You are on page 1of 16
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA, KES NO: 21(16)/4-160/16 ANTARA. WONG CHAU HUAK DAN CHAROEN POKPHAND JAYA FARM (M) SDN. BHD. AWARD NO: 3253 TAHUN 2018 DI HADAPAN Y.A. PUAN SITI SALWA BINTI MUSA (Bersidang Berseorangan) TEMPAT Mahkamah Perusahaan Malaysia Kuala Lumpur TARIKH RUJUKAN : 23.12.2015. TARIKH SEBUTAN : 29.03.2016, 29.06.2016, 26.07.2016, 23.08.2016, & 22.09.2016. TARIKH PERBICARAAN 06.03.2017, 07.03.2017, 21.06.2017, 08.01.2018 & 12.02.2018. PERWAKILAN : Cik Amara Binti Abu dari Tetuan Chambers of Ramesh, Peguam mewakili Pihak Yang Menuntut. Cik Marina Netto dari Tetuan Christy Marina & Associates, Peguam mewakili Pihak Responden . RUJUKAN: Rujukan ini dibuat oleh YB Menteri Sumber Manusia pada 23.12.2015 berdasarkan subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang berpunca daripada pembuangan kerja Wong Chau Huak (“Pihak Yang Menuntut - PYM’) oleh Charoen Pokphand Jaya Farm (M) Sdn. Bhd. (“Syarikat’) pada 02.04.2015, q) \WARD. Rujukan berkaitan dengan pembuangan kerja PYM diterima oleh Mahkamah ini pada 10.02.2016. Ringkasan Kes 2. PYM mula berkerja dengan Syarikat pada 15.11.1993 sebagai “Technical Coodinator’ di bahagian “Production & Sale" dengan gaji permulan sebanyak RM700.00 sebulan. Pada 15.06.1994 PYM telah disahkan dalam jawatannya dan mendapat kenaikan gaji menjadi RM950.00 sebulan. Selepas itu PYM telah bertugas di beberapa bahagian dan cawangan lain Syarikat serta diberikan kenaikan gaji, elaun sara hidup dan elauan rumah. Pada 01.02.2012 PYM telah dilantik sebagai Timbalan Pengurus Besar bagi Cawangan Utara 1, iaitu Ipoh dan Butterworth. Seterusnya pada 01.03.2013 PYM telah dilantik sebagai Pengurus Besar bagi Cawangan Ipoh, Butterworth dan Alor Setar. Pada 01.12.2013 PYM telah ditugaskan untuk menjaga Cawangan Butterworth sebagai Pengurus Besar di bawah Intergration Business Unit Head, Dr Tan Chee Kiang. Pada 01.03.2014, PYM telah dilantik sebagai Pengurus Besar bagi Kawasan Utara dan memangku cawangan Alor Setar. Pada 07.11.2014 PYM telah ditukarkan di bawah Integration sebagai Pengurus Besar di Port Klang/Ibu Pejabat, Pada 02.03.2015 Syarikat telah mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab dengan mengemukakan dua (2) pertuduhan terhadap PYM. Pihak Syarikat juga telah menggantung tugas PYM semasa penyiasatan berlangsung berkuat kuasa daripada 02.03.2015. Tuduhan terhadap PYM ialah berkaitan dengan pelanggaran polisi Syarikat berhubung penjualan ayam hidup di mana PYM dituduh melanggar polisi Syarikat dengan membenarkan jumlah hutang yang tinggi kepada pelanggan bernama Mohd Zahir bagi penjualan ayam (2) hidup di Alor Setar di mana jumlah hutang yang tertunggak adalah sebanyak RM1,091,691.95 setakat 25.02.2015. 3. Pada 09.03.2015 PYM telah menjawab dakwaan-dakwaan yang terkandung di dalam surat tunjuk sebab. Walau bagaimanapun pihak Syarikat tidak menerima penjelasan PYM dan telah mengeluarkan Notis Siasatan Dalaman melalui surat bertarikh 16.03.2015. Seterusnya pada 26.03.2015 siasatan dalaman telah dijalankan terhadap PYM di mana PYM telah didapati bersalah ke atas 3 pertuduhan yang dihadapinya. Pihak Syarikat melalui surat bertarikh 02.04.2015 telah menamatkan perkhidmatan PYM. Semasa diberhentikan PYM bertugas sebagai Pengurus Besar dan menerima gaji pokok sebanyak RM9,305.00 dengan elaun sara hidup sebanyak RM200.00 dan elaun perjalanan sebanyak RM1,900.00, PYM yang tidak berpuas hati dengan pemecatannya telah mengadu ke Jabatan Perhubungan Perusahaan. Pada 23.12. 2015 YB Menteri Sumber Manusia telah merujuk kes ini ke Mahkamah Perusahaan untuk diadili Isu 4 Dalam kes ini isu yang perlu dipertimbangkan adalah i) Samada dakwaan salah laku terhadap PYM telah dibuktikan, dan; ii) Samada salah laku PYM itu wajar dijadikan sebab atau alasan yang adil untuk pemecatannya (3)

You might also like