You are on page 1of 1

Di samping itu, mengutamakan kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu.

Selain itu, berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) serta memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri
dan orang lain termasuk kemajuan negara. Guru boleh dianggap sebagai pendorong pemikiran kritis
dan dan kreatif anak muridnya. Hal ini bererti setiap guru bertanggungjawab dalam mendorong
pemikiran murid yang kreatif dan kritis menerusi pengajaran guru. Apabila seorang guru itu sendiri
mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung dapat memperkasakan lagi gaya
pemikiran anak muridnya supaya dapat menjana idea- idea baru yang bernas dan kreatif agar dapat
melahirkan murid yang kompeten dalam pelbagai bidang dan berdaya kreatif serta berkebolehan.
Antara tindakan guru yang boleh merangsang pemikiran kreatif dan kritis murid adalah pemilihan
teknik pembelajaraan yang memberi ruang kepada murid untuk meneliti, mengamati dan berfikir
serta pembelajaran di luar bilik darjah meluaskan pengalaman dan pengamatan murid terhadap
persekitaran.

You might also like