You are on page 1of 111

PERIBAHASA

Sediakan payung
sebelum hujan
Berjaga-jaga dulu
sebelum mendapat
sesuatu bencana.
Ibu selalu berpesan pada saya
untuk sediakan payung
sebelum hujan supaya saya
sentiasa berjaga-jaga bagi
mengelakkan kejadian yang
tidak diingini berlaku.

Menjaga tepi kain


orang
Mengambil tahu hal
orang lain walaupun
tidak melibatkan
dirinya.
Jiran-jiran tidak suka
bergaul dengan Mak
Timah kerana dia
suka menjaga tepi kain
orang.
Telur sesangkak, pecah
sebiji pecah semua.
Kita hendaklah menjaga
perpaduan yang telah kita bina
dengan menghindarkan perkara-
perkara yang boleh menimbulkan
ketegangan atau kehancuran
ibarat telur sesangkak, pecah
sebiji pecah semua.
Kesilapan yang
dilakukan oleh seseorang
menyebabkan orang lain
yang menerima
akibatnya.
Hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah.
Sikap penduduk di taman itu
yang selalu berbincang dan
bermuafakat untuk
melaksanakan sesuatu aktiviti
ibarat hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama
dicecah.
Bersama-sama mengharungi
kesenangan dan kesusahan ,
sikap muafakat dalam
melakukan sesuatu.
Air sama air, sampah ke tepi
juga
Jangan mencampuri
pergaduhan adik-beradik
atau sekeluarga kerana
apabila mereka berbaik
semula kita akan tersisih
Karim yang mencampuri
perselisihan Ismail sekeluarga
kini tidak dipedulikan lagi
apabila keluarga Ismail berbaik
semula kerana air sama air,
sampah ke tepi juga akhirnya.
Air yang tenang jangan
disangka tiada buaya
Orang yang
pendiam jangan
disangka bodoh
atau penakut.
Faridah itu umpama air yang
tenang jangan disangka tiada
buaya, walaupun dia sentiasa
pendiam tetapi bijak dan
berani memberikan pendapat.
Alang-alang menyeluk
pekasam, biar sampai ke
pangkal lengan
Tiap-tiap pekerjaan
hendaklah dibuat
sehingga selesai dan
berjaya.
Kita mestilah belajar
bersungguh-sungguh sehingga
mendapat keputusan yang
cemerlang kerana alang-alang
menyeluk pekasam, biar
sampai ke pangkal lengan.
Alah bisa, tegal biasa
Perkara atau kerja
yang susah menjadi
senang kalau selalu
dibuat.

Kerja memotong kayu itu alah


bisa, tegal biasa sahaja bagi
Ah Kow kerana sejak kecil lagi
dia telah melakukannya.

Berat sama dipikul,


ringan sama dijinjing
Mengalami susah
senang bersama-
sama.
Komuniti madani kini perlu
menerapkan nilai-nilai murni
seperti bantu-membantu dalam
hidup bermasyarakat bak kata
peribahasa Melayu, berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing
Bagai kaca
terhempas ke batu
Sangat sedih atau
kecewa.
Kata-kata hinaan yang
dihamburkan oleh teman
rapatnya menyebabkan
hatinya bagai kaca
terhempas ke batu
Seperti lembu dicucuk
hidung
Orang yang selalu
menurut kemahuan
orang.
Sikap Lim yang seperti
lembu dicucuk hidung
menyebabkan dia sering
dibuli oleh rakan-
rakannya
Bagai bulan dipagar
bintang
Wajah gadis yang
sangat cantik
Wajah Nurul yang bagai
bulan dipagar bintang
itu menjadi kegilaan
semua pelajar lelaki di
sekolahnya.
Bagai pinang dibelah
dua
Pasangan yang sama
padan
Majlis persandingan
Ashraf dan Aniz sangat
meriah kerana mereka
bagai pinang dibelah
dua.
Bagai kacang
lupakan kulit
Orang yang tidak
tahu mengenang
budi
Sikap Aziah bagai kacang
lupakan kulit apabila dia
menyisihkan keluarga Pak
Salleh yang telah banyak
berjasa kepadanya.
Bagai isi dengan
kuku
Hubungan
persahabatan yang
sangat akrab
Persahabatan Amir dan
Nasrul bagai isi dengan
kuku sehinggakan ramai
yang menganggap mereka
adik-beradik.
Seperti orang buta
kehilangan tongkat
Orang miskin yang
hilang tempat
bergantung
Mak Timah yang miskin itu
seperti orang buta
kehilangan tongkat apabila
suaminya meninggal dunia
dalam kemalangan jalan
raya.
lbarat melepaskan batuk di
tangga
Maksud Melakukan pekerjaan
dengan tidak bersungguh-
sungguh
Ayat Dia gagal
menjaringkan gol melalui
sepakan penalti itu kerana
melakukannya ibarat
melepaskan batuk di tangga.
6 Seperti kumbang putus tali
Maksud Bergerak sangat cepat
dan pantas
Ayat Pencuri itu berlari
seperti kumbang putus tali
apabila dikejar oleh penduduk
kampung.
7 Bagai menatang minyak
yang penuh
Maksud Memelihara anak
dengan penuh kasih sayang
Ayat Puan Nun
mengasuh anak tunggalnya
itu bagai menatang minyak
yang penuh kerana dia sangat
sayang akan anaknya itu.
8 Bagai si kudung mendapat
cincin
Maksud Orang yang
mendapat keuntungan tetapi
tidak pandai
menggunakannya
Ayat Pak Mansor sangat
boros apabila mendapat wang
yang banyak bagai si kudung
mendapat cincin.
9 Seperti tikus membaiki labu
Maksud Cuba membuat
sesuatu yang is tidak tabu
melakukannya
Ayat Hasni cuba
membaiki jebak burung itu
tetapi seperti tikus membaiki
labu.
10 Seperti murai tercabut ekor
Maksud Orang yang banyak
bercakap
Ayat Wanita itu memang
suka bercakap dengan sesiapa
jua seperti murai tercabut
ekor.
11 Laksana burung dalam
sangkar
Maksud Kehidupan yang tidak
bebas
Ayat Remaja sekarang
suka keluar rumah tanpa
pengetahuan ibu bapa kerana
tidak mahu berkurung di
rumah laksana burung dalam
sangkar.
12 Laksana katak diharungi
ular
Maksud Lari atau menjerit
untuk melepaskan diri kerana
terlalu takut
Ayat Pelajar yang
ponteng kelas itu lari laksana
katak diharungi ular kerana
dia terlalu takut kepada guru
disiplin.
13 Laksana pokok yang tidak
berbuah
Maksud Orang yang berilmu
tetapi tidak disebarkan
kepada orang lain
Ayat Beliau seorangyang
berilmu tetapi tidak mahu
mengajarkannya kepada
orang lain laksana pokok yang
tidak berbuah.
14 Seperti anjing dengan
kucing
Maksud Orang yang selalu
bergaduh
Ayat Mereka akan
bertengkar apabila bersua
muka seperti anjing dengan
kucing.
15 Seperti bumi dengan langit
Maksud Perbezaan yang
sangat ketara
Ayat Kebolehan Diana
dan Junainah dalam
permainan cater seperti bumi
dengan langit.
16 Seperti anak ayam
kehilangan ibu
Maksud : Kehilangan
tempat bergantung
Ayat Maria hidup seperti
anak ayam kehilangan ibu
kerana ayah kesayangannya
telah meninggal dunia
semalam.
17 Seperti duduk dalam duri
Maksud Orang yang resah
gelisah
Ayat Aidil terlalu resah
seperti duduk dalam duri
kerana semua orang sudah
tabu bahawa dia memang
bersalah dalam hal itu.
IS Seperti gagak pulang ke
benua
Maksud Seseorang yang lama
merantau tetapi tiada
perubahan pada dirinya
Ayat Encik Kasman baru
pulang ke kampungnya
setelah sekian lama merantau
di negeri orang seperti gagak
pulang benua.
19 Seperti lipas kudung
Maksud Berlari dengan pantas
Ayat Atlet yang berlari
seperti lipas kudung itu
memenangi perlumbaan
tersebut.
20 Seperti katak di bawah
tempurung
Maksud Orang yang tidak ada
pengetahuan dan pengalaman
Ayat Awak mesti rajin
belajar agar tidak menjadi
seperti katak di bawah
tempurung.
21 Seperti kerbau dicucuk
hidung
Maksud Orang bodoh yang
mengikut perintah sahaja
Ayat Pembantu rumah itu
mengikut sahaja perintah
tuannya seperti kerbau
dicucuk hidung.
22 Seperti rusa masuk
kampung
Maksud Orang yang
kehairanan melihat sesuatu
Ayat Saya seperti rusa
masuk kampung kerana barn
due hari tinggal di cirri.
23 Seperti mencurahkan air ke
daun keladi
Maksud Perbuatan yang tidak
bertaedah
Ayat "Saya menyesal
menolong orang itu kerana
sikapnya yang tidak
mengenang budi seperti
mencurahkan air ke daun
Wadi," kata Roslan.
24 Seperti telinga lintah
Maksud Pendengaran yang
masih tajam
Ayat Dia seperti telinga
lintah. Semua pereakapan
orang didengarnya.
25 Seperti ular kena palu
Maksud Keadaan yang tidak
lurus
Ayat Kemalangan
sering berlaku di selekoh itu
kerana jalan raya di situ
seperti ular kena
palu.
Ada ubi ada batas, ada hari
boleh balas
Maksud Perbuatan yang
jahat. akhirnya akan
mendapat balasan jugs
Ayat Zaidi membiarkan
Rosman mengatanya kerana
dia cedar bahawa ada ubi ada
batas, ada hari
boleh balas.
2 Banyak udang banyak
garam. banyak orang banyak
ragam
Maksud Semakin banyak
orang, berbagai-bagai pule
perangai dan kerenahnya
Ayat Sukar bagi Encik
Razali memenuhi kehendak
anak-anak buahnya kerana
banyak udang banyak garam,
banyak orang banyak
regain.
3 Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian
Maksud : Sanggup bersusah
payah dahulu untuk
mendapatkan kebahagiaan
dan kesenangan pada masa
akan
datang
Ayat Hairuni mengecapi
kejayaan itu setelah benisaha
dengan bersungguh-sungguh,
kata orang berakit-rakit ke
hulu, berenang-renang ke
tepian, bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian.
4 Berani kerana benar, takut
kerana salah
Maksud Orang yang tidak
bersalah tidak takut
menghadapi kenyataan tetapi
orang yang bersalah adalah
sebaliknya
Ayat Vita perlu yakin
kebenaran di pihak kita jika
kita benar kerana kata orang,
berani kerana benar, takut
kerana salah.
5 Berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing
Maksud Susah dan senang
harus ditanggung bersama
Ayat Anak-anak Mak
Som sentiasa tolong-menolong
agar yang berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing.
6 Biar putih tulang, jangan
putih mata
Maksud Lebih baik mati
daripada menemui kegagalan
Ayat. Berjuanglah hingga
titisan darah yang-terakhir
kerana biar putih tulang,
jangan putih mata.
7 Buang yang keruh dan ambil
yang jernih
Maksud Melupakan sikap
yang buruk dan berubah
kepada sikap yang lebih baik
Ayat Kite harus
melupakan segala kesalahan
yang lama Berta sariggup
buang yang keruh dan ambil
yang jernih.
8 Di mana ada kemahuan di
situ ada jalan
Maksud Setiap keinginan tentu
ada cara untuk mencapainya
Ayat Faizal berusaha
hendak memajukan
perusahaan makanan
segeranya kerana dia yakin di
mana ada kemahuan di situ
ada jalan.
9 Di mana bumi dipijak di situ
langit dijunjung
Maksud Mengikut adat dan
kepercayaan tempest tinggal
Ayat Junaidi cuba
menghormati rakan-rakan
yang baru dikenalinya kerana
di mana bumi dipijak di situ
langit dijunjung.
10 Hidup dikandung adat,
mati dikandung tanah
Maksud Hidup mengikut
peraturan apabila mati
berserah kepada Tuhan
semata-mata
Ayat Orang muda mesa
patuh pada nasihat orang
yang lebih tua agar hidup
dikandung adat,
mati dikandung tanah.
11 Kalah menjadi abu, menang
menjadi arang
Maksud Kekalahan dan
kemenangan tidak membawa
keuntungan kepada mana-
mana pihak
Ayat Jangan bergaduh
sesama saudlara kerana yang
kalah menjadi abu, menang
menjadi arang.
12 Ke bukit sama didaki ke
lurah sama dituruni
Maksud Perhubungan yang
sangat erat dan mesra
Ayat Kita mesti kekalkan
perhubungan yang mesra ini
seperti kata pepatah, ke bukit
sama didaki ke lurah sama
dituruni.
13 Kecil tapak tangan, nyiru
ditadahkan.
Maksud Sangat mengalu-
alukan dengan penuh
penghormatan
Ayat "Jemputan itu saya
terima dengan senang hati;
kecil tapak tangan, nyiru
ditadahkan," kata Salmi.
14 Kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa
Maksud Percakapan seseorang
yang boleh membawa
kesusahan kepada diri sendiri
Ayat Budak itu dipukul
olehkawan-kawannya kerana
kata-katanya
yangkesat,kerana pulut
santan binasa, kerana mulut
badan binasa.
15 Rambut sama hitam tetapi
hati lain-lain.
Maksud Setiap orang
mempunyai sikap dan
pendapat yang berbeza-beza
Ayat Walaupun
mereka sahabat baik, tapi
adakalanya tidak sependapat
kerana rambut sama
hitam tetapi hati
lain-lain.
16 Sehari selembar benang.
lama-lama menjadi kain
Maksud Membuat sesuatu
pekerjaan sedikit demi sedikit
, lama kelamaan akan berjaya
Ayat Mak Alang berjaya
menyiapkan beberapa helai
tikar mengkuang walaupun
pekerjaan itu remit kerana dia
berpegang pada prinsip sehari
selembar benang,
lama-lama menjadi kain.
17 Sepandai-pandai tupai
melompat akhirnya jatuh ke
tanah juga
Maksud Sepandai-pandai
orang, ada masanya berbuat
salah juga
Ayat Rahsia Fendi
terbongkar juga akhirnya
kerana sepandai-pandai tupai
melompat akhirnya jatuh ke
tanah juga.
18 Sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna.
Maksud Berfikirlah dahulu
sebelum membuat sesuatu
tindakan agar tidak menyesal
pada masa datang
Ayat Belajarlah semasa
anda masih muda ini kerana
sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna.
19 Setinggi-tinggi terbang
bangau, akhirnya hinggap
belakang kerbau juga
Maksud Walaupun sudah jauh
di tempat orang, tetapi
akhirnya kembali ke tempat.
asal
Ayat Hisyam merantau
sejak berpuluh-puluh tahun
yang lalu tetapi kembali
semula ke
kampung ini kerana setinggi-
tinggi terbang bangau,
akhirnya hinggap di atas
belakang kerbau juga.
20 Berdiri sama tinggi, dan
duduk sama rendah
Maksud Seimbang dan setaraf
Ayat Penglibatan
pelajar dalam bidang
teknologi maklumat
membolehkan mereka berdiri
sama tinggi,
dan duduk
sama rendah dengan bangsa
lain pada masa akan datang

You might also like