You are on page 1of 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT

27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR


§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

PROSEDUR PERHIMPUNAN RASMI SJK(TAMIL) JERANTUT 1


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

1.0 PENDAHULUAN

Perhimpunan mingguan sekolah merupakan agenda pendidikan yang wajib


dilaksanakan oleh semua pemimpin sekolah. Kewajiban menjadikan perhimpunan sekolah
sebagai agenda mingguan yang perlu dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan
telah menjadikan ianya perlu diurus secara professional. Setiap orang pemimpin sekolah
seharusnya sedar tentang tugas dan bidang kerja yang mereka perlu sempurnakan secara
sistematik.

Menurut Gribben: “Kepimpinan adalah satu proses mempengaruhi ke atas satu


kumpulan dalam satu situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang mereka untuk
secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama”.

Berdasarkan takrif kepimpinan di atas setiap pemimpin sekolah hendaklah berusaha


merangsang, mempelbagaikan aktiviti dan kaedah bagi menjadikan perhimpunan mingguan
sebagai agenda pendidikan yang menarik dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan.

Pengurusan yang baik dan berkesan akan menentukan proses budaya cemerlang.
Perhimpunan mingguan hendaklah berfokus ke arah menyemai ,menanam dan memupuk
perasaan cintakan negara di kalangan murid-murid. Sesuatu perhimpunan rasmi adalah
menggambarkan sesuatu yang berdisiplin dengan ertikata setiap orang dalam perhimpnan
itu harus menghormati dan mematuhi nilai, norma dan peraturan perhimpunan.
Semestinyalah perhimpunan mingguan sekolah hendaklah diurus dengan sistematik.

2.0 PROSEDUR DAN ARAHAN

Prosedur dan arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia telah dikeluarkan


untuk memperjelaskan pengurusan perhimpunan mingguan sekolah supaya lebih berobjektif
dan efektif. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan beberapa surat pekeliling
untuk panduan pengurus sekolah bagi mengendalikan perhimpunan mingguan:-
1. Surat Pekeliling Am Bil.23/1966
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1975
3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/75
4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1984

Pekeliling tersebut menjelaskan perhimpunan mingguan sekolah adalah majlis rasmi


yang bertujuan untuk menyemai, menanam dan memupuk semangat cinta dan taat setia
kepada negara serta meningkatkan lagi disiplin dan sifat-sifat keteladanan di kalangan

PROSEDUR PERHIMPUNAN RASMI SJK(TAMIL) JERANTUT 2


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

murid-murid. Sehubungan dengan itu perhimpunan sekolah hendaklah dijalankan dalam


suasana teratur, tertib serata mematuhi nilai-nilai dan norma organisasi. Pekeliling tersebut
juga menyarankan agenda yang patut dipatuhi ketika menjalankan perhimpunan mingguan
sekolah.

3.0 PROSEDUR PERHIMPUNAN PAGI


Kehadiran adalah wajib bagi semua guru dan murid.
Lokasi Guru Bertugas :

Dua guru akan bertugas untuk seminggu. Seorang mengawasi pintu masuk
kehadapan dan seorang akan mengawal murid-murid di kantin. Mereka akan dibantu
oleh pengawas bertugas.
Aturcara
 7.55 pagi : Semua murid dan guru-guru berhimpun di tapak perhimpunan
 8.00 pagi : Perhimpunan dimulakan
 Nyanyian lagu Negaraku
 Nyanyian lagu Negeri Pahang
 Bacaan Doa
 Bacaan Ikrar dan Rukun Negara
 Ucapan Guru Bertugas
 Ucapan GPK Pentadbiran, GPK Hal Ehwal Murid dan GPK
Kokurikulum
 Ucapan Guru Besar
 Persembahan Murid
 8.30 pagi : Bersurai

4.0 PANDUAN TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN

4.1 Ketua Guru Bertugas


 Menyampai Laporan dan Hebahan
 Membuat laporan dan merekodkan di dalam Buku Laporan Guru Bertugas. Buku
berkenaan hendaklah dihantarkan pada setiap hari jumaat untuk disemak oleh
pentadbir.
 Mengurus persiapan dewan / tempat perhimpunan mingguan.
 Memastikan bendera Negeri Malaysia dan Pahang dikibarkan setiap hari
persekolahan.

PROSEDUR PERHIMPUNAN RASMI SJK(TAMIL) JERANTUT 3


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

 Merekod / menyiasat kehilangan barang-barang.


 Mengurus makanan Racangan Makanan Tambahan (RMT) di kantin.
 Mengawal dan memastikan keselamatan murid semasa waktu rehat.

4.2 Tugas Guru Bertugas Ke-2


 Guru bertugas ke-2 dikehendaki membantu tugas-tugas Ketua Guru Bertugas.
 Guru bertugas ke-2 juga perlu mengawasi kebersihan / keselamatan khususnya di:
o Bilik darjah, makmal sains, makmal komputer dan sebagainya.
o Bilik-bilik khas yang lain.
o Tandas dan Bilik Air
 Mengawasi peralatan dan keceriaan.
 Mengawasi kebersihan kawasan persekitaran.
 Mengawasi kesihatan dan keselamatan Murid-murid dan kawasan lengkungan
bertugas.

5.0 BENDERA DAN NYANYIAN LAGU

Bendera dan lagu kebangsaan adalah lambang kebesaran sesebuah negara. Ia juga
membayangkan identiti negara tersebut. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan
berdaulat, Malaysia mempunyai bendera dan lagu kebangsaan sendiri. Di samping itu,
setiap buah negeri di dalamnya mempunyai bendera dan lagu kebangsaan negeri masing-
masing. Penghormatan kepada bendera dan lagu kebangsaan adalah merupakan satu cara
penting dalam memupuk semangat taat setia, bangga dan cintakan tanah air di kalangan
rakyat terutamanya genarasi baru bergelar murid-murid.

Semua guru dan murid dikehendaki berdiri tegak dan menyanyikan lagu kebangsaan
apabila bendera dinaikkan. Prosedur berikut perlu diikuti bagi memastikan ia dilaksanakan
dengan penuh penghayatan:
1. Dinyanyikan dengan penuh semangat dalam satu suara dan tidak boleh dinyanyikan
dengan gaya nada suara rendah.
2. Sebutan senikata lagu tersebut hendaklah betul dan jelas.
3. Apabila lagu-lagu dinyanyikan, di mana sahaja murid-murid berada, mereka
hendaklah juga berdiri tegak. Berdiri tegak merupakan satu tanda penghormatan
daripadam seseorang rakyat terhadap lambang-lambang negeri dan negaranya.

PROSEDUR PERHIMPUNAN RASMI SJK(TAMIL) JERANTUT 4


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

Upacara menaikkan bendera hendaklah diadakan dalam tatacara perhimpunan sekolah.


Susunan acara bagi upacara itu berserta dengan menyanyikan lagu kebangsaan. Tata cara
berikut perlu diikuti dengan sebaiknya.
1. Bendera Persekutuan (Jalur Gemilang) dan Bendera Negeri Pahang hendaklah
dinaikkan perlahan-lahan sambil perhimpunan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu
Negeri Pahang.
2. Apabila tamat lagu tersebut bendera pun sampai ke puncak tiang bendera.

Selepas itu, lagu Negaraku dan lagu Negeri Pahang dinyanyikan penyampaian berita
mengenai kegiatan sekolah boleh dibuat dengan mengambil kira kesemua murid boleh
mendengar makumat yang disampaikan. Sekiranya jumlah murid ramai maka pembesar
suara yang baik dan bermutu perlu digunakan. Berita dan maklumat tersebut boleh
disampaikan oleh guru-guru. Sekiranya ada hadiah yang disampaikan maka perhimpunan
sekolah adalah tempat terbaik untuk menyampaikannya. Murid-murid akan dapat
memahami aktiviti-aktiviti sekolah dan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah
dan murid-murid lain. Penghargaan ini adalah merupakan salah satu cara bagi menyemai
dan menanamkan semangat kasih sayang dan banggakan sekolah. Penghargaan yang
diberikan di perhimpunan sekolah akan menjadi pendorong kepada murid-murid untuk lebih
berusaha dan berdedikasi bagi mencapai kejayaan. Yang penting murid-murid akan berasa
seronok dan dihargai apabila setiap kejayaan mereka mendapat pengiktirafan.

6.0 TEMPOH MASA PERHIMPUNAN

Masa untuk mengadakan perhimpunan adalah bergantung kepada kemudahan


sekolah tetapi ia tetap menjadi agenda wajib yang perlu diadakan. Pekeliling tersebut juga
menegaskan lagi, bagi memastikan perhimpunan mingguan mencapai objektifnya perkara-
perkara berikut perlu diberi keutamaan;

1. Semua guru dan murid hendak terlibat bersama dalam menjayakan perhimpunan
tersebut.
2. Penglibatan kakitangan bukan guru juga digalakkan.
3. Perkara-perkara yang boleh meninggikan moral, disiplin dan perpaduan, menaikkan
semangat kerajinan dan tingkahlaku positif bolehlah disampaikan.
4. Perhimpunan mingguan tidak digunakan sebagai tempat menyemai budaya negatif,
perilaku tidak sopan dan tidak bermoral.

PROSEDUR PERHIMPUNAN RASMI SJK(TAMIL) JERANTUT 5


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

Untuk menyemai sifat-sifat terpuji itu perhimpunan mingguan hendaklah diurus


dengan kreatif dan berfokus. Guru Besar hendaklah menjadi penggerak supaya ucapannya
sentiasa ditunggu-tunggu oleh setiap murid dan guru-guru. Ucapan yang berkesan dan
menarik dari Guru Besar hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Suara Guru Besar hendaklah jelas dan menarik.
2. Persediaan awal hendaklah dilakukan sebelum majlis bermula.
3. Elakkan daripada memperkatakan perkara yang sama pada setiap mingu.
4. Elakkan daripada menggunakan bahasa yang kasar.
5. Mimik muka Guru Besar hendaklah menggambarkan kemesraan.

7.0 REFLEKSI

Pepatah melayu ada mengatakan “Kalau tidak dipecahkan ruyung mana hendak
dapat sagunya”. Keterlanjuran dalam mengurus perhimpunan mingguan secara sambil
lewa semestinya diambil iktibar oleh semua pemimpin sekolah. Murid-murid akan
menjadikan imej guru, gaya berpakaian guru, tingkahlaku guru dan segalanya yang mereka
lihat daripada guru sebagai suri teladan (role model) yang paling pantas untuk mereka
contohi. Sekiranya pengurusan dan pelaksanaan perhimpunan mingguan berjalan dengan
baik maka sudah tentu iklim dan budaya sekolah akan lebih teratur dan kondusif.

Budaya kondusif dan harmoni tidak mungkin datang sendiri. Proses merancang,
melaksana dan menilai semula perlu dilakukan dengan sistematik. Budaya menjadikan
sekolah sebagai tempat “joy of learning” dan “joy of teaching” bukan sekadar di dalam bilik
darjah sahaja tetapi merangkumi keseluruhan empat penjuru pagar sekolah atau dalam erti
kata lain meliputi keseluruhan tempat, budaya dan suasana di sekolah.

PROSEDUR PERHIMPUNAN RASMI SJK(TAMIL) JERANTUT 6

You might also like