You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

SK SLIM VILLAGE

BIL PERKARA CATATAN


Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila
tempat mengambil tempat masing-masing kerana majlis
akan bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan
perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan saya
dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan


_______________________________________,
diiringi oleh Tuan Haji Roslan bin Lee, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Slim Village, En. Agus, Naib
Yang Dipertua PIBG, guru-guru Penolong Kanan
dan AJK PIBG. Hadirin diminta berdiri.

NYANYIAN Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan


LAGU Lagu Negaraku
NEGARAKU *************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu
tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang
dimuliakan …………………………………………….
.

Yang Berusaha Tuan Haji Roslan bin Lee, Guru


Besar Sekolah Kebangsaan Slim Village,

Yang Dihormati, En. Agus, Naib Yang Dipertua


PIBG Sekolah Kebangsaan Slim Village,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Siti


Rodiah binti Taib

Guru Penolong Kanan HEM, Puan Safura binti


Baharuddin

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Puan


Haslinda binti
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan
Raziyah binti

AJK PIBG sekolah Kebangsaan Slim Village,


barisan guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama


memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan
luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa,
dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk
sama-sama berkumpul di Dewan ini bagi
menjayakan MESYUARAT AGUNG PIBG Sekolah
Kebangsaan Slim Village.

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,


Bacaan Doa
Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula,


marilah sama-sama kita menadah tangan
memohon limpah rahmat dan barakah dari Yang
Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim
menjemput dan mempersilakan untuk memimpin
bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada atas


pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang
berlangsung akan terus terpancar keberkatan dari
Ilahi.

Warga dewan yang dimuliakan,


Ucapan
Guru Besar Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang
Berusaha Tuan Haji Roslan bin Lee, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Slim Village. Majlis dengan
segala hormatnya, mempersilakan.

**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru
Besar atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada


NYDP hari ini, majlis menjemput dan mempersilakan En.
Sarlan Bin Shahrum untuk menyempurnakan
bingkisan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.
*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada En. Agus


atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Perasmian
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat


berbesar hati memberi laluan, peluang dan
kesempatan
kepada ………………………………………………
…………. untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan MESYUARAT AGUNG
PIBG SK SLIM VILLAGE. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

**********Ucapan ***************
****

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan


kepada …………………………………………. atas
ucapan perasmian sebentar tadi.

Persembaha Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini,


n marilah sama-sama kita saksikan persembahan.
Dipersilakan..

******************************

Penyampaia Hadirin yang Dimuliakan,


n Bagi menghargai jasa dan sumbangan
Cenderahati Jawatankuasa PIBG SK Slim Village sesi 2018,
jawatankuas majlis berbesar hati menjemput dan
a PIBG- mempersilakan ………………………………………
Perasmi …… untuk menyampaikan cenderahati dan sijil
penghargaan. Dipersilakan.

Dipersilakan....
1.
2.
3.
4.

AJK IBU BAPA

1.
2.
3.
4.

AJK GURU:
1.
2.
3.
4.

Penutup Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Slim Village,


merakamkan penghargaan terima kasih
kepada …………………………………… atas
kesudian meluangkan masa pada _________ ini
untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali
ke- ….. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa,
guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..

MESYUARA Seterusnya, saya menyerahkan kepada SU PIBG


T PIBG 2018 untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG
SK Slim Village bagi tahun 2018
Jamuan
Ringan

You might also like