa.Jadi,adalah penting untuk menjadikan produktiviti buruh pada tahap yang optimum
(Student et al., 2015).

Dalam industri pembinaan,(Kumari & Engineering, 2018) menyatakan bahawa


produktiviti boleh ditarifkan dengan pelbagai cara dimana ia dianggap sebagai produktiviti
buruh, iaitu unit kerja yang dihasilkan setiap jam kerja.

7
1.2 Tentatif Tajuk Penyelidikan

Tajuk kajian adalah “Implikasi Pengurusan Susun Atur Logistik Tapak Terhadap
Produktiviti” dimana ia membincangkan tentang kesan dan impak produktiviti yang diterima
oleh projek pembinaan melalui kaedah susunan tapak.Kajian ini memfokuskan faktor-faktor
yang terlibat dalam proses perlaksaan susun atur logistik tapak dan impak produktiviti yang
bakal diperolehi kesan daripada perancangan susun atur tersebut.

1.3 Penyataan Masalah

Pengurusan susun atur logistik dan produktiviti tapak merupakan satu hubung kait
penting yang akan menentukan perjalanan sesebuah projek.Menurut (Malisiovas, 2014)
pembinaan adalah satu industri yang sangat terjejas dengan revolusi teknologi dimana
membuatkan industri ini berubah secara dramatik dari hari ke hari.Orang yang terlibat didalam
industri ini mempunyai pendapat yang berlainan dalam mentafsirkan produktiviti kerana istilah
“produktiviti” yang sukar difahami dan dijelaskan.Selain itu,punca kerugian dalam aspek
produktiviti ini sukar diramal dan dikesan.

Dalam indsutri pembinaan, produktiviti yang tinggi akan memberi kelebihan kepada
kontraktor terutamanya kelebihan dari segi tempoh masa untuk menyiapkan sesuatu projek selain
menjimatkan kos pembelanjaan yang ditanggung. Antara salah satu faktor yang memainkan
peranan dalam menentukan produktiviti ditapak bina adalah susun atur logistik tapak dan berkait
terhadap keselamatan ditapak bina.Ketiga-tiga faktor ini merupakan salah satu kaitan yang paling
penting dalam perlaksanaan sesebuah projek selain dari faktor kewangan. (Engineering &
Engineering, 2017) merumukan bahawa tenaga kerja adalah satu unsur yang sangat penting
dalam mempengaruhi kelancaran sesuatu projek.Ketersedian tenaga kerja yang mencukupi akan
mempengaruhi keputusan produktiviti yang bagus.

Menurut statistik yang dikeluarkan pada Oktober 2018 oleh Jabatan Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP),sebanyak 148 kes kemalangan yang melibatkan pekerja di sektor
pembinaan dimana ia melibatkan 81 kes maut,61 kes tanpa hilang keupayaan kekal (THUK) dan

8
selebihnya enam kes melibatkan kes hilang keupayaan kekal (HUK). Secara amnya tidak boleh
dinafikan bahawa hubung kait antara susun atur logistik ,produktiviti dan juga keselamatan
kerana ketiga-tiga faktor ini akan mempengaruhi perjalan sesebuah projek.In kerana setiap susun
atur logistik tapak mesti mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa terutumanya
pihak JKKP yang menitikberatkan isu keselamatan dalam industri pembinaan.

Menurut (Hoła, Nowobilski, Szer, & Szer, 2017) , terdapat banyak kebarangkalian
berlakunya kemalangan dan akibat daripada faktor-faktor persekitaran keja.(Hoła et al., 2017)
terdapat tiga kumpulan yang mempengaruhi kesan kemalangan iaitu kumpulan yang berkait
dengan tapak bina iaitu persekitaran kerja,peralatan dan kaedah kerja,kumpulan yang dijana oleh
seluruh organisasi seperti perusahaan pembinaan serta kumpulan terakhir iaitu kumpulan
persekitran dan dijana oleh sub-kumpulan seperti ekonomi,pendidikan dan undang-
undang.(Sadeghpour & Andayesh, 2015) Penggunaan ruang tapak yang berkesan akan memberi
impak yang positif kepada produktiviti dan keselamatan kerja serta keselamatan tapak bina yang
seterusnya akan memberi kesan kepada kos dan jadual projek.

Dari segi susunan atur logistik,pihak kontraktor lazimnya akan melaksankan perancangan
susun sebelum memasuki tapak lagi. Ini kerana,ia akan memberi maklumat kepada kontraktor
tentang beberapa perkara yang mungkin mampu membantu mereka dalam peringkat pembinaan
kelak seperti:

i). Kaedah kerja yang sesuai


ii). Kawasan yang sesuai untuk penyimpanan dan logistik
iii). Jentera yang sesuai digunakan
iv). Kuantiti dan jumlah bahan binaan yang mampu ditampung dalam satu masa

Menurut (Small & Baqer, 2016),apabila mengakaji sesuatu produktiviti dalam


pembinaan,terdapat begitu banyak saluran serta kaedah yang boleh dilaksanakan dan pelbagai
pihak akan meberi tumpuan terhadap perkara ini.selain itu,(Minde, 2016) turut menyatakan
bahawa perubahan susunan tapak akan memberi kesan kepada penghasilan produktiviti serta

9
susunan susun atur bahan yang berkesan ditapak akan menjimatkan penggunaan tenaga untuk
menyiapkan sesuatu kerja.

Secara jelas dapat dilihat bahawa susun atur logistik amat penting dalam mempengaruhi
produktiviti sesebuah projek.Kegagalan menyediakan susun atur logistik yang baik akan
menyebabkan berlakunya kekurangan produktiviti.Oleh itu,implikasi terhadap susun atur logistik
perlu dibincangakan dalam kontek pembinaan di Malaysia bagi mengukur produktiviti bagi
sesbuah projek.

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan permasalahan yang telah dinyatakan dan diperolehi seperti diatas,berikut


merupakan persoalan yang boleh diajukan dalam kajian ini :

I. Apakah cabaran dalam pengurusan susun atur logistik tapak bina terhadap produktiviti
II. Apakah implikasi pengrusan susun atur logistik tapak bina terhadap produktivti kerja

1.5 Objektif penyelidikan

Objektif kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah:


i). Mengenalpasti cabaran-cabaran dalam pengurusan susun atur logistik tapak bina terhadap
produktiviti
ii). Mengenalpasti implikasi pengurusan susun atur logistik tapak bina terhadap produktiviti
kerja

1.6 Skop kajian

Skop kajian akan dijalankan terhadap lima jenis projek pembinaan yang berbeza yang
merangkumi produktiviti untuk kerja konkrit.Pemilihan projek kajian memperuntukkan projek
pelbagai dimana melibatkan projek kormesial,projek pasca tingkat,projek infrastruktur,dan
projek perumahan.Responden yang dikenalpasti adalah daripada kontraktor-kontraktor Gred 7

10
(G7) yang berdaftar dengan CIDB.Megikut laporan yang diperolehi dari Jabatan Perangkaan
Negara,Kementerian Kerja Raya (KKR) merekodkan bahawa seramai 7710 konktraktor G7 pada
tahun 2018 dimana sejumlah 3370 adalah daripadanya adalah dikategorikan sebagai kontraktor
utama.Pemilihan jenis projek yang berbeza adalah untuk mengkaji secara jelas kesan pengurusan
susun atur tapak ini terhadap produktiviti kerja.

1.7 Kepentingan kajian

Perlaksaan kajian memfokuskan kepada kepentingan pengurusan susun atur logistik


tapak bina yang bakal diperolehi.Selain daripada itu,kajian ini boleh memberikan gambaran
tentang bagaimana perancangan dan strategi pihak yang berkenaan dalam memastikan perjalanan
projek dapat dijalankan dengan lancar.Ini kerana,pengurusan susun atur logistik tapak akan
memberi impak yang positif kepada produktiviti selain turut menyumbang kepada pembinaan
yang selamat dan berkualiti. Perancangan susun atur yang berkesan mampu memberi peluang
kepada kontraktor untuk menyediakan proses kerja yang boleh memberi keuntungan kepada
mereka.Susun atur logistik tapak bukan tertakluk kepada produktiviti tapak sahaja,malahan
melibatkan aspek seperti aspek keselamatan ,aspek kos kerja dan juga aspek kualiti.

Selain itu,kajian ini secara tidak langsung dapat mengenalpasti cabaran-cabaran yang
dilalui oleh pihak kontraktor dalam menguruskan serta membuat perancangan terhadap susun
atur logistik tapak. Ini akan akan memberi satu pengetahuan bagaimana pihak kontraktor cuba
menyelesaikan permasalahan dan cabaran ini bagi memastikan setiap projek dapt dilaksanakan
mengikut kehendak dan kriteria yang ditetapkan.Oleh begitu,bagi memastikan setiap masalah
berkaitan dengan pengurusan susun atur tapak dapat diatasi,perancangan kerja awal sebelum
memasuki sesebuah tapak bina adalah penting.Ini kerana,ia akan memberi gambaran awal
tentang cabaran yang bakal dihadapi selain daripada cabaran-cabaran luar yang tidak dijangka
seperti keadaan alam dan isu polisi syarikat.

11
1.7.1 Kajian Terdahulu

Kajian terdahulu adalah penting bagi memastikan kajian yang dipilih tidak mempunyai
persamaan dari segi objektif serta tajuk dalam tempoh lima tahun terdahulu sepertimana yang
telah ditetapkan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Hasil dari semakan
mendapati bahawa terdapat beberapa kajian lepas berkaitan dengan susun atur tapak serta
produktiviti ini.Antara kajian terdahulu adalah sebuah kajian yang bertajuk “Amalan Susun Atur
Tapak Bina” yang dilakukan oleh saudari Nur Maizatul Adha Binti Mu’Alis pada tahun
2015/2016 dari UTM.Kajian yang beliau lakukan adalah memfokuskan kepada dua objektif
utama iaitu objektif pertama belia adalah mengenalpasti kriteria dalam penyediaan kemudahan
sementara di tapak bina dan objektif kedua beliau adalah mengenalpasti amalan susun atur yang
baik ditapak bina.Penyelidikan ini melibatkan lima buah projek yang terletak di Johor.

1.8 Kaedah Penyelidikan

Kaedah penyelidikan untuk kajian ini melibatkan dua kaedah iaitu melalui kaedah
pemerhatian dan kaedah temubual.Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan,pembahagian
untuk kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut ;

Temubual
Kaedah temubual digunakan dalam mengumpul data bagi mencapai objektif pertama iaitu
mengenalpasti cabaran-cabaran dalam pengurusan susun atur logistik tapak bina terhadap
produktiviti.Kaedah temubual melibat beberapa pihak dan peringkat kajian.Pihak yang akan
terlibat dalam proses temubual adalah seperti berikut:
i. Pengurus projek
ii. Penyelia tapak
iii. Jurutera tapak
iv. Penolong jurutera tapak
v. Pihak perunding
vi. Pengurus tapak
vii. Wakil pemilik/pemaju

12
Pemerhatian
Kaedah pemerhatian digunakan bagi mencapai objektif kedua iaitu mengenalpasti implikasi
pengurusan susun atur logistik tapak bina terhadap produktiviti kerja dimana kaedah kajian masa
akan digunakan.

1.8.1 Peringkat Kajian

Proses ini mempunyai beberapa peringkat yang bermula dari peringkat sebelum
pengumpulan data sehingga proses data dikeluarkan.Selain itu,kaedah pemerhatian juga turut
digunakan bagi mencapai objektif ke-2.Peringkat-peringkat untuk kaedah kajian adalah seperti
berikut;

1.8.1.1 Peringkat 1 : Kajian permulaan


Peringkat ini dimulakan dengan lebih memfokuskan tentang kesesuaian kajian dan situasi
projek pembinaan yang mampu memenuhi objektif yang ditetapkan.Peringkat ini turut
melibatkan kajian-kajian terdahulu dan juga beberapa rujukan bagi mendapatkan permasalahan
serta kepentingan kajian yang akan dilakukan.Peringkat ini juga memfokuskan tentang kajian
terhadap isu serta permasalahan disamping objektif-objektif yang ingin dicapai.Ia turut
melibatkan analisis dalam menentukan skop kajian dimana skop kajian melibatkan lima buah
projek pembinaan.

1.8.1.2 Peringkat 2 : Pengumpulan data


Pada peringkat ini akan dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif bagi kedua-dua
pengumpulan data.Bagi mendapatkan data objektif 1,responden yang akan ditemual melibatkan
pihak seperti pengurus tapak,penyelia tapak,jurutera tapak dan lain-lain lagi pihak yang terlibat
dalam dalam peracangan susun atur tapak.Seterunsya untuk kaedah pemerhatian akan dilakukan
dengan mengambil contoh kerja dengan menggunakan teknik kajian masa.

13
1.8.1.3 Peringkat 3 : Menganalisi data
Pada peringkat ini,data yang diperolehi akan dianalisi dengan menggunakan jadual dan graf
bagi memudahkan data ditapis mengkut kesesuai obejktif kajian.Setiap data yang dianalisis akan
dijadikan maklumat bagi menunjukkan hasil kajian yang telah dilakukan.

1.8.1.2 Peringkat 4 : Peringkat akhir dan cadangan


Pada peringkat ini lebih kepada hasil maklumat yang diperolehi selepas data-data kajian
dianalisis.Ini adalah untuk memastikan keberkesanan kajian terhadap objektif kajian yang
dilaksanakan.Selain itu juga,pada penghujung bab,penyelidik akan memberi beberapa cadangan
yang dirasakan perlu hasil dari penemuan daripada kajian yang telah dilakukan.

1.9 Cadangan Organisasi Bab

Cadangan organisasi bab adalah ringkasan tentang bab-bab yang terkandung dalam
laporan penyelidikan.Laporan ini akan merangkumi beberapa bab penting seperti berikut;

Bab 1
Membincangkan tentang latar belakang kajian,permasalahan,objektif kajian
kaedah kajian,skop kajian dan kepentingan kajian terhadap pengurusan susun atur logistik tapak
serta produktiviti.

Bab 2
Membincangkan tentang kajian-kajian yang telah dibuat melalui jurnal ataupun
artikel yang dikeluarkan oleh pihak-pihak profesional dalam bidang ini iaitu bidang pembinaan
yang mana lebih memfokuskan kajian terhadap pengurusan susun atur logistik tapak serta
produktiviti tapak bina.

Bab 3
Membincangkan tentang teknik kajian yang akan digunapakai dalam mendapatkan data serta
maklumat berkenaan kajian.

14
Bab 4
Membincangkan tentang latar belakang projek kajian,pihak responden yang terlibat,analisis data
serta membuat keputusan hasil dari maklumat-maklumat yang diperolehi semasa kajian
dilakukan. Data-data yang diperolehi akan dikaji bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang
mampu mencapai objektif yang ditetapkan.

Bab 5
Membincangkan tentang kesimpulan yang diperolehi hasil daripada kajian yang dilaksanakan
serta cadangan-cadangan yang mungkin boleh disumbangkan bagi meningkat serta membaiki
objektif yang turut dirasakan mampu memberi kesan kepada industri khusunya.

1.10 Rujukan

Engineering, C., & Engineering, C. (2017). Current Practices on Labour Management in


Building Construction Projects, 03(10), 2017–2021.
Hoła, B., Nowobilski, T., Szer, I., & Szer, J. (2017). Identification of factors affecting the
accident rate in the construction industry. Procedia Engineering, 208, 35–42.
https://doi.org/10.1016/j.proeng.2017.11.018
Kumari, R., & Engineering, C. (2018). ANALYSIS OF FACTORS AFFECTING ON LABOUR
PRODUCTIVITY IN CONSTRUCTION INDUSTRY BY USING RII METHOD, 119(12),
9399–9411.
Malisiovas, A. (2014). Construction Productivity : From Measurement to Improvement
Construction Productivity : From measurement to improvement, (March).
Minde, P. (2016). IMPORTANCE OF MEASUREMENT OF LABOUR PRODUCTIVITY IN
CONSTRUCTION, (August). https://doi.org/10.13140/RG.2.2.34671.02724
MPC. (2018). Laporan Produktiviti 2017/2018, 1–115.
Productivity, L. (2018). LABOUR PRODUCTIVITY SUKU KEEMPAT 2018.
Sadeghpour, F., & Andayesh, M. (2015). The constructs of site layout modeling: an overview.
Canadian Journal of Civil Engineering, 42(3), 199–212. https://doi.org/10.1139/cjce-2014-
0303

15
Small, E. P., & Baqer, M. (2016). Examination of Job-site Layout Approaches and their Impact
on Construction Job-site Productivity. Procedia Engineering, 164(June), 383–388.
https://doi.org/10.1016/j.proeng.2016.11.634
Student, T. R. V., Guide, S. S. J., & College, G. (2015). Investigating Factors Influencing Labour
Productivity in Construction Projects, 888–895.

16

You might also like