You are on page 1of 10

Monday, October 12, 2015

Sumbangan Imam Al-Ghazali R.A

Oleh : Qasdina Binti Fauzi

PENDAHULUAN

Secara amnya, al-Imam Hujjatul Islamal-Ghazali merupakan seorang tokoh Islam yang amat terkenal
dan disegani oleh seluruh umat Islam dan ahli falsafah barat.

Seorang ahli ketimuran Inggeris bernama Dr. Zwemmer pernah memasukkan Al Ghazali menjadi
salah seorang dari empat orang pilihan pihak Islamdari mulai zaman Rasulullah Saw sampai kepada
zaman kita sekarang, iaitu:Nabi Besar Muhammad s.a.w sendiri, Imam Al Bukhari, ulama hadis yang
terbesar, Imam Al Asya’ri, ulama tauhid yang termasyhur dan Imam Al Ghazali, pengarang Ihya yang
terkenal.

Imam al-Ghazali telah membuktikan bahawa kehidupan miskin bukanlah penghalang untuk kita
berjaya malah ia merupakan satu semangat yang membantu untuk kita memperbaiki hidup. Beliau
juga memberi kita tunjuk ajar dalam memahami Islam dan menunjukkan lorong kearah jalan yang
diredhai Allah S.W.T melalui kitab-kitabnya. Diantaranya adalah, kitab Ihya Ulumiddin, Bidayatul
Hidayah, Mukashafah Al-Qulub dan sebagainya.

Imam al-Ghazali merupakan seorang tokoh Islam yang bijaksana dalam berhujah dan mahir dalam
pelbagai bidang terutamanya bidang fiqh Syafie dan tasawwuf. Ilmu tasawwuf adalah ilmu
mengenali Tuhan.

Sebagai konklusi, umat Islam sepatutnya mengenali tokoh-tokoh Islam melebihi tokoh-tokoh barat
dan mengetahui sejarah hidup mereka agar umat Islam dapat mengembalikan era kegemilangan
tamadun Islam seperti Empayar Turki Uthmaniyah.

KELAHIRAN
Nama sebenar al-Imam al-Ghazali adalah Mohammad bin Mohammad bin Ahmad Abu Hamid
Ghazali Al Thosi. Beliau dilahirkan di kampong “Ghazalah” dikawasan Thos iaitu sebuah bandar yang
ada di utara Iran pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi. Dikenali sebagai “Alqazel” di barat.

Beliau dilahirkan dari keluarga yang sangat miskin tetapi kuat beragama. Oleh kerana orang tuanya
meninggal dunia ketika Imam Ghazali masih kecil, maka kesusahan dan getir pahit yang beliau alami
didalam usaha mencari ilmu di waktu kecil sangat banyak memberi makna kepada kehidupan beliau
di masa tua. Tetapi, sebelum meninggal dunia, ayah al-Ghazali meninggalkan kata-kata kepada
seorang ahli tasawwuf temannya, supaya mengasuh dan mendidik Al-Ghazali dan adiknya Ahmad.
Setelah meninggal dunia, maka hiduplah al-Ghazali dibawah asuhan ahli tasawwuf itu.

Dia seorang yang mahir dalam bidang fiqh Syafie, teologi, tafsir, tasawuf falsafah dan syair Arab. Di
samping itu juga, beliau mendalami berbagai-bagai ilmu pengetahuan sehingga menguasainya
dengan sempurna. Di akhir-akhir hayatnya sering menyendiri untuk mengarang kitab. Karyanya yang
diberi judul Al-Basith merupakan kitab fiqh mazhab Syafie, kitab ini kemudian diringkaskan menjadi
al-Wasith, yang diringkaskan lagi menjadi Al-Wajiz dan diringkaskan lagi menjadi al-Khulashah,
disebutkan dalam syairnya,

Mazhab diikat dengan khabar yang mana Allah telah menamatkannya dalam Basith, Wasith, Wajiz
dan Khulashah.

Imam al-Ghazali telah meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah ketika berumur 55 tahun di Tous, Iran
(Parsi) selepas bersara sebagai guru di kota Baghdad dan dikebumikan di perkuburan Thabiran.

PENDIDIKAN

Di Tous,

Sejak kecil lagi beliau mendapat pendidikan daripada bapanya. Memulakan pelajaran dengan
memepelajari ilmu-ilmu asas seperti menulis, menghafaz, mengira, dan mengarang bahasa arab
daripada sahabat bapanya. Meneruskan pengajian di Madrasah al-Nizamiyah yang didirikan oleh
perdana menteri Nizam al-Mulk di Tous yang menyediakan pendidikan secara percuma. Mula belajar
ilmu fiqh dengan al-Imam Ahmad ar-Radhakani. Mempelajari ilmu nahu dan ilmu hisab serta telah
berjaya menghafaz al-Quran. Berjaya menguasai bahasa Arab dan Parsi dengan fasih.
Di Jurjan,

Pada tahun 465 Hijrah, beliau pergi ke Jurjan untuk mempelajari ilmu dengan seorang guru bernama
Syeikh Abu Nasr Ismail ibn Mas’adah al-Ismaili. Setelah tamat belajar, beliau pulang semula ke Tous
pada tahun 470 Hijrah.

Di Naisabur,

Pada tahun 473 Hijrah, beliau pergi menuntut ilmu di Madrasah al-Nizamiyah di Naisabur. Disana
beliau berguru dengan Syeikh, iaitu Abu al-Ma’ali Diya’uddin al-Juwaini yang terkenal sebagai
sebagai Imam al-Haramain (kerana pernah mengajar di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi). Melalui
Imam Haramain, beliau belajar pelbagai ilmu seperti ilmu fiqh, ilmu usul, ilmu mantik, ilmu falsafah,
ilmu kalam dan ilmu perdebatan. Ketika disini jugalah Imam al-Ghazali telah mula menulis kitab.
Beliau turut mendalami ilmu usul mengikut aliran al-Asyairah.

Bidang ilmu yang telah dipelajari dan dikuasai dengan oleh imam al-Ghazali adalah ilmu al-Quran,
nahu, bahasa Arab, Fikah, kalam, Falsafah, Tasawuf dan Mantik.

Perjuangan dan kegigihan al-Imam al-Ghazali menuntut ilmu pengetahuan bermula dari sejak kecil
kerana dididik oleh bapanya supaya mencintai dan meminati ilmu. Beliau Berjaya menghafaz al-
Quran dan menguasai pelbagai bahasa serta menguasai pelbagai bidang ilmu seperti ulum al-Quran,
ulum Hadis, dan falsafah. Imam al-Ghazali seorang yang tekun dan bersemangat waja dalam
menuntut ilmu walaupun hidup miskin. Sanggup merantau ke beberapa tempat semata-mata untuk
mencari ilmu dan sentiasa mendampingi gurunya. Akhirnya, beliau suka berhujah demi menegakkan
kebenaran.

KARYA

Kitab yang ditulis oleh al-Imam al-Ghazali dianggarkan melebihi 200 buah tetapi hanya lebih kurang
50 buah sahaja yang masih kekal hingga kini.

Kebanyakkan kitab beliau ditulis dalam bahasa Arab dan ada juga yang ditulis dalam Bahasa Parsi
(Iran).
Karya al-Imam al-Ghazali yang paling agung dan masyhur ialah Ihya Ulumiddin (mengandungi ilmu
fikah, akidah, falsafah, tasawuf dan akhlak).

Dalam bidang Tasawuf, kitabnya adalah Al-Adab al-Din, Al-Adab al-Sufiah dan Al-Arbaiina Fi
Usuluddin. Dalam bidang akidah atau Usuluddin, kitabnya adalah Al-Munqaz Min al-Dhalalah, Al-
Iqtisad Fil Iktikad dan Al-Ujubat al-Ghazali Fil al-Masail Ukhrawiyah. Bagi fikah dan Usul Fiqh,
kitabnya, Asrar al-Haj, Al-Wajir Fi al-Furu’i dan Al-Mustafa Fi al-Ilmi al-Usul. Dalam falsafah dan
mantik pula, kitabnya adalah Maqashidul-falasifah (Maksudnya ahli-ahli falsafah) dan Tahafutul-
falasifah (Kesesatan ahli-ahli falsafah) yang terkenal di dunia barat, Al-Wajiz, Misykat al-Anwar dan
Ar-Risalah al-Tairi. Bidang yang terakhir adalah khusus dalam menolak pendapat Syiah. Kitabnya
adalah Al-Mustazhari, Al-Kastas al-Mustaqim dan Hujjatul Haq.

Imam al-Ghazali juga menulis kitab berjudul Bidayatul Hidayah iaitu permulaan jalan hidayah dimana
mengajar supaya beradab dalam melakukan apa jua perkara. Ia merupakan sebuah panduan harian
untuk umat manusia pada hari ini. Kitab ini mempunyai tiga bahgian utama iaitu adab-adab
melaksanakan ketaatan, cara-cara meninggalkan maksiat danadab-adab pergaulan dan
persahabatan.

Hasil karya al-Imam al-Ghazali telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Contohnya, Ihya
Ulumiddin diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Inggeris, Jerman dan Melayu. Kitab Makasid al-
Falsafah diterjemahkan kedalam bahasa Latin dan Inggeris. Kitab Al-Munqaz Min al-Dhalalah pula
diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Inggeris, Asbania dan Melayu. Akhir sekali kitab Aiyuhal
Walad. Kitab tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Jerman dan Perancis.

SUMBANGAN

Imam al-Ghazali terkenal sebagai seorang tokoh pemikir Islam.Beliau dianggap sebagai mujaddid
pada zamannya. Memberi sumbangan yang amat besar dalam pemikiran dan pembangunan
mental.Beliau menjawat beberapa jawatan di Universiti di Baghdad dan Naisabur. Imam al-Ghazali
merupakan pendokong fahaman al-Asyairah atau Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah dan menolak
fahaman ahli falsafah yang meresap dalam ilmu kalam. Beliau juga merupakan pelopor kepada
golongan sufi.Menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu seperti fiqh, tasawwuf, akidah,
usuluddin, falsafah atau mantik dan sebagainya. Karya beliau telah diterjemahkan dalam pelbagai
Bahasa. Imam al-Ghazali terkenal dan masyhur sebagai seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah
sehingga diberi pelbagai gelaran seperti Hujjatul Islam. Beliau digelar Hujjatul Islam kerana beliau
bijak berhujah. Kata-kata hikmah dan buah fikirannya menjadi sandaran, bahan rujukan dan
perbahasan para sarjana dan ilmuan. Imam al-Ghazali menentang kuat pendapat puak Syiah
khususnya Syiah Batiniah yang menganggap pemimpin mereka maksum.
Jawatan yang pernah disandang oleh imam al-Ghazali,

Beliau menjadi penasihat agung kepada Perdana Menteri Nizam al-Malik. Imam al-Ghazali juga
menjadi tenaga pengajar kanan di Universiti Nizamiyah di Baghdad pada tahun 484 Hijrah Naisabur
dan tenaga pengajar di Universiti Nizamiyah di Naisabur.Beliau merupakan Naib Canselor di
Universiti Nizamiyah Baghdad pada tahun 489 Hijrah.

Sumbangan al-Imam al-Ghazali sebagai tokoh pemikir Islam teragung,

Kata-kata hikmat dan madah pujangga beliau menjadi bahan rujukan dan kegunaan para ilmuan
Islam dan bukan Islam.Beliau dapat menyelesaikan banyak masalah berkaitan dengan kekeliruan
dalam bidang akidah, hukum dan kemasyarakatan lantaran munculnya pelbagai aliran dan mazhab
pada zamannya dan menghidupkan semula budaya ilmu yang berasaskan kesepaduan antara tauhid
dan wahyu Ilahi.Imam al-Ghazali menjadi penasihat agung kepada perdana menteri Nizam al-Mulk
serta menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu sehingga menjadi rujukan selruh dunia hingga
kini.

Pengetahuan Manusia dan Pengetahuan Ketuhanan,

Konsep pengetahuan Imam al-Ghazali memainkan peranan penting dalam aspek peningkatan
dalaman kendiri. Beliau sendiri, seorang yang terpelajar, sentiasa meletakkan ilmu pengetahuan
pada tempat yang mulia dan mengira pentingnya ilmu dalam kehidupan manusia. Contohnya, di
dalam bukunya, Ihya ‘Ulumiddin, mengandungi 40 buah buku bersama dengan Buku Pengetahuan
(Kitab al-‘Ilm). Ini bukan sahaja menekankan keutamaan ilmu, ia juga merupakan refleksi tempat
pengtahuan dalam Islam sendiri. Al-‘Ilm merupakan attribusi dari Allah. Ilmu Allah adalah lebih luas
daripada ilmu manusia, mengelilingi kesemua fenomena di dalam dunia dan alam semesta, sama
ada dapat dilihat ataupun tersembunyi kepada manusia. Tiada pengtahuan manusia dapat
menandingi pengetahuan Allah.

Kehidupan Al-Ghazali Sebagai Model,

Usaha Al-Ghazali yang tidak henti dalam mencari kebenaran adalah dianatara kualiti yang
menjadikan beliau salah seorang tokoh yang dikenali pada zaman ‘Islamic Golden Age’. Dalam kitab
al-Munqidh, beliau mencari kepastian yang benar dari pelajarnya sehingga beliau dikenali. Beliau
mencari kebenaran sehingga beliau sanggup meletak jawatan sebagai seorang yang berpengaruh di
Universiti Nizamiyah. Al-Ghazali menolak kekayaan dan kemasyhuran demi mencari kebenaran yang
hakiki.

Pencarian mencari kebenaran berakhir dengan afirmasi cara sufi adalah cara terbaik untuk
memperolehi ilmu yang sebenar. Seperti yang diketahui dalam awal kehidupannya, beliau
didedahkan dengan pendidikan Sufi sejak kecil lagi. Keinginan untuk memahami Sufi, mengenai
kebenaran yang tidak dapat dipertikaikan membawa kepada transformasi struktur psikologi Imam
Al-Ghazali sendiri. Dia percaya bahawa untuk memahami Sufi sepenuhnya, ia mesti digabungkan
teori dan praktikal kedua-duanya sekali. Pengalaman ini menunjukkan struktur perjalanan kearah
kebenaran yang hakiki.

Selepas 10 tahun pengasingan, al-Ghazali menyedari bahawa doktrin yang tidak beragama
menyebarkan asas kepercayaan kepada orang-orang yang digoyahkan oleh mereka yang sepatutnya
membimbing orang-orang itu. Akhir sekali, Imam Al-Ghazali memutuskan untuk kembali mengajar
dan menghentikan pengasingan untuk membawa semula orang-orang tesebut kearah kebenaran
yang sebenar tetapi tidak yakin dengan dirinya dan dia memerlukan sokongan dari orang yang alim.
Tetapi, dengan kuasa Allah, beliau mendapat jemputan dari Perdana Menteri sendiri untuk kembali
ke Naisabur untuk menyelesaikan masalah agama yang dihadapi pada masa itu disana.

Walaupun beliau sudah kembali mengajar, beliau sekarang bekerja dengan niat baharu; iaitu untuk
menyedarkan manusia tentang ilmu dunia dan akhirat. Sekarang Imam Al-Ghazali yakin dengan apa
yang dilakukannya dan berdoa kepada Allah supaya Allah membimbingnya dan dia dapat
membimbing orang lain.

Al-Ghazali Hujjatul Islam,

Hasil karya al-Ghazali yang dipilih sebagai asas model kaunseling pendekatan Islam adalah sebagai
tanda penghormatan dan penghargaan ilmuan Islam. Beliau juga mendapat gelaran ‘Hujjatul Islam’
kerana jasanya yang besar, bukan sahaja kepada Islam, malah dipersada anatarabangsa kerana
menyediakan sumber rujukan Islam yang menyeluruh. Beliau berusaha mengembalikan
kegemilangan umat Islam dengan menyediakan sumber rujukan yang menyeluruh berteraskan al-
Quran dan hadis. Umat Islam dikatan semakin jauh terpesong dari landasan Islam selepas menguasai
sebahagian besar dunia. Mereka leka dengan harta sehingga mendapat tamparan hebat dalam
Perang Salib. Suasana ini tidak jauh berbeza dengan keadaan umat Islam masa kini yang banyak
meiru budaya Barat dan mengalami kemelut kehidupan serta kemerosotan kerohanian.
Perubahan sosio-budaya masyarakat adalah fenomena sejagat. Setiap perubahan menyebabkan
berlakunya proses adaptasi dalam kalangan ahli-ahli masyarakat. Pengaruh nilai-nilai Barat yang
mementingkan nilai keduniaan yang semakin menular dari masyarakat bandar ke kampong
menyebabkan masalah social semakin bertambah seperti keruntuhan akhlak, masalah rumahtangga,
dan gangguan psikologi akibat tekanan hidup. Kemudahan infrastruktur dalam bentuk jalan-jalan
perhubungan yang memudahkan individu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain
menggalakan mereka memiliki kenderaan bermotor. Bekalan elektrik pula menggalakkan
penggunaan media elektronik seperti radio, televisyen, video dan computer secara meluas.

Semua perubahan ini melibatkan kos, sama ada dalam bentuk wang ataupun nilai budaya. Kos hidup
semakin meningkat. Manakala, sesetengah nilai budaya seperti mengambil tahu hal jiran serta
bergotong-royong tidak lagi menjadi amalan. Manusia hidup secara individualistik dan materialistik.
Tidak semua ahli masyarakat mampu mengalami proses adaptasi ini secara harmoni, iaitu
menyesuaikan diri mengikut proses perubahan.

“Peranan kaunseling penting bagi membantu individu-individu yang mengalami masalah supaya
dapat menikmati kehidupan dan berfungsi denga lebih berkesan dalam masyarakat.”

Proses perbandaran dan penghijrahan adalah factor yang memberi tekanan emosi dan gangguan
psikologi kepada ahli masyarakat. Ada dalam kalangan mereka yang mengalami gangguan seperti
tekanan hidup, mula merasa terasing dan merasakan seolah-olah tidak berguna kepada masyarakat.
Ia selaras dengan fitrah kejadian manusia yang dijadikan lemah seperti yang dinyatakan Allah dalam
surah ar-Rum ayat 54 yang bermaksud, “Allah, Dialah yang menjadikan kamu dari keadaan lemah,
kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu)
sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban.”

Perkembangan ilmu yang pesat dalam kalangan umat Islam awal adalah selari dengan ajaran Islam.
Allah menyatakan dalam surah al-Mujadalah ayat 125 yang bermaksud, “…Allah akan meninggikan
orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa
darjat.”

Selepas abad ke-15 Masihi, perkembangan ilmu Islam tergendala kerana kuasa-kuasa Barat menjajah
negara-negara umat Islam. Selepas mencapai kemerdekaan daripada penjajah, sudah tiba masanya
umat Islam juga membebaskan pemikiran dan ilmunya dari dominasi Barat. Di dalam Ihya
‘Ulumiddin disebut, “Ilmu pengetahuan itu adalah barang yang hilang dari tangan seorang Mukmin
yang harus dipungut di mana saja diperolehinya dan harus diucapkan terima kasih kepada siapa saja
yang membawanya.” Pelajari segala bidang ilmudari mana dan dari siapa jua, tetapi perlu kembali
kepada petunjuk Allah dan rasul-rasulNya.
WASIAT IMAM AL-GHAZALI

Imam Ghazali juga pernah mewasiatkan pencari ilmu sepatutnya menghiasi dirinya dengan akhlak
yang baik dan menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela seperti pemarah, kuat nafsu, dengki, sombong
dan membanggakan diri. Semua sifat tersebut merupakan kegelapan yang dapat menutupi cahaya
ilmu, ilmu tidak ditandai dengan banyaknya pengetahuan dan hafazan yang dimiliki, namun ilmu
merupakan cahaya kecerdikan yang dapat digunakan untuk membezakan antara yang benar dan
yang batil, yang membahayakan dan yang bermanfaat, yang baik dan yang buruk, serta yang dapat
untuk membezakan antara petunjuk dan kesesatan.

Pencari ilmu sepatutnya mengurangkan kesibukan dan segala sesuatu yang dapat mengalihkan
perhatiannya dari memperoleh ilmu. Perkara itu kerana Allah tidak menjadikan seseorang memiliki
dua hati di dalam tubuhnya.

Orang yang mencari ilmu sepatutnya tidak memandang remeh akan ilmu dan tidak membantah
gurunya, namun patuh terhadap nasihatnya sebagaimana kepatuhan orang yang sakit kepada
seorang doktor yang mengubatinya. Seorang murid sepatutnya bersikap sopan kepada gurunya dan
berusaha mencari kemuliaan dengan berkhidmat kepadanya. Ilmu tidak akan diperoleh kecuali
dengan sikap sopan dan menumpukan. Allah SWT berfirman,

“Sungguh, pada yang demikian itu pasti terdapat peringatan bagi orang-orang uang mempunyai hati
atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.”

Orang yang mencari ilmu sepatutnya tidak mengabaikan ilmu-ilmu yang terpuji atau salah satu dari
jenisnya, namun malah mempelajari dengan saksama tentang maksud dan tujuan dari ilmu tersebut.

Orang yang mencari ilmu sepatutnya tidak menyelami salah satu jenis ilmu dengan sekali hentakan,
namun dengan bertahap dan memulai dari yang paling penting.

Ilmu yang paling mulia adalah ilmu tentang Allah, malaikat, kitab dan juga Rasul-Nya; dan ilmu
tentang jalan yang dapat menghantarkan kepada ilmu-ilmu tersebut.
Sepatutnya, tujuan jangka pendek dari mencari ilmu adalah untuk menghiasi batin dengan
keutamaan dan kemuliaan, sedangkan tujuan panjangnya adalah mendekatkan diri kepada
AllahS.W.T dan bukan untuk tujuan mencari jawatan kepimpinan, harta, pangkat dan mendebat
orang-orang yang jahil serta pamer (riak).

KESIMPULAN

Pada peringkat awalnya, al-Imam al-Ghazali mendapat pendidikan disekolah secara percuma kerana
keluarganya miskin dan disitulah juga beliau mempelajari ilmu-ilmu asas seperti membaca, menulis,
dan mengira sehingga fasih berbahasa Arab dan Parsi.

Kitab Ihya Ulmuddin adalah kitabnya yang termasyhur di timur dan barat. Kitab ini tinggi nilanya
kerana merangkumi bidang akidah, fiqh, falsafah, akhlak dan tasawwuf.

Teori kebahagiaan yang dikemukakannya ialah kebahagiaan adalah kemuncak jalan tasawwuf dan
hasil daripada makrifatullah Allah S.W.T dengan sebenar-benarnya.

Seorang ahli ketimuran Inggeris bernama Ds. Zwemmer pernah memasukkan Al-Ghazali menjadi
empat orang pilihan pihak Islam dari mulai zaman Rasulullah s.a.w. sampai kepada zaman kita
sekarang, iaitu yang pertama, Nabi Besar Muhammad s.a.w sendiri. Keduanya ialah Imam Al-Bukhari,
ulama hadis yang terbesar. Ketiga, Imam Al-Asyari, ulama tauhid yang termasyhur. Dan yang
keempatnya, Imam al-Ghazali, pengarang Ihya’ terkenal.

Model kaunseling dapat memudahkan kaunselor mendapat sumber rujukan bagi membantu klien
mengatasi maslaah. Apabila pengetahuan agama yang ada pada kaunselor tidak memadai bagi
membimbing klien, ia boleh dirujuk pada kitab Ihya ‘Ulumiddin. Secara tidak langsung, kaunselor
mempertingkatkan ilmu agamanya di samping pahala amal jariah kerana membantu orang yang
dilanda kemelut dalam kehidupan.

Ini menunjukkan bahawa Imam Al-Ghazali merupakan tokoh di zaman pertengahan dan tokoh awal
Islam pakar dalam bidang hati dan rohani. Sebagai konklusi, manusia mempunyai dua sifat iaitu
badan dan roh. Manusia sepatutnya melakukan ibadah kepada Allah kerana ini adalah fitrah yang
diciptakan oleh Allah untuk manusia. Manusia juga mempunyai dua jiwa iaitu jiwa yang baik dan jiwa
yang jahat.

Akhir sekali, aspek yang penting berkaitan kepada jiwa dan personality adalah ilmu pengetahuan,
etika, dan disiplin jiwa yang diambil kira. Pengajian ini menunjukkan hubungan diantara dua aspek
penting dalam pemikiran Al-Ghazali, yang dinamakan teori jiwa dan konsep personality dan
dibuktikan kepentingannya dalam pengajian Imam Al-Ghazali.

RUJUKAN

Bidayatul hidayah, al-imam al-ghazali r.a, khazanah banjariah, cetakan ketiga, 1999

Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang Zaman, Syeikh Muhammad Sa'id Mursi, cetakan kedua, 2011,
Al-Hidayah Publications

Ihya Ulumiddin (Jiwa Agama)(Jilid 1), Imam Ghazali, Victory Ajensi, cetakan ke-lima, 1977

Pendidikan dan Psikologi Rasulullah S.A.W., Harun Arrasyid Haji Tuskan, Abu Azka Al-Madani,
Cetakan 2013, Penerbit Crescent News (K.L) Sdn. Bhd., Selangor.

Al-Ghazali and His Theory Of The Soul A Comparative Study, Noor Shakirah Mat Akhir, Penerbit
Universiti Sains Malaysia, 2008.

Teori Kaunseling Al-Ghazali, Yatimah Sarmani, Mohd. Tajudin Ninggal, PTS Islamika, PS Publications
& Distributors Sdn. Bhd., cetakan keuda, 2008.

Pensyarah: Abd Aziz bin Harjin

Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701

abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my

URL: abdazizharjin.blogspot.com

You might also like