You are on page 1of 2

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

DEWAN BALORA PERDANA


JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Assalamualaikum w.b.k. dan Salam Sejahtera


Saya Ahmad Salihin Bin Arshad selaku Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan ingin
memberikan taklimat keselamatan dan menerangkan kepada Y. Bhg. Dato’, Datin,
Tuan & Puan mengenai Pelan Tindakan Kecemasan di Dewan Balora Perdana,
Jabatan Pendaftaran Negara. Saya mohon kerjasama Y. Bhg. Dato, Datin, Tuan &
Puan untuk memberi perhatian pada taklimat ringkas yang akan saya berikan.

Untuk makluman Y. Bhg. Dato’, Datin, Tuan & Puan, Dewan Balora Perdana ini
dilengkapi dengan peralatan mengesan dan memadam kebakaran sebagaimana
yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia. Di dalam taklimat
kecemasan ini, Y. Bhg. Dato’, Datin, Tuan & Puan akan diberi panduan sekiranya
berlaku sebarang kecemasan di dalam dewan ini. Diminta Y. Bhg. Dato’, Datin, Tuan
& Puan memberikan perhatian.

Di dalam keadaan kecemasan, penggera akan berbunyi panjang seperti berikut.


Sekiranya penggera kecemasan berbunyi. Ini adalah langkah-langkah yang perlu
diambil oleh Y. Bhg. Dato’, Datin, Tuan & Puan

ANDA SEMUA DIKEHENDAKI BERTENANG & JANGAN PANIK

DUDUK DI TEMPAT MASING-MASING & TUNGGU ARAHAN YANG AKAN DIBERIKAN

KELUAR SECARA TERATUR MELALUI PINTU KECEMASAN MENGIKUTI PAPAN TANDA


EMERGENCY EVACUATION ROUTE MENUJU KE TEMPAT BERKUMPUL

SILA BERI KEUTAMAAN KEPADA WARGA EMAS, ORANG KURANG UPAYA & WANITA
MENGANDUNG
Untuk makluman Y. Bhg. Dato’, Datin, Tuan & Puan, dewan ini mempunyai 4 pintu
keluar yang boleh digunakan semasa kecemasan. Gambar pertama menunjukkan
2 pintu keluar kecemasan di sisi............. Dato’, Datin tuan puan.bahagian kanan
belakang. Gambar seterusnya menunjukkan 1 pintu di........... bahagian kiri
belakang. Gambar seterusnya menunjukkan lokasi tempat berkumpul kecemasan
yang berada di kawasan tempat meletak kereta di belakang bangunan Jabatan
Pendaftaran Negara Semasa proses pengungsian bangunan, Y. Bhg. Dato’, Datin,
Tuan & Puan diminta mengikut arahan dan panduan pegawai bertugas yang
terdapat dalam majlis ini.

Semoga Y. Bhg. Dato’, Datin, Tuan & Puan berada dalam keadaan selamat dan sihat
sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian, terima kasih.

You might also like