You are on page 1of 12

1

SULIT

BAHASA MELAYU
Kertas 1 - Pemahaman
Tahun 4
Oktober
2018
𝟏
1𝟒 jam

PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN 2018


TAHUN 4

Nama : ……………………………………………………… Kelas : ………………………

BAHASA MELAYU
Kertas 1 - Pemahaman

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B,
C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan
kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

PAT © 2018 [Sila lihat sebelah


2

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Ibu memujuk adik yang demam makan _________________.

A. ulam C. nasi
B. ubat D. ayam

2. Kalau ________________ bertolak ansur tentu ahli keluarga kita akan hidup
bahagia.

A. kami C. kita
B. beta D. saya

3. Pak Abun berasa sedih __________________ nasib malang yang menimpa


dirinya.

A. mengenangkan C. merindui
B. melupakan D. menyesali

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Bau dari sungai yang kotor itu sangat ________________.

A. hanyir C. tengik
B. masam D. busuk

5. Fairus tidak pernah putus asa ________________ mengejar cita-citanya.

A. dengan C. terhadap
B. untuk D. kepada

PAT © 2018 [Sila lihat sebelah


3

6. Aufa menjaga adik bongsunya _______________ ibunya sibuk memasak di


dapur.

A. malahan C. dan
B. sambil D. sementara

7. “________________, berani sungguh engkau menconteng baju aku!” marah


Zulhelmi kepada Syima.

A. Hai C. Cis
B. Aduh D. Wah

8. Kelab Komputer Sekolah Kebangsaan Shah Alam 3 berjaya ______________


sebuah aplikasi android telefon pintar.

A. dicipta C. tercipta
B. mencipta D. pencipta

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. _______________ roda basikal abang sudah patah walaupun baru seminggu


dibeli.

A. Lelangit C. Kekuda
B. Jejari D. Jejaring

10. Pengantin lelaki itu kelihatan segak berbaju songket dan bertengkolok.

Pilih perkataan sinonim bagi segak.

A. tampan C. molek
B. comel D. lawa

PAT © 2018 [Sila lihat sebelah


4

11. Pada waktu pagi, murid-murid dikehendaki berhimpun di dataran


perhimpunan sekolah.

Pilih perkataan antonim bagi berhimpun.

A. bersurai C. bergerak
B. beratur D. berkumpul

12. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I. Dengan membaca, banyak faedah yang dapat diperoleh.


II. Dia menyimpan faedah di bank untuk mendapatkan keuntungan.
III. Michell mendapat faedah hasil daripada wang simpanannya di bank.
IV. Kadar faedah bagi pinjaman bank telah meningkat.

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. Semua di atas

13. Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.

Setiap petang, ibu Ridzuan akan pergi ____________________ di taman


permainan itu.

A. ada bakat C. ibu angkat


B. ambil angin D. pilih kasih

14. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

“Ibu sudah balik!” jerit Azma kegirangan.

A. Ibu Azma sudah balik dengan gembiranya.


B. Azma menjerit kerana dapat berjalan-jalan dengan ibunya.
C. Azma menjerit kegembiraan menyambut kepulangan ibunya.
D. Azma dengan perasaan yang gembira menyuruh ibunya pulang.

Soalan 15 dan 16.


Pilih ayat yang betul.

15. A. Ibu mengikis epal dengan pisau.


B. Raju sedang akan memapah daging lembu.
C. Mak cik sedang mencelur pucuk paku di dapur.
D. Puan Asma sedang memanggang ikan di dalam api.

PAT © 2018 [Sila lihat sebelah


5

16. A. Kakak membelikan buah radio baharu.


B. Haniz belajar dalaman Tahun Empat Bestari.
C. Lelaki yang berbaju kurung itu supaya Razali.
D. Ibu sedang membaca surat khabar di ruang tamu.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

17. Bengkel kepimpinan ini disertai oleh

A. ketua dan penolong persatuan.


B. ketua dan penolong kelas.
C. ketua dan penolong AJK Kebersihan.
D. ketua dan penolong pengawas.

18. Berapakah jumlah peserta yang terlibat dalam bengkel kepimpinan ini?

A. 18 orang peserta C. 18 buah sekolah


B. 36 orang peserta D. 9 orang peserta

PAT © 2018 [Sila lihat sebelah


6

19. Kesimpulannya, bengkel kepimpinan ini dapat menyemai sikap

A. bersopan santun dan amanah.


B. rajin berusaha dan menghargai masa.
C. bertanggungjawab dan berkepimpinan.
D. tekun dan menepati masa.

20. Perkataan bengkel dalam petikan bermaksud

A. kursus. C. kerja.
B. makmal. D. khidmat.

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21

a) Tandakan (√) bagi kata sendi yang betul berdasarkan ayat di bawah.

(i) Cikgu Ridzuan meminta Aufa menampal poster _________________


papan kenyataan.

di ( ) ke ( ) pada ( )

(ii) Setiap pagi Aaira pergi ke sekolah bersama __________________ rakan-


rakannya.

dengan ( ) akan ( ) bagi ( )


[2 markah]

b) Padankan maksud simpulan bahasa dengan simpulan bahasa yang betul.

Tersinggung Berat tulang

Pemalas Kecil hati

[2 markah]

c) Garis jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

(i) Anak Tan Sri Rahman dijadikan (tebuskan/tebusan) oleh penculik.

(ii) Pejabat kerajaan itu telah (memindah/berpindah) ke Shah Alam.

[2 markah]

PAT © 2018 [Sila lihat sebelah


7

Soalan 22
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat
di bawah.

dan tetapi hingga supaya jika

sambil lalu kecuali walaupun sambil

a) Ibu Wardiah suka menjahit baju ______________________ menggubah bunga.

b) Raju makan keropok _______________________ menonton televisyen.

c) Raihani mengambil pakaian kotor ______________________ memasukkannya ke

dalam mesin basuh.

d) Pak Samdol sering menasihati anak-anaknya ____________________ berusaha

dengan gigih demi kejayaan di masa hadapan mereka.

e) Semua murid Tahun 4 Bestari sedang bersenam di padang ____________________

Zarul kerana dia demam.

[5 markah]

Soalan 23

a) Bina soalan berdasarkan jawapan yang diberi.

Mungkin ada serangga yang merosakkan tanaman itu.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

b) Tukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah bagi ayat di bawah.

“Bukan saya yang membuat bising di dalam kelas,” kata Sarvesh.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

PAT © 2018 [Sila lihat sebelah


8

c) Tulis semula ayat di bawah dengan kata ganti nama diri yang betul.

“Mereka bersaudara?” tanya Yani kepada Fikah dan Ayuni.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[6 markah]

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

a) Bunga kebangsaan Malaysia ialah ________________________________________


[1 markah]

b) Lima kelopak yang terdapat pada bunga raya melambangkan

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]

PAT © 2018 [Sila lihat sebelah


9

c) Saya ingin menghiasi halaman rumah dengan pokok bunga raya yang
pelbagai warna. Jadi, saya perlu

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]

d) Selain digunakan untuk merawat demam dan melebatkan rambut, nyatakan


kegunaan bahagian-bahagian lain yang terdapat pada pokok bunga raya.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan 25
Baca petikan pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat yang lengkap.

a) Nilai yang perlu diamalkan oleh rakyat berbilang bangsa dan agama ialah

___________________________________________________________________________
[1 markah]

PAT © 2018 [Sila lihat sebelah


10

b) Jika kita mengamalkan sikap bekerjasama, kita akan

___________________________________________________________________________
[1 markah]

c) Sesuatu kejayaan yang sukar, dapat dicapai sekiranya

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]

d) Demi mencapai wawasan negara, apakah yang perlu kamu lakukan untuk
memajukan negara sebagai rakyat Malaysia?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]

Kertas soalan tamat

PAT © 2018 [Sila lihat sebelah


11

SKEMA JAWAPAN

BAHAGIAN A

1. B
2. C
3. A
4. D
5. B
6. D
7. C
8. B
9. B
10. A
11. A
12. C
13. B
14. C
15. C
16. D
17. B
18. B
19. C
20. A

BAHAGIAN B

Soalan 21

a) (i) pada (ii) dengan

b)
Tersinggung Berat tulang

Pemalas Kecil hati

c) (i) tebusan (ii) berpindah

Soalan 22

a) dan
b) sambil
c) lalu
d) supaya
e) kecuali

PAT © 2018 [Sila lihat sebelah


12

Soalan 23

a) Mengapakah tanaman awak itu rosak?


b) Sarvesh menafikan bahawa dia yang membuat bising di dalam kelas.
c) “Kalian bersaudara?” tanya Yani kepada Fikah dan Ayuni.

Soalan 24

a) bunga raya.
b) lima prinsip Rukun Negara yang menjadi pegangan masyarakat di negara ini.
c) mengambil keratan batang pokok bunga raya dan menanamnya.
d) Antara kegunaan lain ialah bunganya dapat digunakan dalam rawatan
selesema, batuk dan asma serta mengilatkan kasut.

Soalan 25

a) hidup bersatu padu.


b) dapat melakukan sesuatu kerja dengan mudah.
c) kita berganding bahu dan bersatu hati untuk mencapainya.
d) Demi mencapai wawasan negara, saya akan belajar bersungguh-sungguh
sehingga berjaya. Kemudian, saya akan berbakti kepada negara melalui
bidang kepakaran yang saya pilih.

PAT © 2018 [Sila lihat sebelah

You might also like