You are on page 1of 5

KOLEJ KOMUNITI JEMPOL,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


TAMAN INDUSTRI MAHSAN,
72100 BAHAU,
NEGERI SEMBILAN

KOD KURSUS SKE 2044

NAMA KURSUS PENDAWAIAN ELEKTRIK TIGA FASA

PERKARA UJIAN AMALI 3

NAMA PELAJAR

NO PENDAFTARAN

MARKAH DI PEROLEHI

ARAHAN :

1. Tuliskan nama dan nombor pendaftaran pelajar pada ruang yangdisediakan


2. Pelajar tidak dibenarkan membuka kertas soalan sehingga dibenarkan
3. Pelajar hendaklah menjawab semua soalan
4. Kertas soalan ini mengandungi 5 helaian termasuk muka hadapan.

DISEMAK DAN DI SAHKAN OLEH

TARIKH TANDATANGAN COP RASMI

NAMA

NO KAD PENGENALAN

1
KOMPONEN PENTAKSIRAN :

CLO2 Memasang sistem kawalan dan perlindungan pendawaian elektrik tiga fasa mengikut garis
panduan MS IEC 60364 Jabatan Standard. (P4, PLO2)
CLO3: Melaksanakan pemasangan litar pendawaian dan pengujian pepasangan elektrik 3 fasa
mengikut Akta Bekalan Elektrik 447 (Peraturan-Peraturan pepasangan Elektrik 1994),
Suruhanjaya Tenaga, dan garis panduan MS IEC 60364 Jabatan Standard. (P4, A2, PLO4)

PERALATAN:

BIL PERKARA KUANTITI


1 Jangka KWJ Tiga Fasa 415V 1
2 Fius Perkhidmatan (Cut Off Fuse) 3
3 Neutral link 1
4 Kotak Agihan (Distibution Board) 1
5 Fius Suis (Switch Fuse) - 63A 1
6 ELCB / RCD (Residual Current Device) - 63A 2
7 MCB (Miniature Circuit Breaker) - 6A 10
8 Kabel 10 mm2 ( Hitam) secukupnya
9 Ros Siling (Ross Ceiling with Batten) secukupnya
10 Soket Alir Keluar 13A (Switch Socket Outlet) secukupnya
11 Pembuluh GI dan Aksesori ( GI Conduit and Accessories) secukupnya
12 Sesalur Logam (Metal Mini Casing) secukupnya
13 Kabel 1.5 dan 2.5 mm2 ( Hitam) secukupnya
14 Kabel 1.5 dan 2.5 mm2 ( Merah) secukupnya
15 Kabel 1.5 dan 2.5 mm2 ( Biru) secukupnya
16 Kabel 1.5 dan 2.5 mm2 ( Kuning) secukupnya
17 Kabel 1.5 dan 2.5 mm2 ( Hijau) secukupnya

LANGKAH KERJA:

A) Pendawaian Sistem Kawalan Perlindungan Pendawaian Tiga Fasa


1. Merujuk litar Skematik ( Rajah 1),. Ukur dan potong saiz kabel berkenaan mengikut jarak
yang diperlukan seperti yang ditujukkan dalam Rajah 1. Pastikan kabel berkenaan
mempunyai lebihan kira-kira 20 cm untuk penyambungan ke setiap aksesori,.
2. Pastikan setiap hujung kabel mempunyai tanda-tanda tertentu untuk memudahkan
pendawaian (sebagai contoh: tanda ‘L’ untuk kabel hidup, tanda ‘N’ untuk kabel neutral
dan kabel ‘S’ untuk kabel suis).
Tanggalkan penebat kabel kira-kira 2cm dari hujung kabel dan pintalkan lembaran
pengalir dengan kemas menggunakan plier.

2
3. Pastikan setiap penyambungan kabel-kabel ke terminal aksesori dilakukan dengan betul,
ketat dan selamat

B) Pendawaian Pembuluh GI (GIConduit Pipe Wiring)

1. Potong pembuluh GI dengan menggunakan gergaji besi mengikut ukuran yang dikehendaki
seperti dalam Rajah 1. Kemudian buat bebenang dengan menggunakan pipe treading.
2. Bagi membentuk bengkokkan sudut 90o , gunakan peralatan GI bender.
3. Pasangkan pembuluh GIbersama-sama aksesori. Gunakan pelana dan bar (bar saddle) untuk
menyokong pembuluh GI.
4. Mulakan kerja-kerja menyalurkan kabel ke dalam pembuluh tersebut dan jika perlu gunakan
penarik kabel (fishing tape).
5. Pastikan hujung kabel mempunyai tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pendawaian.

C) PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN (TESTING & COMMISSIONING)


1. Setelah pendawaian selesai, mulakan kerja-kerja pengujian pendawaian berikut berpandukan
kepada Borang Keputusan Ujian Pepasangan Pendawaian. Rekodkan ( LAMPIRAN B ) segala
bacaan untuk:
 Ujian rintangan penebat-bumi (L-E dan N-E).
 Ujian rintangan penebat-pengalir (L-N).
 Ujian kekutuban suis dan soket alir keluar 13A.
 Ujian keterusan untuk semua beban.

2. Gunakan Insulation Tester dan Multimeter untuk menjalankan ujian-ujian diatas.


3. Setelah selesai pengujian, masukkan bekalan kuasa 415V AC kepada pendawaian tersebut dan
mulakan pentauliahan satu-persatu.

(ARAHAN: Dapatkan kebenaran dan pengesahan daripada tenaga pengajar yang bertugas sebelum
memasukkan bekalan kuasa)

3
RAJAH 1

4
LAMPIRAN B

You might also like