You are on page 1of 48

JAWATANKUASA EKONOMI TINGKATAN ENAM

DAERAH KLUANG 2018

JAWATANKUASA KECIL JKD EKONOMI TING.6


DAERAH KLUANG, 2018 &
PROGRAM JKD TAHUN 2018

PROGRAM MODUL DEEE PENGGAL 1, 2019


ANJURAN JKD EKONOMI KLUANG 2018

Diusahakan Bersama;
SMK TAMAN KLUANG BARAT
SMK DATO HAJI HASSAN YUNOS
SMK TINGGI KLUANG
SMK SULTAN ABDUL JALIL

0
FORMULA
BAB 1 :

1. Kos lepas

Kombinasi A B C D E
Barang X (unit) 0 4 8 12 16
Barang Y (unit) 40 38 33 21 0

Kos lepas barang X = 40 unit barang Y


Kos lepas barang Y = 16 unit barang X.

Contoh;
Dari C ke D
** tanda negatif boleh diabaikan

Kos lepas per unit barang Y dari D ke C

BAB 2 :

PERMINTAAN DAN PENAWARAN


 Persamaan permintaan : Permintaan Qd = a – bP (a- potongan paksi kuantiti, b – kecerunan)
 Persamaan penawaran : Penawaran Qs = a + bP
 Keseimbangan pasaran (E) : Qd = Qs
 Keseimbangan baru Qd = Qs1 / Qd1 = Qs
 Keseimbangan selepas cukai: Qd = Qs1
Cukai cth : cukai RM2.00, Qs0 = 25 + 5P,
Qs1 = 25 + 5(P-2)

 Keseimbangan selepas subsidi: Qd = Qs1


Subsidi cth : subsidi RM2.00, Qs0 = 25 + 5P,
Qs1 = 25 + 5(P+2)

 Lebihan penawaran : Qs > Qd


 Lebihan permintaan: Qd > Qs

1
LEBIHAN PENGGUNA DAN LEBIHAN PENGELUAR
 Lebihan pengguna : harga yang sanggup dibayar – harga yang sebenarnya dibayar
Luas segitiga = ½ x panjang x lebar

 Lebihan pengeluar : harga sebenarnya diterima – harga yang sanggup diterima


Luas segitiga = ½ x panjang x lebar

 Perubahan lebihan pengguna


Luas trapezium = ½ x (A + B ) x t

KEANJALAN

1. Keanjalan Permintaan harga

Ed = ⧍Q x P0 @ Ed = %⧍Q
⧍P Q0 %⧍P
i. Ed = 0 : tidak anjal sempurna
ii. Ed = ∞ : anjal sempurna
iii. Ed = 1 : anjal uniti
iv. 0 < Ed < 1 : tidak anjal
v. Ed > 1 : anjal

Jumlah hasil / jumlah perbelanjaan


Jika firma ingin meningkatkan jumlah hasil
Pasaran anjal – turunkan harga
Pasaran tidak anjal – naikkan harga

2. Keanjalan permintaan silang

ECA = ⧍QA x PB @ EC = %⧍QA


⧍PB QA %⧍PB

i. Nilai keanjalan positif : barang pengganti


ii. Nilai keanjalan negatif : barang pengenap
iii. Nilai keanjalan sifar : barang neutral(tidak berkaitan)

3. Keanjalan permintaan pendapatan

EY = ⧍Q x Y0 @ EY = %⧍Q
⧍Y Q0 %⧍Y

i. 0 < Ey < 1 : barang biasa


ii. Ey >1 : barang mewah
iii. Ey < 0 : barang bawahan
iv. Ey = 0 : barang mesti

2
Keanjalan penawaran

ES = ⧍Q x P0 @ ES = %⧍Q
⧍P Q0 %⧍P

i. Es = 0 : tidak anjal sempurna


ii. Es = ∞ : anjal sempurna
iii. Es = 1 : anjal uniti
iv. 0 < Es < 1 : tidak anjal
v. Es > 1 : anjal

CAMPURTANGAN KERAJAAN

1. CUKAI

Bentuk fungsi penawaran baru apabila kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM40
Qs = - 40 + 2P PX = 2 + 3QX
= -40 + 2(P-40) (P – 40) = 2 + 3Q
= -40 +2P – 80 P = 2 + 40 + 3Q
= -120 + 2P P = 42 + 3Q

Harga(RM S1
) S0
D
E1
50
E0
40
C1
P D

S1 S0
0 Kuantiti
25 30
(unit)
Jumlah cukai = RM30.00
Harga P1 = harga E1 – cukai = RM20.00
Jumlah hasil kepada kerajaan = 25 x 30 = RM750.00
Cukai dibayar oleh pengguna = 25 x 10 = RM250.00
Cukai dibayar oleh oleh pengeluar = 25 x 20 = RM500.00

2. SUBSIDI

Bentuk fungsi penawaran baru apabila kerajaan memberi subsidi sebanyak RM40
Qs = - 40 + 2P P = 2 + 3Q
= - 40 + 2(P + 40) (P + 40) = 2 + 3Q
= - 40 + 2P +80 P + 40 =2 + 3Q
= 40 + 2P P = -38 + 3Q
D S0
Harga(RM
P2 E0 S1
) 40 E0 S1
20 E1

S0 S1 D
0 Kuantiti
40 55
3
(unit)
Jumlah subsidi = RM30.00
Harga P2 = harga E1 + subsidi = 20 + 30 = RM50.00
Jumlah perbelanjaan kerajaan = 55 x 30 = RM1650.00
Subsidi diterima oleh pengeluar = 55 x 10 = RM550.00
Subsidi diterima oleh pengguna = 55 x 20 = RM1100.00

DASAR HARGA

1. HARGA MAKSIMUM

Qd = 120 – 10P
Qs = 60 + 10P

Pada keseimbangan;
Harga = RM3.00, kuantiti = 90 unit

Penetapan harga maksimum P1 = RM2.50 per unit.


Wujud kurangan penawaran sebanyak 10 unit(95-85)

2. DASAR HARGA MINIMUM

Qd = 120 – 10P
Qs = 60 + 10P

Pada keseimbangan;
Harga = RM3.00, kuantiti = 90 unit

Penetapan harga mnimum P1 = RM4.00 per unit.


Wujud lebihan penawaran sebanyak 20 unit(100-80)

4
BAB 3 :

1. Jumlah keluaran (unit)


TP = AP x Q

2. Keluaran purata (unit)

3. Keluaran sut (unit)

4. Jumlah kos (RM)


Jumlah kos = jumlah kos tetap + jumlah kos berubah
TC = TFC + TVC
TC = AC x Q

5. Kos purata(RM)

atau
AC = AFC + AVC

6. Kos sut (RM)

atau

7. Kos tetap purata (RM)

atau

AFC = AC – AVC

5
8. Kos berubah purata (RM)

AVC = AC - AFC

BAB 4 :

9. Jenis untung
Untung ekonomi
Untung ekonomi = jumlah hasil – (kos eksplisit + kos implisit)

Untung perakaunan
Untung perakuanan = jumlah hasil – kos eksplisit

10. Jumlah hasil (RM)


Jumlah hasil = harga x keluaran
TR = P x Q
Atau
TR = AR x Q

11. Hasil purata (RM)

12. Hasil sut (RM)

13. Keseimbangan firma


Keseimbangan firma (E) dicapai apabila MR = MC

14. Jumlah untung


Jumlah untung = jumlah hasil – jumlah kos
Π = TR - TC

15. Jumlah kos


Jumlah kos = kos purata x keluaran
TC = AC x Q

6
16. Untung
Untung normal : AR = AC
Untung lebih normal : AR > AC
Untung kurang normal : AR < AC
Teruskan operasi
Apabila TR > TVC, kerana dapat menampung kesemua jumlah kos berubah

Hentikan operasi
Apabila TR < TVC, tidak dapat menampung kesemua jumlah kos berubah

BAB 5 :

17. Kuantiti buruh yang diminta


Apabila memaksimumkan untung
MRP = MCF/upah

18. TRP = TPP x P


19. ARP = APP x P

20. MRP = MPP x P

21. Sewa kuasi (RM) = TR – TVC

22. Bunga benar(%) = kadar bunga nominal(%) – kadar inflasi(%)

7
BAB 1 : PENGENALAN

2013 2014 2015 2016 2017 2018


Sub tajuk Bahagian Bahagian Bahagian Bahagian Bahagian Bahagian
A B C A B C A B C A B C A B C A B C
1.1 Definisi 1 1 1
1.2 Sumber 1 1
Ekonomi
1.3 Kehendak 1 1
manusia
1.4 Masalah asas 1 1 1 1 1
ekonomi
1.5 KKP 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
1.6 Sistem 1 1 1
ekonomi
Jumlah 3 1 - 3 1 1 3 2 1 3 1 - 3 1 - 3 1 1

SOALAN ESEI;
1 (a) Huraikan tiga masalah asas ekonomi [6]
(b) Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan antara barang modal dengan
Barang pengguna. [4]
Jawapan
a)
i. Apa dan berapa barang yang hendak dikeluarkan[1]
 merujuk kepada jenis barang dan perkhidmatan dan kuantiti yang perlu dikeluarkan untuk
memenuhi permintaan masyarakat.[1]
 Masalah ini berdasarkan permintaan dan penawaran dalam masyarakat.

ii. Bagaimana barang hendak dikeluarkan[1]


 merujuk kepada teknik yang perlu digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
 Teknik yang boleh digunakan ialah sama ada intensif modal atau intensif buruh. Firma akan
memilih teknik yang boleh memaksimumkan untung dan meminimumkan kos[1]

iii. Untuk siapa barang dikeluarkan[1]


 merujuk kepada pengagihan barang dan perkhidmatan
 Pengagihan barang bergantung kepada agihan pendapatan, kuasa beli masyarakat. [1]

b)
Perbezaan antara barang modal dengan barang pengguna ialah
 Barang modal ialah barang siap yang dikeluarkan dan digunakan untuk menghasilkan barang
lain.[1] contoh barang modal ialah mesin.[1]
 manakala barang pengguna ialah barang akhir yang boleh digunakan secara terus dan dapat
memberikan kepuasan secara langsung kepada pengguna[1]. Contoh tilam.[1]

8
2 (a) Terangkan tiga perbezaan antara sistem ekonomi pasaran bebas dengan sistem ekonomi
perancangan pusat [6]
(b) Terangkan cara sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah ekonomi berikut:
(i) Bagaimana hendak dikeluarkan
(ii) Untuk siapa hendak dikeluarkan [4]
Jawapan
a) Tiga perbezaan antara sistem ekonomi pasaran bebas dengan sistem ekonomi perancangan pusat

a) pemilikan sumber ekonomi[1]


 Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, semua faktor pengeluaran dimiliki oleh individu dan
pihak swasta.
 Manakala dalam ekonomi perancangan pusat, semua sumber ekonomi di miliki oleh
kerajaan.[1]

b) Membuat Keputusan ekonomi[1]


 Dalam ekonomi pasaran bebas, semua keputusan ekonomi dibuat oleh individu dan swasta,
tiada campur tangan kerajaan, Ini bermakna pihak pengeluar bebas mengeluarkan barang.
 Manakala dalam ekonomi perancangan pusat, semua keputusan ekonomi ditentukan oleh
kerajaan.[1]

c) Agihan pendapatan[1]
 Dalam ekonomi pasaran bebas agihan pendapatan adalah tidak setara.
 manakala dalam ekonomi perancangan pusat agihan pendapatan adalah setara.[1]

b)
(i) Bagaimana hendak dikeluarkan
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, pengeluar yang rasional akan memilih teknik pengeluaran
yang dapat meminimum kos pengeluaran dan memaksimumkan keuntungan.[1] Samada
berintensifkan buruh atau modal, yang mana kos pengeluaran minnimum. [1]

(ii) Untuk siapa dikeluarkan


Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, masalah untuk siapa sesuatu barang itu dikeluarkan
diselesaikan melalui agihan pendapatan dan kuasa beli.[1] Golongan yang berpendapatan tinggi
mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi akan memperoleh lebih banyak barang berbanding
dengan golongan yang berpendapatan rendah.[1]

3 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem ekonomi pasaran bebas [2]
(b) Terangkan empat sebab kerajaan campur tangan dalam sistem ekonomi [8]

Jawapan
a) Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh pengguna dan swasta tanpa campur tangan kerajaan [1].
Semua masalah asas ekonomi diselesaikan oleh mekanisme harga [1].

(b)
i. Memastikan pertumbuhan ekonomi yang positif[1]
1. Memastikan pertumbuhan ekonomi melalui perubahan dalam dasar fiskal dan dasar
kewangan. [1]

ii. Memastikan barang awam disediakan[1]


 Pihak swasta tidak mengeluarkan barang-barang awam seperti jalan raya dan
perkhidmatan polis kerana tidak menguntungkan
 Oleh itu, kerajaan terpaksa menyediakan untuk kepentingan orang awam.[1]

iii. Mengawal eksternaliti negatif[1]


 Oleh sebab pihak swasta hanya mementingkan keuntungan, berlaku kesan luaran seperti
pencemaran air, udara dan pembuangan sisa toksik.[1]

9
 Kerajaan mengatasi perkara ini melalui undang-undang dan peraturan.

iv. Memastikan agihan pendapatan yang saksama[1]


 Dalam sistem pasaran wujud jurang agihan pendapatan besar. Kerajaan mengenakan cukai
terhadap orang kaya dan memberi subsidi kepada golongan miskin untuk memastikan
agihan pendapatan lebih setara.[1]

v. Mengawal kewujudan monopoli[1]


 Oleh sebab firma bebas memiliki harta, maka monopoli bebas menetapkan harga atau
kuantiti. Biasanya harga monopoli adalah tinggi.
 Kerajaan mengawal monopoli melalui penetapan harga sama dengan kos sut(P=MC), [1]

4 Bagaimanakah sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan tiga masalah asas ekonomi ? [6]

Apa dan berapa barang hendak dikeluarkan?


 Firma pasaran bebas memperuntukkan sumber-sumber ekonomi
mengikut permintaan pengguna [1]
 Semua keputusan ekonomi diselesaikan melalui kuasa permintaan dan
kuasa penawaran @ mekanisme harga [1]

Bagaimana hendak mengeluarkan barang?


 Firma dalam sistem pasaran bebas akan memilih teknik pengeluaran yang dapat
minimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan keuntungan [1]
 Teknik pengeluaran samada berinsentif modal atau buruh. [1]

Untuk siapakah barang hendak dikeluarkan?


 Berdasarkan kuasa beli atau corak agihan pendapatan atau
kemampuan pengguna [1]
 Masyarakat pendapatan tinggi mempunyai kuasa beli tinggi akan membeli
lebih banyak barang . [1]

5 Jelaskan perbezaan di antara sistem ekonomi pasaran bebas dan perancangan pusat dari segi
(a) peruntukkan sumber [4]
(b) agihan pendapatan [3]
(c) pemilikan sumber [3]

(a) Sistem ekonomi pasaran bebas mengagihan sumber secara cekap bagi menghasilkan keluaran
yang dapat memaksimumkan keuntungan dan berdasarkan mekanisme harga
manakala sistem ekonomi perancangan pusat, kerajaan mengagihkan sumber bagi menghasilkan
barangan memaksimumkan kebajikan masyarakat.

(b) Dalam sistem pasaran bebas agihan pendapatan tidak setara, pihak memiliki faktor-faktor
pengeluaran yang banyak mempunyai pendapatan yang tinggi, manakala pihak memiliki faktor-
faktor pengeluaran yang kurang mempunyai pendapatan kurang, maka wujud jurang agihan
pendapatan yang besar.
Manakala sistem ekonomi perancangan kerajaan memiliki faktor-faktor pengeluaran dan
pengagihan pendapatan secara adil dan saksama kepada masyarakat

(c) Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, semua faktor-faktor pengeluaran / sumber-sumber
ekonomi dimiliki oleh pengguna dan swasta. Pengguna dan firma swasta bebas mencari,
mengumpulkan dan memiliki sumber-sumber ekonomi / faktor-faktor pengeluaran atau
kekayaan atau harta.
Manakala dalam sistem ekonomi perancangan pusat, semua sumber-sumber ekonomi / faktor-
faktor pengeluaran dimiliki oleh kerajaan untuk mengeluarkan barang keperluan dan barang
awam.

10
6 Sebuah negara mengeluarkan dua barang iaitu komputer dan padi. Dengan menggunakan gambar rajah,
terangkan kesan terhadap Keluk Kemungkinan Pengeluaran jika,
(a) Terdapat pertambahan yang sama dalam pelaburan terhadap pengeluaran komputer dan padi [3]
(b) Terdapat peningkatan dalam teknologi pengeluaran komputer [3]
(c) Kerajaan mengurangkan subsidi dalam input pengeluaran kepada petani padi [3]

Jawapan
a) Terdapat pertambahan yang sama dalam pelaburan terhadap pengeluaran komputer dan padi [3]
Padi

KKP1 KKP2
0
Komputer
Rajah : [1]

 Pertambahan faktor-faktor pengeluaran @ sumber-sumber ekonomi dalam pengeluaran kedua-


dua barang menyebabkan pengeluaran kedua-dua barang akan bertambah sama banyak dalam
ekonomi, [1]
 Menyebabkan KKP akan beralih ke kanan secara selari dari KKP1 ke KKP2. [1]

b) Terdapat peningkatan dalam teknologi pengeluaran dalam pengeluaran komputer [3]


Padi

KKP1 KKP2
0
Komputer
Rajah [1]
 Peningkatan teknologi dalam pengeluaran komputer menyebabkan daya pengeluaran dalam
komputer akan bertambah menyebabkan kuantiti keluaran komputer bertambah.[1]
 KKP bagi komputer akan beralih ke kanan dari KKP1 ke KKP2 secara tidak selari.
manakala kuantiti pengeluaran padi tetap sama.[1]

c) Kerajaan memberikan subsidi kepada penanam padi [3]


Padi
KKP2

KKP1

0 Komputer

11
Rajah [1]

 Apabila kerajaan memberikan subsidi input kepada para petani yang mengeluarkan padi,
maka kos pengeluaran padi akan menurun dan pengeluaran padi meningkat.[1]
 KKP bagi padi akan beralih ke kanan secara tidak selari dari KKP1 ke KKP2
menyebabkan pengeluaran padi bertambah manakala pengeluaran komputer adalah
tetap.[1]

SOALAN KUANTITATIF :
Soalan 1
1. Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran dua barang dalam sesebuah negara.
Kombinasi Barang X (unit) Barang Y (unit)
A 0 200
B 1 180
C 2 150
D 3 110
E 4 60
F 5 0

(a) Lukis keluk kemungkinan pengeluaran negara ini [3]


- Lukis keluk

(b) Nyatakan bentuk keluk kemungkinan pengeluaran bagi negara ini. Mengapa ? [2]
 Keluk kemungkinan pengeluaran adalah cembung[1]
 Kos lepas meningkat disebabkan faktor pengeluaran tidak homogen [1]

(c) Hitung kos lepas per unit pengeluaran barang X [2]

Kombinasi Kos lepas seunit barang X


(unit barang) Y
A -
A ke B 200 – 180 = 20
B ke C 180 – 150 = 30
C ke D 40
D ke E 50
E ke F 60
[2]
(d) Sekiranya negara ini mengeluarkan 2 unit barang X dan 120 unit barang Y, adakah kombinasi
barang tersebut dapat dikeluarkan dan apakah yang berlaku dalam ekonomi negara
tersebut? [2]
 Ya[1]
 Ekonomi negara tersebut akan mengalami pengangguran / pembaziran sumber
sebab kombinasi barang tersebut berada dalam lingkungan keluk kemungkinan
pengeluaran[1]

(e) Jika kemajuan teknologi menyebabkan pengeluaran barang Y bertambah sebanyak 50%,
lukis keluk kemungkinan pengeluaran yang baharu dalam (a) [1]

Kombinasi Barang X (unit) Barang Y (unit)


A 0 200 x 150% = 300
B 1 270
C 2 225
D 3 165
E 4 90
F 5 0
12
Soalan 2 :
2. Jadual berikut menunjukkan kemungkinan pengeluaran barang modal dan barang pertanian bagi sebuah
negara
Kombinasi Barang Modal (unit) Barang pengguna (unit)
A 0 210
B 10 200
C 20 180
D 30 150
E 40 110
F 50 60
G 60 0

(a) Lukis keluk kemungkinan pengeluaran pada kertas graf [2]


Lukis keluk

(b) Tentukan kos lepas untuk mengeluarkan 200 unit barang pengguna
dan 60 unit barang modal [2]
Kos lepas untuk mengeluarkan :

200 unit barang pengguna = 60 – 10


= 50 unit barang modal
60 unit barang modal = 210 – 0
= 210 unit barang pengguna

(c) Hitung kos lepas per unit apabila kombinasi pengeluaran berubah dari C ke D dan D ke E [2]
Kos lepas barang modal dari C ke D Perubahan barang Pengguna
= -------------------------------------------
Perubahan barang modal
150 – 180
= -----------------
30 – 20
= - 3 unit barang pengguna [1]
Kos lepas barang modal dari D ke E Perubahan barang Pengguna
= -------------------------------------------
Perubahan barang modal
110 – 150
= ------------------
40 – 30
= - 4 unit barang pengguna [1]

(d) Andaikan banjir berlaku di negara itu telah menyebabkan keupayaan pengeluaran
barang pengguna berkurangan sebanyak 10%, manakala pengeluaran barang modal
tidak berubah. Berbantukan jadual kemungkinan pengeluaran yang baharu kesan
daripada banjir [2]

Kombinasi Barang Modal (unit) Barang pengguna (unit) Barang Pengguna baru
(unit) -10%
A 0 210 189
B 10 200 180
C 20 100 162
D 30 150 135
E 40 110 99
F 50 60 54
G 60 0 0

(e) Lukis keluk kemungkinan pengeluaran yang baharu pada kertas graf di (a)
Rujuk jawapan (a)

13
BAB 2 : PASARAN BARANG DAN HARGA
2013 2014 2015 2016 2017 2018
Sub tajuk Bahagian Bahagian Bahagian Bahagian Bahagian Bahagian
A B C A B C A B C A B C A B C A B C
2.1 Permintaan 1 1 1 1 1 1 1 1
2.2 Penawaran 1 1 1 1 1
2.3 Keseimbangan
1 1 1 1 1 1 1 1 1
pasaran
2.4 Lebihan
Pengguna
1 1 1 1 1 1
& lebihan
pengeluar
2.5 Keanjalan
1 1 1 1 1 1 1 1 1
permintaan
2.6 Keanjalan
1 1 1 1 1 1 1
penawaran
2.7 Campur tangan
kerajaan dalam 1 1 1 1 1 1 1
pasaran
Jumlah 5 1 1 5 2 1 5 2 3 5 1 1 5 2 1 5 2 -

SOALAN ESEI

1 (a) Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan kesan kejatuhan harga petrol terhadap
permintaan kereta [5]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan ke atas harga dan kuantiti keseimbangan
ke atas barangan sekiranya kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan awam [5]

a)

Rajah [1]

 Apabila harga petrol jatuh, permintaan kereta meningkat.[1]


 Kereta dengan petrol ialah barang penggenab.[1]
 Berdasarkan gambarajah keluk permintaan kereta beralih ke kanan dari D 1D1 ke D2D2.[1]
 Kesannya kuantiti permintaan kereta meningkat dari Q0 ke Q1,
manakala harga tetap di P1.[1]
b)

Rajah [1]

14
 Pemberian bonus kepada kakitangan awam menyebabkan pendapatan bertambah atau kuasa
beli bertambah.[1]
 Permintaan bertambah[1]
 menyebabkan keluk permintaan berlaih ke kanan dari D1D1 ke D2D2.[1]
 Kuantiti permintaan meningkat dari Q0 ke Q1 dan harga tetap di P1.[1]

2 Gambar rajah di bawah masing-masing menunjukkan keluk permintaan Milo dan keluk permintaan
Horlicks.

Berdasarkan gambar rajah di atas, jelaskan hubungan diantara milo dengan horlicks,
jika harga asal adalah di P0. [6]
 Pada mulanya harga milo dan harga horlicks pada Po, kuantiti diminta milo pada Q 0
dan kuantiti diminta horlicks pada Q 2 .[2]
 Apabila harga milo meningkat dari P0 ke PI, kuantiti diminta milo menurun dari Q 0 ke Q1[1]
 Manakala pertambahan permintaan horlicks menyebabkan keluk permintaan horlicks beralih ke
kanan dari DoDo ke D1D1[1]
 kuantiti permintaan horlicks meningkat dari Q 2 ke Q 3 , manakala harga horlicks tetap pada P0.[2]

3. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap permintaan sesuatu barang
Sekiranya
(a) berlaku kemelesetan ekonomi dalam negara, [5]
(b) cukai import dikurangkan terhadap barang tersebut. [5]

Jawapan
a)

Rajah [1]

15
 Apabila berlaku kemelesetan ekonomi, pendapatan pengguna akan berkurangan[1],
 Kuasa beli berkurangan dan permintaan akan berkurangan[1]
 Keluk permintaan beralih ke kiri dari D1D1 ke D2D2.[1]
 Kuantiti permintaan berkurangan dari Q1 ke Q2. Harga tetap di P1.[1]

b)

Rajah [1]
 Apabila berlaku penurunan cukai import, harga barangan import akan menjadi murah, [1]
 maka kuantiti diminta akan bertambah [1]
 harga turun dari P0 ke P1 [1]
 kuantiti diminta akan bertambah dari Q0 ke Q1.[1]

4 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perubahan yang berlaku pada keluk permintaan
bagi kek apabila,
(a) Harga kek meningkat [3]
(b) Tiba musim perayaan [5]
(c) Cita rasa pengguna beralih kepada kuih tradisional [4]
Jawapan
(a)

Rajah [1]

 Apabila haraga kek meningkat dari P1 ke P2 [1]


 kuantiti diminta kek berkurang dari Q2 ke Q1 [1]

b)

Rajah [1]

16
 Apabila tiba musim perayaan permintaan terhadap kek akan meningkat.[1]
 Keluk permintaan kek beralih ke kanan dari D 1D1 ke D2D2.[1]
 Kesannya kuantiti permintaan kek akan meningkat dari Q1 ke Q2
 manakala harga tetap di P1.[2]

c)

Rajah [1]
 Hubungan kek dengan kuih tradisional ialah barang pengganti[1].
 Apabila cita rasa pengguna beralih kepada kuih tradisional, permintaan terhadap kek
akan menurun.
 Keluk permintaan kek beralih ke kiri dari D1D1 ke D2D2. [1]
 Kesannya kuantiti permintaan kek menurun dari Q1 ke Q2 manakala harga tetap di P1.[1]

5 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan permintaan [2]


(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan ke atas harga dan kuantiti
keseimbangan buku apabila kerajaan memberikan baucar buku kepada pelajar IPT [8]

a) Lebihan permintaan ialah suatu keadaan apabila kuantiti diminta (Qd) melebihi
kuantiti ditawar (Qs) pada suatu tingkat harga tertentu. [2]
b)

Rajah [2]

 Keseimbangan asal dicapai pada E0, apabila keluk permintaan (D0D0) sama dengan keluk
penawaran(SS). Harga P0 dan kuantiti Q0 . [1]
 Pemberian baucer buku menyebabkan permintaan terhadap buku meningkat [1].
 Keluk permintaan beralih ke kanan dari DoDo ke D1D1 [1].
 Keseimbangan baru dicapai pada titik E1 apabila keluk permintaan D1D1 sama dengan SS. [1].
 Harga meningkat dari Po ke P1[1].
 Kuantiti buku meningkat dari Qo ke Q1 [1]

17
6 a) Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan pengguna [2]
b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap lebihan
pengguna apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas pengeluar. [8]

Jawapan
a) Lebihan pengguna ialah perbezaan antara harga yang sanggup dibayar oleh
pengguna dengan haga pasaran (harga keseimbangan) [2]

b) Harga(RM
) S1
QSs0= 10 + 4P
A

E1
P1
E0
P0 Q

Q
Dd
Kuantiti
Q1 Q0 2=
(unit) Rajah [1]

 Keseimbangan asal pada E0, D0D0 = S0S0 pada harga P0 dan kuantiti Q0 . [1]
 Lebihan pengguna asal ialah PoAEo[1].
 Cukai menyebabkan kos pengeluaran meningkat, seterusnya firma mengurangkan
pengeluaran[1].
 Keluk penawaran beralih ke kiri dari SoSo ke S1S1[1].
 Keseimbangan baru di capai pada titik E1, harga meningkat ke P1
dan kuantiti berkurang ke Q1 [1].
 Lebihan pengguna baru ialah P1AE1 [1].
 Cukai menyebabkan lebihan pengguna berkurang sebanyak P0P1E1E0 [1]

7 a) Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan pengeluar [2]


b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap lebihan
pengeluar apabila berlaku peningkatan dalam pendapatan pengguna. [8]

Jawapan
a) Lebihan pengeluar ialah perbezaan antara harga yang sanggup diterima oleh
pengeluar dengan haga pasaran(harga keseimbangan) [2]

b) Harga(RM
) S
Qs = 10 + 4P

E1
P1
E0
P0
Q
A D0 D
Qd 1
Q0 Q1 Kuantiti
2=
(unit) Rajah [1]

Keseimbangan asal pada E0, D0D0 = S0S0 pada harga P0 dan kuantiti Q0 . [1]
 Lebihan pengguna asal pada APoEo[1].
 Apabila pendapatan pengguna meningkakat, permintaan meningkat[1].
 Keluk permintaan beralih ke kanan dari DoDo ke D1D1[1].
 Keseimbangan baru di capai pada titik E1, harga P1 dan kuantiti Q1 [1].
 Lebihan pengeluar baru ialah AP1E1[1].
 Peningkatan pendapatan menyebabkan lebihan pengeluar meningkat sebanyak P0P1E1E0 [1]

18
8 a) Dengan menggunakan jadual, tunjukkan bagaimana lebihan pengguna dihitung . [4]
b) Jelaskan kesan kepada lebihan pengguna apabila berlaku peningkatan kos pengeluaran
terhadap barang A. [6]

Jawapan
a)
Barang A Harga sanggup Harga pasaran Lebihan pengguna
(unit) dibayar(RM) (RM) (RM)
1 10 2 8
2 8 2 6
3 6 2 4
4 4 2 2
5 2 2 0
Jumlah lebihan pengguna 20
Jadual [1]
Lebihan pengguna ialah beza antara harga yang sanggup dibayar pengguna dengan harga pasaran.
[1]. Pada penggunaan unit pertama barang A, lebihan pengguna ialah RM8 (RM10-RM2).
Penggunaan unit kedua lebihan pengguna ialah RM6 (RM8-RM2), sehingga penggunaan pada
unit ke-5 apabila lebihan pengguna ialah RM0(RM2-RM2). [1] Maka jumlah lebihan pengguna
ialah RM20 (RM8+RM6+RM4+RM2) [1]

b) Harga(RM
) S1
QSs0= 10 + 4P
A

E1
P1
E0
P0 Q

Q
Dd
Kuantiti
Q1 Q0 2=
(unit) Rajah [1]
 Keseimbangan asal Eo, harga ialah Po dan kuantiti ialah Qo [1]
 Lebihan pengguna asal ialah PoAEo[1].
 Peningkatan kos pengeluaran menyebabkan keluk penawaran beralih ke kiri dari SoSo ke
S1S1[1].
 Keseimbangan baru dicapai pada E1, harga baru ialah P1 dan kuantiti baru ialah Q1.
 Lebihan pengguna baru ialah P1AE1 [1].
 Peningkatan kos pengeluaran menyebabkan lebihan pengguna berkurang sebanyak
P0P1E1E0.[1]

19
9 Dalam keadaan bagaimanakah pengguna akan menanggung beban cukai yang lebih besar
berbanding dengan pengeluar. [10]

Jawapan
a) Permintaan tak anjal

Rajah [2]

 Beban cukai pengguna = P2P1E1A[1]


 Beban cukai pengeluar = P0P2AB [1]
 Jika permintaan tak anjal harga maka beban cukai yang ditanggung pengguna adalah lebih
besar. [1]

b) Penawaran anjal
Harga(RM)
D

S0 S1S1
E1
P1 S0
E0
P2 A
P0
B
D
S1 Q1 Q0 Kuantiti (unit)
Rajah [2]
 Beban cukai pengguna = P2P1E1A[1]
 Beban cukai pengeluar= P0P2AB[1]
 Jika penawaran anjal harga didapati beban cukai yang ditanggung pengguna adalah
besar.[1]

10 Huraikan lima faktor yang menyebabkan sesuatu barang itu anjal permintaan harga. [10]

a) Kewujudan barang pengganti


Lebih banyak barang pengganti, permintaannya lebih anjal

b) Bahagian pendapatan yang dibelanjakan


Jika perbelanjaan ke atas berang melibatkan peratus yang besar daripada pendapatan, maka
permintaan barang itu adalah anjal.

c) Jenis barang
Barang mewah lebih anjal. Barang mesti tidak anjal.

d) Bilangan kegunaan sesuatu barang


Lebih banyak kegunaan barang itu, maka permintaannya lebih anjal.

20
e) Faktor jangkamasa (masa)
Jika jangkamasa pengeluaran singkat permintaannya anjal. Ini kerana firma memerlukan
masa yang sigkat sahaja untuk mengeluarkan barang.

11 a) Apakah maksud keanjalan permintaan silang? [2]


b) Dengan memberikan contoh berangka, jelaskan bagaimana sesuatu barang itu
dikelaskan sebagai barang pengganti atau barang penggenap. [8]
Jawapan
a) Keanjalan permintaan pendapatan mengukur darjah tindak balas kuantiti diminta suatu barang
akibat perubahan harga barang lain.[2].
b)
Harga barang A Kuantiti diminta barang B Kuantiti diminta barang C
(RM) (unit) (unit)
10 30 25
12 25 35
Jadual [2]
 Suatu barang dianggap sebagai barang penggenap atau pengganti berdasarkan
keanjalan silangnya.
 Jika keanjalan silang bernilai positif ia merupakan barang pengganti [1]
 manakala nilai negatif menunjukkan barang penggenap[1].
 Daripada jadual, keanjalan silang barang B ialah = - 0.83[1].
 Nilai negatif menunjukkan barang A dan barang B adalah barang penggenab.
 Keanjalan silang barang C = 2.0[1].
 Nilai barang A dan barang C ialah positif [1] menunjukkan hubungan ialah barang
pengganti.

12 a) Apakah maksud keanjalan permintaan pendapatan? [2]


b) Terangkan kaitan antara nilai keanjalan pendapatan dengan jenis barang [8]

Jawapan
a) Keanjalan permintaan pendapatan mengukur darjah tindak balas kuantiti diminta akibat
perubahan pendapatan [2].
b)
 Apabila EY > 1, iaitu % kenaikan kuantiti permintaan lebih besar daripada % kenaikan
pendapatan. [1]
Contoh barang ialah barang mewah [1]
 Apabila 0 < EY < 1, iaitu % kenaikan kuantiti permintaan lebih besar daripada 0 tetapi
kurang daripada 1.[1]
 Contoh barang ialah barang normal / biasa [1]
 Apabila EY = 0, pertambahan pendapatan tidak mengubah kuantiti permintaan.[1]
Contoh barang barang Mesti [1]
 Apabila EY < 0, pertambahan pendapatan akan mengurangkan kuantiti barang yang
diminta. [1]
Contoh, Barang bawahan [1].

21
13 Barang X dan barang Y merupakan barang pengganti. Dengan menggunakan rajah, jelaskan kesan
terhadap harga dan kuantiti keseimbangan barang X, jika penawaran barang Y merosot [10]
Jawapan

Kuantiti barang X (unit)

Rajah [2]
Perubahan pada Barang Y
 Apabila penawaran barang Y merosot, harga barang Y meningkat.[1]

Perubahan pada barang X


 Keseimbangan asal, Eo apabila keluk permintaan sama dengan keluk penawaran.[1]
 Harga asal Po dan kuantiti asal Qo – [1]
 Oleh kerana barang X dan barang Y adalah barang pengganti maka penurunan harga
barang Y menyebabkan kuantiti permintaan barang X meningkat.[1]
 keluk permintaan barang X beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1 [1]
 Keseimbangan baru dicapai pada titik E1[1] papbila kelk permintaan D1D1 sama
dengan keluk penawaran SS.[1]
 Harga meningkat dari Po ke P1 [1]
 Kuantiti bertambah dari Qo ke Q1 [1]

14 Dengan menggunakan rajah yang sesuai, terangkan bagaimana sebuah firma dapat
meningkatkan jumlah hasil dalam keadaan darjah keanjalan permintaan berikut;
(a) anjal [5]
(b) tak anjal [5]
Jawapan
a. Permintaan anjal
Harga(RM)
D
P0 A

P1 B

0 Kuantiti(unit)
Q0 Q1
Rajah [1]
 Apabila permintaan anjal kejatuhan kecil dalam tingkat harga, iaitu daripada P 0
kepada P1 akan menaikkan kuantiti diminta dengan banyak.[1]
 Peratus perubahan kuantiti adalah lebih besar daripada peratus perubahan
harga.[1]
 Jumlah perbelanjaan asal ialah OP0AQ0. [1]

22
 Setelah kejatuhan harga, perbelanjaan berubah menjadi OP1BQ1.[1]
 Didapati OP1BQ1 lebih besar daripada OP0AQ0.[1]
 Apabila permintaan anjal, kejatuhan harga akan menambahkan jumlah
perbelanjaan pengguna.[1]

b. Permintaan kurang anjal


Harga(RM)
D
P1 A

P0 B

D
Kuantiti(unit)
0 Q1 Q0
Rajah [1]
 Peratus perubahan kuantiti adalah lebih kecil daripada peratus perubahan
harga.[1]
 Apabila permintaan tidak anjal kenaikan besar dalam tingkat harga, iaitu
daripada P0 kepada P1 akan mengurangkan kuantiti diminta dengan sedikit.[1]
 Jumlah perbelanjaan asal ialah OP0BQ0. Setelah kenaikan harga, perbelanjaan
berubah menjadi OP1AQ1.[1]
 Didapati OP0BQ0 lebih besar daripada OP1AQ1.[1]
 Apabila permintaan tidak anjal, kenaikan harga akan menambahkan jumlah
perbelanjaan pengguna.[1]

SOALAN KUANTITATIF :

1. Keluk permintaan dan penawaran suatu barang adalah seperti berikut;

(a) Tentukan fungsi permintaan Qd1 dan penawaran Qs1 [3]

(b) Jika tingkat harga keseimbangan meningkat sebanyak 20%, berapakah


lebihan permintaan atau lebihan penawaran? [2]
(c) Berikan 2 faktor yang menyebabkan peralihan keluk penawaran daripada Qs 1 kepada Qs2 [2]
(d) Setelah peralihan keluk penawaran kepada Qs2, harga keseimbangan ialah RM8.00.
Tentukan fungsi penawaran Qs2 ini. [3]

23
JAWAPAN:
(a) Fungsi permintaan Qd = 450 - 30P [1]
fungsi penawaran Qs = 50 + 10P [1]
jalan kerja [1]

(b) Harga baru RM12.00, Lebihan permintaan = 170 - 90 = 80 unit [2]

(c) Faktor peningkatan penawaran


i. Peningkatan dalam teknologi pengeluaran [1]
ii. Kejatuhan harga input [1]

(d) Fungsi penawaran baru Qs = 130 + 10P [3]

2. Fungsi penawaran ialah Qs = 50 + 5P, dengan P = harga dan Qs = Kuantiti ditawar manakala
permintaan pada pelbagai tingkat harga ditunjukkan pada jadual di bawah
Harga Kuantiti diminta
(RM) (unit)
1 180
3 140
5 100
7 60
9 20
(a) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk permintaan dan keluk penawaran
berdasarkan jadual dan fungsi tersebut. [3]
(b) Daripada gambar rajah, tentukan tingkat harga dan kuantiti keseimbangan [1]
(c) Berapakah lebihan pengguna pada tingkat keseimbangan? [2]
(d) Jika kerajaan menetapkan harga maksimum pada tingkat 50% harga keseimbangan
i. Berapakah lebihan permintaan atau lebihan penawaran? [2]
ii. Hitung keanjalan penawaran antara harga keseimbangan dengan harga maksimum [2]

JAWAPAN:

a) Gambarajah [3]

b) Harga kesimbangan = RM6, Kuantiti keseimbangan = 80 unit [1]

c) Lebihan pengguna = RM160.00 [2]

24
d) i) lebihan permintaan sebanyak 75 unit (140 – 65) [2]
ii) Keanjalan penawaran :

P (RM) Q (unit)
6 80
3 65
Es = 0.38 [2]

3. Persamaan penawaran sesuatu barang seperti berikut: Qs = P-10 dengan Qs = Kuantiti penawaran (Unit)
dan P = Harga barang (RM)
a) Apabila harga barang itu meningkat dari RM40 kepada RM50 per unit, hitung keanjalan
penawaran barang berkenaan. Jelaskan jawapan anda. [3]
b) Apabila kerajaan mengenakan cukai RM 3 per unit,
i) Hitung fungsi penawaran yang baru [1]
ii) Hitung nilai keanjalan penawaran apabila harga barang itu meningkat dari
RM40 kepada RM50 [2]
iii) Bandingkan keanjalan penawaran sebelum dan selepas cukai dikenakan [1]
c) Apa yang berlaku kepada keluk penawaran jika cukai dikenakan? [1]
d) Nyatakan dua faktor yang menyebabkan keluk penawaran semakin anjal. [2]

JAWAPAN
a)
P (RM) QS (unit)
40 30
50 40
Es = ΔQ x P0
ΔP Q0
ES = 10 x 40 = 1.33 (anjal ) [2]
10 30
Apabila harga barang naik sebanyak 1% kuantiti ditawar meningkat sebanyak 1.33%[1]

b) i) Qs = (P-3)-10
= P-13 [1]

ii)
P (RM) QS (unit)
40 27
50 37

Es = ΔQ x P0
ΔP Q0
ES = 10 x 40 = 1.48 (anjal ) [2]
10 27

Barang semakin anjal penawaran[1]

c) Keluk penawaran beralih ke atas.[1]

d) i) bekalan input senang dicari [1]


ii) bilangan firma banyak [1]

25
4. Fungsi permintaan dan penawaran barang X ditunjukkan di bawah.
Qd = 120-20P
Qs = 20P

Dengan
Qd= Kuantiti diminta (Unit) Qs= Kuantiti ditawar (Unit)
Px = Harga barang X

a) Dengan berbantukan jadual, hitung kuantiti diminta dan kuantiti ditawar pada
tingkat harga RM1 hingga RM6. [2]
b) Nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan [2]
c) Apakah yang berlaku jika kerajaan menetapkan harga minimum pada RM4? [2]
d) Berapakah jumlah perbelanjaan kerajaan pada harga minimum RM4? [2]
e) Bilakah dasar harga minimum akan dilaksanakan oleh kerajaan? Mengapa? [2]

JAWAPAN :
a)
Harga Kuantiti diminta Kuantiti ditawar
(RM) (Unit) (Unit)
1 100 20
2 80 40
3 60 60
4 40 80
5 20 100
6 0 120
Jadual [2]
b) P = RM3
Q = 60 Unit [2]

c) Qd = 40 Unit
Qs = 80 Unit [1]
Wujud lebihan penawaran sebanyak 40 Unit [1]

d) Jumlah Perbelanjaan kerajaan


= 4 X 40 [1]
= RM 160 [1]

e) Bila harga terlalu rendah dan merugikan pengeluar [1]


Untuk bantu pengeluar menambahkan pendapatan [1]

5. Andaikan seorang pengeluar menjual produk X di dua buah pasaran iaitu pasaran A dan Pasaran B.

dengan DA = Keluk permintaan di pasaran A


DB = Keluk permintaan di pasaran B
(a) Hitung nilai keanjalan permintaan harga bagi produk X di pasaran A dan B,
jika harganya menurun daripada RM10.00 kepada RM5.00 [4]
(b) Hitung perbezaan jumlah hasil yang diperolehi di setiap pasaran [4]
(c) Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh pengeluar tersebut bagi meningkatkan
jumlah hasil di kedua-dua pasaran ? [2]
26
Jawapan
a)
Pasaran A :
[2]

Pasaran B :
[2]

b)
Jumlah hasil pasaran A
Asal = 10 x 13 = RM130
Baru = 5 x 16 = RM80
Oleh itu, perbezaan = RM80 – RM130 = -RM50
Pasaran rugi RM50.00 [2]

Jumlah hasil pasaran B


Asal = 10 x 13 = RM130
Baru = 5 x 30 = RM150
Oleh itu, perbezaan = RM150 – RM130 = RM20
Pasaran untung RM20.00 [2]

c) Pasaran A ialah pasaran tidak anjal harga maka perlu


naikkan harga untuk meningkatkan jumlah hasil [1]
pasaran B ialah pasaran yang anjal harga maka
perlu turunkan harga untuk meningkatkan jumlah hasil [1]

6. Jadual di bawah menunjukkan harga, kuantiti diminta dan kuantiti ditawar bagi suatu barang dalam
pasaran.

Harga Kuantiti diminta Kuantiti ditawar


(RM) (unit) (Unit)
6.00 22 14
8.00 20 16
10.00 18 18
12.00 16 20

(a) Hitung nilai keanjalan permintaan harga apabila meningkat daripada


RM8.00 kepada RM10.00 [3]
(b) Hitung nilai keanjalan penawaran harga apabila harga meningkat daripada RM8.00
kepada RM10.00 [3]
(c) Hitung jumlah hasil pada setiap tingkat harga [2]
(d) Apakah kesan pada jumlah hasil jika harga jualan meningkat? [1]
(e) Apakah kaitan antara jumlah hasil dengan keanjalan permintaan harga ? [1]

Jawapan
a)
P Q
8.00 20
10.00 18

Ed = ΔQ x P0
ΔP Q0
Ed = -2 x 8 = -0.40 (tak anjal ) [2]
2 20

27
b)
P Q
8.00 16
10.00 18

Es = ΔQ x P0
ΔP Q0
ES = 2 x 8 = 0.50 (tak anjal ) [2]
2 16

c)
Harga Kuantiti diminta Jumlah hasil
(RM) (unit) (RM)
6.00 22 132.00
8.00 20 160.00
10.00 18 180.00
12.00 16 192.00

d) Jumlah hasil meningkat apabila apabila harga meningkat

e) Tidak anjal permintaan harga - kenaikkan harga menyebabkan jumlah hasil meningkat
Anjal permintaan harga - kenaikan harga menyebabkan jumlah hasil berkurang.

28
BAB 3 : TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN
2013 2014 2015 2016 2017 2018
Sub tajuk Bahagian Bahagian Bahagian Bahagian Bahagian Bahagian
A B C A B C A B C A B C A B C A B C
3.1 Firma dan
industri
3.2 Fungsi 1 1 1 1 1 1
pengeluaran
3.3 Kos 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
pengeluaran
3.4 Ekonomi 1 1 1 1 1 1 1
bidangan dan
tak ekonomi
bidangan
Jumlah 2 1 1 2 - - 2 1 1 2 1 1 3 1 1 2 1 1

BAHAGIAN B

1 Bezakan antara
a) Jangka masa pendek dengan jangka masa panjang [3]
b) Ekonomi bidangan dengan tak ekonomi bidangan [4]
a)
 input
Jangka masa pendek ada input tetap dan input berubah. Contoh, tanah sebagai input tetap
dan buruh sebagai input berubah.
Jangka masa panjang semuanya input berubah. Contoh, tanah dan buruh

 keluaran
Jangka masa pendek keluaran tidak boleh ditambah dengan banyak kerana terdapat input
tetap.
Jangka masa panjang keluaran boleh ditambah dengan banyak kerana semuanya input
berubah.

b)
 Ekonomi bidangan ialah faedah yang dinikmati oleh firma yang menyebabkan kos purata
jangka panjang berkurangan kesan pertambahan output dalam lingkungan firma itu sendiri
dan perkembangan industri secara keseluruhan.
Manakala
 Tak ekonomi bidangan ialah masalah atau keburukan yang dibadapi oleh firma yang
menyebabkan kos purata jangka panjang bertambah kesan pertambahan output dalam
lingkungan firma itu sendiri dan perkembangan industri secara keseluruhan.

2 a) Mengapa firma dapat meningkatkan pengeluaran dengan banyak dalam jangka


masa panjang berbanding dengan jangka masa pendek. Jelaskan. [6]

b) Dengan bantuan gambar rajah. Jelaskan hubungan antara kos sut dan Kos purata. [4]

(a) Dalam jangka pendek, firma tidak dapat meningkatkan pengeluaran dengan banyak
kerana terdapat faktor tetap dan faktor berubah. Untuk menambahkan keluaran firma
hanya dapat menambahkan faktor berubah sahaja. Oleh kerana faktor tetap tidak dapat
ditambah maka jumlah keluaran yang dapat ditingkatkan dengan banyak.

Dalam jangka panjang. firma dapat meningkatkan pengeluaran dengan banyak kerana
semua faktor merupakan faktor berubah. Untuk menambahkan keluaran, firma dapat
menambahkan mana-mana faktor berubah. Melalui peningkatan faktor berubah seperti
mesin dan tanah dapat meningkatkan keluaran dengan banyak.

29
b)
Kos(RM) MC

AC

Kuantiti(unit)
Q0
Apabila AC menurun sebelum Q0, MC lebih kecil daripada AC.
Apabila AC minimum pada Q0, MC sama dengan AC.
Apabila AC meningkat selepas Q0, MC lebih besar daripda AC.

3 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap kos purata jangka panjang
firma sekiranya
(a) Upah buruh meningkat akibat persaingan di kawasan perindustrian [3]
(b) Buruh diberi latihan khusus dalam mengendalikan mesin baru [4]
(c) Kadar bunga pinjaman bank telah meningkat [4]

a) Kos (RM)

LAC1

LAC0

Output (unit)
Rajah [1]

 Apabila upah buruh meningkat kos pengeluaran meningkat. [1]


 Firma akan menikmati tak ekonomi bidangan luaran
 Kos purata jangka panjang akan meningkat.
 keluk LAC akan beralih ke atas dari LAC0 ke LAC1. [1]

b) Kos (RM)

A LAC
C

Output (unit) Rajah [1]

 Firma akan menikmati ekonomi bidangan dalaman


 kos purata jangka panjang firma akan berkurangan.[1]
 Pergerakan akan berlaku sepanjang keluk LAC dari A ke B. [1]

30
C)
Kos (RM)

A LAC
C

Output (unit)
Rajah [1]

 Firma akan menikmati tak ekonomi bidangan dalaman.


 Kos Purata akan meningkat.[1]
 Pergerakan akan berlaku sepanjang keluk LAC dari B ke C.[1]

4 Huraikan lima faktor ekonomi bidangan dalaman yang menyebabkan


kos purata jangka panjang firma semakin menurun [10]

1. Ekonomi pengkhususan [1]


Jika ada pengkhususan kerja dalam proses pengeluaran,
ia akan lebih cekap dan kos purata akan menurun [1]

2. Ekonomi pengurusan [1]


Pengeluaran secara besar-besaran mampu mendapatkan
pengurus yang cekap yang akhirnya akan menurunkan kos pengeluaran [1]

3. Ekonomi kewangan [1]


Firma besar mudah mendapat modal dengan kadar pinjaman yang rendah dan
tempoh bayaran balik yang panjang. Ini memudahkan firma kumpul modal
baharu yang akhirnya akan mengurangkan kos. [1]

4. Ekonomi pemasaran [1]


Beli secara pukal dan terus maka harga lebih rendah
berbanding dengan beli secara kredit. Kos per unit keluaran menurun. [1]

5. Ekonomi teknikal [1]


Pengeluaran secara besar-besaran dengan menggunakan
teknologi canggih dapat mengurangkan kos pengeluaran.[1]

SOALAN KUANTITATIF :

1. Diberi persamaan kos bagi sebuah firma adalah seperti berikut:


C = 500 + 15Q
dengan,
C = Jumlah kos (RM)
Q = Kuantiti keluaran (unit)

Pada keluaran 100 unit dan harga keluaran RM16.00 seunit,


(a) hitung kos terap, kos berubah dan jumlah kos. [3]
(b) hitung keuntungan firma ini. [2]
(c) adakah firma ini masih boleh meneruskan operasinya? Mengapa? [2]
(d) berapa peratuskah harga barang tersebut perlu dinaikkan supaya firma
mendapat pulang modal? [3]

31
JAWAPAN :

a) Kos Tetap = RM 500


Kos berubah = 15 Q = 15(100) = RM 1500
Jumlah kos = 500+1500 = RM 2000

b) Untung = Jumlah hasil - Jumlah kos


= (100XRM16) - 2000
= 1600-2000
= - RM 400
Firma akan mengalami kerugian sebanyak RM 400.

c) Ya, firma masih boleh meneruskan operasinya sebab jumlah hasil (RM 1600) dapat membiayai kesemua
kos berubah (RM1500) dan sebahagian kos tetap (RM100). Jadi, kerugian firma adalah lebih kecil jika
meneruskan operasi iaitu sebanyak RM400. Sebaliknya firma perlu menanggung kerugian yang lebih
besar jika memberhentikan opeasinya, iaitu bersamaan kos tetap sebanyak RM500.

d) Pulang modal ialah keadaan apabila jumlah hasil sama dengan jumlah kos(AR=AC).
AC = RM2000
100
=RM 20

Peratusan kenaikan harga = 20-16 x 100


16
= 25%

2. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat output dengan kos bagi firma A dan firma B,
dengan QA dan QB masing-masing ialah kuantiti output firma A dan firma B.
Output Jumlah kos Kos tetap purata Kos purata
(unit) (RM) (RM) (RM)
QA 300.00 2.50 3.00
QB 400.00 3.00 5.00

(a) Hitung output QA dan QB [2]


(b) Berapakah jumlah kos berubah bagi mengeluarkan output Q A dan QB? [2]
(c) Hitung
(i) jumlah kos tetap
(ii) jumlah keuntungan
firma A dan firma B jika jumlah hasil setiap firma ialah RM600.00. [4]
(d) Nyatakan dua perbezaan antara kos retap dengan kos berubah. [2]

JAWAPAN :
(a)

Firma A Firma B
QA = 300 QB = 400
3.00 5.00
= 100 unit = 80 unit
AVC=AC - AFC AVC = 5.00 - 3.00
= 3.00 - 2.50 = RM2.00
= RM0.50 TVC = 2.00 X 80
TVC =AVC X Q = RM160.00
= 0.50 X 100
= RM50.00

32
TFC = AFC X Q TFC = 3.00 X 80
= 2.50 X 100 = RM240.00
= RM250.00
Jumlah keuntungan Jumlah keuntungan
=TR-TC = 600 - 400
=600-300 = RM200.00
= RM300.00

(d) Dua perbezaan antara kos tetap dengan kos berubah ialah:
(i) nilai kos tetap tidak berubah apabila output meningkat manakala nilai kos berubah meningkat
apabila output meningkat.
(ii) kos tetap hanya wujud dalam jangka pendek. Jangka panjang semuanya kos berubah, tiada
kos tetap.
(iii) pada output sifar wujud kos tetap tetapi tiada kos berubah.

33
BAB 4 : STRUKTUR PASARAN,PENENTUAN HARGA DAN OUTPUT
2013 2014 2015 2016 2017 2018
Sub tajuk Bahagian Bahagian Bahagian Bahagian Bahagian Bahagian
A B C A B C A B C A B C A B C A B C
4.1 Konsep hasil 1 1 1 1
dan untung
4.2 Struktur 1 1 1
pasaran
4.3 Pasaran 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
Persaingan
sempurna
4.4 Pasaran 1 1 1 1 1 1 1 1 1
Monopoli

Jumlah 4 1 - 3 2 1 3 1 1 2 - 1 2 1 1 2 1 1

SOALAN ESEI :

1 Pasaran persaingan sempurna berbeza dengan pasaran persaingan tak sempurna.


Terangkan lima perbezaan tersebut. [10]
i. Keluaran
Pasaran persaingan sempurna mengeluarkan keluaran homogen dan merupakan pengganti
sempurna. manakala pasaran persaingan tak sempurna mengeluarkan satu jenis barang sahaja dan
tiada pengganti hampir.

ii. Bilangan firma


Pasaran persaingan sempurna ada banyak firma di pasaran manakala pasaran persaingan tak
sempurna hanya terdapat satu firma sahaja di pasaran.

iii. Harga
Pasaran persaingan sempurna merupakan penerima harga. iaitu harga ditentukan oleh permintaan
dan penawaran di pasaran, manakala pasaran persaingan tak sempurna ada kuasa menentukan
harga.

iv. Kebebasan keluar masuk


Pasaran persaingan sempurna terdapat kebebasan keluar masuk firma di pasaran. Apabila firma
untung, firma baharu bebas masuk ke dalam pasaran dan jika terdapat firma rugi, firma bebas
keluar dari pasaran. Pasaran persaingan tak sempurna pula terdapat sekatan untuk firma baharu
masuk ke dalam pasaran.

v. Penetapan harga atau kuantiti keluaran


Pasaran persaingan sempurna menjual keluaran pada harga yang lebih rendah dan keluaran yang
lebih banyak, manakala pasaran persaingan tak sempurna menjual keluaran pada harga yang lebih
tinggi dan keluaran yang sedikit.

2 (a) Huraikan dua faktor yang mempengaruhi firma dalam pasaran persaingan sempurna
sebagai penerima harga [4]
(b) Dalam pasaran persaingan sempurna,mengapakah keseimbangan firma dalam
jangka panjang berada pada tingkat harga sama dengan titik minimum kos purata? [6]

Jawapan
a)
i. Bilangan firma yang banyak[1]
Bilangan firma pasaran persaingan sempurna yang banyak menyebabkan setiap firma
mengeluarkan sebahagian kecil daripada jumlah pengeluaran. Oleh itu. setiap firma tidak
boleh mempengaruhi harga. Harga ditentukan oleh pasaran.[1]

ii. Keluaran homogen. [1]


Keluaran firma pasaran persaingan sempurna homogen menyebabkan ia merupakan
pengganti sempurna. Oleh itu, harga keluarannya adalah sama di pasaran.[1]

34
(a) Dalam jangka panjang, firma pasaran persaingan sempurna berada pada harga yang sama dengan
titik minimum kos purata kerana ciri kebebasan keluar masuk firma dalam pasaran.

Jika Untung lebih normal dalam jangka pendek


 Dalam jangka pendek, apabila harga lebih tinggi daripada kos purata(AR>AC). firma
menikmati untung lebih normal.[1]
 Keadaan ini menyebabkan firma baharu masuk ke dalam pasaran[1]
 Penawaran pasaran bertambah dan berlaku lebihan penawaran.[1]
 Keadaan ini menyebabkan harga pasaran turun[1]
 Harga turun sehingga harga sama dengan kos purata minimum [1]
 firma dalam pasaran persaingan sempurna mendapat untung normal dalam
jangka panjang.[1]

Atau

Jika Untung kurang normal dalam jngka pendek


 Dalam jangka pendek, apabila harga lebih rendah daripada kos purata(AR<AC), bermakna
firma pasaran persaingan sempurna mendapat untung kurang normal. [1]
 Ini mendorong sebilangan firma keluar dari pasaran.[1]
 Penawaran pasaran berkurang dan mewujudkan lebihan permintaan.[1]
 Keadaan ini menyebabkan harga pasaran naik [1]
 Harga naik sehingga harga sama dengan kos purata minimum [1]
 Firma dalam pasaran persaingan sempurna mendapat untung normal dalam
jangka panjang. [1]

3 a) Apakah yang dimaksudkan dengan Pasaran Persaingan Sempurna? [2]


b) Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan bagaimana firma dalam
pasaran persaingan sempurna menentukan tingkat output. [8]

Jawapan
a) satu pasaran yang terdiri daripada banyak firma yang mengeluarkan barang yang homogen
dengan pengganti sempurna

b)

Rajah [1]
 Sesebuah firma PPS akan mencapai keseimbangan apabila MR = MC [1]
 E0 merupakan titik keseimbangan kerana MR = MC, kuantiti ialah Qo[1]
 Selain Q0, pasaran tidak seimbang.
 Pada output Q1, ketidakseimbangan berlaku kerana MR > MC [1]
 Firma akan menambahkan output sehingga output Q0 untuk memakasimumkan
untung.[1 ]
 Pada output Q2, ketidakseimbangan berlaku kerana MR < MC [1]
 Firma akan mengurangkan output sehingga mencapai keseimbangan pada Q 0 untuk
memaksimumkan untung. [1]
 Firma PPS sentiasa mengeluarkan pada keseimbangan MR=MC untuk
memaksimumkan untung.[1]
35
4 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan mengapa firma tetap beroperasi dalam
jangka pendek walaupun mengalami kerugian.(2009) [6]

Harga/kos(RM)
MC

AC

A AVC
P1
P0 E0 AR=MR=DD=P
P2
B

0 Keluaran(unit
Q Rajah [2]
)
- Firma PPS akan meneruskan operasi sehingga dapat menampung kesemua jumlah kos
berubah[1]
- Firma diatas meneruskan operasi kerana dapat menampung kesemua julah kos berubah dan
sebahagian kos tetap.[1]
- Firma rugi sebanyak P0P1AE0[1]
- Jika tutup firma rugi harus menanggung kesemua jumlah kos tetap sebanyak P 2P1AB[1]
- Kerugian yang ditanggung adalah besar jika menutup operasi.[1]
- Oleh itu firma perlu meneruskan operasi untuk mengurangkan kerugian.[1]

SOALAN KUANTITATIF :

1. Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos bagi sebuah firma monopoli jangka pendek.

Keluaran (unit) Jumlah Kos (RM)


0 9
1 16
2 24
3 35
4 48
5 63
6 80

Di berikan persamaan permintaan bagi keluaran yang dihasilkan firma ialah P = 16 - Qd,
dengan P = harga (RM), dan Qd = kuantiti diminta (unit).
a) Apakah maksud kos sut dan hasil sut? [2]
b) Hitung kos sut dan hasil sut pada setiap tingkat keluaran [3]
c) Terangkan harga dan kuantiti keseimbangan bagi firma tersebut [2]
d) Hitung jumlah keuntungan atau kerugian firma pada tingkat keseimbangan [3]

JAWAPAN:
a) Kos sut ialah perubahan jumlah kos akibat tambahan seunit keluaran.[1]
Hasil sut ialah perubahan jumlah hasil bagi tambahan seunit keluaran.[1]

b) Kos sut = Perubahan jumlah kos


Perubahan keluaran

Hasil sut = Perubahan jumlah hasil


Perubahan keluaran

36
Keluaran(Q) Kos sut(MC) Harga(P) Jumlah hasil(TR) Hasil sut(MR)
(unit) RM RM RM RM
0 - 16 0 -15
1 7 15 15 13
2 8 14 28 11
3 11 13 39 9
4 13 12 48 7
5 15 11 55 5
6 17 10 60
[2]
c) Pada tingkat keseimbangan, iaitu MR = MC,
harga keseimbangan ialah RM13.00 dan kuantiti keseimbangan ialah 3 unit. [2]

d) Keuntungan/kerugian = TR – TC[1]
= 39-35
= RM4.00[1]

Firma menikmati keuntungan sebanyak RM4.00. [1]

2. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos berubah purata (AVC), kos purata (AC), kos sut (MC),
hasi purata (AR) dan hasil sut (MR) bagi sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna.

a) Pada tingkat keseimbangan, tentukan


i. kuantiti keseimbangan. [1]
ii. jumlah keuntungan firma. [2]

b) Berapakah jumlah kos berubah dan jumlah kos tetap firma pada tingkat keseimbangan? [4]

c) (i) Adakah firma ini akan meneruskan operasi daim jangka pendek? Berikan alasan anda. [2]
(ii) Nyatakan tingkat harga pada titik penutupan firma dailam jangka pendek. [1]

JAWAPAN:
a) i. Tingkat keseimbangan dicapai apabila MR = MC. Kuantiti keseimbangan = 58 unit[1]

ii. Jumlah keuntungan


= Jumlah hasil - Jumlah kos
= (48.00 X 58)-(42.00 X 58)
= 2784 - 2436 = RM348.00[2]

b) Jumlah kos berubah = AVC X Q


= 38.00 X 58
= RM2204.00

37
Jumlah kos tetap = (AC - AVC) X Q
= (42.00 - 38.00) X 58
= RM232.00

c) (i) Firma akan meneruskan operasi dalam jangka pendek kerana firma dapat menampung jumlah
kos berubah.
(ii) Titik penutupan firma dalam jangka pendek ialah harga bersamaan kos berubah purata
minimum (P = AVC minimum), iaitu RM30.00.

38
BAB 5 : PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN
2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019
Sub tajuk A B C A B C A B C A B C A B C A B C A B C
5.1 Permintaan 1 1 1 1 1 1 1 * *
dan
Penawaran
Faktor
pengeluaran
1 1 1 1 * *
5.2 Upah
5.3 Sewa,kadar 1 1 1 1 1 1
bunga dan
untung
jumlah 2 1 1 2 1 1 1 1 1 2 2 1 1

Soalan Esei :

1 Berbantukan gambar rajah, terangkan kesan perubahan berikut ke atas upah dan kuantiti buruh:
a) kerajaan menggalakkan kemasukan buruh asing [5]
b) kemahiran buruh meningkat [5]
Jawapan
a)

Rajah : [1]
 keseimbangan asal dicapai pada titik Eo apabila keluk permintaan buruh DoDo
bersilang dengan keluk penawaran buruh SoSo.Upah ialah Wo dan kuantiti buruh Lo.[1]
 Apabila kerajaan galakkan kemasukan buruh asing, penawaran buruh bertambah.
keluk penawaran buruh beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1. [1]
 Kesannya upah jatuh dari W0 ke W1 [1]
 Kuantiti buruh meningkat dari L0 ke L1 [1]

b)

Rajah : [1]

39
 keseimbangan asal dicapai pada titik Eo apabila keluk permintaan buruh DoDo
bersilang dengan keluk penawaran buruh SoSo.Upah ialah Wo dan kuantiti buruh Lo.[1]
 Apabila kemahiran buruh meningkat, permintaan buruh bertambah.
keluk permintaan buruh beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1. [1]
 Kesannya upah meningkat dari W0 ke W1 [1]
 Kuantiti buruh meningkat dari L0 ke L1 [1]

2 a) Apakah maksud upah? [2]


b) Dengan berbantukan gambar rajah, huraikan pembentukan keluk permintaan faktor
pengeluaran dalam pasaran persaingan sempurna [8]
Jawapan;
a) Upah ialah ganjaran kepada buruh atas sumbangan fizikal dan mental dalam proses pengeluaran.[2]

b)

Rajah : [2]

 keluk permintaan faktor merupakan keluk MRP yang terletak di bawah keluk ARP[1]
 Dalam pasaran persaingan sempurna (PPS), keseimbangan pasaran faktor berlaku apabila keluk
MRP = MCF.[1]
 semasa upah w1,MRP=MCF1 .Titik keseimbangan E1 dan kuantiti permintaan buruh ialah L1[1]
 semasa upah w2,MRP=MCF2 .Titik keseimbangan E2 dan kuantiti permintaan buruh ialah L2[1]
 semasa upah w3, tiada permintaan buruh kerana firma rugi.[1]
 Apabila disambung titik E1 dan E2, maka terbentuklah keluk permintaan buruh DLDL yang
mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.[1]

40
3 (a) Nyatakan maksud kesatuan sekerja [2]
(b) Terangkan empat cara bagaimana kesatuan sekerja boleh menuntut kenaikan upah
untuk ahlinya [8]
Jawapan :
a) Kesatuan sekerja ialah satu organisasi yang dianggotai oleh para pekerja untuk mewakili mereka
dalam perundingan dengan pihak majikan bagi menuntut kenaikan upah dan kebajikan yang lebih
baik untuk ahlinya.

b) Cara kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah:


i. Meningkatkan daya pengeluaran sut buruh
Daya pengeluaran sut buruh dapat bertambah melalui program latihan untuk meningkatkan
kecekapan dan kemahiran buruh, serta memperkenalkan jentera moden dan sebagainya.
Apabila daya pengeluaran sut bertambah, tingkat upah turut meningkat.

ii. Mengehadkan penawaran buruh


Dengan cara mengenakan kuota keahlian kesatuan sekerja, memanjangkan masa latihan,
menghadkan peluang untuk menjalani latihan. Kekurangan buruh akan akan menaikkan upah.

iii. Menetapkan upah minimum


Upah ditetapkan lebih tinggi dari upah keseimbangan. Wujud lebihan penawaran buruh,
pengangguran berlaku.

iv. Rundingan kolektif


adalah satu proses tawar menawar antara pihak majikan dan kesatuan dalam meningkatkan
kadar upah. Melalui rundingan ini kesatuan sekerja akan mendesak untuk satu kenaikan upah.
Jika rundingan tidak berjaya maka sebagai langkah terakhir kesatuan akan mengadakan
mogok.

4 Terangkan bagaimana sebuah firma pasaran persaingan sempurna mencapai


keseimbangan penggunaan buruh untuk memaksimumkan untung. [8]

Keseimbangan tercapai apabila kos sut faktor sama dengan hasil sut (MCF=MRP) [1].

Harga/kos(RM)

W E
MCF=ACF=W
MRP
0 Buruh(unit)
L1 L0 L2
Rajah [1]

Keseimbangan berlaku apabila keluk permintaan buruh sama dengan keluk penawaran buruh di
titik E2, tingkat upah ialah W0 dan kuantiti buruh ialah L1, [2]

Pada buruh L1 keluaran hasil sut lebih daripada keluaran kos sut (MRP > MCF) firma akan
menambah buruh sehingga buruh L0.[2]

Pada buruh L2 keluaran hasil sut kurang daripada keluaran kos sut (MRP < MCF) firma akan
mengurangkan buruh sehingga buruh L0.[2]

41
5 Dengan menggunakan contoh berangka, bezakan antara
a) Kadar bunga nominal dengan kadar bunga benar [4]

a) Kadar bunga nominal ialah kadar bunga semasa yang perlu dibayar untuk sejumlah modal dalam
pasaran.
Ali meminjam RM10 ribu dari bank dengan kadar bunga 10%. Kadar bunga sebanyak 10% tersebut
merupakan kadar bunga nominal.

Manakala;

Kadar bungan benar ialah kadar bunga yang dikira selepas mengambil kira kadar inflasi

Jika kadar bunga nominal 10% dan kadar inflasi sebanyak 4%,
Kadar bunga benar = kadar bunga nominal – kadar inflasi
= 10% - 4%
= 6%

SOALAN KUANTITATIF :

1. Sebuah firma pasaran persaingan sempurna menghasilkan output M yang menggunakan satu input
berubah iaitu buruh.Fungsi permintaan buruh (QdL) dan penawaran buruh (QsL) ialah :
QdL = 30 – W
QsL = 10 + W W = upah

Keluaran fizikal buruh bagi firma pada pelbagai tingkat buruh adalah seperti berikut :
Buruh (unit) Keluaran fizikal ( unit)
1 7
2 13
3 17
4 20
5 22
6 23

a) Hitung keluaran fizikal sut buruh bagi firma ini [2]

b) Jika output firma dijual dengan RM5.00 seunit :


i. Berapakah keluaran hasil sut buruh? [2]
ii. Dengan menggunakan graf, tentukan kuantiti buruh yang optimum bagi firma ini [2]
iii. Jika harga barang meningkat sebanyak 100%, tentukan kuantiti buruh keseimbangan [4]

JAWAPAN :
a) keluaran fizikal sut (MPP) = ∆TPP
∆ buruh

Buruh Keluaran fizikal Keluaran fizikal sut


(unit) TPP( unit) MPP (unit)
1 7 7
2 13 6
3 17 4
4 20 3
5 22 2
6 23 1

42
b) i. keluaran hasil sut buruh (MRP) = MPP x harga seunit
harga = RM5.00
Buruh Keluaran hasil sut
(unit) MRP (RM)
1 35
2 30
3 20
4 15
5 10
6 5

ii. upah seimbang :


QdL = QsL
30- W = 10 + W
20 = 2W
W = RM10 Oleh itu W= MCF = ACF = RM10

Kuantiti buruh optimum(memaksimumkan untung) ialah MRP=MCF( upah) = RM10. Maka


kuantiti buruh seimbang ialah 4.5 unit buruh

iii. upah baru = RM 10

Buruh Keluaran fizikal sut Keluaran hasil sut


(unit) MPP (unit) MRP2 (RM)
1 7 70
2 6 60
3 4 40
4 3 30
5 2 20
6 1 10

Kuantiti buruh keseimbangan apabila harga meningkat sebanyak 100% = 5.5 unit buruh

43
2. Keluk di bawah menunjukkan keluk kos purata buruh(ACF), keluk kos sut buruh(MCF), keluk keluaran
hasil sut buruh(MRP) dan keluk hasil purata buruh(ARP) bagi sebuah firma dalam pasaran persaingan
sempurna.

a) Terangkan maksud kos sut buruh dan keluaran hasil sut buruh [2]
b) Jika kadar upah ialah RM50, berapakah buruh yang akan digunakan untuk
mencapai tingkat keseimbangan. [2]
c) Hitung keuntungan firma yang diperolehi firma ini [2]
d) Jika kadar upah meningkat daripada RM50 kepada RM60,berapakah buruh
yang akan digunakan?Berapakah kadar pengangguran? [3]
e) Apakah yang akan berlaku terhadap permintaan buruh jika upah melebihi RM60 [1]

JAWAPAN :
a) Kos sut buruh ialah tambahan dalam jumlah kos buruh akibat tambahan seunit buruh.[1]
Keluaran hasil sut buruh ialah tambahan dalam jumlah hasil akibat tambahan seunit buruh.[1]

b) Syarat keseimbangan pasaran buruh ialah upah = MRP. [1]


Pada tingkat keseimbangan, buruh yang digunakan ialah 20 000 unit.[1]

c) Untung =TRP – TCF


= (ARP x Q) – (ACF x Q)
= (55 x 20 000) – (50 x 20 000)
= 1 100 000 – 1 000 000
= RM100 000

d) Syarat keseimbangan pasaran buruh ialah MCF = MRP.


Pada kadar upah RM60, kuantiti buruh yang digunakan ialah 17 000 unit.
Kadar pengangguran = ΔL / L0 x 100
= 20 000 – 17 000 / 20 000 x 100
= 15%

e) Tidak wujud permintaan buruh, kerana firma mengalami kerugian iaitu harga input (upah) lebih
tinggi dari ARP

44
3. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan tingkat keluaran bagi sebuah firma
pasaran persaingan sempurna.

Kuantiti buruh (unit) Jumlah keluaran (unit)


1 10
2 22
3 33
4 40
5 45
6 48

(a) Sekiranya harga keluaran ialah RM5 seunit di pasaran:


(i) Hitung keluaran hasil purata dan keluaran hasil sut pada setiap tingkat buruh. [2]
(ii) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk keluaran hasil purata dan keluk
keluaran hasil sut. [2]
(b) Berdasarkan gambar rajah a)ii)
(i) Jika upah buruh di pasaran ialah RM25 seunit, berapakah kuantiti buruh yang
akan digunakan? [2]
(ii) Jika upah buruh meningkat kepada RM35 seunit, berapakah kuantiti buruh yang
akan digunakan? [2]
(iii) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada jawapan di atas? [2]

JAWAPAN :
(a) (i)
Kuantiti buruh Keluaran hasil purata Keluaran hasil sut
(unit) ARP (RM) MRP (RM)
1 (10×RM5)÷1 = 50 50
2 55 60
3 55 55
4 50 35
5 45 25
6 40 15
[2]
(ii) Rajah

[2]
(b) (i) Oleh sebab upah seunit buruh sama dengan keluaran hasil sut buruh sebanyak RM25 pada
kuantiti buruh 5 unit, kuantiti buruh yang akan digunakan ialah 4.5 unit. [2]

(ii) Oleh sebab upah seunit buruh sama dengan keluaran hasil sut buruh sebanyak RM35 pada
kuantiti buruh 4 unit, kuantiti buruh yang akan digunakan ialah 3.5 unit. [2]

(iii) Semakin tinggi upah, semakin kurang kuantiti buruh yang akan digunakan. Oleh itu apabila
upah buruh naik dari RM25 ke RM35 seunit, kuantiti buruh digunakan berkurangan dari 4.5
unit kepada 3.5 unit. [2]

45
4. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara jumlah buruh dan jumlah keluaran fizikal.

Jumlah buruh Jumlah keluaran fizikal


(unit) (unit)
1 20
2 44
3 75
4 101
5 118
6 127

(a) Jika harga keluaran per unit ialah RM2, hitung jumlah hasil keluaran dan keluaran hasil sut. [2]
(b) Jika kos upah ialah RM62, berapakah buruh yang akan digunakan untuk memaksimumkan
keuntungan? [2]
(c) Jika kos upah turun kepada RM34, berapakah buruh yang akan digunakan? [2]
(d) Berapakah jumlah keuntungan atau kerugian firma jika kos upah ialah RM34? [2]
(e) Jika produktiviti buruh meningkat 25%, hitung jumlah hasil keluaran dan keluaran hasil sut. [2]

JAWAPAN :
(a)
Jumlah buruh (unit) TPP (unit) TRP (RM) MRP(RM)
1 20 20×RM2=40 40
2 44 88 (88-40)÷(2-1)=48
3 75 150 62
4 101 202 52
5 118 236 34
6 127 254 18

(b) Keseimbangan dicapai apabila MRP= MCF=RM62, maka, 3 orang buruh yang akan digunakan.
(c) Keseimbangan dicapai apabila MRP= MCF=RM34, maka, 5 orang buruh yang akan digunakan.
(d) Jumlah keuntungan = Jumlah hasil - Jumlah kos = 236 – 170(5x34) = RM66.
(e)
Jumlah buruh (unit) TPP (unit) TRP (RM) MRP(RM)
1 25.00 25×RM2=50 50
2 55.00 110 (110-50)÷(2-1)=60
3 93.75 188 78
4 126.25 253 65
5 147.50 295 42
6 158.750 318 23

5. Rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata faktor (ACF), kos sut faktor (MCF), keluaran hasil purata
(ARP) dan keluaran hasil sut (MRP) bagi sebuah firma persaingan sempurna.

46
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan keluaran hasil sut? Terangkan perbezaan antara
keluaran hasil sut dengan keluaran fizikal sut. [2]
(b) Jika firma menggunakan 16 unit faktor, hitung jumlah keuntungan yang diperoleh. [2]
(c) Jika harga faktor ialah RM20.00 per unit, hitung
(i) kuantiti faktor digunakan [2]
(ii) jumlah untung maksimum [2]
(d) Apakah yang akan berlaku jika harga faktor naik lebih tinggi daripada RM28.00? [2]

JAWAPAN :
(a) Keluaran hasil sut (MRP) mengukur perubahan dalam jumlah hasil akibat tambahan seunit faktor
berubah. Diukur dalam unit RM.

Keluaran fizikal sut (MPP) mengukur perubahan dalam jumlah keluaran akibat tambahan seunit
input berubah. Diukur dalam unit fizikal.

(b) Pada 16 unit faktor, upah = MRP = RM24,


Jumlah keuntungan = TR-TC
= (ARP x kuantiti) – (ACF × kuantiti)
= (27x16) – (24×16)
= RM48.00
(c) (i) syarat memaksimumkan untung MCF = MRP = upah
20 unit faktor digunakan sebab upah = MRP = RM20
(ii) Jumlah untung = (25-20)×20 = RM100.00

(d) Tiada permintaan faktor sebab firma mengalami kerugian dan tutup. ARP < ACF

47

You might also like