You are on page 1of 5

ISI KANDUNGAN

Bil. Index Muka surat

1. 1.0 Pengenalan 2

2. 2.0 Keberkesanan Produk Inovasi Digital 3

3. 3.0 Kekuatan 4

4. 4.0 Kelemahan 4

5. 5.0 Cadangan penambaikan 5

1
1.0 Pengenalan

Bidang Teknologi telah berkembang pesat terutama Teknologi Maklumat dan


Komunikasi (TMK) membawa banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dalam kalangan guru. Sudah terang lagi bersuluh, TMK menjadi alat
pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat serta membantu murid-murid
membina pengetahuan baharu. Sehubungan dengan itu, guru harus melakukan inovasi
dalam pembelajaran abad ke-21 ini untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
boleh berjalan serentak dan lancar. Objektif pembelajaran harus tercapai semasa mengajar
manakala murid mampu mengikuti pembelajaran yang dirancang oleh guru. Oleh itu, saya
melakukan satu projek yang berkaitan dengan inovasi digital dengan menggunakan
Microsoft Power Point. Bahan interaktif ini adalah bertujuan untuk mengajar aspek
tatabahasa tentang kata bantu.

2
2.0 Keberkesanan Produk Inovasi Digital

Saya telah memuatnaikkan produk inovasi digital ini ke laman web Facebook.
Maklum balas yang diterima daripada pengguna iaitu rakan-rakan guru pelatih di IPG
Kampus Bahasa Melayu telah menunjukkan bahawa produk ini mempunyai kesan yang
positif. Antaranya, guru tidak perlu menggunakan Internet untuk mengakseskan produk
inovasi digital ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya, guru hanya
perlu menggunakan komputer untuk mengakseskan bahan interaktif ini. Produk inovasi
digital ini memudahkan murid untuk lebih memahami konsep kata bantu. Tambahan pula,
produk inovasi boleh diakses di mana-mana sahaja dan tidak memerlukan apa-apa kos.
Secara tidak langsung, murid-murid dapat melibatkan diri dengan aktif dalam sesi proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana fokus murid hanya tertumpu di skrin
hadapan. Di samping menerangkan konsep kata bantu, produk ini juga mempunyai latihan
isi tempat kosong di mana murid boleh menjawab soalan yang telah ditulis dalam bahan
interaktif ini.

Gambar 2.1 Komen daripada penonton di Facebook

Gambar di atas menunjukkan bukti saya memuatnaikkan ke laman web Facebook.


Kawan-kawan saya yang meninggalkan komen merupakan guru pelatih dan juga seorang
lagi telah menjadi guru di sekolah selama dua tahun. Komen yang diberikan termasuk
komen negatif dan komen positif. Antara komen positif ialah penggunaan grafik berwarna-
warni dan berbeza dengan persembahan slaid yang lama. Komen negatif pula ialah
penambahan elemen muzik akan menjadikan bahan interaktif ini lebih menarik.

3
3.0 Kekuatan

Kekuatan yang dapat dilihat melalui produk inovasi digital ini ialah template yang
disediakan dapat menarik perhatian murid. Penggunaan grafik yang berwarna-warni
semestinya disukai oleh murid-murid sekolah rendah. Penggunaan Power Point dalam
produk inovasi digital ini membolehkan saya menambah gambar atau objek dan gambar-
gambar dalam bentuk gif ke dalam slaid. Tambahan pula, animasi-animasi slaid boleh
dipersembahkan melalui Power Point dapat menwujudkan alam pembelajaran tiga dimensi.

Seterusnya, tumpuan murid akan menjadi lebih fokus dan kawalan kelas akan
meningkat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru dapat menjimat
masa dalam penerangan tentang konsep kata bantu. Produk inovasi ini agak fleksibel
kerana dapat diubah suai pada bila-bila masa dan disesuaikan dengan isi pelajaran yang
lain. Bahan ini berbeza dengan persembahan slaid tradisional kerana unsur permainan dan
kuiz-kuiz tentang isi pelajaran juga boleh dimasukkan. Bahan interaktif ini dapat disimpan
dalam bentuk CD dan mudah dibawa ke mana-mana. Paling penitng, murid akan berasa
seronok untuk belajar dan tidak berasa bosan apabila bahan interaktif ini diaplikasikan di
dalam bilik darjah.

4.0 Kelemahan

Microsoft PowerPoint ini hanya dapat digunakan pada platform windows, dan
Microsoft tidak menyediakan atau mengeluarkan versi software ini untuk kegunaan pada
platform lain seperti Linux dan Mac. Bahan interaktif ini mengambil masa yang agak lama
untuk dihasilkan kerana memerlukan ia perancangan dan penggunaan kemahiran hyperlink
yang tinggi. Kemahiran mengekod yang tinggi diperlukan dalam pembinaan produk inovasi
digital ini.

Penggunaan animasi juga perlu dipertimbangkan kerana khuatir murid hanya akan
fokus kepada animasi slaid sahaja. Tambahan pula, perlu mempertimbangkan kesan
penglihatan murid terhadap slaid animasi yang disediakan. Dari segi pengawalan dan
pengurusan kelas, guru perlu sentiasa peka dan menggunakan “eye contact” semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan supaya hubungan dan komunikasi dua hala dapay
diwujudkan antara guru dan murid.

4
5.0 Cadangan Penambaikan

Cadangan penambahbaikan adalah untuk melicinkan serta menjadi bahan interaktif


ini lebih berkesan semasa pelaksanaannya. Pertama, guru harus memberi penerangan
terlebih dahulu kepada murid-murid tentang langkah-langkah penggunaan bahan ini melalui
papaan di skrin menggunakan LCD. Jika penerangan diberi oleh guru secara manual, ia
akan memakan masa kerana perlu menjelaskan kepada murid satu persatu. Suara guru
juga boleh dimasukkan dalam bahan interaktif supaya menjadi lebih menarik.

Hasil daripada inovasi ini, saya berharap ia dapat memberi manfaat kepada kedua-
dua pihak iaitu guru dan murid serta berupaya menyumbang kepada peningkatan
kefahaman tentang kata bantu. Selanjutan daripada itu, guru pada abad ke-21 harus
meneruskan usaha dan mengambil inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan kreativiti
dalam meningkatkan keberkesanan pelaksanaan inovasi digital dalam pengajaran dan
pembelajaran secara berterusan.

You might also like