You are on page 1of 44

PUISI TRADITIONAL: PANTUN ALAM REMAJA

Pantun Maksud rangkap


Elok rupanya kumbang jati, Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut
Dibawa itik pulang petang; ke Pulangan ibu ke rumah.
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.

Dibawa itik pulang petang, Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu
Dapat di rumput bilang-bilang; akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.
Melihat ibu sudah pulang,
Hati cemas menjadi hilang.

Ayam kinantan terbang mengekas, Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang
Hinggap di ranting bilang-bilang; ke rumah.
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.

Kita menari keluar bilik, Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.


Sebarang tari kita tarikan;
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

Hanyut batang berlilit kumpai, Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan detik yang
Terdampar di ujung Tanjung Jati; paling menggembirakan bagi anak-anak.
Bonda pulang bapa pun sampai,
Kita semua berbesar hati.

Ramai orang bersorak-sorak, Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-
Menepuk gendang dengan rebana; anak berasa gembira.
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.

Mahulah kami hendak melapun, Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar
Lapun dibawa orang menjaja; berpantun kerana anak-anak yang masih kecil dan
Jangan marah kami berpantun, ingin bermanja.
Budak kecil biasa manja.

1. Tema
Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.

2. Persoalan
a) Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih saying dan kebahagian kepada anak-anak.
b) Anak-anak akan sentiasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu dan bapa di rumah.
c) Kegembiraan bagi anak-anak adalah sewaktu menyarnbut kepulangan ibu bapa mereka pulang beketia.
d) Aktiviti nyanyian bersama-sama ahli keluarga dapat rnengeratkan hubungan antara adik-beradik.
e) Pernberian hadiah daripada ibu bapa dapat mennembirakan hati anak-anak.

3. Bentuk Pantun
a) Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.Contohnya,
• rangkap 1: empat baris,
• rangkap 2: empat baris,
• rangkap 3: empat baris,
• rangkap 4: empat baris,
• rangkap 5: empat baris,
• rangkap 6: empat baris,
• rangkap 7: empat baris.
(c) Ada pembayang dan maksudnya.
(d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata. Contohnya, Kita menyanyi adik-
beradik (3 patah kata) Terdampar di ujung Tanjung Jati (5 patah kata)
(e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara sembilan hingga sepuluh suku kata. Contohnya, Elok rupanya
kumbang jati (9 suku kata) Mendapat baju dengan celana (10 suku kata)
(f) Pantun ini berbentuk terikat.

4. Unsur Bunyi
a) Asonansi.
a. Contohnya, • Tidak terkatakan besar hati (perulangan vokal a);
• Menpuk gendang dengan rebana (perulangan vokal e);
b. (b) Aliterasi.
Contohnya, • Hanyut batang berlilit kumpai (perulangan konsonan b)
· Dibawa itik pulang petang (perulangan konsonan p).
c. (c) Rima akhirnya terikat.
Contohnya, • rangkap 1: abab; • rangkap 2: aaaa; • rangkap 3: abab; • rangkap 4: abab; • rangkap 5: abab; •
rangkap 6: abab; • rangkap 7: abab.

5. Gaya Bahasa Lisan


(a) Inversi. Contohnya, Elok rupanya kumbang jati; Sebarang tari kita tarikan; Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
(
b) Kata ganda. Contohnya, adik-beradik; bilang-bilang; bersorak-sorak.
(c) Penggunaan unsur alam. Contohnya, kumbang jati; itik; rumput; ayam kinantan; ranting; dan kumpai.
(d) Peribahasa. Contohnya, besar hati.
(e) Repetisi. Contohnya, • kita (rangkap 4, baris 1, 2, 3, dan 4)

6. Nilai
(a) Kasih sayang. Contohnya, kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak menjamin kebahagiaan keluarga.
(b) Bertanggungjawab. Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak-anak.
(c) Baik hati. Contohnya, pemberian hadiah daripada seseorang dapat menggembirakan hati penerima.
(d) Pemaaf. Contohnya, orang yang memaafkan kesilapan orang lain sewaktu bergurau senda merupakan sikap
yang terpuji.
(e) Hormat-menghormati. Contohnya, sikap hormat-menghormati perlu diamalkan dalam kalangan anggota
keluarga.

7. Pengajaran
(a) Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk mendapatkan kebahagiaan keluarga.
(b) Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.
(c) Kita haruslah bersikap pemurah untuk mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga.
(d) Janganlah kita mengambil hati, sebaliknya perlu saling memaafkan jika berlaku kesilapan sewaktu
bergurau senda.
(e) Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah menjaga kita hingga dewasa.
PUISI TRADITIONAL: PANTUN KIASAN
Pantun Maksud Pantun
Tikar pucuk tikar mengkuang, Rangkap 1: Perbuatan membazir adalah suatu
Alas nikah raja Melayu; amalan yang merugikan.
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.

Buah bacang masak serangkai, Rangkap 2: Orang yang merantau selalunya


Burung dekut meniti batang; akan merendah diri apabila berada di tempat
Saya dagang tidak terpakai, orang.
Macam melukut di tepi gantang.
Tebang gelam tebang kenanga, Rangkap 3: Sebelum menginginkan sesuatu
Batangnya tumbang menimpa gedung; yang dianggap mustahil, ketahuilah tahap
Kumbang mengidam nak seri bunga, kemampuan dan kebolehan diri kita lebih
Bunga kembang di puncak gunung. dahulu.

Pokok terap tumbuh di bukit, Rangkap 4: mengharapkan sesuatu yang belum


Belat berbanjar panjang ke hulu; pasti.
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.

Limau Bentan di tepi tingkap, Rangkap 5: Sikap seseorang yang sombong


Budak-budak melempar burung; dengan kebolehan diri serta memandang
Harimau di hutan lagi kutangkap, rendah lernadap orang lain.
Kononlah pulak cicak mengkarung.
Air surut memungut bayam, Rangkap 6: Jangan suka membesar-besarkan
Sayur diisi ke dalam kantung; kejayaan yang tidak seberapa.
Jangan diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Anak punai anak merbah, Rangkap 7: Pendirian manusia sering berubah-


Hinggap di tonggak mencari sarang; ubah.
Anak sungai lagi berubah,
Inikan pula hatinya orang.

Rotan siput rotan berlingkar, Rangkap 8: Perasaan marah akan segera hilang
Anak itik patah kakinya; dengan adanya nilai kesabaran dalam diri.
Hujan ribut gunung terbakar,
Embun setitik padam apinya.

Raut bilah pembatang taut, Rangkap 9: Orang yang merantau akhirnya


Kail berada dalam raga; akan kembali ke tempat asalnya semula.
Tidak sudah seluang melaut,
Akhirnya balik ke tepi juga.

Sangkut terendak dekat beranda, Rangkap 10: Setiap perkara yang berlaku dan
Orang Papua anyam tak sudah; diperkatakan orang tentu ada sebabnya.
Jika tidak ada berita,
Masakan tempua bersarang rendah.

Bunga geti bergulai temenung, Rangkap 11: Menginginkan sesuatu yang besar
Di hari raya memakan tapai; tetapi tidak mempunyai keupayaan.
Hajat hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai.
Suasa bertahil emas berbungkal, Rangkap 12: Jika pengetahuan sedikit,
Tetapi intan tiada sesaga; janganlah hendak melawan orang yang lebih
Kalau kail panjang sejengkal, banyak pengetahuannya.
Usah lautan hendak diduga.

Dang Nila memangku puan, Rangkap 13: Sudah bersiap sedia untuk
Berembang buah pedada; mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada.

Hari hujan puyuh mendengut, Rangkap 14: Jika semasa masih muda sudah
Mendengut marl sepanjang jalan; malas, apatah lagi setelah usia tua; sedangkan
Air dalam kapar tak hanyut, semasa makmur tidak senang, apatah lagi
Kononlah pula kemarau panjang. semasa susah.

Berilah saya pisau raut, Rangkap 15: Seseorang yang inginkan sesuatu
Hendak meraut bingkai tudung; di luar kemampuannya.
Gila apakah ikan di laut,
Mengidamkan umpan di kaki gunung.

Laksana gadis Menteri Bogor, Rangkap 16: Orang yang melakukan dosa
Bijak membilang ayam betina; tetapi sudah terlambat untuk bertaubat.
Nyawa menangis di pintu kubur,
Hendak pulang ke dalam dunia.
Hilir berderap mudik berderap, Rangkap 17: Seseorang yang mempunyai rupa
Patah galah haluan perahu; paras yang elok tetapi tidak berbudi bahasa.
Sungguh laksana bunga dedap,
Cantik merah tidak berbau.

1. Tema
Sindiran terhadap segelintir anggota masyarakat yang mengamalkan sikap negatif sehingga boleh menjejaskan
kehidupan diri sendiri dan orang lain.

2. Persoalan
(a) Sikap membazir tidak digalakkan untuk diamalkan dalam kalangan masyarakat.

(b) Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang.

(c) Sifat segelintir manusia yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuan diri.

(d) Sikap manusia yang terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti hasilnya.

(e) Sifat sombong dan bangga diri akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri.

(f) Sifat sabar akan dapat melenyapkan kemarahan.

(g) Perantau yang pergi jauh akhirnya akan kembali ke kampung halaman juga.

(h) Sifat malas yang bermula sejak kecil akan sukar diubah apabila sudah dewasa, begitu juga apabila semasa
makmur tidak senang, apatah lagi semasa susah.

(i) Kecantikan diri tidak berharga jika tidak berbudi bahasa.

(j) Segeralah bertaubat setelah melakukan dosa.


3. Bentuk

(a) Pantun ini terdiri daripada tujuh belas rangkap.

(b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.

4. Unsur bunyi

(a) Asonansi.

· Contohnya,

Alas nikah raja Melayu (perulangan vokal a);

Limau Bentan ditepi tingkap (perulangan vokal e);

Hujan ribut gunung terbakar (perulangan vokal i);

(b) Aliterasi.

· Contohnya,

Buah bacang masak serangkai (perulangan konsonan b);

Hendak pulang ke dalam dunia (perulangan konsonan d);

1. Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
1. Hiperbola. • Hujan ribut gunung terbakar,
• Embun setitik padam apinya.

2. Inversi • Ikan busuk jangan dibuang;


• Gila apakah ikan di laut.

3. Penggunaan unsur alam. ikan;burung dekut; gelam; kenanga; kumbang;


bunga;

4. Peribahasa • Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh


sekampung;

5. Personifikasi •nyawa menangis di pintu kubur.

6. Repetisi • tikar (rangkap 1, baris 1);

7. Sinkope • Kilat memancar hujan tak lalu;

8. Simile • Macam melukut di tepi gantang;

6. Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
1. Nilai berjimat cermat Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukanpembaziran.
2. Nilai kesabaran Kita mestilah banyak bersabar untuk memadamkan kemarahan
dalam diri
3. Nilai berbudi bahasa Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa supaya kita akan
dipandang mulia oleh masyarakat.
4. Nilai merendah diri Kita hendaklah bersikap merendah diri apabila merantau ke tempat
orang.
5. Nilai keinsafan. Kita haruslah insaf dan bertaubat setelah melakukan dosa.
PUISI TRADITIONAL: PANTUN BUDI
Pantun Maksud pantun
Tenang-tenang air di laut, Rangkap 1 Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan
Sampan kolek mudik ke tanjung; orang.
Hat terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Yang kurik kundi, Rangkap 2 Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.
Yang merah saga;
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.

Bunga melati bunga di darat, Rangkap 3 Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

Bunga cina di atas batu, Rangkap 4 Sudah menjadi lumrah hidup, kekayaan lebih diutamakan
Jatuh daunnya ke dalam ruang; daripada budi bahasa.
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

Anak beruk di tepi pantai, Rangkap 5 Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.
Pandai melompat pandai menari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.
Tingkap papan kayu bersegi, Rangkap 6 Orang yang berbudi akan dipandang mulia, manakala martabat
Sampan sakat di Pulau Angsa; bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.
lndah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Padang Temu Padang baiduri, Rangkap 7 Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat jika bersama-sama
Tempat raja membangun kota; dengan orang yang sama taraf dengannya.
Bijak bertemu dengan jauhari,
Bagai cincin dengan permata.

1. Tema
Masyarakat akan memandang tinggi terhadap golongan yang berbudi bahasa kerana bahasa menunjukkan
identiti sesuatu bangsa.

2. Persoalan
 Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
 Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka lupa akan nilai budi bahasa.
 Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.
 Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa yang dituturkannya.
 Golongan miskin tetap dipandang mulia jika mereka berbudi bahasa.
 Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang bijaksana.
4.Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh


Anafora (ulangan perkataan di hadapan) Yang kurik kundi,
Yang merah saga, Yang baik
Penggunaan unsur alam air; laut; tanjung; bunga melati;batu.
Peribahasa. Bagai cincin dengan permata
Personifikasi. Bijak bertemu dengan jauhari.
Repetisi. budi (rangkap 1, baris 4)
Responsi (perulangan perkataan yang sama Indah tampan kerana budi, Tinggi
di tengah ayat). bangsa kerana bahasa.

5.Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai berbudi bahasa. Kita mestilah mempraktikkan amalan berbudi bahasaagar sentiasa
dipandang mulia oleh masyarakat
Nilai mengenang Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada
jasa. kita.
Nilaikebijaksanaan Kita disarankan supaya menjadi golongan yangbijaksana agar
dapat membantu untuk membangunkan bangsa dan negara.
PUISI TRADITIONAL: PANTUN NASIHAT

Pantun Maksud Pantun


Tanam balik buah peria, Rangkap 1 Jika hendak membuat pekerjaan
Buah peria mahal sekali; yang baik, janganlah berlebih- lebihan
Buat baik berpada-pada, sehingga tidak kena pada tempatnya, dan
Buat jahat jangan sekali. pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan
sama sekali.

Ketua-ketua raja duduk, Rangkap 2 Sesuatu yang haram dan


Jangan ditimpa pagan; memabukkan hendaklah tidak diambil sama
Diketahui ganja itu mabuk, sekali.
Apakah sebab maka dimakan?

Meninjau berpadi masak, Rangkap 3 Jangan dibiarkan perasaan sedih


Batang kapas bertimbul jalan; dan risau berpanjangan.
Hati risau dibawa gelak,
Bagai panas mengandung hujan.

Pulau di balik Pulau Gosong, Pandan di Jawa Rangkap 4 tutur kata haruslah sentiasa dijaga
diranggungkan; Jangan kata terdorong-dorong, agar kita tidak menanggung sengsara.
Badan dan nyawa menanggungkan.

Hangus bertih berwarna merah, Rangkap 5 Seseorang isteri hendaklah


Mari dituang ke dalam kain; mengelakkan diri daripada memarahi suami
Suami yang letih usah dimarah, Kelak terbang yang sedang letih kerana dikhuatiri dia akan
ke bunga lain. mencari perempuan lain.

Anak Cina membawa surat, Rangkap 6 hendaklah beradat ketika hidup di


Dari Perak langsung ke Deli; dunia dan bahasa itu tidak dapat dijual beli.
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.

Pisang kelat digonggong helang, Rangkap 7 para perantau dinasihatkan agar


Jatuh ke lubuk lnderagiri; pandai membawa diri di tempat orang.
Jikalau berdagang ke rantau orang,
Baik-baik membawa diri.

1. Tema
Nasihat yang dijadikan panduan hidup kepada masyarakat agar sentiasa melakukan kebaikan. Pelanggaran
norma dalam masyarakat akan membawa keburukan dalam kehidupan.

2. Persoalan
a. Sentiasa melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan.
b. Melakukan perbuatan haram akan membawa kemudaratan.
c. Perasaan sedih dan risau tidak boleh dibiarkan berpanjangan.
d. Berhati-hati mengucapkan tutur kata kerana jika tersilap berkata-kata buruk padahnya.
e. Persefahaman antara suami dengan isteri mampu menjamin kebahagiaan rumah tangga.
f. Budi bahasa amat penting dalam hidup bermasyarakat.
g. Adat orang merantau mestilah pandai membawa diri di tempat orang.
6. Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai baik hati. Kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhkan diri
daripada melakukan kemungkaran.
Nilai rasional. Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang
haram supaya hidup kita tidak binasa.
Nilai ketabahan Kita hendaklah tidak terlalu bersedih dengan dugaan yang menimpa
diri kerana perbuatan tersebut akan memudaratkan diri sendiri.
Nilai berhati-hati. Kita mestilah berhati-hati dengan tutur kata supaya diri kita
terhindar daripada sebarang bencana.
Pantun Alam Remaja

Maksud pantun

Rangkap Maksud Pantun


1 Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut kepulangan ibu ke
rumah.
2 Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila
melihat ibu pulang ke rumah.
3 Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah.
4 Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.
5 Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan masa yang paling menggembirakan
bagi anak-anak.
6 Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.
7 Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun kerana anak-
anak yang masih kecil biasanya manja.

2. Tema

Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.

3. Persoalan
 Persoalan tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih sayang dan kebahagiaan kepada anak-anak.
 Persoalan anak-anak akan sentiasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu bapa di rumah.
 Persoalan kegembiraan bagi anak-anak adalah sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka pulang
bekerja.
 Persoalan aktiviti nyanyian bersama-sama ahli keluarga dapat mengeratkan hubungan antara adik-beradik.
 Persoalan pemberian hadiah daripada ibu bapa dapat menggembirakan hati anak-anak.

4. Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai kasih sayang. Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk mendapatkan kebahagiaan
keluarga.
Nilai bertanggungjawab. Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.
Nilai baik hati Kita haruslah bersikap baik hati untuk mengukuhkan ikatan antara
anggota keluarga.
Nilai pemaaf Janganlah kita mengambil hati, sebaliknya perlu saling memaafkan jika
berlaku kesilapan sewaktu bergurau senda.
Nilai hormat- Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah
menghormati menjaga kita hingga dewasa.
Pantun Kasih Sayang
Pantun Maksud pantun
Buah mengkudu kusangka kandis, Rangkap 1: Wajah (muka) seseorang kelihatan berseri-
Kandis terletak di dalam puan; seri(bersinar) kerana senyumannya yang menawan.
Gula madu kusangka manis,
Manis lagi senyuman tuan

Asap api di Tanjung Tuan, Rangkap 2 :Harapan yang tinggi terhadap seseorang tetapi
Kuala Linggi bakaunya rendah; akibat tersilap perhitungan, harapan tidak kesampaian.
Harap hati kepada tuan,
Langit tinggi kupandang rendah.

Anak udang meniti batang, Rangkap 3: Menyimpan impian untuk mendapatkan seorang
Berasa dahan terlmpai; wanita yang cantik serta tiada bandingannya.
Melihat bulan di pagar bintang,
Bagaikan rasa hendak dicapai.

Jalan-jalan sepanjang jalan, Rangkap 4: Menggunakan muslihat(tipu helah) untuk


Singgah menyinggah di pagar orang; memikat anak gadis(anak perempuan) orang.
Pura-pura mencari ayam,
Ekor mata di anak orang.

Bila masa dipanggil maut, Rangkap 5: Seseorang perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh
Cinta tidak berharga lagi; akan bertemu juga akhirnya.
Asam di darat ikan di laut,
Sampai masa berjumpa lagi.

1. Tema
Kasih sayang antara teruna dengan dara. Namun begitu, untuk mencapai impian supaya dapat hidup bersama-
sama kadangkala kita terpaksa menempuh berbagai-bagai halangan seperti perbezaan darjat atau perpisahan.

2. Persoalan
a) Perwatakan yang menarik akan menyebabkan kita disukai oleh ramai orang.
b) Cita-cita untuk memiliki sesuatu yang besar dianggap mustahil kerana adanya kekurangan diri
c) Sanggup berpura-pura untuk mencapai sesuatu tujuan.
d) Perpisahan yang berlaku tidak semestinya terpisah untuk selama-lamanya kerana pada suatu hari nanti pasti
akan bertemu semula.
5.Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai kasih sayang. Kita haruslah saling menyayangi antara satu sama lain.
Nilai rasional. Kita mestilah bersikap rasional sebelum melakukan sesuatu yang
dianggap mustahil.
Nilai keikhlasan. Kita haruslah ikhlas dalam melakukan setiap perkara dalam
kehidupan.
PUISI TRADITIONAL: Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)

Syair Maksud Syair


Tamatlah kitab dikarang orang, Rangkap 1:Penyair telah tamat mengarang kitab supaya dapat
akalnya pendek ilmunya kurang, dijadikan SYAIR NASIHAT (Penghujung Thamarat at-
daripada sangat hajatku gerang, Muhimmah)
diperbuat juga sebarang-barang .

Melepaskan hati yang terbuku, Rangkap 2 : Ayah berharap agar anaknya akan menjaga tingkah
pengajaran kepada sekalian anakku, laku dan menjadi insan yang berakhlak mulia.
mudah-mudahan betul tingkah dan laku,
perangai yang baik biar terpaku.

Dengarkan tuan ayahanda berperi, Rangkap 3: Ayah menasihati anaknya agar tidak bersikap malas.
kepada anakanda muda bestari,
nasihat kebajikan ayahanda beri,
amalkan jangan malas dan ngeri.

Ayuhai anakanda muda remaja, Rangkap 4 :Menurut ayahnya lagi, jika anaknya itu menjadi raja,
jika anakanda menjadi raja, dia hendaklah bertindak dengan betul dan rajin bekerja.
hati yang betul hendaklah disahaja,
serta rajin pada bekerja.

Kerja kebajikan janganlah malas, Rangkap 5: Ayah menasihati anaknya supaya rajin berbuat
zahir dan batin janganlah culas, kebajikan. Pada masa yang sama, hati perlulah ikhlas dan bersih.
jernihkan hati hendaklah ikhlas,
seperti air di dalam gelas.

Menuntut ilmu janganlah segan, Rangkap 6 :Ayah menasihati anaknya supaya tidak malas untuk
ilmu yang benar jangan yang bukan, menuntut ilmu. Ilmu yang drtuntut itu mestilah ilmu yang betul
iaitu ilmu yang kebajikan, di kitab ini seperti yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.
sudah disebutkan.

Hendaklah anakanda mengaji selalu, Rangkap 7:Ayah menasihati anaknya agar rajin mengaji dan hal ini
dari yang lain lebihkan dulu, perlu diberi keutamaan daripada hal yang lain. Hukum syarak pula
had syarak janganlah dilalu, tidak boleh dilanggar kerana akan menyebabkannya mendapat
tidaklah anakanda beroleh malu. malu.

Segala perbuatan dengan berilmu, Rangkap 8: Sebarang tindakan perlu didasarkan kepada ilmu
maka kebajikan boleh bertemu, pengetahuan agar membawa kebaikan. Ayah juga menasihati
jika sebarang-barang diramu, anaknya agar berhati-hati dalam melakukan setiap perkara agar
akhirnya anakanda jatuh tersemu tidak terjerumus dalam perkara yang membawa kemudaratan.

Ilmu itu benar faedahnya, Rangkap 9: Ilmu itu banyak manfaatnya kerana dengan ilmu,
membezakan hak dengan batilnya, perkara yang benar dengan perkara yang tidak benar dapat
mengetahui rakyat benar salahnya, dibezakan. Dengan adanya ilmu, pemimpin dapat mengetahui sama
supaya dihukumkan dengan adilnya. ada rakyat benar atau salah dan dapat menjatuhkan hukuman yang
adil kepada mereka.
Jika ilmu tidak diendah, Rangkap 10 :Selanjutnya, jika ilmu pengetahuan itu dianggap
sebab anakanda capak permudah, remeh, hal ini tentu akan membawa masalah kepada anaknya jika
rakyat datang membawa gundah, menjadi pemerintah. Jika ada rakyat yang datang untuk
anakanda tercengang tunduk tengadah menyatakan masalah, anaknya tidak akan dapat menyelesaikan
masalah tersebut kerana tiadanya ilmu pengetahuan.
Hendak menghukumkan tiada tahu, Rangkap 11: Anaknya tidak tahu untuk menjatuhkan hukuman dan
hendak diam hati tak mahu, tidak mahu pula berdiam sahaja. Anaknya itu cuma mampu
berpeluk tubuh tangan ke bahu, berpeluk tubuh dan menyebut nama Allah SWT.
mengeluh mengucap mengata Allahu.

Terkadang duduk mendiamkan diri, Rangkap 12 :Akhirnya, anaknya tidak dapat berkata apa-apa.
sepatah tidak mengeluarkan peri, Setelah penat duduk dan bangun, anaknya itu akan
penat duduk bangkit berdiri, menyembunyikan diri di dalam istana.
lalu masuk ke dalam purl.

Orang berdakwa duduk menanti, Rangkap 13: Orang yang ingin mendapatkan pengadilan akan
serta dengan bersakit hati, hairan takjub menjadi marah kerana perbicaraan belum pasti dapat dilakukan.
tidak mengerti,
sebab bicaranya belum pasti.

Terkadang dihukumkan dengan biladah, Rangkap 14: Sebarang hukuman tidak boleh diambil mudah. Jalan
bukannya syarak bukannya 'adah, yang terbaik ialah kembali merujuk kepada hukum syarak untuk
ambil lekas jalan yang mudah, mendapatkan ketenangan hati.
supaya jangan berhati gundah.

Jika demikian apa jadinya, Rangkap 15 :Jika perbicaraan tidak dijalankan mengikut hukum,
hukum tak betul dengan jalannya, maka pemimpin pasti akan dikeji oleh rakyat.
di hadapan majlis diterimanya,
di belakang kelak diumpatnya.

Jika yang benar kita hukumkan, Rangkap 16: Jika perbicaraan tidak dijalankan mengikut hukum
di belakang jangan kita hiraukan, Allah SWT, maka kejian dan pujian rakyat bawahan tidak perlulah
umpat dan puji kita biarkan, dihiraukan oleh mereka.
kepada Allah kita syaksikan.

Fasal 1 Rangkap 17 :Ayah berpesan lagi, jika anaknya menjadi menteri,


Jika anakanda jadi menteri, dia digalakkan untuk berdamping dengan orang yang berilmu
orang berilmu anakanda hampiri, supaya dapat memudahkan segala kerjanya.
lawan mesyuarat lawan berperi,
supaya pekerjaan jadi ugahari

Hendaklah periksa adabnya wazir, Rangkap 18 :Ketua haruslah memerhatikan tingkah laku pegawai
di dalam kitab sudah terukir, bawahannya supaya penyele
hendaklah jauhkan pekerjaan mungkir,
supaya jangan jadi tergelincir.

1. Tema
Nasihat bapa kepada anak tentang kepentingan menuntut ilmu pengetahuan jika anaknya dilantik sebagai raja
atau menteri supaya dapat memimpin negara dengan jujur dan ikhlas.
2. Persoalan
(a) Setiap pemimpin diwajibkan menuntut ilmu pengetahuan.
(b) Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mempunyai hati yang mulia, bijak, adil, dan saksama ketika
menjalankan tugas.
(c) Kerja kebajikan yang dilakukan harus dibuat dengan penuh keikhlasan.
(d) Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang benar seperti yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.
(e) Pengadilan dan perbicaraan yang dijalankan mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan supaya tiada kesilapan
ketika menjatuhkan hukuman.
(f) Hukuman yang dijalankan mengikut hukum syarak akan menenangkan hati pemimpin.
(g) Ketaatan dan kepatuhan rakyat terhadap pemimpin.
(h) Apabila pemimpin bergaul dengan orang yang berilmu, maka segala kerja akan menjadi mudah.
(i) Tugas pemimpin adalah untuk memantau setiap tugas yang diamanahkan kepada orang bawahan agar tidak
berlaku penyelewengan.

5.Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai keadilan. Pemerintah haruslah bersikap adil dan tidak boleh bertindak zalim
terhadap rakyat.
Nilai berilmu Seseorang pemimpin mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang
cukup agar dapat memudahkan urusan pentadbiran.
Nilai keikhlasan Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan.
Nilai tawakal Kita haruslah bertawakal dan berserah kepada Allah SWT setelah
( berserah diri) membuat apa-apa keputusan berdasarkan syariat.
Sajak Roti: Ahmad Syahrul Wahid

Dari cerobong dapur


asap berjelaga berkepul
terkecur liur
harum berbau juadah tersohor.

Perut yang lapar


selera kian meggelepar
menanti roti dibakar
rangup dan segar
terhidang seumpama permaidani terhampar.

Kalau roti di depan mata


nafsu makan pun bergelora
berkeping-keping menggegar selera
perut pun kenyang terasa
tenang bersendawa.

Bagi pemilik iman di dada


sendawa itu tidak sempurna
masih ada beban di bahu mereka
warga miskin belum terbela
masih merintih lapar dahaga.

Bila begitu selamanya


kalimah syukur pun jelas tertera
di hati sanubari warga dunia
melangit damai dirasa
percikan iman segar berwarna.

1. Maksud sajak

Rangkap Maksud Sajak


1 Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera tersebut bangkit kerana
baunya yang harum.
2 Perut bertambah lapar kerana menunggu roti siap dibakar.
3 Perut akan menjadi kenyang apabila memakan roti yang telah siap dibakar.
4 Orang yang kaya masih tidak sempurna iman mereka jika tidak memikul
tanggungjawab untuk membantu orang yang memerlukan.
5 Jika seseorang itu beriman maka dia harus bersyukur dengan nikmat dan
kemewahan yang diperoleh.

2. Tema
Kehidupan masyarakat kaya yang tidak lupa membantu masyarakat miskin.

3. Persoalan
 Persoalan bau roti yang harum apabila dibakar membangkitkan selera.
 Persoalan manusia tidak dapat menahan nafsu makan ketika lapar.
 Persoalan manusia akan makan makanan yang sedap sehingga kenyang dan sendawa.
 Persoalan orang yang beriman tidak akan melupakan orang miskin ketika mereka berasa kenyang.
 Persoalan bersyukur ketika mendapat sesuatu kebaikan.
Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai kesabaran Kita hendaklah bersabar ketika menunggu untuk mendapatkan sesuatu.
Nilai kesyukuran Kita mestilah bersyukur dengan nikmat kurniaan tuhan.
Nilai keimanan Kita haruslah melatih diri agar menjadi orang yang beriman.
Puisi Moden : Sajak Dalam Persekitaran Kata-Kata
"Dia mencipta manusia. Rangkap 1: Tuhan yang menciptakan manusia.
Dialah yang membolehkan manusia bertutur dan
Mengajarnya pandai berbicara."
menerima kenyataan.
(Al-Quran, 55:3-4 )

Engkau beri kami kata-kata Rangkap 2: Tuhan telah mengurniakan manusia


kebijaksanaan untuk berbicara tentang apa-apa
dan akal untuk mengucapkannya.
yang tergores dalam jiwanya dan apa-apa yang
Kami pindahkan makna, terfikir dalam mindanya. Manusia telah bertutur
dalam pelbagai bahasa mengikut tempat dan
dari tempat ke tempat, zaman yang berbeza.
dari zaman ke zaman

Engkau beri kami kata-kata Rangkap 3: Tuhan menciptakan manusia pelbagai


bangsa dan rupa fizikal. Manusia mengembara dan
dan akal untuk mengucapkannya.
menghuni serata alam untuk mencari rezeki.
Kami pindahkan makna,
dari tempat ke tempat,
dari zaman ke zaman

Kata-kata yang berselerakan Rangkap 4 : Unsur-unsur alam menjadi


dalil(bukti) bagi mengesakan(percaya tuhan itu
langit, bumi, laut, gunung,
satu) Allah berpandukan Al-Quran dan hadis serta
awan, hujan dan pohon, kitab-kitab terdahulu. Daripadanya juga kita
memperbaiki persepsi kehidupan.
adalah persekitaran.
Seperti kami memetik buah-buahan
kami sunting istilah iman,
daripada kitab-kitab silam,
mentakrif tanda alam,
dan menjernihkan tafsiran.

Kata-kata mengembangkan pengalaman, Rangkap 5: Percakapan atau ungkapan yang


dituturkan dapat menambah pengetuahuan dan
terbentang di semesta alam,
membuatkan manusia menghargai kewujudan diri.
memaknakan kewujudan.

Tema sajak:
Kepentingan berbahasa dan hubungan manusia dengan tuhan.
Contoh: Kebolehan berbahasa kurniaan Tuhan telah membolehkan tamadun manusia berkembang dan generasi
ke generasi dan dari satu tempat ke satu tempat.
Persoalan:
1. Persoalan sikap bersyukur ke atas anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
Contoh: Penyajak menyedari bahawa Tuhan telah mengurniakan kepada manusia kebijaksanaan untuk
berbicara.

2. Persoalan kepentingan bahasa kepada manusia.


Contoh: Manusia telah menggunakan kebijaksanaan akal untuk mengembangkan bahasa sehingga bahasa
berbeza mengikut tempat dan zaman.

3. Persoalan sifat kesempurnaan manusia yang dianugerahkan Allah


Contoh: Manusia pelbagai bangsa dan rupa telah diciptakan oleh Allah lalu bertebaran mereka ke seluruh alam.

4. Persoalan kekuasaan Allah menciptakan alam semesta


Contoh: Manusia mengakui keimanan kepada Allah dengan melihat kepada alam semesta.

5. Persoalan peranan bahasa dalam sistem perhubungan.


Contoh: Bahasa dapat menambah pengalaman seseorang dan memahami hubungan sesama manusia dan
hubungan dengan pencipta

Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran

1. Nilai kesungguhan Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk


mempelajari bahasa.

2. Nilai keberanian Kita hendaklah berani pergi ke tempat yang jauh


untuk mencari ilmu dan rezeki.

3. Nilai rajin kita mestilah rajin membaca dan mengkaji kitab-


kitab lama untuk memperoleh ilmu.
PUISI MODEN : Sajak Kucari Damai Di Sini (A. HAMID JEMAIN)
Kucari damai di sini Rangkap 1: Penyajak menyatakan bahawa dia mencari
kedamaian di negaranya makmur dan merdeka. Kemerdekaan
di tanah subur makmur dan merdeka
tersebut dianggap berada antara kenyataan dengan impian.
yang menyilau dan merdeka antara realiti dan Hal ini demikian kerana wujudnya perasaan tidak puas hati
mimpi antara rakyat. Namun demikian, penyajak menyatakan
bahawa perasaan negative itu perlu diubati dengan bersangka
membebat perasaan kehidupan baik iaitu dengan menjadikan sejarah persaudaraan sebagai
dengan sejarah persaudaraan dasar untuk membina rasa kemanusiaan.

mengikat naluri kemanusiaan.

Kucari damai di sini


cinta dan jati diri Rangkap 2: Penyajak menyatakan bahawa kedamain juga
dicari dengan rasa kasih sayang dan dengan kepribadian mulia
bersemarak di laman sukma
rakyat Malaysia. Perasaan kasih mengasihi perlu dididik
dengan kasih sayang dalam diri manusia.

bersemadi di naluri.

Di sini damainya badai


Rangkap 3: Penyajak menyatakan bahawa walaupun negara
moga gemilang sepanjang zaman
kita mempunyai masalah, kita masih boleh berdamai dan
menjadi catatan sejarah kebanggaan hidup dengan aman. Penyajak berharap agar kemerdekaan
yang dicapai berkekelan. Segala masalah perlu diselesaikan
untuk generasi masa depan. dengan bijaksana supaya kejayaan tercipta menjadi
kebanggaan generasi akan datang.

Tema sajak:
Penghargaan terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara.
Contoh: Rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan aman damai kerana wujudnya kasih sayang yang ikhlas
dan tulen. Walaupun terdapat masalah yang dihadapi, masalah tersebut masih dapat diselesaikan.

Persoalan:
1. Persoalan kedamaian hendaklah diusahakan kerana kedamaian tidak akan datang dengan sendirinya.
2. Persoalan negara kita ialah negara aman yang aman dan makmur
3. Kemerdekaan hendaklah diperjuangkan agar beroleh kemajuan.
4. Kedamaian akan wujud dengan adanya nilai kasih sayang.
5. Kemerdekaan negara kita ini akan menjadi kebanggaan generasi akan datang.
Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran

Nilai kedamaian Kita hendaklah berusaha untuk medapatkan dan mengekalkan kedamaian.

Nilai patriotisme Kita hendaklah mencintai negara yang merdeka ini.

Nilai hormat-menghormati Kita mestilah saling hormat-menghormati dan berkasih sayang antara satu sama
lain.
PUISI MODEN : Sajak Pada Sekuntum Mawar karya Mahwa Mohamed
Sehelai kelopakmu gugur; Rangkap 1: Maksud Sajak Penyajak
mengumpamakan bunga mawar sebagai gadis.
adalah titis air mata bonda
Jika maruah seorang gadis tercemar, maka ibunya
yang luruh dalam lipatan usia. akan berasa amat sedih dalam menghadapi hari
tua.

Merenung pada malam yang kematian angina Rangkap 2: Jika maruah anak gadisnya tercemar,
maka ibu akan merasakan bahawa segala-galanya
pada laut yang kematian ombak
telah musnah. Dia merasakan bahawa hidupnya
seperti telah menutup sia-sia atau tidak bemakna lagi. Dia juga
merasakan bahawa segala-galanya telah musnah
pintu kehidupan ini dan tidak ada lagi jalan untuk memperbaiki
menjadi sepi dan lara keadaan tersebut.

pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.

Sekuntum mawar Rangkap 3 :Penyajak berpesan agar gadis-gadis


tidak akan membiarkan diri mereka tercemar
bukan melontar harum indahmu
dalam menghadapi kehidupan yang serba
di hujung lembah mencabar ini, sebaliknya hendaklah menjaga diri
supaya menjadi gadis yang beriman dan dihormati
tapi mengangkat seri mahkotamu masyarakat.
ke puncak iman.

Tema sajak:

Anak gadis yang sewajibnya menjaga martabat mereka sebagai seorang gadis. Jika seseorang gadis telah
tercemar, iaitu hilang kegadisannya akibat pergaulan bebas, maka nama keluarganya turut tercemar.

Persoalan:
1. Ibu akan berasa sedih jika maruah anak gadisnya tercemar.

2. Kesedihan menyebabkan seseorang ibu akan merasakan bahawa hidupnya sudah tidak bermakna lagi.

3. Kehilangan maruah seorang gadis merupakan suatu kemusnahan yang tidak sanggup diterima oleh seseorang
ibu.

4. Seorang gadis hendaklah menjaga diri dengan memiliki pegangan agama yang kukuh, iaitu sebagai gadis yang
beriman.

Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran

Nilai kasih sayang Kita hendaklah menjaga hati ibu agar ibu tidak menderita.

Nilai berwaspada. Kita hendaklah menjaga diri agar tidak menghadapi kemusnahan dalam kehidupan. .

Nilai kesedaran. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah sosial.
Prosa Tradisional : Pelanduk Mengajar Memerang

1. Sinopsis

Pada zaman Nabi Sulaiman, semua binatang boleh bercakap seperti manusia. Manakala, Nabi
Sulaiman pula mempunyai lima Perdana Menteri yang terdiri daripada seorang manusia, seekor jin bernama
Afrit, seekor unggas, seekor landak, dan seekor pelanduk. Manusia merupakan Perdana Menteri yang paling
bijak diikuti oleh landak dan pelanduk, tetapi pelanduk yang digelar sebagai Syah Alam di Rimba ialah yang
paling terkenal.

Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba meninjau kawasan pemerintahannya dan menemui lubang tempat
tinggal memerang. Anak-anak memerang yang sebanyak tujuh ekor sedang bermain-main di sekitar lubang
tersebut. Syah Alam di Rimba menghampiri mereka lalu bertanyakan ibu bapa mereka. Anak memerang itu
memberitahu Syah Alam di Rimba bahawa ibu bapanya pergi mencari ikan untuk dijadikan makanan mereka.

Syah Alam di Rimba berasa runsing(risau) kerana ikan-ikan pernah mengadu kepada Nabi Sulaiman
bahawa memerang menganiaya mereka. Pada waktu itu, ditakdirkan Allah burung berbunyi dengan bersahut-
sahutan dan Syah Alam di Rimba laluberpencak silat menyerang anak-anak memerang. Anak-anak memerang
itu mengalami kecederaan parah, lalu mati kesemuanya.

Setelah hari menjelang petang, pasangan suami isteri memerang pulang dan mendapati anak-anak
mereka sudah mati. Hanya bekas tapak kaki Syah Alam di Rimba sahaja yang ditemukan di sekitar kawasan itu.
Ibu memerang menangis kerana terlalu sedih. Pada malam itu, pasangan memerang itu berbincang untuk
bertemu dengan Nabi Sulaiman pada keesokan harinya bagi memaklumkan perkara tersebut.

Keesokan harinya selepas makan, pasangan memerang itu pun pergi untuk berjumpa dengan Nabi
Sulaiman. Ketika itu, baginda sedang bersemayam di atas takhta di hadapan sekalian menteri, hulubalang
rakyatnya yang tidak terkira bilangannya. Mereka datang dengan menerima pelbagai aduan untuk diselesaikan
oleh baginda Nabi Sulaiman.

Apabila tiba gilirannya, pasangan memerang itu pun beri ampun sembah dan menceritakan perihal diri
mereka yang dianiaya Perdana Menteri Syah Alam di Rimba. Anak-anak mereka telah di bunuh oleh Syah
Alam di Rimba semasa mereka berdua keluar mencari makan. Setelah mendengar aduan itu, Nabi Sulaiman
termenung seketika berasa hairan dengan perbuatan Syah Alam di Rimba itu. Baginda memerintahkan supaya
unggas belatuk memanggil Syah Alam di lalu perintah itu disampaikan dengan segera.

Setelah Syah Alam di Rimba datang menghadap, Nabi Sulaiman bertanyakan kebenaran aduan
pasangan memerang itu serta sebab berbuat demikian. Syah Alam di Rimba segera memohon ampun kepada
Nabi Sulaiman dan menceritakan hal yang sebenar. Ketika dia berjumpa dengan anak-anak memerang itu, dia
terdengar Sang Bubut bersiul dengan bersahut-sahutan dan memalu gendang perang dengan kuat. Dia
menyangka bahawa paluan itu ialah isyarat kedatangan musuh lalu membuka silat dan tanpa sedar dia telah
mencederakan anak-anak memerang.

Selepas mendengar penjelasan Syah Alam di Rimba, Nabi Sulaiman memerintahkan unggas belatuk
supaya memanggil Sang Bubut . Apabila Sang Bubut datang menghadap, baginda bertanyakan sebab Bubut
memalu gendang perang tanpa menunggu perintah baginda terlebih dahulu. Sang Bubut memberi alasan
bahawa dia ternampak Sang Biawak berlari-lari dengan membawa pedang yang telah tercabut. Dia menyangka
bahawa ada musuh yang hendak menyerang Nabi Sulaiman lalu Bubut memalu gendang dengan sekuat hatinya
supaya dapat didengar oleh para hulubalang.

Kemudian, Nabi Sulaiman memerintahkan unggas belatuk supaya memanggil Sang Biawak. Apabila
Sang Biawak datang, baginda bertanya kebenaran dakwaan Sang Bubut. Jika benar, baginda ingin tahu
akan Sang Biawak membawa pedang tanpa sarung. Sang Biawak menyatakan bahawa dia membawa pedang
tanpa sarung kerana dia terlihat Labi-labi membawa perisai. Pada sangkaannya, ada musuh yang hendak
menyerang baginda.

Setelah itu, Sang Labi-labi pula dititahkan untuk menghadap Nabi Sulaiman. Perkara itu ditanyakan
pula kepada Sang Labi-labi. Sang Labi-ilabi mendakwa bahawa dia berbuat demikian setelah melihat Sang
Udang membawa tombak bercanggah. Dia juga menyangka bahawa ada musuh besar yang datang menyerang.
Maka, Sang Udang pun dipanggil supaya datang menghadap baginda. Setelah ditanya, Sang Udang memberi
alasan bahawa dia ternampak Sang Sebarau berikat pinggang seolah-olah berhadapan dengan masalah yang
besar. Dia menyangka bahawa masalah itu berkaitan dengan musuh yang hendak menyerang Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman menitahkan pula unggas belatuk memanggil Sang Sebarau. Belatuk menemui Sang
Sebarau di tengah jalan yang kebetulan mahu berjumpa dengan Nabi Sulaiman juga. Setelah Sang Sebarau
datang menghadap, baginda bertanyakan sebab Sang Sebarau berikat pinggang ;sehingga melengkung seperti
orang dalam kesusahan. Sang Sebarau mengangkat sembah, lalu menyatakan bahawa dia memang mahu
berjumpa dengan baginda bagi mengadukan hal dirinya.

Menurut Sang Sebarau, Sang Memerang telah menganiaya kaumnya dan memakan anggota keluarga
serta kaum kerabatnya sehingga yang tinggal hanyalah dirinya seekor saja. Sang Sebarau berasa sangat sedih
dengan keadaannya itu dan memohon agar Nabi Sulaiman berlaku adil dengan menjatuhkan hukuman kepada
Sang Memerang.

Setelah mendengar penjelasan Sang Sebarau itu, baginda berasa sangat murka terhadap Sang Memerang
suami isteri. Sang Memerang memohon ampun dan mengakui akan kesalahan mereka itu. Nabi Sulaiman
menyatakan bahawa tindakan Syah Alam di Rimba itu memang wajar bagi menebus nyawa anak-anak dan
kaum keluarga Sang Sebarau yang telah dimakan oleh Sang Memerang.

1. Tema
Balasan terhadap golongan yang menganiayai golongan lain.
Hal ini digambarkan melalui kisah memerang yang menganiayai anak-anak Sang Sebarau. Sebagai balasannya,
dengan takdir Allah Subhanahuwataala, an anak Sang Memerang sendiri terbunuh selepas dipijak oleh Syah
Alam di Rimba ketika Syah Alam di Rimba bersilat sewaktu terdengar bunyi paluan gendang perang yang
dilakukan oleh Sang Bubut.

2. Persoalan
(a) Sikap tamak yang mahu mendapatkan sesuatu dengan sebanyak-banyaknya tanpa memikirkan nasib
pihak lain.
Contohnya, Sang Memerang telah makan semua anak Sang Sebarau sehingga hanya Sang Sebarau yang tinggal
dalam keadaan bersusah hati.

(b) Pengaduan dilakukan kepada yang pihak yang berkuasa.


Contohnya, Sang Memerang membuat pengaduan kepada pihak yang berkuasa, iaitu Nabi Allah Sulaiman
tentang peristiwa kematian anak-anaknya disebabkan perbuatan Syah Alam di Rimba.

(c) Pengadilan memerlukan saksi.


Contohnya, Nabi Allah Sulaiman memanggil semua rakyat yang terlibat dengan hal yang menyebabkan
kematian anak-anak Sang Memerang.

(d) Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.


Contohnya, Syah Alam di Rimba bijak mencari jalan penyelesaian untuk memberikan kesedaran kepada Sang
Memerang.
(e) Bercakap benar di hadapan pemerintah.
Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang
Memerang bercakap benar di hadapan Nabi Allah Sulaiman.

(f) Sentiasa bersedia untuk menyelamatkan pemerintah.


Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, dan Sang Udang bersedia dengan
tugas masing-masing apabila merasakan Nabi Allah Sulaiman diancam oleh pihak musuh.

3. Plot

3.1 PERMULAAN
Syah Alam di Rimba bertemu dengan anak-anak memerang. Kemudian, dia terdengar bunyi paluan gendang
perang lalu membuka silat. Akibatnya, anak-anak memerang terbunuh. Ibu bapa memerang pulang dan
mendapati anak-anak mereka sudah mati.

3.2 PERKEMBANGAN
Ibu bapa memerang mengadu kepada Nabi Sulaiman perihal kematian anak-anak mereka akibat perbuatan Syah
Alam di Rimba. Baginda memanggil Menteri Syah Alam di Rimba untuk mendapatkan penjelasan. Selepas itu,
baginda memanggil Sang Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-labi, Sang Udang, dan Sang Sebarau untuk mencari
punca yang sebenarnya.

3.3 KLIMAKS
Sang Sebarau menceritakan perbuatan jahat pasangan memerang terhadap kaum keluarganya. Nabi Sulaiman
berasa sangat murka terhadap Sang Memerang.

3.4 PELERAIAN
Sang Memerang memohon maaf dan mengaku akan kesalahan mereka. Akhirnya, Nabi Sulaiman memberi
kemenangan kepada Syah Alam di Rimba.

4. Teknik Plot
(a)Dialog.
Contohnya, • "Hai kanak-kanak, ke manakah pergi mak bapa kamu?" [hlm. 35] • "Hai Syah Alam di Rimba,
Nabi Allah Sulaiman memanggil segera ke balai penghadapan." [hlm. 38] •
(b)Monolog dalaman.
Contohnya, • Fikir Syah Alam di Rimba, "Itulah akan memerang ini, selalu saja ia membuat aniaya atas ikan-
ikan itu, terlalu runsing hatiku mendengar pengaduannya kepada Nabi Allah Sulaiman; jikalau begitu, baiklah
aku perbuat pakatan pula dengan dia." [hlm. 36]

(c) Pemerian.
Contohnya, • Sebermula adalah suatu hari Syah Alam di Rimba pergi berjalan menatapi sekalian anak buah di
dalam pemerintahannya. Berjumpalah ia suatu lubang ternpat memerang, ada anaknya tujuh ekor. [hlm. 35]

5. Latar
5.1 Latar Ternpat
(a) Hutan rimba.
Tempat Syah Alam di Rimba memerintah dan membuat lawatan ke kawasan wilayah pemerintahannya.
(b) Lubang.
Tempat tinggal mak, bapa, dan anak-anak memerang.
(c) Kota istana.
Singgahsana Nabi Allah Sulaiman di kota istana.
(d) Lubuk.
Tempat tinggal Sang Sebarau dan anak-anak Sang Sebarau di dalam lubuk.
5.2 Latar Masa
(a) Pada zaman dahulu.
Contohnya, zaman pemerintahan Nabi Allah Sulaiman adalah pada zaman dahulu.

(b) Siang.
Contohnya, mak dan bapa memerang pergi menghadap Nabi Allah Sulaiman pada waktu siang.

(c) Petang.
Contohnya, mak dan bapa memerang pulang ke lubang pada waktu petang.

(d) Malam.
Contohnya, mak dan bapa memerang melakukan perbincangan serta membuat keputusan untuk
berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman pada waktu malam.

5.3 Latar Masyarakat


(a) Masyarakat binatang yang tinggal di rimba.
Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Memerang, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang,
dan Sang Sebarau merupakan masyarakat binatang yang tinggal di rimba.

(b) Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.


Contohnya, Sang Memerang begitu tamak ketika menangkap ikan untuk dijadikan makanan tanpa memikirkan
nasib yang menimpa ikan-ikan tersebut.

c) Masyarakat yang berlaku jujur terhadap pemerintah.


Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang
Memerang bercakap benar di hadapan Nabi Allah Sulaiman.

(d) Masyarakat yang patuh akan pemerintah.


Contohnya, mak dan bapa memerang taat akan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya membuat pengakuan
terhadap kesalahan yang telah di lakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.

(e) Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan pemerintah.


Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak, dan Sang Udang sentiasa bersedia
dengan tugas masing-masing apabila merasakan bahawa Nabi Allah Sulaiman diancam oleh pihak musuh.

(f) Masyarakat yang cepat bertindak.


Contohnya, burung belatuk amat cepat menjalankan perintah Nabi Allah Sulaiman supaya memanggil binatang-
binatang lain untuk datang menghadap baginda.

(g) Masyarakat yang mengaku kesilapan diri.


Contohnya, mak dan bapa memerang telah membuat pengakuan tentang kesalahan yang dilakukan di hadapan
Nabi Allah Sulaiman.

(h) Masyarakat yang bijak menyelesaikan masalah.


Contohnya, Syah Alam di Rimba dan Nabi Allah Sulaiman bijak menyelesaikan masalah dengan cara yang
baik.

6. Watak dan Perwatakan

6.1 Pelanduk atau Syah Alam di Rimba


(a) Dilantik oleh Nabi Allah Sulaiman untuk menjadi menteri.
(b) Merupakan menteri yang paling termasyhur kerana kebijaksanaannya.
(c) Bijak untuk memberikan kesedaran kepada memerang.
(d) Pandai bersilat.
(e) Sebagai menteri, Syah Alam di Rimba sentiasa mengambil berat akan kehidupan rakyatnya.
(f) Syah Alam di Rimba taat kepada pemerintah, iaitu Nabi Allah Sulaiman.
(g) Mudah berasa risau sekiranya anak buahnya ditimpa sebarang masalah.
(h) Jujur ketika berhadapan dengan Nabi Allah Sulaiman.

6.2 Memerang atau Sang Memerang


(a) Mempunyai tujuh orang anak.
(b) Menjadikan ikan sebagai makanan.
(b) Tamak terutamanya dalam hal makanan.
(c) Mak dan bapa yang bertanggungjawab, iaitu mencari makanan untuk anak-anak.
(d) Mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib orang lain.
(e) Taat kepada perintah Nabi Allah Sulaiman supaya mengaku salah.
(f) Sedar akan penganiayaan yang telah dilakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.

6.3 Nabi Allah Sulaiman


(a) Seorang pemerintah yang rakyatnya terdiri daripada manusia, jin, dan binatang.
(b) Melantik lima Perdana Menteri dalam urusan pemerintahan baginda.
(c) Bijak menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh semua rakyatnya.
(d) Tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan.
(e) Pemerintah yang adil.
(f) Tegas dalam membuat keputusan.

Nilai dan Pengajaran


Nilai Pengajaran
Nilai prihatin Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin terhadap
kehidupan rakyat
Nilai patuh akan pemimpin Sebagai rakyat, kita hendaklah patuh akan setiap arahan
pemerintah
Nilai keadilan Jika kita dilantik menjadi pemerintah, kita hendaklah
membuat keputusan dengan adil
Nilai bertanggungjawab Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab.
Nilai kejujuran Kita mestilah berkata dengan jujur apabila kita dihadapkan ke
muka pengadilan.
Cerpen : Banjir di Mata Emak karya Che Soo Ismail

1. Sinopsis

Cerita berkisar pada watak "saya" yang hendak menelefon temannya tetapi tersalah tekan nombor telefon
rumah Mak Piah. Mak Piah menyangka orang yang membuat panggilan telefon itu ialah anaknya, Nana. Mak
Piah memberitahu "Nana" (saya) bahawa dia tidak ada bekalan makanan disebabkan banjir yang melanda
kampungnya sudah sampai ke paras dada. Mak Piah berterima kasih kepada "Nana" (saya) kerana menelefon
untuk bertanya khabar tentang dirinya. Malangnya, abang Nana yang duduk dekat tidak menjenguk Mak Piah
langsung walaupun banjir sedang melanda kampung emaknya itu.

Belum sempat "saya" hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya yang sebenar, talian telefon sudah
terputus. Hujan sudah turun empat hari empat malam tanpa henti. "Saya" cuba menelefon Mak Piah sekali lagi
tetapi panggilannya tidak dijawab. "Saya" bimbang akan keadaan Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut
dua nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan makanannya sudah habis. Jiran-jirannya sudah berpindah
ke pusat pemindahan banjir. Mak Piah tidak mahu pergi ke pusat pemindahan. "Saya" tertanya-tanya sebab
Mak Piah tidak mahu berpindah. Anak lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon untuk bertanya khabar,
apatah pulang untuk menjenguknya. "Saya" berasa sangat cemas apabila memikirkan perkara yang mungkin
berlaku kepada Mak Piah.

"Saya"mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah menjawab pangilan "saya". Mak Piah
meminta "saya" yang disangkakannya Nana agar tidak bimbang tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada
"saya"agar menjaga anak dan suaminya baik-balk.

"Saya" ingin bertemu dengan Mak Piah supaya "saya" dapat melepaskan rindu terhadapnya yang telah
kembali kepada Yang Maha Pencipta. Mak Piah merindui anak-anaknya. "Saya" merindui emaknya. "Saya"
menemukan alamat Mak Piah di dalam buku panduan telefon. "Saya" pergi ke rumah Mak Piah dengan
membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan "saya" dengan ceria.

Kerja "saya" menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Mak Piah memberitahu "saya" bahawa
Nubhan, abang Nana takut akan isterinya, manakala Nana pulak takut akan suaminya. "Saya" bertanya kepada
Mak Piah tentang sebab dia tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah menyatakan bahawa dia
tidak mahu mengganggu mereka di tempat pemindahan itu kerana keadaannya yang kerap membuang air kecil
sehinggakan kadang-kadang tidak sempat ke bilik air. "Saya" berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir
tidak surut. Mak Piah memeluk "saya" selepas mendengar kata-kata "saya" itu.

"Saya" mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang masak dan menyuruh "saya"
menghantar makanan itu. "Saya" mengangguk sambil tersenyum. "Saya" terpaksa berbohong dan menanggung
dosa hanya kerana hendak melihat Mak Piah berasa bahagia. Selepas makan "saya" menolong Mak Piah
mencuci dan menyimpan barang-barang makanan yang "saya bawa ke dalam peti sejuk. "Saya" memohon izin
untuk pulang dan berjanji untuk mengunjungi Mak Piah lagi. Mak Piah meminta "saya" menyampaikan salam
kepada anaknya, Nana.

Sekembalinya ke rumah, "saya" diserang demam selama lima hari. Setelah sihat, "saya" pergi ke rumah
Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila "saya" sampai di pekarangan rumah Mak Piah, orang
ramai sedang berkumpul. Mak Piah telah meninggal dunia kerana tergelincir jatuh dan kepalanya cedera
semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Nana dan Nubhan berasa kesal. Kata Nana, dua hari
sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran bahawa Nana telah mengirimkan makanan kepadanya
semasa banjir. Mak Piah berasa sangat gembira. Nana menyatakan bahawa dia bukan sahaja tidak pernah
mengirimkan apa-apa kepada emaknya malahan dia tidak pernah menelefon emaknya kerana emaknya
mengalami masalah pendengaran. Nana mengakui betapa mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong
kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya. Nana berasa sangat menyesal atas perbuatannya
terhadap emaknya selama ini.

2. Tema
Tema cerpen ini ialah kehilangan sesuatu yang bermakna telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam
kehidupan seseorang.

Perkara tersebut mengundang rindu yang berpanjangan. Mak Piah sangat merindui anak-anaknya yang telah
beberapa bulan tidak menghubunginya apatah lagi untuk pulang menjenguknya. Keengganan anak-anaknya
pulang menjenguknya merupakan suatu kehilangan bagi dirinya yang mendambakan kasih sayang dan
perhatian. "Saya" pula mendambakan kasih sayang daripada seorang emak. Emak "saya" telah kembali kepada
Yang Maha Pencipta. "Saya" amat rindu akan emaknya. Pertemuan "saya" dengan Mak Piah menambah
kerinduan terhadap emaknya. Nasib yang menimpa Mak Piah meraih simpati "saya" untuk mendekati Mak
Piah. Kehadiran Mak Piah membuka peluang untuk "saya" melepaskan rindu terhadap emaknya.

3. Persoalan
(a) Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak.
Contohnya, Mak Piah terpaksa hidup keseorangan kerana anak-anak jarang-jarang menjenguknya.

(b) Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa seseorang. Contohnya,
"saya" dilamun rindu yang sangat hebat kerana telah kehilangan ibu untuk selama-lamanya.

(b) Kasih ibu tidak berbelah bagi.


Contohnya, walaupun Nana sudah lama tidak menjenguk emaknya, Mak Piah tetap memuji Nana di hadapan
jiran-jirannya.

(c) Menyesal kemudian tiada gunanya.


Contohnya, penyesalan Nana dan abangnya, Nubhan sudah terlambat. Emak mereka telah pergi meninggalkan
mereka untuk selama-lamanya.

(d) Anak-anak yang tidak bertanggungjawab.


Contohnya, Nana dan Nubhan ialah anak-anak yang tidak bertanggungjawab. Mereka membiarkan pasangan
masing-masing mempengaruhi mereka untuk tidak mengambil berat terhadap ibu mereka. Mereka lebih
mementingkan keluarga mereka dan mengabaikan ibu mereka sendiri.

(e) Perasaan simpati yang wujud dalam diri seseorang.


Contohnya, "saya" sangat simpati terhadap keadaan Mak Piah lalu bersungguh-sungguh mencari rumah Mak
Piah dan berjanji untuk menemani Mak Piah sehingga banjir surut.

4. Plot Binaan

4.1 Plot
(a) Permulaan — Mengisahkan "saya" hendak menelefon temannya, tetapi tersalah menekan nombor telefon
lalu panggilannya terus sampai ke rumah Mak Piah. Mak Piah mengadu kepada "saya" yang disangka anak
perempuannya, Nana, bahawa orang menjual ikan dan mamak menjual roti sudah tidak masuk ke kampung. Hal
ini demikian kerana banjir telah naik ke paras dada. Tanpa sempat "saya" menjelaskan dirinya yang sebenar,
Mak Piah sudah memutuskan talian telefonnya.

(b) Perkembangan — "Saya" membuat panggilan telefon kepada Mak Piah tetapi tidak berjawab. "Saya"
bimbang akan keselamatan Mak Piah. Hal ini demikian kerana Mak Piah tinggal seorang diri. Jiran-jirannya
sudah berpindah ke pusat pemindahan banjir. Akhirnya Mak Piah menjawab panggilan telefon "saya", tetapi
sekejap sahaja. "Saya" tidak sempat hendak berbicara lebih panjang. Hati "saya" mula resah memikirkan
keadaan Mak Piah dalam suasana banjir di kawasannya telah sampai ke paras dada. Memikirkan nasib Mak
Piah mengingatkan dia akan emaknya. Hal ini menambahkan rasa rindu kepada ibunya yang sudah meninggal
dunia. Perasaan dan keinginan "saya" hendak berjumpa dengan Mak Piah menjadi begitu kuat. "Saya"
mendapatkan alamat rumah Mak Piah daripada buku panduan telefon. "Saya"datang ke rumah Mak Piah
dengan membawa makanan. "Saya" terpaksa berbohong di hadapan Mak Piah bahawa makanan yang
dibawanya itu merupakan kiriman daripada anak perempuannya, Nana.

(c) Klimaks — Sekembalinya "saya" dari rumah Mak Piah, "saya" telah diserang demam panas selama lima
hari. Setelah sembuh, "saya" terus pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila
"saya" sampai di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang berkumpul. Belum sempat "saya"
melangkah masuk ke dalam rumah Mak Piah, usungan jenazah telah dibawa keluar. "Saya" mengikut jenazah
Mak Piah hingga ke tanah perkuburan.

(d) Peleraian — Nana dan abangnya, Nubhan berasa sangat sedih. Mereka menyesal kerana tidak pulang
menjenguk dan membantu emak mereka semasa banjir. Emak mereka meninggal dunia setelah kepalanya
cedera kerana terjatuh semasa hendak membersihkan rumah selepas banjir. Setelah tubuh Mak Piah kaku,
barulah jenazahnya ditemui jirannya.

4.2 Teknik Plot.

Teknik Plot Contohnya,


(a) Dialog • "Orang jual ikan dah tiga hari tak datang. Mamak
jual roti pun tak boleh masuk kampung. Mak tak
ada makanan. Banjir dah sampaii ke paras dada ..."
[hlm. 51]

(b) Pemerian. • Suara tua yang tadinya berbicara tanpa memberi


saya walau sedikit kesempatan untuk menerangkan
bahawa saya bukanlah Nana, kembali menujah-
nujah telinga. Saya capai telefon, mencari di menu
panggilan keluar. Saya tekan butang panggilan ke
nombor itu sekali lagi. [hlm. 52]
c) Saspens Pada permulaan cerita, pembaca tertanya-tanya
pemilik suara tua yang sedang bercakap dengan
watak "saya" melalui telefon.

Contohnya, • Dia memanggil saya dengan nama


yang tidak tercatat pada kad pengenalan, tidak juga
nama timangan sejak dilahirkan. Siapakah
empunya suara tua yang rusuh di hujung talian
sana? Seperti saya yang terburu-buru mendail
nombor rumah teman yang baru diberikan pagi
tadi, suara tua itu juga pantas mengatur kata, selaju
jejari saya salah menekan nombor rumahnya.
Selepas menyampaikan kisah yang sesetengahnya
tidak saya fahami, suara tua itu menamatkan
pengisahan dengan penghargaan dan pesanan.
[hlm. 51]
5. Latar
5.1 Latar Tempat
(a) Kampung. Tempat tinggal "saya" dan Mak Piah serta tempat
berlakunya kejadian banjir.

(b) Rumah "saya". Tempat "saya" membuat panggilan telefon ke


rumah Mak Piah.
( c ) Rumah Mak Piah. Tempat "saya" menemui Mak Piah yang tinggal
keseorangan.
(d) Tanah perkuburan. Tempat jenazah Mak Piah dikebumikan.

5.2 Latar Masa


(a) Empat hari empat malam. Contohnya, hujan turun selama empat hari empat
malam.
(b) Ketika banjir. Contohnya, Mak Piah tiada bekalan makanan
kerana banjir yang melanda kampung Mak Piah
sudah sampai ke paras dada.
(d) Lima hari. Contohnya, watak "saya" demam selama lima hari.
(e) Selepas banjir. Contohnya, Mak Piah jatuh tergelincir dan
kepalanya cedera ketika membersihkan rumah
selepas kejadian banjir. Mak Piah meninggal dunia
selepas kejadian banjir melanda kampungnya.
(f) Waktu pagi. Contohnya, watak "saya" mendapatkan nombor
telefon rumah temannya, iaitu Ameera pada waktu
pagi.

5.3 Latar Masyarakat


(a) Masyarakat kampung. Contohnya, watak "saya" dan Mak Piah
merupakan masyarakat yang tinggal di kampung.
(b) Masyarakat yang prihatin. Contohnya, watak "saya" sangat mengambil berat
tentang keadaan Mak Piah yang tinggal
keseorangan.
(c) Masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, Nana dan Nubhan membiarkan emak
mereka hidup keseorangan di rumah usang tanpa
bertanya khabar atau menjenguknya walaupun
Nubhan tinggal berdekatan dengan rumah
emaknya.
(d) Masyarakat yang mementingkan kasih sayang. Contohnya, Mak Piah masih mengingati dan
sangat merindui anaknya, Nana serta
mengharapkan Nana sekeluarga berada dalam
keadaan baik..
(f) Masyarakat yang terlalu merindui ibunya. Contohnya, watak "saya" sangat merindui
emaknya yang telah meninggal dunia dan dia
begitu teruja untuk berjumpa dengan Mak Piah
yang tinggal keseorangan itu.
(g) Masyarakat yang taat akan perintah agama. Contohnya, Mak Piah masih menunaikan solat
walaupun keadaannya sudah tua dan rumahnya
dilanda banjir.

6. Watak dan Perwatakan


6.1 "Saya"
(a) Anak yatim piatu.
(b) Seorang yang sensitif.
(c) Seorang yang prihatin.
(d) Seorang yang mudah bersimpati.
(e) Seorang yang merindui ibunya.
(f) Seorang mengambil berat terhadap kehidupan Mak Piah.
(g) Seorang yang sanggup berbohong semata-mata untuk melihat kebahagiaan Mak Piah.

6.2 Mak Piah


(a) seorang yang hidup seorang diri di rumah usang di sebuah kampung.
(b) seorang yang mempunyai dua orang anak, iaitu Nana dan Nubhan.
(c) Seorang yang peramah.
(d) Seorang yang takut akan ular.
(e) Seorang yang pengasih dan penyayang.
(f) Seorang yang taat akan perintah Tuhan.
(g) Seorang yang kurang pendengaran.
(h) Seorang yang sangat merindui anak-anaknya.

6.3 Nana
(a) Anak bongsu Mak Piah.
(b) Seorang yang takut kepada suami.
(c) Seorang yang tidak bertanggungjawab.
(d) Seorang yang jarang-jarang balik menjenguk emaknya.
(e) Seorang anak yang berasa sangat sedih apabila kehilangan emaknya.

Nilai dan Pengajaran


Nilai Pengajaran Contoh
( a) Kasih Kita mestilah menghargai kasih Walaupun anak-anak Mak Piah tidak
sayang sayang ibu bapa terhadap anak-anak mengambil berat tentang kehidupannya
mereka. di kampung, Mak Piah masih mengingati
dan menyayangi anak-anaknya.
(b) Kita hendaklah mengamalkan sikap "Saya" sanggup mengharungi banjir
Keprihatinan. perikemanusiaan dan tolong- untuk melihat keadaan hidup Mak Piah
menolong sesama manusia. yang tinggal seorang diri.
(c) Baik hati. Kita hendaklah sikap baik hati "saya" membawa bekalan makanan untuk
dengan membantu golongan warga Mak Piah yang telah terputus bekalan
emas. makanan akibat kejadian banjir.
(d) Simpati. Kita hendaklah bersimpati kepada "saya" berasa simpati dengan keadaan
golongan yang susah. Mak Piah yang tinggal keseorangan serta
keadaan Mak Piah yang terlalu merindui
anak-anaknya.
Cerpen : Talia dan Raksasa Qadqad karya ZaniffaAzzuraAbdullah

1. Sinopsis

Talia dan keluarganya merupakan masyarakat orang asli yang tinggal jauh di kawasan pedalaman bersama-
sama dengan puaknya. Pada suatu hari, sewaktu Talia sedang bermain-main di sempadan huma, berdekatan
dengan hutan di lereng Bukit Ungu, Talia telah bertemu dengan seekor katak raksasa yang telah tercedera di
bahagian tepi kepalanya. Luka itu kelihatan seperti dilibas gergaji. Oleh sebab timbul rasa kasihan, Talia telah
merawat katak raksasa tersebut dengan menggunakan pucuk daun dalut. Dengan bantuan Talia, raksasa tersebut
telah pulih dan terus menghilang di dalam hutan. Talia bercerita tentang katak raksasa itu kepada ibunya. Bapa
Talia, Dodo menganggap bahawa cerita tersebut sebagai khayalan Talia sahaja. Namun begitu, tanggapan ibu
dan ayah Talia berubah beberapa minggu selepas itu. Kisah ahli-ahli suku berselisih dengan sekeluarga
makhluk seperti yang diceritakan oleh Talia di denai yang sama heboh diperkatakan. Penduduk kampung
menggelar katak raksasa tersebut sebagai Raksasa Qadqad bersempena dengan bunyi yang dihasilkan oleh
katak tersebut. Penduduk kampung bimbang jika mereka terpaksa berpindah lagi kerana mereka semua baru
beberapa bulan berpindah ke Bukit Ungu.

Pada suatu hari, adik Talia, Jini demam panas. Bapa Talia, Dodo berpendapat bahawa Jini perlu dibawa ke
hospital. Dodo mencadangkan agar mereka menumpang kereta api. Dodo mengajak isterinya, Misa dan
anaknya, Talia ke bandar. Talia sekeluarga segera meninggalkan rumah mereka. Dodo mendukung Talia.
lsterinya, Misa pula membawa Jini di dalam bakul sandang.

Sewaktu Misa dan Dodo hendak ke stesen kereta api, mereka dijerkah oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut
bertugas mengawasi bijih yang disorong keluar untuk dipindahkan ke dalam gerabak kereta api. Dodo
memberitahu lelaki itu tentang hasratnya yang ingin menumpang kereta api untuk ke bandar. Lelaki itu
memarahi Dodo. Pemandu kereta api yang baru keluar memandang mereka dengan kehairanan. Pemandu kereta
api itu, iaitu Sidek memberitahu lelaki tadi yang dipanggilnya Tuan Binjah tentang keadaan di kern balak timur
yang kacau-bilau. Kekacauan tersebut berpunca daripada serangan kumpulan katak raksasa. Tujuh orang
meninggal dunia manakala dua puluh orang lagi cedera.
Pada hari sebelum pembalak-pembalak itu diserang, sebatang balak telah menimpa sarang katak raksasa.
Walaupun tidak cedera teruk, keluarga haiwan itu terperangkap. Mandur kem balak berkenaan telah menetak
semua katak raksasa yang terperangkap itu. Tindakan tersebut membawa padah kepada pembalak-pembalak di
kern berkenaan.

Sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam hutan. Para pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan
diri. Binjah dan kebanyakan pekerja termasuk Sidek masuk ke dalam sebuah bangunan. Qadqad yang paling
dekat dengan keluarga Talia melompat lantas mendarat di bahu Dodo. Anehnya, haiwan itu cuma berkelip-kelip
memandang Talia. Kepala haiwan itu berparut seperti bekas luka dilibas gergaji. Qadqad di bahu Dodo
melompat turun. Ratusan katak raksasa yang lain mengikuti jejak Qadqad itu berundur. Binjah berasa hairan
apabila melihat keluarga Talia tidak diserang oleh kumpulan katak raksasa tersebut. Dia melihat ada tanah
berwarna ungu pada tangan, kuku, kaki, dan rambut Talia. Dia membuat rumusan kononnya katak raksasa takut
akan tanah berwarna ungu. Akhirnya, keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api tersebut untuk ke bandar.

Tiga hari kemudian, Sidek datang menemui keluarga Talia di hospital. Kebetulan pula, adik Talia, Jini
sudah dibenarkan keluar dari hospital. Sidek memberitahu Dodo tentang hasrat Binjah yang mahu melombong
di Bukit Ungu. Menurut Sidek, Binjah telah mengarahkan seisi kampung berpindah. Binjah turut membawa
samseng ke kampung itu. Sidek membawa keluarga Talia ke sebuah balai polis untuk mengadukan perkara
yang berlaku. Sidek turut membawa keluarga Talia pulang ke kampung mereka dengan menaiki sebuah
kenderaan.

Mereka tiba di kawasan perkampungan orang asli tersebut. Mereka mendengar suara Binjah berbalah
dengan Tuk Sibat. Binjah dan para pengikutnya membawa jentera berat untuk memusnahkan perkampungan
orang asli itu. Binjah menyuruh samseng upahannya membakar sebuah pondok yang terdapat di situ. Dodo dan
Sidek menjerit meminta mereka berhenti. Binjah tetap menyuruh samseng upahannya membakar pondok
tersebut. Penduduk kampung cuba menghalang perbuatan samseng tersebut. Binjah melepaskan dua das
tembakan ke arah mereka. Satu daripadanya menembusi lengan kiri Dodo. Talia menjerit memanggil Raksasa
Qadqad. Beratus-ratus ekor katak raksasa tersebut muncul dari dalam hutan. Kumpulan Raksasa Qadqad itu
menyerang Binjah dan para pengikutnya. Sementara itu, Talia dan sukunya terus melarikan diri dari tempat
tersebut.

Akhirnya, keadaan di kampung Talia tenang semula. Qadqad sudah ghaib. Beberapa buah pondok musnah
terbakar. Puluhan mayat manusia dan bangkai Qadqad bergelimpangan. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad
terus lenyap.

2. Tema

Tema cerpen ini ialah konflik antara manusia dengan alam semula jadi.

Manusia bandar yang rakus dan tamak telah memusnahkan alam semula jadi demi mengaut keuntungan semata-
mata. Hutan belantara ditarah untuk pembalakan manakala bukit diruntuhkan untuk dijadikan kawasan
perlombongan sehingga memusnahkan habitat flora dan fauna. Kehidupan orang ash yang aman dan harmoni
turut terancam.

3. Persoalan
(a) Perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan.
Contohnya, Talia yang telah merawat seekor anak Raksasa Qadqad yang tercedera, akhirnya telah diselamatkan
oleh raksasa tersebut sewaktu perkampungan mereka hendak dimusnahkan oleh Binjah..

(b) Kasih sayang terhadap keluarga.


Contohnya, Dodo amat menyayangi anggota keluarganya dan sanggup ditembak oleh Binjah semata-mata
untuk menyelamatkan anggota keluarganya.

(c) Sikap tamak segelintir manusia.


Contohnya, Binjah seorang yang tamak kerana hendak melombong di perkampungan orang asli tetapi akhirnya
terkorban kerana diserang oleh Raksasa Qadqad.

(d) Kesusahan masyarakat orang ash yang tinggal di kawasan pedalaman.


Contohnya, Dodo terpaksa berjalan kaki ke stesen kereta untuk mendapatkan rawatan anaknya, Jini yang
sedang sakit di bandar.

(e) Persahabatan antara manusia dengan haiwan.


Contohnya, sifat Talia yang baik hati dan merawat seekor anak Raksasa Qadqad yang tercedera telah
menyebabkan haiwan tersebut membantu kampungnya daripada dimusnahkan oleh Binjah.

4. Plot Binaan

4.1 Plot
a) Permulaan —Talia telah bertembung dengan seekor Raksasa Qadqad sewaktu bermain di pinggir huma
berhampiran dengan hutan di lereng Bukit Ungu. Talia terlihat seekor binatang aneh yang menyerupai seekor
katak tercedera. Dia telah mengambil pucuk daun dalut untuk merawat binatang tersebut. Binatang aneh
tersebut diberi nama Qadqad oleh penduduk kampung kerana bunyinya yang menyerupai bunyi seekor katak.
(b) Perkembangan — Peristiwa Dodo bersama-sama dengan isterinya, Misa dan anak-anaknya, Talia dan Jini
pergi ke stesen kereta api untuk merawat Jini yang sedang demam di bandar. Di pertengahan jalan, mereka
telah bertembung dengan Sidek, pemandu kereta api dan Binjah yang bertugas mengawas bijih yang disorong
keluar dari bangunan untuk dipindahkan ke dalam gerabak kereta api. Mereka telah digertak oleh Binjah kerana
cuba menaiki kereta api tersebut secara percuma. Secara tiba-tiba, Binjah dan pekerja lombong telah diserang
oleh Raksasa Qadqad. Binjah berasa hairan kerana Talia dan keluarganya terselamat daripada serangan
tersebut. Sidek telah menemani Dodo mendapatkan rawatan untuk Jini di hospital. Kemudian, mereka membuat
laporan di balai polis tentang Binjah dai pengikutnya yang menyerang kampung mereka.

(c) Klimaks — Binjah dan para pengikutnya telah membawa jentera berat unto memusnahkan perkampungan
orang ash tersebut kerana ingin mengaut hasil buminya. Dodo yang cuba mempertahankan kampung tersebut
telah terkena tembakan pada lengan kirinya yang dilepaskan oleh Binjah.
(d) Peleraian — Beratus-ratus ekor Raksasa Qadqad muncul dari dalam hutan'i dan telah menyerang Binjah dan
para pengikutnya. Banyak pengikutnya yang telah terkorban termasuk Binjah sendiri. Akhirnya, penduduk di
perkampungan orang ash itu terselamat. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.

4.2 Teknik Plot.

Teknik Plot Contohnya,


(a) Dialog • "Ini bukan demam biasa," kata Dodo. "Kita perlu
bawa ke hospital." [hlm. 61]
• "Tentulah tanah ungu. Serangan Qadqad
sekarang berleluasa di hutan di seluruh negeri.
Kata Tuan Binjah, sesiapa yang dapat mengawal
tanah ungu, pasti kaya-raya!" [hlm. 64]

(b) Pemerian. Makhluk itu mengerang, mempamerkan taring.


Cecair hijau likat meleleh dari lekuk tajam di
bahagian sisi kepalanya, persis luka akibat dilibas
gergaj
c) Imbas kembali • Berdasarkan cerita salah seorang pembalak yang
terselamat, pada hari yang sebelumnya, sebatang
balak menimpa sarang makhluk itu. Biarpun tidak
cedera teruk, keluarga haiwan itu terperangkap.
Namun, entah apa-apa alasannya, mandur kem
balak menetak mati kesemua yang terperangkap
itu. Tindakannya itulah yang menjerut manusia
lain dengan hukuman mati. [hlm. 62]

5. Latar
5.1 Latar Tempat
(a) Kawasan Bukit Ungu. Tempat tinggal Talia dan keluarganya serta ahli
sukunya.
(b) ) Kawasan hutan berhampiran dengan lereng Tempat Talia bertemu dengan anak Raksasa
Bukit Ungu bersempadan huma Qadqad
( c ) Rumah Dodo. Tempat Dodo berbincang dengan isterinya, Misa
untuk membawa anak mereka, Jini yang sedang
demam ke hospital.
(d) Stesen kereta api. Tempat Dodo dan keluarganya diherdik oleh
Binjah
(e) Kawasan perlombongan. Tempat Binjah dan pekerja lombong diserang oleh
Raksasa Qadqad
( f ) Hospital. Tempat Dodo membawa anaknya, Jini
mendapatkan rawatan dan tempat pekerja lombong
yang cedera mendapatkan rawatan.
(f) Balai polis Tempat Sidek membawa Dodo membuat laporan
tentang rancangan Binjah untuk melombong di
Bukit Ungu.

5.2 Latar Masa


(a) Waktu siang. Contohnya, Talia berjumpa dengan anak Raksasa
Qadqad yang tercedera pada waktu siang
. (b) Waktu tengah hari. Contohnya, penduduk orang asli di Bukit Ungu
dapat mendengar bunyi kereta api datang dan pergi
untuk mengangkut bijih ke bandar.
(c) Tiga hari. Contohnya, Jini mendapat rawatan di hospital
selama tiga hari.
(d) Waktu matahari tergelincir. Contohnya, Tuk Sibat menghantar dua orang lelaki
ke kawasan Bukit Ungu untuk memastikan bahawa
keadaan di situ sudah selamat.

5.3 Latar Masyarakat


(a) Masyarakat orang asli Contohnya, anggota keluarga Talia dan sukunya
merupakan masyarakat orang asli yang berpindah-
randah, bertani, dan tinggal di kawasan hutan.
(b) Masyarakat bandar yang tamak dan kejam. Contohnya, Binjah sanggup bertindak kejam
dengan menghalau orang asli untuk mendapatkan
kawasan lombong di Bukit Ungu.
(c) Masyarakat yang berkonflik dengan alam Contohnya, Binjah telah menebang balak dengan
semula jadi. sesuka hati dan ingin melakukan kerja
perlombongan di Bukit Ungu sehingga mendorong
Raksasa Qadqad menyerang mereka.
(d) Masyarakat yang penyayang. Contohnya, Dodo amat menyayangi anak-anak dan
isterinya sehingga sanggup menerima tembakan
untuk menyelamatkan tempat tinggal mereka.
(e) Masyarakat yang kejam dan zalim. Contohnya, Binjah sanggup bertindak kejam
dengan membakar pondok orang asli yang terletak
berhampiran dengan Bukit Ungu.

6. Watak dan Perwatakan

6.1 "Talia
(a) Seorang budak perempuan kecil keturunan orang asli.
(b) Anak kepada Dodo dan Misa.
(c) Bersifat belas kasihan dan suka menolong.
(d) Bersahabat dengan Raksasa Qadqad.
(e) Seorang yang berani kerana merawat anak Raksasa Qadqad yang tercedera.
(f) Sayang akan keluarga dan ahli sukunya.
(g) Menghormati ibu dan bapanya.

6.2 Raksasa Qadqad


(a) Menyerupai seekor katak tetapi lebih besar.
(b) Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala.
(c) Mempunyai taring.
(d) Mampu meloncat tinggi.
(e) Mempunyai sepasang mata berwarna kuning beriris hijau.
(f) Menjadi penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu.
(g) Menyelamatkan orang ash sewaktu Binjah ingin memusnahkan kampung mereka.
(h) Mengenang budi kerana telah menyelamatkan Talia dan keluarganya.
(i) Mampu menyerang dan membunuh manusia yang jahat.

6.3 Dodo
(a) Ayah kepada Talia dan Jini.
(b) Isterinya bernama Misa.
(c) Seorang yang penyayang kerana sanggup mempertahankan keluarga dan kampungnya daripada diancam
oleh Binjah dan pengikutnya.
(d) Bertanggungjawab kerana bersusah payah membawa anaknya yang sedang demam untuk mendapatkan
rawatan di hospital.
(e) Sanggup berkorban untuk menjamin keselamatan anggota keluarganya.

6.4 Binjah
(a) Seorang saudagar yang tamak kerana cuba memusnahkan kampung orang asli untuk mendapatkan hasil
buminya.
(b) Kejam dan tidak bertimbang rasa kerana sanggup menyerang dan membakar rumah orang asli.
(c) Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa memikirkan kepentingan alam semula jadi.
(d) Terkorban bersama-sama dengan pengikutnya sewaktu diserang oleh Raksasa Qadqad.

6.5 Sidek
(a) Bekerja dengan Binjah.
(b) Membantu Dodo membawa anaknya yang sakit ke hospital.
(c) Membuat aduan di balai polis berkaitan dengan rancangan Binjah yang mahu memusnahkan kampung orang
asli di sekitar Bukit Ungu.
(d) Menyebelahi puak orang asli sewaktu Binjah cuba memusnahkan kampung mereka.

6.6 Tuk Sibat


(a) Ketua suku kaum orang asli.
(b) Ketua yang bertanggungjawab kerana sanggup menentang Binjah yang ingin memusnahkan kampungnya.
(c) Berani menentang Binjah dan pengikutnya sewaktu mereka datang mengganggu tempat tinggal sukunya.

Nilai dan Pengajaran


Nilai Pengajaran Contoh
( a) Baik hati Kita haruslah bersimpati dengan semua Contohnya, Talia menolong dan merawat
makhluk yang berada di sekeliling kita. anak Raksasa Qadqad yang tercedera
pada bahagian kepalanya.

(b) Kasih sayang Kita mestilah menyayangi anggota Contohnya, Dodo amat menyayangi
keluarga supaya mereka dapat hidup keluarganya. Dia sanggup bersusah payah
dengan selamat dan selesa. menghantar anaknya, Jini ke hospital
yang terletak di bandar untuk
mendapatkan rawatan.

(c) Keberanian. Kita harus berani mempertahankan hak Contohnya, Dodo berani menentang
kita walaupun terpaksa mengorbankan kekejaman Binjah yang ingin merampas
diri. kawasan tempat tinggal sukunya.
(d) Kegigihan. Sebagai ketua yang bertanggungjawab, Contohnya, Tuk Sibat gigih berusaha
kita mestilah mempertahankan hak untuk mempertahankan perkampungan
anak-anak buah kita daripada dirampas sukunya daripada dirampas oleh Binjah.
oleh pihak luar

( e ) Tolong- Kita haruslah memberikan pertolongan Tolong-menolong. Contohnya, Sidek


menolong. kepada orang yang sedang berada dalam memberikan pertolongan kepada keluarga
kesusahan. Dodo dengan menumpangkan mereka
pulang dari bandar menggunakan kereta
api yang dipandunya.
Drama : Mahkamah

1. Sinopsis

Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, Hakim memulakan perbicaraan. Hakim memerintahkan pegawai
memanggil Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Tertuduh I, Bulat bin Leper dituduh
menyebabkan kematian seorang nenek tua. Pendakwa raya membaca pertuduhan, bahawa Bulat bin Leper telah
dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali, berumur 99 tahun, di Taman
Gagak Putih.

Bulat bin Leper memahami pertuduhan yang dibaca oleh pendakwa raya. Namun begitu, dia tidak mengaku
bersalah. Peguam bela telah dipanggil masuk untuk membela Bulat bin Leper. Selepas perbicaraan dijalankan,
Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang
dan membuang kulitnya. Kemudian, seorang nenek yang sedang berjoging telah terpijak kulit pisang yang
dibuang oleh Bulat bin Leper itu. Nenek itu tergelincir dan jatuh. Kejadian itu menyebabkan pinggang nenek
tua itu patah dan dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Pendakwa raya mendesak Bulat bin Leper
supaya mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Bulat bin Leper bertegas bahawa dia tidak mahu mengaku
salah. Peguam bela bangun lalu membantah tindakan pendakwa raya yang cuba mendesak anak guamnya
mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Peguam bela menyatakan bahawa pada waktu tersebut, Bulat bin Leper telah makan sebiji pisang. Kulit pisang
tersebut dibuang ke dalam tong sampah yang telah disediakan oleh pihak berwajib, tetapi pintunya sudah rosak.
Bulat bin Leper mengaku bahawa kenyataan tersebut benar. Peguam bela menyambung kenyataan bahawa
Bulat bin Leper sedar bahawa tugas membaiki pintu tong sampah itu bukan tugasnya. Tambah peguam bela
lagi, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper ke dalam tong sampah itu sudah cukup memperlihatkan
kesedaran sivik dan perkara itu merupakan suatu contoh yang baik.

Pendakwa raya membantah hujah peguam bela dengan menyatakan bahawa peguam bela cuba memutarbelitkan
kenyataan. Peguam bela menyambung hujahnya dengan menyatakan bahawa Bulat bin Leper telah membuang
kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Namun begitu, seekor kambing yang sangat kurus dan lapar telah makan
sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya sehingga menyebabkan kulit pisang itu tercampak
keluar ke jalan raya. Oleh sebab kambing terlalu letih, matanya menjadi kabur dan berpinar-pinar. Kambing itu
tidak nampak akan kulit pisang sehingga terkaislah kulit pisang itu ke jalan raya. Ketika nenek tua melalui jalan
itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu jatuh, kemudian meninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin
Leper tidak bersalah. Sebaliknya, kambing itu yang bersalah. Peguam bela merayu agar mahkamah
membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja tanpa syarat.

Pendakwa raya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat terhadap Bulat bin Leper. Pendakwa
raya menyatakan bahawa mahkamah adalah untuk manusia, bukan untuk binatang. Peguam bela tidak bersetuju
dengan kenyataan pendakawa raya. Peguam bela menyatakan bahawa binatang peliharaan mesti ada tuannya.
Oleh itu, tuan kambing itulah yang perlu dihukum. Jika tidak ada yang mahu mengaku, maka kambing itu harus
menjadi milik pihak berwajib. Berdasarkan kenyataan tersebut, hakim telah membuat keputusan bahawa Bulat
bin Leper tidak bersalah.
Mahkamah berhenti rehat. Selepas dua minit, mahkamah bersidang semula. Tertuduh II dipanggil masuk.
Tertuduh II tidak pandai berbahasa Melayu. Seisi mahkamah ketawa apabila Tertuduh II mengangkat sumpah
dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya
membacakan pertuduhan terhadap Tertuduh II, iaitu Akikino-komokotoko (Akinomoto). Pada 20 Mac 1988,
Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun.
Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Hakim mohon pendakwa raya menjelaskan istilah tersebut.
Pendakwa raya menjelaskan istilah tersebut dengan menggunakan bahasa lnggeris seperti yang tercatat di
dalam kamus The Advance Dictionary of the Modern English for the Malaysian World.

Akinomoto menyatakan bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa
Melayu. Hakim bersetuju bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan seharusnya digunakan
dalam mahkamah tersebut. Beliau meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi itu dalam bahasa
Melayu. Akinomoto memahami penjelasan tentang istilah beruk subsidi itu dan mengaku bersalah terhadap
tuduhan tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil dan dia mahu
mengembalikan ibu beruk itu kepada yang berhak semula dan dia mahu memelihara anak beruk itu. Hakim
memerintahkan Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anak. Sebagai dendanya,
Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa
memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya. . Keadilan dan kebenaran itu mesti
ditegakkan dengan apa-apa cara sekalipun tanpa mengira bangsa, warna kulit, kepercayaan, pangkat,
kedudukan, dan sebagainya.

2. Tema

Keadilan dan kebenaran ketika membuat sesuatu keputusan.

3. Persoalan

(a) Orang miskin tidak mampu mengupah peguam untuk membela dirinya.

Namun begitu, demi keadilan, peguam bela telah disediakan. Bulat bin Leper ialah orang miskin. Dia telah
menggunakan khidmat peguam bela untuk membela dirinya di mahkamah.

(b) Keadilan mesti ditegakkan dalam apa-apa cara sekalipun.

Peguam bela bersungguh-sungguh mengemukakan pelbagai hujah untuk membebaskan Bulat bin Leper
daripada pertuduhan.

(c) Kehidupan golongan yang terlibat dalam kerja-kerja untuk menegakkan keadilan dan kebenaran sama
seperti kehidupan golongan biasa.

Hakim dan peguam bela gemar menonton rancangan gusti sama seperti orang biasa. Selain itu, hakim juga
gemar akan colek kelubi dan pisang.

(d) Denda akan dikenakan terhadap pihak yang bersalah.

Tertuduh II dikenakan denda supaya menjaga anak beruk yang baru lahir itu sehingga mencapai umur akil
baligh serta dia dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk sebagai tuannya.

(e) Isu bahasa Melayu di mahkamah.

Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah masih belum meluas lagi. Hakim sendiri masih bercakap dalam
bahasa Melayu dengan bunyi Inggeris.
4. Plot Binaan

4.1 Plot

(a) Permulaan — Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, Hakim memulakan perbicaraan. Pegawai
meminta Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap
Tertuduh I, Bulat bin Leper. Bulat bin Leper dituduh menyebabkan kematian Mek Teh binti Jali berumur, 99
tahun di Taman Gagak Putih. Bulat bin Leper mengaku tidak bersalah. Peguam bela percuma dipanggil untuk
membela Bulat bin Leper. Mereka diberi masa untuk berunding selama seminit.

(b) Perkembangan — Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah
makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Namun begitu, dia tidak mengaku bahawa dia yang menyebabkan
kematian Mek Teh. Pendakwa raya dan peguam bela saling berbalas hujah. Peguam bela membangkitkan isu
tentang seekor kambing yang sangat kurus dan lapar. Kambing itu telah makan sisa buangan di dalam tong
sampah itu dengan rakusnya. Akibatnya, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper tercampak ke jalan
raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh. Seterusnya, nenek tua
itumeninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Peguam bela merayu agar
mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat.
Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, Hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper
tidak bersalah.

(c) Klimaks —Tertuduh II (Akikino-komokotoko, ringkasnya Akinomoto) dipanggil masuk. Akinomoto


mengangkat sumpah. Dia berbicara dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil
penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan bahawasanya pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh
mencuri seekor beruk subsidi milli( kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan
istilah beruk subsidi. Oleh itu, hakim meminta pendakwa raya menjelaskan istilah beruk subsidi dalam bahasa
InggerisAkinomoto semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Setelah
pendakwa raya menjelaskan istilah beruk subsidi itu dalam bahasa Melayu, Tertuduh II dapat memahami
kestuduhan tersebut. Dia juga mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut. Namun begitu, dia turut
menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil dan dia mahu mengembalikan ibu beruk itu semula kepada yang
berhak dan mahu memelihara anaknya.

(d) Peleraian — Setelah hakim mempertimbangkan kes tersebut dengan adil dan saksama, hakim
niemerintahkan Akinomoto supaya memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anak. Sebagai
dendanya pula, dia perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh dan dia dipaksa memanjat
pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya.

4.2 Teknik Plot.

Teknik Plot Contohnya,

(a) Dialog HAKIM: Siapa nama kamu?

TERTUDUH I: Bulat bin Leper, tuan.

(b) Pemerian. PENDAKWA RAYA dan PEGAWAI


MAHKAMAH berdiri. TUAN HAKIM masuk
(dengan iringan muzik) lalu mengambil tempat. [
5. Latar

5.1 Latar Tempat

(a) Mahkamah Tempat berlangsungnya sidang perbicaraan

(b) Taman Gagak Putih. Tempat Bulat bin Leper makan sebiji pisang
berangan dan tempat Mek Teh bin Jali berjoging.

( c ) Stor JKK Ulu Dungun Tempat Tertuduh II mencuri seekor beruk subsidi
milik kerajaan Malaysia

5.2 Latar Masa

(a) Waktu pagi sidang perbicaraan itu dijalankan pada waktu pagi.

. (b) 20 Mac 1988 Tertuduh II telah dituduh mencuri seekor beruk


subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu
Dungun pada 20 Mac 1988

(c) Januari 1988 Tarikh Januari 1988 kematian Mek Teh bin Jali
dan waktu Bulat bin Leper berada di Taman Gagak
Putih.

(d) 1 minit Hakim memberikan tempoh seminit kepada


peguam bela dan Tertuduh I untuk berunding.

(e) 2 minit Mahkamah mengambil masa untuk berehat selama


dua minit sebelum kembali bersidang dan tempoh
masa untuk pendakwa raya merujuk kamus.

5.3 Latar Masyarakat

(a) Masyarakat intelektual. Hakim, pendakwa raya, dan peguam bela


merupakan masyarakat intelektual.

(b) Masyarakat yang hidup miskin Tertuduh I merupakan masyarakat yang miskin
kerana dia tiada wang untuk mengupah peguam
bagi membela dirinya di mahkamah.

(c) Masyarakat yang baik hati. Peguam bela bersungguh-sungguh


mempertahankan Tertuduh I agar anak guamnya
itu terlepas daripada pertuduhan yang dihadapinya.

(d) Masyarakat yang prihatin terhadap haiwan. Tertuduh II prihatin terhadap keadaan beruk yang
telah dicurinya itu

(e) Masyarakat yang tetap pendirian Bulat bin Leper dipaksa oleh pendakwa raya untuk
mengaku bersalah tetapi dia tetap tidak mengaku
bersalah.
6. Watak dan Perwatakan

6.1 Hakim

(a) Seorang golongan intelektual.

(b) seorang yang pandai bergurau.

(c) Seorang yang menggunakan bahasa Melayu tetapi dengan bunyi Inggeris.

(d) Seorang yang adil dan saksama.

(e) Seroang yang menjalankan amanah dengan baik.

6.2 Pendakwa raya

(a) Golongan intelektual.

(b) Seorang yang tegas dengan hujahnya

(c) Seorang yang menjalankan tugasnya dengan bertanggungjawab

(d) Seorang yang terburu-buru ketika berhujah.

6.3 Peguam bela

(a) Seorang yang tegas ketika menjalankan tugas.

(b) Seorang yang berfikiran rasional ketika menjalankan tugas.

(c) Seorang yang sanggup berkhidmat dengan percuma untuk orang-orang susah.

(d) Seorang yang berkeyakinan ketika membicarakan hujah.

(e) Gemar menonton gusti.

6.4 Tertuduh I (Bulat bin Leper)

(a) Orang miskin.

(b) Seorang yang dituduh terlibat dengan kes kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh.

(c) Seorang yang berani berhadapan dengan hakim dan pendakwa raya.

(d) Seorang yang bertanggungjawab kerana membuang kulit pisang ke dalam tong sampah yang telah
disediakan oleh pihak berkuasa.

e) Seorang yang tetap pendirian bahawa dirinya tidak bersalah.

(f) Seorang yang berbudi bahasa.


6.5 Tertuduh II (Akikino-komokotoko)

(a) Dipanggil Akinomoto.

(b) Dituduh mencuri beruk subsidi milik kerajaan Malaysia.

(c) Seorang yang tidak fasih berbahasa Melayu tetapi boleh memahaminya.

(d) Seorang yang prihatin terhadap keadaan beruk yang telah dicurinya itu.

(e) Seorang yang Dddapati bersalah dan dikenakan hukuman menjaga anak beruk sehingga akil baligh serta
memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya

Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran Contoh

( a) Keadilan. Kita hendaklah adil dalam Hakim membuat keputusan terhadap tertuduh
membuat keputusan. dengan adil dan saksama

(b) Tanggungjawab Kita mestilah bertanggungjawab Bulat bin Leper membuang kulit pisang ke
untuk menjaga kebersihan alam dalam tong sampah.
sekitar

(c) Ketegasan. Kita hendaklah tegas dalam Hakim tegas ketika membuat keputusan
menjalankan sesuatu tugas terhadap tertuduh.

(d) Keyakinan Kita mestilah yakin ketika Peguam bela begitu yakin ketika berhujah
membicarakan sesuatu hujah untuk menyelamatkan Tertuduh I daripada
supaya tidak menimbulkan pertuduhan yang dihadapinya.
keraguan.

( e ) Keprihatinan Kita hendaklah prihatin terhadap Tertuduh II prihatin terhadap keadaan beruk
keadaan haiwan yang berada di subsidi yang sedang hamil itu.
sekeliling kita.

You might also like