You are on page 1of 5

Binaan Bahagian Dan Komponen Mesin Basuh

Rajah 1.1

(Rujuk Rajah 1.1)

1. Motor untuk mekanikal spin dan rinse.


2. Gear box arm break.
3. Belting. 4. Gear Box.
5. Pulley gear box.
6. Kapasitor.
7. Motor elektrik.

Rajah 1.2
( Rujuk rajah 1.2 )

A. Rinse Valve.
B. Motor untuk Mekanikal spin dan rinse.

Prinsip kerja : Pada masa rinse, iaitu untuk mengeringkan air dalam bekas cuci motor untuk
mekanikal spin dan rinse tadi akan menarik arm dan pada masa inilah rinse valve akan terbuka
dan air akan keluar, untuk mengeringkan air dalam bekas cuci tadi.

Rajah 1.3

( Rujuk rajah 1.3 )

A. Penyerap hentakkan dan gegaran dengan spring ( Absorber )

Prinsip kerja : menyerap hentakan dan gegaran yang terhasil dari kerja mencuci dan
mengering untuk menstabilkan keadaan bekas cucian supaya berada didalam keadaan stabil
dan tidak menghasilkan bunyi yang kuat.

Rajah 1.4
( Rujuk rajah 1.4 )

Prinsip kerja : A adalah solenoid valve untuk memasukkan air kedalam bekas cuci secara
terus dan B pula memasukkan air memalui tempat sabun cuci dan terus ke bekas cuci. dalam
keadaan ini sepatutnya kedua-dua valve ini akan bekerja untuk memasukkan air secara
serentak dan pada masa rinse ianya akan bekerja pada bahagian A sahaja. Nilai Voltan yang
ada pada kedua-dua gegelung (solenoid coil) adalah 240V AC.

Rajah 1.5

( Rujuk rajah 1.5 )

Prinsip kerja : A adalah Water pressure control. kerjanya benda ni ialah untuk mengetahui
berapa banyak kandungan air yang berada didalam bekas cuci, cara ia bekerja ialah apabila air
dimasukkan kedalam bekas cuci maka paip kecil yang berada dibelakang dan bersambung
pada alat kawalan ini akan mempunyai tekanan angin didalamnya. Tekanan inilah yang akan
menolak diaphragm didalam alat ini untuk melaras nilai rintangan dan seterusnya dihantar
kesistem kawalan automatic berapa jumlah air yang ada dengan mengetahui jumlah tekanan
angin yang terkumpul didalam paip kecil tadi.

Rajah 1.6
( Rujuk rajah 1.6 )

Prinsip kerja : Ini rupa keadaan motor mekanikal untuk spin dan rinse, iaitu tugasnya ialah
ianya akan berpusing dan menarik wayar yang kita lihat berada di pulley motor mekanikal ini
supaya rinse valve dan arm break ditarik pada masa yang sama.

Rajah 1.7

( Rujuk rajah 1.7 )

Prinsip kerja : Gambar di atas ni pula adalah gear box untuk bekas cuci. A dan B adalah
sistem interlock yang akan tutup apabila mesin dalam keadaan cuci dan membilas (rinse) dan
akan terbuka apabila kerja membuang air dan proses mengeringkan cucian. Tanda A di atas
merujuk kepada sistem break iaitu ianya mempunyai kepingan logam yang nipis yang akan
berada didalam keadaan ketat apabila sistem ini dalam keadaan cuci dan ianya akan berada
dalam keadaan longgar apabila dalam keadaan proses mengering (spin). B pula adalah untuk
menghalang gear bergerak sewaktu proses cucian dan akan terangkat apabila dalam proses
mengering.

Rajah 1.8

( Rujuk rajah 1.8 )


Prinsip kerja : Gambar diatas menunjukkan sistem mekanikal untuk break dan kekunci gear
bagi gear box dan pengawal rinse valve. Apabila A berpusing dan ianya akan menarik wayar
steel tersebut menyebabkan lengan B tertarik dan secara langsung menyebabkan break dan
kekunci gear akan terbuka dan rinse valve akan tertarik dan mengeluarkan air yang berada
didalam bekas cucian tersebut.

Rajah 1.9

( Rujuk rajah 1.9 )

Prinsip kerja : Gambar di atas ini pula adalah motor yang berpusing untuk mengerakkan
pulley yang bersambung pada sistem gear box. Perlu diingat kenapa pulley motor dan pulley
gear box tidak sama saiz adalah disebabkan ianya mempunyai nilai ratio untuk memberi
imbangan dan daya tujah bagi sesuatu benda yang berputar untuk menghasilkan kerja.

Rajah 2.0

( Rujuk rajah 2.0 )

Prinsip kerja : Ini pula adalah rinse valve yang bekerja untuk menghalang air daripada keluar
semasa proses mencuci dan membilas dan akan bekerja pada masa mengering.

You might also like