You are on page 1of 3

REFLEKSI KESELURUHAN

NAMA : WONG LI YOONG

NO. K/P: 921111-08-5382

Dengan perasaan gembira dan syukur, tugasan projek tentang mata pelajaran
EDU 3073 Bimbingan Dan Kaunseling ini dapat saya hasilkan dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan. Apabila saya menerima tugasan ini, saya berasa takut dan risau
kerana tajuk tugasan kali ini agak berbeza iaitu kita haruslah menjalankan sesi
kaunseling terhadap murid dengan menggunakan teori, kemahiran asas dan intervensi
kaunseling kanak-kanak yang bersesuai. Kami juga dikehendaki untuk menyediakan
laporan yang tidak melebihi daripada 15 muka surat. Hal ini merupakan satu cabaran
baharu bagi saya.

Semasa menerima tajuk tugasan ini, saya berasa bimbang kerana tidak
memahami soalan tugasan. Saya tidak begitu pasti terhadap kehendak soalan. Namun,
kebimbangan dan kerisauan saya semakin kurang setelah pensyarah saya, Tuan Saiful
Lizan bin Suparman telah memberi penerangan yang teliti. Beliau banyak memberi
bantuan kepada kami. Beliau juga sentiasa memberi sokongan kepada saya. Saya
berasa gembira serta bersemangat untuk menerima cabaran bagi menghasilkan
tugasan ini.

Terdapat kekuatan dan kelemahan semasa saya menghasilkan kerja saya.


Kekuatan saya ialah saya mempunyai rakan-rakan yang sanggup membantu dan sudi
kongsi maklumat bersama saya. Kami berbincang tentang tajuk dan sekiranya kami
menghadapi masalah dalam proses penghasilan, kami akan berbincang dan bersama-
sama fikir jalan penyelesaian.
Manakala, kelemahan saya ialah tidak pandai menggunakkan komputer untuk
menghasilkan videp sedangkan salah satu bahagian daripada tugasan ialah
menyediakan rakaman video dengan transkripsi temubual dengan murid. Bagi
mengatasi kelemahan ini, saya berani meminta tunjuk ajar daripada kawan saya. Bak
kata pepatah “Malu bertanya sesat jalan.”. Dengan keberanian saya,maka kawan saya
telah mengajar saya menghasilkan video tersebut dengan program ‘window movie
maker’. Akhirnya, saya dapat menguasai dan mengaplikasi kemahiran ini dalam
menghasilkan rakaman video saya.

Tidak dapat dinafikan, saya juga menghadapi masalah semasa menyiapkan


tugasan. Untuk melaksanakan tugasan ini, saya telah menggunakan banyak masa untuk
mencari maklumat tentang tugasan saya. Saya mendapat maklumat dengan melayari
internet serta membuat rujukan di perpustakaan. Namun, saya menghadapi masalah
tentang kekurangan ketepatan bagi maklumat yand didapati dari laman web. Saya telah
membuat analisis terhadap maklumat dan menapis terlebih dahulu sebelum
menggunakannya. Saya berharap bahan rujukan yang memuatnaikkan oleh penulis
atau pencipta perlulah menapis terlebih dahulu dan menguji kesahihan agar
memudahkan pelajar mempelajari serta menghayati maklumat yang benar.

Melalui tugasan ini, saya lebih memahami tentang kepentingan perkhidmatan


bimbingan dan kaunseling, di mana ianya dapat membantu murid-murid untuk
membantu diri mereka dan untuk memperkembangkan potensi mereka secara optimum
dengan menggunakan peluang maksima yang dibekalkan oleh sesuatu persekitaran.

Saya berasa amat puas hati kerana mampu menyiapkan kerja kursus yang
mencabar ini dengan sempurna. Dengan pengalaman dan ilmu yang diperolehi hasil
daripada tugasan ini ,saya berharap saya dapat membantu kaunselor yang bertauliah
dalam sekolah dengan gelaran guru bimbingan pada masa akan datang dengan
membantu mereka mengenal pasti murid-murid yang bermasalah.Di samping itu, saya
juga akan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah saya belajar
dengan baik pada masa depan apabila menjalankan khidmat sebagai guru bimbingan
pada suatu hari nanti. Saya berhasrat menjadi seorang guru bimbingan yang dapat
membantu murid-murid sekiranya mereka menghadapi masalah ataupun rintangan.
Mengakhiri ruangan refleksi ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah saya iaitu Tuan Saiful Lizan bin Suparman kerana beliau sudi
menerangkan dengan lebih terperinci cara untuk menyiapkan tugasan ini .Tanpa
bimbingan dan sokongan daripada Tuan, saya tidak dapat menyelesaikan tugasan ini
dengan baik

Sekian, terima kasih.

You might also like