You are on page 1of 14

1.

0 PENDAHULUAN

Kursus EDU 3037, Bimbingan Dan Kaunseling merupakan salah satu kursus yang
wajib diikuti oleh para guru pelatih 7 PISMP untuk memenuhi kehendak program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan.

Melalui kursus ini, para guru pelatih dapat menjelaskan konsep, matlamat,
keperluan dan jenis-jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah rendah.
Kursus ini mampu melatih para guru pelatih untuk mempraktikkan kemahiran guru
pembimbing di sekolah rendah. Selain itu, mengaplikasikan teori dan kemahiran
kaunseling dalam proses kaunseling individu dan kelompok juga merupakan salah satu
hasil pembelajaran yang dapat dicapai oleh para guru pelatih yang mengikuti kursus ini.
Selepas kursus ini, guru pelatih mempunyai kebolehan dengan menggunakan pelbagai
terapi dalam proses kaunseling kanak-kanak serta menanamkan sifat berempati terhadap
kanak-kanak yang memerlukan bimbingan.

Sebagai salah satu kriteria untuk menyempurnakan kursus ini, guru pelatih harus
menyiapkan satu kerja kursus. Mengikut kehendak tugasan kerja kursus ini, para guru
pelatih perlu membuat tinjauan ilmiah besertakan bukti-bukti dan data yang relevan
berkaitan perkihdmatan bimbingan dan kaunseling semasa. Para guru pelatih harus
menjustifikasikan falsafah bimbingan dan kaunseling dalam perkembangan modal insan
seterusnya mengaplikasikan perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
dalam konteks sistem pendidikan Negara. Selain itu, guru pelatih juga harus
menggunakan teori, kemahiran asas dan intervensi kaunseling kanak-kanak yang
bersesuai dalam sesi bimbingan, di mana guru pelatih haruslah menjalankan sesi
kaunseling terhadap seorang murid dan merakamkan segala-galanya sebagai bukti. Hasil
rakaman video tersebut haruslah ditranskripsi. Di samping itu, para guru pelatih juga harus
menghasilkan satu penulisan ilmiah dengan memberikan justifikasi penggunaan
penggunaan teori, kemahiran asas dan intervensi kaunseling dalam mengendalikan sesi
bimbingan.

Seperti apa yang terdapat dalam konteks pendidikan masa kini, tidak dapat
dinafikan bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah sesuatu yang sangat
penting dan ianya suatu usaha bertujuan menanam dan menyuburkan nilai, sikap dan
kemahiran dalam perkembangan individu. Melalui tugasan ini, para guru pelatih diberi
peluang untuk memberi perkhidmatan menolong pelajar dalam aspek pemulihan,

1
pencegahan dan perkembangan untuk mempertingkatkan pengetahuan, keterampilan
dan sikap diri pelajar untuk membantu melahirkan modal insan yang selaras dengan
falsafah pendidikan negara.

2.0 ESEI- PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DIJANAKAN UNTUK


MENCAPAI MODAL INSAN YANG BERKUALITI.

2.1 Definisi Bimbingan dan Kaunseling


Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, maksud bimbingan ialah perbuatan
membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam
perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing. Othman Mohamed (2000) juga
mendefinisikan bimbingan sebagai sebahagian daripada proses menolong. Maksud
menolong bermakna bantu, assisting dan availing seseorang individu dalam
menyelesaikan hal yang berkaitan dengan perkembangan dan kepuasan kehidupan
peribadi dan sosial. Proses ini meliputi bagaimana sesuatu arahan diberikan secara
teratur dan tersusun serta mengandungi maklumat yang sesuai untuk menentukan
pencapaian matlamat oleh orang yang menerima. Biasanya ia merujuk kepada
menentukan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Manakala, ‘kaunseling’ berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris “Counseling”


yang bermaksud menolong. Kaunseling merupakan satu proses sistematik untuk
membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh
kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan,
kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya
perubahan, kemajuan dan penyelesaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.

2.2 Kepentingan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


Dalam usaha menuju ke arah mencapai status negara maju, pelbagai masalah
sosial dialami oleh pelajar. Sering kali, kita dapat lihat keratan akhbar sentiasa
memaparkan berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah sosial seperti
ponteng sekolah, merokok, pergaduhan, pembunuhan diri dan sebagainya. Hal ini amat
menakutkan dan dibimbang oleh masyarakat sedangkan remaja ialah tonggak negara

2
yang akan membantu negara merealisasikan matlamat negara untuk mencapai Wawasan
2020.

Tan Sri Lee Lam Thye (2011) juga pernah menyatakan dalam Utusan Online
bahawa “Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia pada 2006 menunjukkan
masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja adalah 20.3 peratus
(%) dan ini menunjukkan peningkatan berbanding 13% pada 1996.” Kadar masalah
kesihatan mental yang meningkat ini dalam kalangan murid-murid ini menunjukkan
bahawa adalah penting untuk menubuhkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
dalam sekolah rendah.

Dalam senario seperti ini, khidmat bimbingan dan kaunseling memainkan peranan
penting untuk membantu pelajar menangani cabaran-cabaran baru yang dihadapi oleh
mereka. Dengan wujudnya Bimbingan dan Kauseling, negara kita dapat melahirkan
modal insan yang berkualiti yang menyumbang kepada masa depan negara.

Gambar rajah 2.2: Kepentingan Bimbingan dan Kaunseling

3
2.3 Peranan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Untuk Melahirkan
Modal Insan

Gambar rajah 2.3: Peranan Bimbingan dan Kaunseling Bagi Melahirkan Modal Insan

Bimbingan dan Kaunseling merupakan salah satu perkhidmatan yang wajib


diwujudkan dalam setiap sekolah untuk keperluan murid-murid. Suradi (2001)
berpendapat bahawa perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diperlukan dalam sekolah
kerana ia membantu pelajar berkembang dalam semua bidang, membolehkan murid-
murid membuat pilihan yang sesuai pada semua peringkat persekolahan mereka,
mengenal pasti serta memotivasikan pelajar daripada lapisan masyarakat yang kurang
bernasib baik dan sebagainya.

Shertzer dan Stone (1974) dalam buku Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
(2011) menyatakan bahawa Bimbingan merupakan suatu proses yang menolong individu
memahami diri mereka dan dunia mereka. Individu tersebut dibantu oleh guru bimbingan
atau kaunselor untuk memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan seterusnya
menerokai tujuan hidupnya. Hal ini mendorong mereka menyesuaikan diri dengan orang
lain dan persekitaran mereka supaya menjadi manusia yang seimbang. Oleh hal demikian,
kita dapat mentakrifkan kaunseling sebagai suatu proses interaksi yang membolehkan
individu itu memahami diri dan persekitarannya.

4
Dalam kehidupan seharian, tidak dapat dinafikan bahawa wujudnya masalah atau
pelbagai cabaran. Setiap individu memerlukan membuat sesuatu keputusan yang penting
dan amat menyukarkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contohnya,
pemilihan kerjaya bagi pelajar yang akan menamatkan pengajian peringkat sekolah atau
pemilihan aliran sama ada sains atau kesasteraan bagi pelajar tahap tinggi. Ramai remaja
berasa tertekan untuk membuat sesuatu keputusan. Amlah Salleh (2006) mengatakan
bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah membantu murid dalam
menghadapi cabaran. Melalui nasihat professional guru Bimbingan dan Kaunseling,
murid-murid bukan sahaja mendengar tetapi harus membuat keputusan sendiri dan ini
akan menjadikan pemikiran mereka lebih matang. Kaunselor tidak akan membuat
keputusan untuk individu tersebut sebaliknya keputusan muktamad dibuat oleh individu
sendiri.

Keistimewaan khidmat kaunseling ialah membimbing pelajar atau klien mencari


sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Kaunseling bukan bererti
nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Kaunselor tidak akan memberi
jawapan secara langsung kepada semua persoalan. Kaunseling menggalakan pelajar
memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan
bagaimana pelajar terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai
matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan
melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.

Selain itu, bimbingan dan kaunseling juga dapat membantu seseorang individu
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dirinya. Dengan kesedaran kelemahan diri,
murid juga dibantu mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya melalui aktiviti
pencegahan. Sekiranya seseorang menyedari segala kekuatan dan kelemahan diri,
mereka dapat memilih serta merancangkan hidupnya secara berkesan dengan
berorientasikan masa depan dan masa kini.

Secara tidak langsung, seseorang individu dapat mengubah tingkah laku mereka
dan membantu supaya memperkembangkan potensi dan pencapaian mereka secara
optimum dengan menggunakan peluang maksima yang dibekalkan. Dengan itu, mereka
akan menentukan aras aspirasi yang lebih realistik dengan kebolehan dan minat mereka.

5
Mereka akan tegas diri, boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindak-
tanduknya masa kini dan masa hadapan.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga boleh memotivasikan murid.


Sekiranya pendekatan dan kaedah yang sesuai digunakan, masalah yang dihadapi oleh
murid dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Pendapat ini dapat dibuktikan melalui
Program Motivasi Kecemerlangan UPSR yang dijalankan oleh kebanyakan sekolah.
Sebelum peperiksaan UPSR, pihak sekolah akan memberi ceramah motivasi kepada
calon-calon. Selepas ceramah ini, murid-murid mendapat impak yang berkesan di mana
mereka bertukar daripada tidak berkeyakinan diri ke bersikap positif untuk menghadapi
peperiksaan UPSR. Mereka juga didedahkan dengan strategi pembelajaran yang
berkesan dan pengurusan masa yang efektif. Untuk murid yang menghadapi masalah
pembelajaran pula, masalahnya akan dapat diselesaikan sekiranya menerima bantuan
yang sesuai dan keputusan akademiknya akan meningkat. Hal demikian akan menjadi
berita yang menggembirakan bagi guru-guru, ibu bapa malahan pihak sekolah. Dengan
itu, negara kita dapat melahirkan modal insan yang cemerlang dan berpengetahuan.

2.4 Rumusan
Kepekaan kerajaan dalam menangani masalah remaja melalui tindakan
menubuhkan unit kaunseling di sekolah dan menempatkan guru kaunseling di setiap
sekolah merupakan langkah yang bijak dalam isu melahirkan modal insan. Program
Bimbingan dan Kaunseling amat penting dalam sesebuah sekolah. Program ini telah
menjadi satu platform bagi murid-murid untuk meluahkan perasaan dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh mereka mahupun dari segi fizikal, mental, emosi atau sosial.
Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan peluang pertolongan
khidmat bimbingan dan kaunseling ini tanpa mengira bangsa dan agama. Semua pelajar
berhak mendapat pertolongan ini apabila mereka perlu terutama dalam masa-masa
menuju proses perkembangannya. Mereka dilayan untuk perkembangan potensi dan
kebolehannya supaya berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-tahap
dan perkembangannya.

Sesorang individu tidak lagi menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan, sering
melakukan kesilapan, cepat berputus asa, sering menyalah orang lain, tiada semangat
yang tinggi, sentiasa merasa rendah diri, atau tanda-tanda yang negatif setelah menerima

6
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Individu yang menghadapi masalah tidak
seharusnya dihukum secara total tetapi diberi peluang memperbaiki diri dan melakukan
perubahan. Hal ini dapat mengurangkan masalah secara keseluruhan dan mampu
meningkatkan keupayaan seseorang individu untuk menjadi modal insan yang berbakti
untuk negara.

Kesemua peranan kaunseling dan bimbingan yang dikemukan di atas telah


memberi impak besar dalam mengembalikan kekuatan modal insan dalam negara.
Dengan wujudnya perkhidmatan bimbingan dan kauseling, negara kita dapat melahirkan
modal insan bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malahan berfikiran dan
bertingkah laku kelas pertama.

3.0 LAPORAN SESI BIMBINGAN INTERVENSI KAUNSELING

3.1 Definisi Bimbingan Intervensi Kaunseling

Menurut Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1996), bimbingan
merupakan bantuan yang diberikan kepada individu yang bertujuan untuk
mengembangkan pemahaman terhadap diri sendiri dan juga terhadap sesuatu di
persekitarannya. Intervensi membawa maksud mengubah dan membuka pemikiran,
perasaan, dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan
mempertingkatkan keyakinan diri. Manakala, kaunseling adalah satu perhubungan yang
dicirikan oleh keyakinan diri. Pepinsky & Pepinsky dalam Sapora Sipon et al (2003)
menyatakan kaunseling adalah satu proses yang membabitkan interaksi antara seorang
kaunselor dengan kliennya. Interaksi ini berlaku dalam keadaan sulit dengan tujuan
membantu klien mengubah tingkah lakunya sehingga resolusi yang diambilnya
memuaskan kehendaknya. Secara umumnya, bimbingan dan kaunseling merupakan
khidmat membantu individu dalam proses pemahaman diri dan penerimaan dirinya,
memahami dirinya serta menyesuaikan pula kedua-dua pembolehubah pemilihannya itu
mengikut kepuasan dan keberkesanan dirinya.

3.2 Pengenalan
Saya telah mengenalpasti seorang murid yang bermasalah dan memilihnya
sebagai klien saya untuk menjalankan satu sesi bimbingan intervensi kaunseling yang
bersesuaian dengan masalah yang dihadapinya. Murid tersebut merupakan salah satu

7
murid kelas saya. Dia seorang perempuan yang cerdik, pandai, mempunyai sahsiah yang
baik. Kerja rumahnya adalah kemas dan bersih. Namun, dalam masa pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Cina, ketika dia angkat tangan dan meluahkan pendapatnya, saya
dapati ramai kawan sekelas dia tidak menghormatinya. Mereka tidak berminat untuk
mendengar dan memberi reaksi bosan terhadapnya. Saya berasa hairan sedangkan
kemahiran bertutur murid tersebut adalah baik dan isinya juga bermakna. Saya terus
mengawasi reaksi dan tingkahlaku murid tersebut dan sikap rakan sekelas terhadapnya.

Pada 17 Februari 2015, saya telah masuk kelas dan menjalankan aktiviti lakonan.
Dia merupakan salah satu pelakon. Setelah aktiviti tamat, saya meminta kelas untuk
mengundi dan memilih pelakon yang terbaik. Saya dapati tidak ada seorang pun yang
memberi undian kepada dia. Dengan itu, saya ingin mencari punca masalah dan
membantu dia. Saya telah mengadakan sesi bimbingan kepada dia pada hari tersebut di
bilik kaunseling sekolah.

Saya telah membuat persediaan sebelum iaitu menyediakan bahan-bahan yang


berkaitan. Saya dapati dia telah mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Mewarna
baru-baru ini. Jadi, saya menggunakan terapi seni (art therapy) untuk membantu
mengenal pasti masalah dan membantunya. Pada permulaan, saya mengeluarkan
sekeping kertas yang terdapat muka watak yang kosong. Saya meminta dia supaya
melukis ekspresi muka pada watak tersebut. Setiap watak yang dia lukis adalah riang dan
gembira. Saya dapati dia seorang yang riang dan ceria melalui lukisannya. Seterusnya,
saya bersembang dengannya tentang latar belakang keluarga dia dan bakat dia. Dalam
perbualan tersebut, saya tukar ke topik lain untuk cuba membantu dia relaks dan boleh
berbual dengan saya dalam keadaan selesa. Di samping itu, saya juga boleh memahami
sedikit tentang latar belakang dia terutamanya keadaan keluarganya. Hasil menunjukkan
dia seorang yang mendapat kasih sayang dari keluarga namun kekurangan kebebasan
untuk belajar sesuatu kerana semua adalah bawah arahan dan penyusunan ibunya.
Melalui perbualan, boleh dapati ibunya seorang yang ambil berat tentang anak dan
mementingkan akademik anak. Seperti murid lain, masanya dipenuhi dengan latihan buku
rujukan selain kerja rumah.

Seterusnya, saya masuk ke masalah utamanya secara tidak langsung. Saya


berbual tentang suasana pembelajaran di sekolah dan di kelasnya. Saya dapat

8
mengenalpasti dia lebih suka bersendirian berbanding dengan berkumpulan. Hal ini dapat
dibukti dengan pelan susunan bilik darjah yand dia pilih (sila rujuk bahagian lampiran).
Dia tidak suka bergaul dengan kawan. Kemahiran sosial murid tersebut haruslah
dipertingkatkan lagi. Keadaan ini tidak menunjukkan dia tidak suka belajar kerana dia kata
dia suka kelas dia yang cantik dan dia mewarnakan bilik darjah dengan warna yang terang.
Dia telah mewarnakan warna terang dan panas seperti merah, jingga, dan kuning pada
dinding bilik darjah idamannya. Menurut pelajar, dia suka bilik darjah yang terang dan
memenuhi semangat untuk belajar. Dia mewarnakan lantai dan dinding depan bilik
dengan warna unggu dan memberi penerangan bahawa dia suka warna unggu. Sekiranya
warna unggu pada dinding depan, dia mudah melihat dan akan berasa seronok.
Berdasarkan keterangan dan hasil kerjanya, saya dapati dia seorang yang penuh
semangat untuk belajar, dia suka guru-guru kelas dia tetapi rakan sekelasnya yang
mengecewakannnya.

3.3 Penggunaan Teori


Teori yang saya rujuk dan gunakan dalam sesi bimbingan dan kaunseling kes ini
ialah teori rasional emotif. Teori ini meliputi tiga aspek, iaitu pandangan terhadap manusia,
peranan kaunseling, dan teknik atau strategi untuk membantu klien. Teori ini juga dikenali
sebagai “A-B-C-D-E”
Singkatan Perihalan Contoh/ Keterangan
A Peristiwa pencetus Murid kelas tidak mengundi dia dan
(Activating menyokong dia sedangkan dia usahanya
experience) adalah baik.
B Penilaian terhadap Murid tersebut tidak berasa masalah
(Belief System) peristiwa tadi tersebut disebabkan oleh dirinya namun
daripada rakan-rakannya.
C Konsekuen atau Murid tersebut rasa kecewa dan tidak
(Consequence) perasaan akibat ingin bergaul dengan kawan.
penilaian tadi
D Usaha untuk mengatasi Guru cuba membantu murid melawan
(Dispule) penilaian tidak rasional. rasa kecewa dan tidak mahu bersosial.

9
E Jawapan yang dijana Murid bertukar pemikiran tersebut dan
(Effect) bagi melawan pemikiran berjanji akan cuba melayan kawannya
tidak rasional. dengan sikap yang sopan.
Jadual 3.3: Teori Rasional Emotif

“A, B, C” merupakan perkembangan masalah malahan “D dan E” merupakan


langkah rawatan. Setelah mengenalpasti masalah murid yang menyebabkan dia kecewa
dan tidak ingin bergaul dengan kawan, saya telah menggunakan terapi bercerita dan
menceritakan sebuah cerita yang bertajuk “Semut Yang Tidak Bekerjasama”. Melalui
cerita itu, murid dapat mengetahui kepentingan hidup berkumpulan dan saling
menghormati. Bawah bimbingan guru, murid tersebut menyatakan bahawa dia ingin cuba
untuk mengubah sikapnya terhadap kawan. Dia akan memberi peluang kepada rakan
juga untuk melakukan sesuatu aktiviti berkumpulan. Saya telah membantu dia merancang
tindakan seterusnya. Dia juga meminta bantuan saya untuk membetulkan sikapnya sekira
terdapat dia tetap berdemikian dalam kelas.

3.4 Kemahiran asas

Terdapat beberapa kemahiran asas bimbingan dan kaunseling. Contohnya,


kemahiran melayan dan mendengar, kemahiran mengintepretasi tingkah laku bukan lisan,
kemahiran memberi tindak balas, kemahiran mengenal pasti masalah, dan juga
kemahiran melaksana intervensi. Saya telah mengamalkan dalam sesi bimbingan dan
kaunseling saya terutamanya kemahiran mengintepretasi tingkahlaku bukan lisan.
Mehrabian (1972) telah mengenalpasti tiga dimensi yang dikatakan berkesan dalam guru
bimibingan dan kaunseling mentafsir tingkahlaku bukan lisan yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak dalam sesi kaunseling iaitu tindakbalas semula jadi, perasaan teransang
dan sifat dominan. Saya banyak memerhatikan murid dari tingkahlaku dia, variasi ekspresi
muka kontek mata dan juga variasi nada suaranya. Kemahiran mengintepretasi ini penting
bagi seseorang guru untuk lebih memahami muridnya dan mengenalpasti masalah murid.

Di samping itu, saya juga memberi tindakbalas yang positif terhadap maklumat
yang dibekalkan oleh kanak-kanak. Sebagai contoh, saya memberi pujian kepada murid
tentang persembahannya yang baik dalam kelas. Saya banyak anggukan kepala semasa
mendengar yang menunjukkan guru sudi mendengar masalah murid secara teliti.

10
3.5 REFLEKSI

Kemahiran melayan dan mendengar amat penting untuk membina asas hubungan
yang kukuh antara guru bimbingan dan kaunseling dan kanak-kanak yang dipertemukan
dalam sesi kaunseling. Kekuatan saya dalam sesi bimbingan dan kaunseling ini ialah saya
mempunyai kemahiran melayan dan mendengar yang baik. Hal ini kerana saya
merupakan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) semasa di sekolah menengah dan pernah
menyertai kursus-kursus yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling.Saya dapat
memenuhi ciri-ciri tingkahlaku yang menunjukkan kemahiran melayan. Contoh tingkah
laku adalah seperti pandang terus ke arah kanak-kanak, anggukan kepala, pengesanan
secara verbal, percakapan, condong badan ke depan, kontek mata serta sentiasa berada
dalam keadaan relaks.

Manusia adalah tidak sempurna dan seseorang individiu pasti adalah kelemahan
atau kekurangan. Kekurangan saya dalam sesi bimbingan intervensi kaunseling yang
saya jalankan ini ialah cara yang saya kendalikan sesi ini adalah kurang memuaskan.
Pertama, tempat mengadakan sesi bimbingan ini adalah tidak memuaskan. Walaupun
dalam bilik kaunseling sekolah, tetapi guru meletakkan meja di antara dia dengan klien.
Hal ini kerana saya ada menyediakan kertas untuk meminta murid saya lukis dan warna.
Dengan adanya meja, terapi seni ini lebih senang dijalankan. Namun, sebenarnya hal ini
tidak harus berlaku kerana meja akan menjadi halangan kepada murid dengan guru. Saya
telah memikirkan jalan untuk penambahbaikan iaitu bermula dengan tanpa sesuatu di
antare guru dan murid, iaitu ruang yang terbuka, sekiranya meminta murid mewarna atau
melukis sesuatu, guru boleh mengarahkan murid ke sudut yang telah disediakan,

Selain itu, saya dapati saya telah melakukan kesilapan iaitu ketika murid sedang
mewarna, saya di sebelah dan teruskan berbual dengannya tentang perkara lain. Setelah
mengadakan rakaman dan saya menonton ulang balik, saya berpendapat lebih baik biar
murid mewana di sudut khas dan tanpa gangguan sesiapa. Setelah murid siap, guru baru
pergi dekat dengannya dan menganalisis serta mengintepretasi hasil kerja murid.

Di samping itu, saya berpendapat kemahiran melaksanakan intervensi saya perlu


dipertingkatkan lagi. Intervensi teraputik berbentuk perkembangan, pencegahan,
pemulihan dan krisis. Setiap ini mempunyai teknik dan strategi tersendiri. Atas sebab
kekurangan pengalaman dalam menggunakan kemahiran yang dipelajari secara praktik,
saya haruslah mengasah kemahiran saya yang sedia ada. Cadangan saya ialah membuat

11
beberapa pemerhatian ke atas sesi kaunseling yang dijalankan oleh guru bimbingan dan
kaunseling yang berpengalaman. Dengan itu, saya boleh menguasai kemahiran
melaksanakan intervensi.

Terdapat juga masalah yang saya hadapi semasa menyiapkan tugasan ini iaitu
rakaman video saya adalah tidak lengkap. Saya merakam dengan menggunakan telefon
bimbit saya namun saya tidak jangka bahawa tidak cukup ruang memori. Oleh itu,
rakaman tersebut hanya selama 20 minit dan bahagian belakang tentang penyelesaian
masalah tidak dapat ditunjuk dengan baik. Namun begitu, saya telah merekodkan di
bahagian transkripsi supaya menjadi bukti. Hal ini memberi pengajaran kepada saya
supaya membuat persediaan dengan memeriksa serta memastikan alat rakaman dalam
keadaan yang baik.

Gambar 3.5: Gambar ini menunjukkan guru pelatih telah mengadakan terapi seni
terhadap murid.

Walaupun tugasan ini ialah mengadakan satu sesi bimbingan interensi kaunseling
kepada murid, namun banyak kekuatan dan kelemahan saya semasa menjalankan aktiviti
ini senang jelas dikesan. Walaupun banyak kesilapan yang saya lakukan dan hasilnya
tidak boleh dikatakan sangat berjaya, namun, hal ini telah memberi pengalaman yang
paling baik bagi saya. Saya berharap dapat mempelajari daripada pengalaman ini dan
membantu saya melakukan dengan lebih baik pada masa depan. Selain daripada itu,

12
saya mendapat sedikit pandangan melalui tugasan ini. Pada pandangan saya, tugas dan
tanggungjawab seseorang guru bukan sahaja sampai ke tahap seperti ini malahan perlu
mengekalkan kontack dengan murid tersebut untuk menerima keberkesanan sesi
bimbingan dan kaunseling tersebut. Saya juga berpendapat bahawa betapa pentingnya
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam membantu mengubah sikap dan
pemikiran sesorang individu agar dapat membentuk modal insan yang dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran serta memperolehi kehidupan yang bermakna.

4.0 KESIMPULAN

Sebagai seorang bakal guru, kami perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai
jenis ilmu dan kemahiran, termasuklah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
bimbingan dan kaunseling. Menurut Gibson, dalam Lunenburg (2010), antara matlamat
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah adalah untuk menyediakan
kanak-kanak untuk bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat setelah mereka diberi
bimbingan dan kaunseling dan membuat pertimbangan yang wajar, seterusnya secara
tidak langsung dapat meningkatkan kebolehan dan keupayaan mereka untuk memahami
kesan dan impak yang akan terjadi setelah membuat keputusan tersebut. Seterusnya,
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga memainkan peranan yang penting dalam
membantu kanak-kanak untuk menjelajah matlamat hidup di samping merancang dan
memilih kehidupan mereka dengan lebih berkesan.

Hal ini penting kerana pada zaman globalisasi ini, wujudnya daya saing yang
sangat sengit dan pelbagai tekanan akan wujud rentetan daripada perkembangan zaman
globalisasi ini. Pelbagai usaha telah dibuat untuk menghasilkan individu yang produktif
tinggi dan mengembangkan potensi individu secara optimum kearah kecemerlangan dari
pelbagai aspek termasuk pengetahuan, sahsiah dan kemanusiaan bagi melahirkan
generasi masa depan yang mampu berdaya saing dalam arena antarabangsa.

Justeru, kerja kursus projek ini amat sesuai dan berjaya mendedahkan kami
kepada pembelajaran teori-teori serta pengaplikasian kemahiran yang dipelajari dalam
situasi sebenar. Saya boleh merumuskan bahawa matlamat Bimbingan dan Kaunseling
ialah memupuk kebolehan seseorang individu untuk menyelesaikan masalah diri sendiri,

13
membantu murid menguasai pelbagai kemahiran asas untuk menyesuaikan diri serta
menggunakan pelbagai sumber yang sedia ada untuk mencapai kesejahteraan hidup.

14

You might also like