You are on page 1of 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT

27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR


§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel/Fax : 09-2671885 E-mail : cbd2037.sjktj.gmail.com

MINIT MESYUARAT PERMAINAN BOLA JARING KALI 1/2018

TARIKH : 17 JANUARI 2018 (RABU)


MASA : 7.30 PAGI HINGGA 8.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

HADIR

1. EN KUMARASAMY A/L RAJAGOPAL SMP,AMP (GURU BESAR / PENGERUSI)


2. EN RAMAN A/L PONNUSAMY (GPK KOKURIKULUM)
3. CIK LOGESWARY A/P NADARAJAN (SETIAUSAHA KOKURIKULUM)
4. CIK RUBINI DEVI A/P MUTTHUSAMY (PENYELARAS BOLA JARING)
5. AHLI-AHLI BOLA JARING

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Aluan
2. Ucapan GPK Kokurikulum
3. Pelantikan Ahli Jawatankuasa
4. Perkara Berbangkit
5. Hal-hal lain
6. Ucapan Guru Besar
7. Ucapan Penangguhan

1.0 UCAPAN ALUAN


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan Guru Besar, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, setiausaha kokurikulum, penyelaras bola jaring dan ahli-ahli bola
jaring yang sudi hadir pada mesyuarat permainan bola jaring kali 1/2018.

2.0 UCAPAN GPK KOKURIKULUM


2.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru, dan ahli-ahli bola jaring yang
dapat menghadirkan diri pada mesyuarat ini.
2.2 Beliau menjelaskan objektif bidang kokurikulum. Aktiviti kokurikulum adalah
sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap murid harus melibatkan diri.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel/Fax : 09-2671885 E-mail : cbd2037.sjktj.gmail.com

2.3 Selain itu, aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan
pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan
pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
2.4 Beliau juga menerangkan permainan bola jaring akan meningkatkan minat murid
dan mencungkil bakat murid.
2.5 Beliau memaklumkan bahawa Kejohanan Bola Jaring MSSD akan diadakan pada
bulan Mei 2018 serta latihan tambahan boleh dijalankan pada waktu petang dan
memastikan setiap aktiviti yang dijalankan hendaklah mematuhi prosedur yang
telah ditetapkan.
Tindakan : Penyelaras dan Ahli-ahli bola jaring

3.0 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA


3.1 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Permainan Bola Jaring Tahun 2018
3.2 Pengerusi : V. Yuvarani A/P Vijayakumar (Tahun 6)
Naib pengerusi : Laxmi A/P Manimaran (Tahun 5)
Setiausaha : Siva Sangeri A/P Sathiselan (Tahun 6)
Bendahari : Sumathi A/P Sankar (Tahun 6)
AJK : Subatharadevi A/P Kersengmutti (Tahun 6)
Mahaletchumi A/P Prasanna (Tahun 6)
Archanna A/P Laven (Tahun 6)
Abirami A/P Kumar (Tahun 5)
Revathy A/P Gunasehgaran (Tahun 5)
Tindakan : Ahli-ahli jawatankuasa

4.0 PERKARA BERBANGKIT


4.1 Perancangan Aktiviti Tahunan Bola Jaring bagi Tahun 2018.
4.2 Menentukan hari, masa dan tempat dengan dipersetujui ialah seperti berikut :
Hari : Rabu
Masa : 7.30 pagi hingga 8.30 pagi
Tempat : Padang Sekolah
4.3 Guru penasihat mengingatkan semua AJK menolong dalam catatan kehadiran.
Tindakan : Ahli-ahli jawatankuasa
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel/Fax : 09-2671885 E-mail : cbd2037.sjktj.gmail.com

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 GPK Kokurikulum berharap semua program yang dicadangkan dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Beliau juga meminta kehadiran murid sentiasa
diawasi agar murid tidak ponteng aktiviti kokurikulum.
Tindakan : Penyelaras dan semua ahli

6.0 UCAPAN GURU BESAR


6.1 Guru Besar memohon penyelaras bola jaring dan semua ahli bola jaring dapat
bekerjasama dalam menjalankan semua aktiviti mengikut perancangan.
Tindakan : Penyelaras dan semua ahli

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN


7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 8.30 petang.

Disediakan Oleh;

.........................................................
(RUBINI DEVI A/P MUTTHUSAMY)
PENYELARAS BOLA JARING,
SJK (TAMIL) JERANTUT,
PAHANG.

Disemak Oleh;

..........................................................
(EN. RAMAN A/L PONNUSAMY)
GURU KANAN KOKURIKULUM,
SJK (TAMIL) JERANTUT,
PAHANG.

Disahkan Oleh;

………………………………....................................
(EN. KUMARASAMY A/L RAJAGOPAL SMP., AMP.,)
GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT,
PAHANG.

You might also like