You are on page 1of 38
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 34(11)/4-1459/17 DI ANTARA MAZLAN BIN MOHAMED DAN UNIVERSITY COLLEGE BESTARI NO. AWARD : 182 TAHUN 2019 Di hadapan : SYED NOH BIN SAID NAZIR @ SYED NADZIR Pengerusi Tempat : Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpur Tarikh Rujukan + 15.09.2017 Tarikh Sebutan 1 09.11.2017, 07.12.2017, 16.01.2018, 12.02.2018, 19.03.2018, 02.04.2018, 22.05.2018 Tarikh Perbicaraan —:_ 12.09.2018, 13.09.2018, 14.09.2018, 21.11.2018, 22.11.2018 Hujahan Bertulis oleh: 17.12.2018 Yang Menuntut Hujahan Bertulis oleh: 17.12.2018 Syarikat Peguamcaral/ : Encik Marwan Bin Abdullah Perwakilan Tetuan Mu'az Aiman Halem Auzan & Associates Peguam Yang Menuntut Cik Nurol Afigah Binti Abdul Latif Tetuan Goik, Ramesh & Loo Peguam Syarikat 31(11)/4-1459/17 Rujukan: Ini adalah satu rujukan yang dibuat di bawah seksyen 20 (3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul dari pembuangan kerja Mazlan Bin Mohamed (selepas ini disebut sebagai "Yang Menuntut’) oleh University College Bestari (selepas ini disebut sebagai “Syarikat") pada 14 Disember 2016. AWARD [1] Pertikaian mengenai pembuangan kerja Yang Menuntut oleh Syarikat pada 14 Disember 2016 telah dirujuk oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia ke Mahkamah Perusahaan untuk satu keputusan dan rujukan tersebut telah diterima oleh Mahkamah ini pada 27 September 2017. FAKTA KES [2] Yang Menuntut telah diambil berkhidmat dengan Syarikat pada 11 Julai 2004 sebagai Pembantu Tadbir melalui Surat Tawaran bertarikh 8 Julai 2004. [3] Yang Menuntut kemudiannya telah dilantik sebagai Penyelaras Unit Sukan dan Rekreasi Hal Ehwal Pelajar (HEP) sekitar Januari 2006 melalui surat bertarikh 4 April 2006. [4] Seterusnya, Yang Menuntut telah disahkan perkhidmatan sebagai Pembantu Penyelia Asrama tetap dengan skim KWSP berkuatkuasa 1 Oktober 2006 melalui surat bertarikh 31 Oktober 2006 (Surat Pengesahan Dalam Jawatan. [5] Melalui surat bertarikh 23 April 2007 (Surat Pengesahan Jawatan Kakitangan), Yang Menuntut telah disahkan sebagai kakitangan Syarikat dengan jawatan sebagai Pegawai Tadbir. [6] Adalah tidak disangkal bahawa semasa di dalam perkhidmatannya Yang Menuntut telah menjalankan perniagaan sewaan kereta kepada pelajar-pelajar Universiti (COB-1, M.S 63) dan bahawa pada sepanjang tempoh yang material 2 31(11)/4-1459/17 Yang Menuntut telah menyewakan kereta sewa kepada seorang pelajar Universiti yang bernama Nazirah Binti Nazri. [7] Adalah juga tidak dipersoalkan bahawa pelajar tersebut gagal memulangkan kereta sewa tersebut seperti yang ditetapkan, dan ini telah menimbulkan kemarahan Yang Menuntut terhadap pelajar/mangsa tersebut yang membawa kepada kejadian pada 25 Oktober 2016. [8] Pada 6 November 2016, Yang Menuntut telah menerima Surat Tunjuk Sebab yang mengkehendaki beliau menjawab pertuduhan-pertuduhan terhadap beliau seperti berikut “Pihak Pengurusan telah menerima laporan bahawa pada 25 Oktober 2016 (Selasa) sekitar jam 4:00 pagi berhampiran Pos Pengawal dan di Foyer Blok B, University College Bestari, di mana tuan dituduh menyepak dan memukul pelajar bernama Nazirah binti Nazri (DPLO0082). Selain itu, pada 31 Oktober 2016 (Isnin) bertempat di Anjung Blok A, tuan dituduh menampar Wan Hazira binti Wan Rozab (DPL00051).” [9] Yang Menuntut seterusnya telah digantung perkhidmatan selama 14 hari bermula dari 8 November 2016 sehingga 21 November 2016 dengan bayaran gaji separuh untuk tujuan siasatan melalui Notis Penggantungan Kerja bertarikh 7 November 2016 (Notis Penggantungan Kerja) [10] Yang Menuntut telah dipanggil untuk menghadiri satu sesi Siasatan Dalaman pada 23 November 2016 melalui Notis Siasatan Dalaman bertarikh 14 November 2016 (Notis Siasatan Dalaman). Dua (2) pertuduhan telah dikemukakan terhadap Yang Menuntut iaitu (i) Pertuduhan Pertama “Bahawa pada 25 Oktober 2016 (Selasa) sekitar jam 4:00 pagi berhampiran Pos Pengawal dan Foyer Blok B, University College

You might also like