You are on page 1of 3

Latar Belakang Kajian

Tajuk yang dipilih untuk dijadikan kajian bagi subjek hubungan etnik adalah
Prinsip Islam berhubungan dengan nilai-nilai kemanusiaan sebagai penghubung
kepelbagaian etnik. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyat
yang berbilang kaum. Kaum-kaum utama yang terdapat di Negara in ini adalah
Melayu, Cina dan India disamping kaum –kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak
seperti kaum Dusun, Murut, Bajau, Kadazan, Iban, Dayak dan sebagainya. Setiap
kaum yang terdapat di Malaysia ini mempunyai agama atau ajaran yang dianuti
mengikut kepercayaan masing-masing.

Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi segenap aktiviti


kehidupan manusia. Ajaran Islam bukan hanya menganjurkan umatnya berbuat baik
sesama Islam tetapi juga antara bukan Islam. Orang bukan Islam mempunyai hak
yang tertentu dan dilindungi selagi tidak memerangi Islam. Dalam hubungan antara
orang Islam dan orang bukan Islam, Islam telah menetapkan peraturan tertentu yang
mesti dipatuhi. Hal ini jelas sepertimana dalam Surah al-Hujurat ayat 13 yang
mengiktiraf kepelbagaian etnik itu adalah sesuatu yang lumrah dan kepelbagaian itu
bukan untuk berkonflik tetapi saling mengenali antara satu dengan lain. Justeru, artikel
ini akan membincangkan pandangan Islam terhadap hubungan etnik yang ditinjau dari
sudut al-Quran, hadis nabi dan tokoh-tokoh Islam. Turut dibincangkan ialah prinsip
kesamarataan dan keadilan dalam Islam dengan melihat situasi yang berlaku di
Malaysia khususnya yang melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu dalam
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Bangsa Melayu adalah satu-satunya bangsa yang dikenali sebagai penganut


agama Islam secara keseluruhannya. Bila disebut bangsa Melayu pastinya dengan
sendiri akan tergambar bahawa agama anutan mereka adalah agama Islam. Malah,
tiada halangan bagi kaum lain dalam menganuti agama mereka di Malaysia.
Perpaduan dalam sesebuah organisasi atau kumpulan amat penting dalam menjamin
keharmonian dan kesejahteraan. Perpaduan adalah tuntutan Islam dan merupakan
suatu yang makruf, manakala perpecahan pula adalah suatu yang mungkar.
Perpaduan terjalin berasaskan dua ikatan iaitu perpaduan dalam kalangan
masyarakat yang bersifat luaran yang berasaskan bangsa dan negara bagi
memperteguh suasana dan memelihara kerukunan sosial, ekonomi dan politik
negara. Kepelbagaian bangsa manusia adalah sunnatullah untuk kebaikan manusia
sejagat. Islam mengiktiraf maruah dan martabat semua manusia supaya mereka
bertaaruf atau saling memelihara hak-hak antara satu sama lain.

Perbezaan ini bukanlah alasan untuk kita berselisih, menghina dan


menceroboh pihak lain. Firman Allah swt dalam surah Al-An’am, ayat 108 yang
bermaksud, “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain
dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas
dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan
tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah
tempat kembali, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan”.
Islam melihat kepelbagaian etnik dengan pandangan yang positif untuk berkenal-
kenalan dan bantu membantu dalam perkara kebaikan. Terdapat pelbagai prinsip
Islam yang berkait rapat terhadap nilai-nilai kemanusiaan bagi menghubung
kepelbagaian etnik di Malaysia. Oleh itu, kami memilih prinsip islam yang berkait rapat
dengan nilai-nilai kemanusiaan sebagai penghubung kepelbagaiaan etnik di Malaysia.
Pernyataan Masalah

Tujuan utama kami mengadakan projek kajian ini adalah berdasarkan beberapa
pernyataan masalah yang timbul seperti yang berikut:

1) Pengetahuan umum masyarakat tentang nilai-nilai kemanusiaan yang


menghubungkan perpaduan etnik di Malaysia.

2) Tahap kesedaran yang dimiliki oleh masyarakat Malaysia tentang kepentingan


mengamalkan nilai murni dan kemanusiaan yang dimiliki oleh pelbagai kaum.

3) Adakah benar prinsip islam berhubung dengan nilai kemanusiaan dapat


menghubungkan kepelbagaian etnik di Malaysia

Objektif Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini,terdapat beberapa objektif yang ingin kami capai dan
dijadikan sebagai subjek utama kami. Objektif yang paling utama adalah untuk
mengkaji tentang keberkesanan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di
Malaysia berteraskan prinsip islam berhubung nilai-nilai kemanusiaan.

Selain itu, objektif sampingan kami adalah untuk mengenali dan mempelajari
mengenai nilai murni yang wujud dalam setiap kaum dan etnik di Malaysia.

Melalui kajian ini kami berharap agar kesedaran masyarakt dapat ditingkatkan agar
dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat walaupun berlainan pendapat, agama,
bangsa dan budaya.

Skop Penyelidikan

Skop kajian yang menjerumus kepada prinsip islam dalam menerapkan nilai-nilai
kemanusiaan berhubung penyatuan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Data yang diperolehi menunjukkan kepelbagaian yang wujud dari pelbagai aspek.

You might also like