You are on page 1of 1

LEMBANGAN SALIRAN : DAERAH MARAN, PAHANG.

Konsep lembangan saliran merupakan satu kawasan tadahan air yang disaliri oleh sesuatu
sistem sungai. Sistem sungai terdiri daripada aliran sungai utama dan cawangannya. Setiap
lembangan sungai mempunyai sempadan yang dipisahkan oleh satu banjaran atau tanah
tinggi yang dipanggil legeh. Order sungai pula merupakan satu sistem susunan cawangan-
cawangan sungai yang bermula dengan cawangan yang paling kecil kepada yang paling besar.
Cawangan sungai yang paling awal diberi order nombor 1. Pertemuan duacawangan sungai
order nombor 1 akan menghasilkan order sungai nombor 2 dan begitulah seterusnya.

Daerah Maran Pahang mempunyai satu lembaran sungai utama iaitu Sungai Pahang. Sungai
Pahang merupakan sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu kira-kira 440 – 459 KM
panjang. Ianya merentasi beberapa bandar yang terdapat di Negeri Pahang seperti Jerantut,
Temerloh, Maran, Bera dan Pekan. Sungai Pahang mengalir dari pelbagai punca air antaranya
dari Taman Negara Endau Rompin, Cameron Highland dan Genting Highland. Sungai Pahang
juga mengalir dari Raub ke Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Chini, Pekan dan akhirnya
mengalir terus ke Laut Cina Selatan.

Keseluruhan jumlah panjang Sungai Pahang di daerah Maran ialah 48 KM. Manakala Sungai
Pahang tersebut mempunyai sub lembangan sungai yang lain di daerah Maran. Sub
lembangan sungai merupakan sungai-sungai kecil yang berhubung dengan sungai utama iaitu
Sungai Pahang. Daerah Maran mempunyai empat sub lembangan sungai utama iaitu Sungai
Luit, Sungai Jengka, Seungai Jempol dan Sungai Menentang. Panjang Sungai Luit ialah 21.5
KM, manakala lebarnya mewakili 25 M, dan tinggi setiap tebing antara 30 M sehingga 85 M.
Sungai Jengka mempunyai panjang sebanyak 64.8 KM, lebar sungai ialah 30 M dan tiggi
setiap tebing di sepanjang sungai tersebut diantara 30 M hingga 90 M. Sungai Jempol pula
mempunyai panjang diantara 37.5 KM dan saiz lebar sungai ialah 24 M. Tinggi tebing sungai
tersebut diantara 30 M hingga 84 M. Sub sungai terakhir di daerah Maran ialah Sungai
Mentenang yang mempunyai panjang 11.0 KM. Lebar dan tinggi tebing sungai tersebut
mewakili antara 15 M dan 20 hingga 55 M.

Sub lembangan sungai utama tersebut mempunyai order sungai yang tersendiri. Sub utama
iaitu Sungai Luit mempunyai lima order sungai iaitu Sg. Maran, Sg. Kemap, Sg. Kertam, Sg.
Chedong dan Sg. Bintang. Sub lembangan kedua ialah Sungai Jengka yang mempunyai empat
order sungai mewakili Sg.Chenerai, Sg. Lokek , Sg. Kerot, dan Anak Sg. Jengka. Sub lembangan
Sungai Jempol terdapat empat order sungai. Sungai tersebut ialah Sg. Kundang, Sg. Yeh, Sg.
Jerik dan Sg. Palembang. Manakala sub lembangan sungai terakhir iaitu Sungai Mentenang
mempunyai satu sahaja order dalam saliran sungai tersebut iaitu Sungai Embus.

You might also like