You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SMK BELAWAI
KAMPUNG JERIJEH BARU
96150 BELAWAI, TANJUNG MANIS Telefon : 084-613268(Pej. Am)
SARAWAK Fax : 084-613430
Email : smkbelawai@gmail.com

Ruj. Kami: JPS(W)/SMKB(Kmdh)/153/03/02/01(02)


Tarikh : 15 Januari 2019
Setiausaha
Majlis Daerah Matu Daro
Bangunan Pengiran Hj Hipni
Jalan Datuk Pengiran Hj Hipni
96250, Matu Sarawak.

Tuan,

PEMOHONAN BONGGOL JALAN (BUMP), LINTASAN BELANG (ZEBRA CROSSING) DAN


KOTAK KUNING SIMPANG (YELLOWBOX JUNCTION)

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai ingin memohon pembinaan lintasan belang, bonggol
jalan dan kotak kuning simpang di hadapan sekolah ini.

3. Perkara ini adalah disebabkan lintasan belang yang sedia ada telah hilang kerana jalan raya telah
diturap semula. Pembinaan bonggol jalan ini sangat diperlukan kerana kenderaan yang melalui jalan di
hadapan sekolah dipandu dengan agak laju.

4. Laluan ini bertambah sibuk apabila tiba waktu masuk dan tamat persekolahan dan merbahaya kepada
pelajar-pelajar.

5. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………….........
(JALANI BIN HASIM)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai
96150 Belawai

‟MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK” ‟FLY KENYALANG FLY,FLY HIGH”

You might also like