You are on page 1of 2

BANTAHAN PROJEK MUSANG KING

KAMPUNG TERLIBAT : 17 buah kampong

JUMLAH PENDUDUK : Melebihi 12,000 orang

SEBAB BANTAHAN

1 Merupakan kawasan tadahan air masyarakat seperti berikut:

i. Compartment 6

Air masyarakat Kg Kuala Kuang dan Seniyek.

ii. Compartment 6 dan 7

Air masyarakat Kg Tanjung Luas

Iii. Compartment 7

Air masyarakat Bok Bak Tanjung Nering

iv. Compartment 7 dan 8

Air masyarakat Kg Iboi

Air Masyarakat Kg Celak (Iboi Baru)

v. Compartment 8

Air Masyarakat Kg Bukit Hijau

2. - Kawasan terlibat tidak mendapat bekalan air kerajaan sejak dahulu lagi.

- Penduduk terdiri dari rata-rata buta huruf dan susah serta tidak mampu untuk
menggunakan air kerajaan.

-Air masyarakat merupakan usaha orang kampong lebih 40 tahun yang lalu.

- Buat masa sekarang telah mendapat bantuan dari pihak luar untuk kos
penyelenggaraan.

- Nilai semua lebih kurang RM 1.87 juta (nilai barangan sahaja-kos tenaga buruh
adalah secara bergotong royong).

3. Kampung terlibat terletak di kaki bukit sepanjang compartment tersebut.


4. Merupakan kawasan orang kampong mencari rezeki seperti petai, keranji, kerdas,
tampoi, buluh, rotan, ikan dan lain-lain.

Kesan daripada projek tersebut juga akan memusnahkan flora dan fauna serta habitat
binatang liar.

Projek tersebut juga akan mendirikan takungan air yang merupakan sebuah bom jangka
kepada penduduk. Di samping itu, semestinya juga terbina sebuah penempatan yang baru
untuk menempatkan pekerja, ini akan menyebabkan pencemaran dari sisa buangan
manusia dan kenderaan yang digunakan di kawasan yang sekarang ini belum tercemar.

You might also like