You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN BIL 3 TAHUN 2018

Tarikh : 6 / 9 / 2018 (Selasa)


Masa : 1.30 petang
Tempat : Kelas 1 Intan
Pengerusi : Pn. Ismawati Binti Ali (GPK Tadbir dan Kurikulum, SK Alam Damai)
Nama yang hadir :
1. Pn. Aida Suraya Binti Kharil (Ketua Panitia) 8. En. Mohd Akram
2. En. Mohd Robaizan Bin Mohd Fauzi 9. En. Aliff Mirza
3. Pn. Nur Salsabila binti Ishak
4. En. Mohd Syahiruddin Bin Mokhtar
5. Pn. Noor Izzah Bt. Abd Aziz
6. Cik Norhazwani Bt. Anuar
7. Pn. Noorasmad Bt. Mat Ripin

Nama yang tidak hadir :


1. Pn. Zarina Mizam Bt. Ismail
2. Cik Che Aniza bt. Che Man

1 Perutusan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru serta mengucapkan tahniah di atas
kehadiran semua.
Makluman
2 Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Pencadang : Pn. Noor Izzah bt. Abd Aziz
2.2 Disokong : Semua ahli panitia

3 Perkara Berbangkit
Tiada

4 Agenda Profesional
4.1 Perancangan Ujian SEGAK Fasa 2 / 2018
4.1.1 Semua murid tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6 akan melaksanakan Ujian SEGAK.
Ujian akan dijalankan selama tiga hari sepanjang minggu persekolahan dan di
jalankan secara sistematik atas bantuan guru pelatih. Semua guru pendidikan jasmani
perlu membuat persedian serta menambah baik pengetahuan sedia ada mengenai
ujian SEGAK sekolah rendah.
4.1.2 Puan Ismawati meminta untuk menyediakan surat makluman kepada semua ibu/bapa
penjaga murid-murid tahap dua mengenai Ujian SEGAK Fasa 2 seperti yang
dijadualkan.
Tindakan: Ahli Panitia

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 00
4.2 PAJSK
4.2.1 Pengisian markah PAJSK tidak melibatkan guru Pendidikan Jasmani untuk mengisi
data SEGAK, tetapi makluman untuk semua guru Pendidikan Jasmani bahawa
pentingnya ketepatan pengisian markah SEGAK akan menentukan pencapaian murid
dalam PAJSK, untuk makluman semua guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan
ketelitian semasa pelaksanaan Ujian SEGAK perlu dititiberatkan bagi mengelakkan
sebarang masalah timbul kelak.
Makluman

4.3 SILIBUS PJ/PK


4.3.1 Ketua panitia mengingatkan semua ahli panitia untuk memastikan silibus Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan telah dihabiskan memandangkan topik di dalam
kedua-dua subjek tersebut tidak begitu banyak. Semua guru perlu menerangkan
dengan lebih jelas kepada semua murid sebagai amalan dan panduan kesihatan.
Tindakan : Ahli panitia

4.4 PKSR 2
4.4.1 Ketua panita mengingatkan semua guru Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
tentang mereka yang telah dilantik sebagai penggubal soalan bagi PKSR II.
Penggubal perlu memastikan setiap soalan yang digubal perlu mengikut topic di
dalam buku teks serta lampirkan bersama skema jawapan dan jsu kepada ketua
panitia untuk dimasukkan ke dalam fail panitia.
4.4.2 Ketua panitia mengingatkan tentang aturan penyediaan soalan sebagai perkara yang
perlu dititikberatkan sebelum menggubal.

Tindakan : Ahli panitia

4.5 KESELAMATAN MURID


4.5.1 Ketua Panitia sentiasa mengingatkan kepada semua guru Pendidikan Jasmani &
Kesihatan mengenai keselamatan murid-murid semasa beraktiviti di padang,
gelanggang atau dataran. Utamakan keselamatan mereka sepanjang waktu pdpc.
Pastikan guru sentiasa bersama murid-murid setiap kali waktu Pendidikan Jasmani.
Peralatan yang akan digunapakai semasa pdpc perlu diselenggara dengan baik serta
mengikut prosedur yang ditetapkan.
4.5.2 Bagi murid-murid yang tidak berpakaian PJ semasa waktu Pendidikan Jasmani,
dinasihatkan agar mereka tidak terlibat dalam sebarang aktiviti bagi mengutamakan
keselamatan. Walaubagaimanapun pastikan mereka tidak akan mengulangi perkara
yang sama untuk minggu seterusnya. Ambil kira masalah kesihatan atau masalah
lain yang disampaikan oleh murid tersebut.
4.5.3 Selepas habis waktu PJ, guru perlu memastikan semua anak didik naik ke kelas
dengan selamat, pastikan tiada di antara mereka yang melepak atau berkumpul di
bawah untuk ponteng subjek seterusnya serta mengambil peluang PJ dengan kelas
lain. Pantau anak didik masing-masing sebelum meninggalkan padang, gelanggang
atau dataran.
4.5.4 Jangan benarkan mereka ke laluan ilmu untuk membeli minuman di mesin air.
Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 00
4.6 PEMAKAIAN BAJU PJ
4.6.1 Ketua panitia menegaskan bahawa semua guru yang mengajar Pendidikan Jasmani di
luar kelas perlu memakai pakaian sukan atau yang sesuai untuk mengajar mata
pelajaran pendidikan jasmani.
4.6.2 Mengikut Pegawai Meja pendidikan Jasmani di JPWP Kuala Lumpur, semua guru perlu
berpakaian mengikut kriteria yang ditetapkan iaitu seluar track berwarna gelap biru atau
hitam, baju berkolar bagi lelaki, stoking berwarna putih, berkasut sukan dan apa sahaja
pakaian yang selesa serta mematuhi syariah bagi wanita.
Makluman

4.7 BUKU PENGGUNAAN STOR SUKAN


4.7.1 Ketua Panitia telah mengemaskini buku penggunaan stor sukan, diminta semua guru
yang meminjam peralatan merekodkan pengambilan dan pemulangan alatan sebagai
inventori.
Tindakan : Ahli panitia

5 Penutup
5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Disediakan oleh :

…………………………………………….
(MOHD ROBAIZAN BIN MUHD FAUZI)
Setiausaha Panitia,
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
SK Alam Damai.

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


2 Januari 2014-Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like