You are on page 1of 24

AKTA DAN UNDANG-UNDANG

PEKERJAAN YANG DIGUNAKAN DI DALAM ORGANISASI DI MALAYSIA

1.0 AKTA KERJA 1955 (SEMAKAN 1981)(PINDAAN 1989)

Akta kerja ini lebih menyentuh tentang hak dan tanggungjawab majikan serta pekerja di
sektor swasta. Menetapkan standard minimum bagi syarat-syarat penggajian pekerja dan
melindungi mereka dari dieksploitasi. Akta ini dipinda pada 1989 dan 1995

Liputan:
 Bekerja di sektor swasta
 Berpendapatan tidak melebihi RM1500 sebulan atau mereka yg tersenarai di
bawah tanpa mengambil kira jumlah pendapatan mereka:
1. Buruh kasar
2. Menyelia buruh kasar
3. Menggunakan atau menjaga alat pengangkutan yg beroperasi secara mekanikal

Majikan bertanggungjawab perlu mendaftar dengan Jabatan Buruh dalam tempoh 90


hari dari tarikh memulakan perniagaan. Kontrak perkhidmatan boleh dibuat secara lisan atau
bertulis. Terma-terma yang perlu diberi kepada seorang pekerja secara bertulis pada sebelum
ia memulakan pekerjaan (Seksyen 61) ialah nama pekerja & no. kad pengenalan, pekerjaan
dan perlantikan, kadar upah (tidak termasuk lain-lain elaun), elaun lain yang boleh dibayar &
kadar bayaran, kadar bayaran kerja lebih masa, waktu kerja biasa sehari yang dipersetujui
serta tempoh notis bagi penamatan kerja yang dipersetujui atau upah sebagai ganti notis yang
dipersetujui.
1.1 Kewajipan-Kewajipan Utama Majikan Di bawah Akta Kerja 1955

Memberi Notis Bertulis dalam Seksyen 63A(1)&(1A) iaitu memberi notis kepada Pejabat
Tenaga Kerja terdekat dalam masa 90 hari dari tarikh memulakan operasi perniagaan. Jika
Majikan gagal, ia merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda
sehingga RM10,000 ( Seksyen 99A, Akta Kerja 1955).

1.2 Hak-Hak Utama Pekerja Di Bawah Akta Kerja 1955

Seorang pekerja yang ditakrif sebagai pekerja di bawah Seksyen 2 berhak mendapat
kemudahan minimum seperti berikut;

i. Hari Rehat Mingguan [Seksyen 59 & 69 Akta Kerja 1955]

Satu hari rehat dalam seminggu. Jika diarahkan oleh majikan untuk bekerja pada hari

tersebut, bayaran tambahan perlu di bayar.

ii. Hari Kelepasan Am Bergaji [Seksyen 60D(1)(a)& (b) Akta Kerja 1955]

Minimum 11 hari kelepasan am setahun iaitu 5 hari wajib;

a. Hari Keputeraan DYMM YDP Agong

b. Hari Keputeraan DYMM Sultan/Wilayah Persekutuan

c. Hari Pekerja

d. Hari Kebangsaan

e. Hari Malaysia

f. Mana-mana hari yang diwartakan sebagai hari kelepasan am dibawah seksyen 8 Akta
Cuti/Kelepasan Am 1951
iii. Cuti Tahunan Bergaji [Seksyen 60E, Akta Kerja 1955]

Cuti tahunan bergaji diberikan, walau bagaimana pun pekerja tidak boleh gagal hadir bekerja
tanpa alasan munasabah sebanyak 10% daripada jumlah kehadiran sepatutnya bagi tahun
perkhidmatan ssemasa bagi melayakkan mendapat cuti tahunan ini.

iv. Cuti Sakit Bergaji (Satu Tahun Kalendar) [Seksyen 60F, Akta Kerja 1955]

Jika dimasukkan ke Wad tertakluk kepada tahun perkhidmatan dan tidak melebihi 60 hari.
Contohnya, En. Amir telah berkhidmat selama 2 Tahun dan telah dimasukkan ke Wad. Maka,
beliau layak mendapat cuti sakit bergaji sebanyak 18 hari. Jika melebihi 18 hari, Beliau masih
layak mendapat cuti sakit bergaji tidak melebihi 60 hari keseluruhannya.

v. Elaun Cuti Bersalin [Seksyen 37, Akta Kerja 1955]

60 hari cuti bergaji diberi kepada pekerja yang:

a. Telah bekerja dengan majikan pada bila-bila masa dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin;

b. Telah bekerja selama 90 hari dalam tempoh 9 bulan sebelum bersalin; dan

c. Terhad kepada 5 orang anak yang masih hidup semasa tarikh bersalin
vi. Bayaran Kerja Lebih Masa [Seksyen 60(3) & Seksyen 60(1), Akta Kerja 1955]

Had kerja lebih masa sebulan ialah 104 jam dan kadar bayaran adalah seperti berikut:

a. Hari Biasa (1.5 kali ganda)

Gaji Pokok / 26 x 1.5 x bil. Jam

b. Hari Rehat (2.0 kali ganda)

Gaji Pokok / 26 x 2.0 x bil. Jam

c. Hari Kelepasan Am (3.0 kali ganda)

Gaji Pokok / 26 x 3.0 x bil. Jam

1.3 Waktu Kerja Di Bawah Akta Kerja 1955

Menurut [Seksyen 60A(1) Akta Kerja 1955] :

i. Pekerja tidak boleh bekerja:

ii. Lebih 5 jam berturut-turut tanpa rehat tidak kurang

iii. daripada 30 minit;

iv. Lebih daripada 8 jam dalam satu hari;

v. Lebih 48 jam dalam seminggu.

1.4 Tempoh Bayaran Gaji Di Bawah Akta Kerja 1955

i. Tempoh bayaran gaji tidak boleh melebihi satu bulan


[Seksyen 18 Akta Kerja 1955]
ii. Tidak lewat daripada hari ketujuh selepasa hari terakhir bagi mana-mana
tempoh upah.
[Seksyen 19 Akta Kerja 1955]
iii. Bagi penamatan pekerja, gaji hendaklah dibayar pada hari ianya ditamatkan
[Seksyen 21(1) Akta Kerja 1955]
iv. Jika pekerja meletak jawatan, gaji hendaklah dibayar tidak lewat daripada hari
ketiga perletakan jawatan itu berlaku.
[Seksyen 21(2) Akta Kerja 1955]

Bayaran Ganti Rugi Notis jika ditamatkan serta merta dan Faedah Penamatan Kerja jika
pekerja telah berkhidmatan sekurang-kurangnya genap setahun hendaklah dibayar serentak
dengan kes iii & iv diatas.

1.5 Ganti Rugi Notis

Menurut [Seksyen 12, Akta Kerja 1955]. Mana-mana pihak sama ada majikan atau pekerja
hendaklah apabila hendak menamatkan perkhidmatan memberi notis seperti yang
ditandatangani. Jika tiada hendaklah merujuk kepaada Akta ini seperti berikut:

Kaedah Pengiraan:

(Gaji / Bil hari dlm bulan berkenaan) x 28 atau 42 atau 56 hari = RM________.

1.6 Kadar Elaun

Kadar minimum elaun bersalin dalam tempoh kelayakan adalah RM6/sehari (seksyen 37(2)).
Amaun bayaran faedah penamatan perkhidmatan pekerja sekurang-kurangnya

 Tempoh perkhidmatan < 2 tahun

 Upah untuk 10 hari bagi setiap tahun perkhidmatan

 Tempoh perkhidmatan 2 tahun ke atas tetap < 5 tahun

 Upah untuk 15 hari bagi setiap tahun perkhidmatan


 Tempoh perkhidmatan 5 tahun & ke atas

 Upah untuk 20 hari bagi setiap tahun perkhidmatan

 Tempoh upah tidak boleh melebihi satu bulan

 Majikan perlu membuat bayaran upah kepada pekerja tidak lewat drp hari ke-7

selepas hari terakhir tempoh upah tersebut 10


2.0 AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1951

Merupakan suatu akta untuk mengadakan peruntukan undang-undang yang


berhubungan dengan suatu skim simpanan untuk persaraan pekerja dan pengurusan simpanan
itu bagi maksud persaraan dan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

Akta ini menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan
mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan
mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta
kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Penubuhan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Seksyen 24). Bagi maksud Akta ini
hendaklah ditubuhkan suatu kumpulan wang yang dipanggil "Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja", yang ke dalamnya hendaklah dibayar :

a) segala caruman yang dikehendaki supaya dibuat di bawah Akta ini;


b) wang yang diperoleh dengan menjalankan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang
dibiayai daripada Kumpulan Wang;
c) wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji,
gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga; dan
d) segala jumlah wang atau harta lain yang mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar
kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang
bersampingan dengan kuasa dan tugasnya.
Tugas majikan untuk mendaftar dengan Lembaga (Seksyen 41).

a) Tiap-tiap majikan hendaklah, melainkan jika dia sudahpun didaftarkan dengan


Lembaga, sebelum berakhirnya minggu pertama di dalam bulan pertama yang di
dalamnya dia membayar upah yang berkenaan dengannya dia dikehendaki untuk
membayar caruman di bawah Akta ini, mendaftar dengan Lembaga mengikut cara
yang ditetapkan oleh Lembaga.
b) Mana-mana majikan yang melanggar peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu
kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak
melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-
duanya.
c) Jika mana-mana orang terhenti daripada menjadi seorang majikan, mengikut
pengertian Akta ini, dia hendaklah dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh
Lembaga, memberitahu Lembaga mengenainya mengikut cara yang ditetapkan oleh
Lembaga.
d) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (3) adalah melakukan
suatu kesalahan.

Caruman majikan tidak boleh didapatkan kembali daripada pekerja (Seksyen 47).

a) Walau apa pun apa-apa kontrak yang berlawanan, majikan tidaklah berhak memotong
atau selainnya mendapatkan kembali daripada upah atau saraan pekerja, caruman
majikan daripada pekerja.
b) Jika majikan memotong atau cuba memotong daripada upah atau saraan mana-mana
pekerja keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada caruman majikan, dia
melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama suatu
tempoh yang tidak melebihi enam tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu
ringgit atau kedua-duanya.
Kadar caruman bagi pekerja dan majikan boleh dirujuk di Jadual Ketiga, Akta KWSP
1991. Majikan dikehendaki membayar caruman bahagian syer pekerja berdasarkan jadual ini.
Kadar caruman bulanan yang dinyatakan dalam Bahagian ini hendaklah terpakai bagi pekerja
yang berikut sehingga pekerja itu mencapai umur enam puluh tahun:

a) pekerja yang merupakan warganegara Malaysia;


b) pekerja yang bukan warganegara Malaysia tetapi merupakan pemastautin tetap di
Malaysia
c) pekerja yang bukan warganegara Malaysia yang memilih untuk mencarum sebelum 1
Ogos 1998.
3.0 AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 1994

Tujuan akta undang-undang malaysia akta keselamatan & kesihatan pekerjaan 1994
adalah untuk memastikan keselamatan , kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang
bekerja serta melindungi orang-orang di tempat kerja (selain daripada orang -orang yang
sedang bekerja).

Selain itu, akta ini mengalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian
dengan fisiologi dan psikologi orang-orang yang sedang bekerja dan mengadakan suatu
sistem perundangan yang berasas kepada peraturan-peraturan dan tata amalan industri
disamping peruntukan akta.

3.1 Falsafah & Konsep Akta

Bertangungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja


terletak di atas mereka yang bekerja dengan bahaya tersebut (pekerja) dan mereka yang
mengujudkan bahaya tersebut (majikan). Konsep setakat yang praktik atau munasabah.
3.2 Falsafah & Prinsip Akta

 “Peraturan Kendiri ” atau “Pengurusan Tempat Kerja Sendiri”


(Self Regulation)
 Kerjasama Pekerja
(Cooperation)
 Perundingan
(Consultation)

3.3 Skop Akta

Merangkumi dan melindungi semua orang yang bekerja dalam semua aktiviti ekonomi
termasuk perkhidmatan awam, badan berkanun dan sektor swasta kecuali mereka yang
bekerja di atas kapal perdagangan dan Angkatan Tentera.

Undang-Undang Malaysia Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 Kewajipan Am


Majikan & Orang Bekerja Sendiri; Bahagian IV Seksyen 15 ( 1 )

“Memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja
semua pekerjanya”.

Konsep “SETAKAT YANG PRAKTIK”

 Teruknya bahaya atau risiko terlibat


 Pengetahuan mengenai hazad, risiko dan cara mengawalnya.
 Kewujudan dan Kesesuaian kaedah pengawalan
 Kos yang terlibat bagi mengawal bahaya atau risiko tersebut

3.4 Kewajipan Am Majikan & Orang Bekerja Sendiri

 Mengadakan dan menyelenggara loji dan sistem kerja yang selamat dan tanpa
risiko kepada kesihatan
 Membuat perkiraan tentang langkah-langkah yang perlu diambil dalam
penyimpanan, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan.
 Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan pengawasan ke atas aktiviti-aktiviti
berbahaya
 Menyelenggara tempat kerja serta menyediakan laluan keluar dan masuk yang
selamat.
 Menyediakan dan memelihara persekitaraan tempat kerja yang selamat dan
dengan kelengkapan yang mencukupi.

3.5 Objektif Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan

 Menggalakkan konsep perundingan dan kerjasama bagi meningkatkan tahap


keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
 Menyediakan forum atau saluran komunikasi dua hala untuk menyampaikan teguran,
pandangan, maklumat dan maklum balas mengenai isu-isu keselamatan dan
kesihatan.
 Memupuk minat dan motivasi semua pihak dalam bidang keselamatan dan kesihatan
pekerjaan.

3.6 Fungsi-Fungsi Utama Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan

 Membantu di dalam penyediaan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan serta


sistem kerja selamat
 Menjalankan siasatan kemalangan dan aduan
 Mengkaji semula polisi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
 Membantu menganjurkan program galakan dan pendidikan
4.0 AKTA PERHUBUNGAN INDUSTRI 1967

Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (adakala disebut ‘Perindustrian‘) atau dalam bahasa
Inggerisnya, Industrial Relations Act 1967 adalah suatu perundangan penting yang sering
digunapakai namun tidak disedari ramai. Ramai pekerja dan majikan, malahan pengamal
sumber manusia (HR Practitioners) sering terkeliru dengan pemakaian Akta ini dengan Akta
Kerja 1955 (Employment Act 1955).

4.1 Beza Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Dan Akta Kerja 1955

Namun, perbezaan terpenting antara kedua-dua akta ini adalah Akta Kerja 1955
menggariskan terma-terma minima yang perlu ada dalam kontrak kerja seseorang pekerja,
manakala Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mengawal selia hubungan antara majikan dan
pekerja serta kesatuan sekerja dalam bentuk pencegahan dan penyelesaian apa-apa
perselisihan atau pertikaian di antara mereka.

Dalam banyak perkara, pertikaian dalam Akta Kerja 1955 lebih bersifat kontrak (contractual
& pematuhan undang-undang), manakala untuk Akta Perhubungan Perusahaan 1967 pula
Mahkamah akan lebih meneliti tentang soal ekuiti dan keadilan.
Di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, seseorang pekerja boleh membuat
representasi secara bertulis kepada Ketua Pengarah (Jabatan Perhubungan Perusahaan) untuk:

1. Pemulihan kerja pada pekerjaan lamanya


a) Jabatan ini atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai The Industrial Relations
(IR) Department akan mengaturkan satu sesi perdamaian (conciliation meeting)
dengan harapan isu dapat diselesaikan secara aman.

4.2 Ciri-Ciri Akta Perhubungan Perusahaan 1967

1. Terpakai di seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan.


2. Maksud ‘Pekerja‘ di bawah akta ini lebih luas dari Akta Kerja 1955 atau Ordinan
Buruh Sabah/Sarawak. ‘Pekerja’ di bawah akta ini merujuk kepada mana-mana orang,
termasuk perantis, yang diambil bekerja oleh majikan di bawah kontrak pekerjaan
untuk bekerja untuk upah atau ganjaran.
5.0 AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 1992

Akta Pembangunan Sumber Manusia 1992, yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, adalah
dipinda dalam seksyen 2-

a) dengan menggantikan perkataan "yang tidak kurang daripada satu tahun"


dalam takrif "kontrak perantisan" dengan perkataan "yang diluluskan oleh
Ketua Pengarah";
b) dengan memasukkan sebelum takrif "kontrak perantisan" takrif yang berikut:
"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 20
c) dengan memasukkan selepas perkataan "seksyen 3" dalam takrif "levi"
perkataan "atau 3A".

Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 3 seksyen yang berikut:

a. Walau apa pun subseksyen 1(2) dan 3(1), seseorang majikan dalam industri
pengilangan yang mempunyai sepuluh tetapi tidak lebih daripada empat puluh
sembilan pekerja dan dengan modal berbayar kurang daripada dua juta dan
lima ratus ribu ringgit, dan yang memilih untuk didaftarkan dengan Majlis,
maka hendaklah dikenakan atas majikan tersebut suatu levi pembangunan
sumber manusia berkenaan dengan setiap pekerjanya pada kadar 0.5 peratus
daripada upah pekerja tersebut dalam manamana bulan.
b. Sekiranya berlaku apa-apa keingkaran dalam pembayaran mana-mana levi
yang kena dibayar di bawah subseksyen (1), peruntukan subseksyen 3(3) dan
(4) hendaklah terpakai."
Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 3A seksyen yang berikut:

a. 3B. Seseorang majikan yang gagal membayar apa-apa levi yang kena
dibayar dalam masa sesuatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan, adalah
bertanggungan membayar faedah atas levi itu pada kadar sepuluh peratus
setahun berkenaan dengan setiap hari keingkaran atau kelewatan dalam
pembayaran: Dengan syarat bahawa—
i. jika amaun faedah yang dikira itu adalah kurang daripada lima ringgit,
faedah yang kena dibayar adalah lima ringgit berkenaan dengan setiap
bulan atau sebahagian daripada suatu bulan keingkaran atau kelewatan
dalam pembayaran; atau
ii. ika amaun faedah yang dikira itu melebihi lima ringgit, faedah yang
kena dibayar hendaklah dikira kepada ringgit tertinggi yang paling
hampir berkenaan dengan setiap bulan atau sebahagian daripada suatu
bulan keingkaran atau kelewatan dalam pembayaran.".

Seksyen 6 Akta ibu adalah dipinda :

a. dalam subseksyen (1) dengan memotong perkataan "dan seterusnya selama


suatu tempoh lima bulan selepas itu";
b. dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: "(2)
Jika seseorang majikan telah memperolehi kepentingan seorang majikan lain
yang didaftarkan di bawah seksyen 4, majikan yang mula-mula disebut itu
adalah digantikan dengan majikan yang lain itu dan adalah layak untuk
menerima atau terus menerima apa-apa bantuan kewangan atau faedah lain
yang diadakan di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan."; dan
c. dalam subseksyen (3) dengan menggantikan perkataan "adalah dibuat" dengan
perkataan "dan faedah atas levi itu telah dibayar sepenuhnya

Perenggan 9(1)(a) Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan "seksyen 3"
dengan perkataan "seksyen 3 dan 3A;". 7. Seksyen 15 Akta ibu adalah dipinda:

a. dalam subseksyen (1) dengan menggantikan perkataan "dua belas" dengan


perkataan "empat belas"; dan
b. dalam perenggan (l)(a) dengan menggantikan perkataan "lapan" dengan
perkataan "sepuluh".
6.0 AKTA KESATUAN SEKERJA 1959 (SEMAKAN 1981)(PINDAAN 1989)

Mengikut Akta Kesatuan Sekerja 1959, Kesatuan Sekerja atau Kesatuan didefinisikan
sebagai apa-apa pertubuhan atau gabungan orang-orang kerja atau majikan-majikan.
Mengikut Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Kesatuan Sekerja didefinisikan sebagai mana-
mana kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang yang
berhubungan dengan pendaftaran kesatuan sekerja.

Pergerakan kesatuan sekerja adalah satu elemen penting dalam perhubungan


perindustrian di Malaysia. Sebuah Kesatuan Sekerja boleh ditubuhkan berasaskan trade,
pekerjaan atau industri tertentu yang berfungsi sebagai badan yang menjaga dan melindungi
kepentingan mahupun kebajikan anggota-anggotanya.

Kesatuan sekerja dijadikan sebagai pengantara antara majikan dan pekerja dalam
menyelesaikan konflik atau pun isu yang berkaitan dengan pekerjaan khasnya hal yang
berkenaan dengan terma dan syarat-syarat perkhidmatan. Kesatuan Sekerja boleh ditubuhkan
oleh pekerja-pekerja mahupun majikan.

Kesatuan sekerja majikan merupakan kesatuan yang diwakili oleh pihak-pihak


majikan. Fungsinya adalah untuk menghalang gerakan pekerja yang tidak berpuas hati
dengan terma dan kondusi pekerjaan yang telah ditetapkan dalam sesebuah organisasi.
Mereka memainkan agendanya yang tersendiri untuk menghindarkan pekerja-pekerja untuk
menyertai kesatuan sekerja pekerja.
Kesatuan sekerja pekerja pula ialah kesatuan yang terdiri daripada gabungan-
gabungan pekerja. Mereka berjuang untuk mendapatkan keadilan yang lebih baik dan hak
mereka dalam pekerjaan. Kesatuan ini terdiri daripada dua pertubuhan dalam menjadi wakil
kepada pekerja untuk menyelesaikan sesuatu isu yang timbul iaitu Malaysian Trades Union
Kongres (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam
(CEUPAC).

6.1 Peranan Kesatuan Sekerja

Kebajikan pekerja menjadi fokus kesatuan sekerja kerana banyak perkara yang melibatkan
pekerja. Antaranya ialah:

1. perubahan struktur pekerjaan, terma dan keadaan pekerjaan.

2. pembangunan sumber manusia.

3. mobiliti antara kerja secara mendatar dan menegak.

4. kesihatan dan keselamatan pekerja.

5. kualiti kehidupan pekerja dan keselamatan sosial (PERKESO)


7.0 AKTA SOSIAL PEKERJA 1969

Suatu akta bagi mengadakan peruntukan mengenai keselamatan social dalam


kontingensi yang tertentu dan bagi membuat peruntukan mengenai beberapa perkara lain
yang berkaitan dengannya.

Mengandungi 4 fasal.

1. Sub fasal 35 (a) Pendaftaran dengan PERKESO


a. Memperuntukkan perlindungan pekerja yang diambil bekerja dalam kerja dan
kontraktor hendaklah mendaftarkan dan mencarum pekerja di bawah
PERKESO.

2. Sub Fasal 35 (b) Caruman Kepada PERKESO


a. Kontraktor hendaklah membayar semua carum dari semasa ke semasa pada
hari pertama sepatutnya dibayar.

3. Sub Fasal 35 (c) Kemungkiran Mematuhi Akta

a. Jika kontraktor melakukan kemungkiran dan pelanggaran dalam mematuhi


terma fasal ini :
i. Menahan sejumlah wang dari apa-apa wang yang kena dibayar kepada
kontraktor bagi menjelaskan apa-apa tuntutan pampasan yang dibuat
oleh pekerja-pekerja yang sepatutnya ditanggung oleh skim PERKESO
jika kontraktor tidak melakukan kemungkiran
ii. Membayar apa-apa caruman yang genap masanya dibayar dan masih
belum dibayar dengan memotong apa-apa wang yang akan dibayar
kepada kontraktor.

4. Sub Fasal 35 (D) Tanpa Mengenepikan Hak Kerajaan Untuk Ditanggung rugi
a. Syarat ini tidak boleh disalah tafsir sebagai mengenepikan atau mengubahsuai
hak kerajaan untuk tidak tanggung rugi oleh kontraktor (Fasal 34(a) mengenai
semua pampasan, kos dan apa jua perbelanjaan lain disebabkan kemungkiran
kontraktor
8.0 AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

Suatu akta yang diperuntukkan untuk mengawal pengilang bertanggungjawab dalam perkara
yang berkaitan keselamatan, kesihatan dan kebajikan serta pemeriksaan terhadap
jentera/mesin dan yang berkaitan dengannya.

Akta ini mengandungi:

a) Keselamatan, kesihatan & kebajikan


b) Pekerja yang dipertanggungjawabkan & sijil kelayakan.
c) Pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian • berbahaya & penyakit pekerjaan
d) Notis penggunaan kilang, pendaftaran & penggunaan jentera

Seksyen 36
Pemasangan jentera mesti mendapat pengesahan bertulis daripada Inspektor. Bagi jentera
yang memerlukan perakuan kelayakan (CF), pemilik mesti menghantar notis bertulis kepada
Inspektor atau orang berlesen bagi tujuan pemeriksaan. CF akan dikeluarkan jika jentera
lulus pemeriksaan. Jika tidak lulus, sebab penolakan kelulusan akan diberikan.

Seksyen 37
Kesalahan membabitkan denda tidak lebih RM50,000 or penjara tidak lebih satu tahun atau
kedua-duanya sekali.
9.0 AKTA-AKTA ATAU UNDANG LAIN YANG BERKAITAN

9.1 Akta Usia Persaraan Minima 2012

 Usia persaraan minima meningkat dari 55 kepada 60 untuk kakitangan awam dan
pekerja sektor swasta di Malaysia.
 Akta tidak menghalang pekerja daripada memilih untuk bersara awal jika kontrak
perkhidmatan atau perjanjian kolektif membenarkan persaraan awal.
 Undang-undang baharu akan mengenakan denda RM10,000 atas mana-mana majikan
yang didapati bersalah menghendaki seorang pekerja bersara sebelum usia 60 tahun.
Walau bagaimanapun, undang-undang ini tidak menghalang pekerja daripada memilih
untuk bersara lebih awal daripada umur 60 jika kontrak perkhidmatan atau perjanjian
kolektif yang terpakai untuk pekerjaan mereka membenarkan tarikh persaraan yang
lebih awal

9.2 Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966

 Bagi mencegah eksploitasi buruh kanak-kanak


 Dibawah 14 tahun – hanya kerja ringan dalam perniagaan keluarga
 14-16 tahun – Dalam kerja ringan yang tidak melibatkan penggunaan jentera
 Maksima 7 jam sehari
 Hanya dapat bekerja antara pukul 8 pagi – 6 petang

9.3 Akta Pekerjaan (Sekatan) 1968

 Bukan warganegara Malaysia perlu mendapatkan permit kerja yang sah sebelum
mereka boleh bekerja di dalam negara.
 Kerja tanpa permit kerja yang sah adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta
Imigresen 1966.
9.4 Akta Pampasan Pekerja 1952

 Dikuatkuasa oleh Jabatan Tenaga Kerja


 Hanya pekerja asing yang dilindungi di bawah Akta ini berhubung dengan pampasan
bagi kecederaan pekerjaan dan juga kecederaan bukan kerana pekerjaan melalui
Perintah Pampasan Pekerja (Skim Pekerja Asing) (Insurans) 199
 Untuk memberi pampasan kepada pekerja yang mengalami kemalangan di tempat
kerja atau yang mengidap penyakit berkaitan pekerjaan.
 Meliputi Pekerja asing memperoleh RM 900 sebulan
 Pekerja mesti mengambil polisi insurans untuk menanggung liabiliti di bawah akta
tersebut.
 Setiap pekerja yang terlibat dalam kemalangan mestilah memaklumkan majikan
dalam tempoh 7 hari dari tarikh kemalangan itu kecuali bagi kemalangan maut.
 Majikan mesti memaklumkan Jabatan Buruh terdekat dari tempat kemalangan secara
bertulis. Notis sedemikian hendaklah dikemukakan dalam tempoh 10 hari dari tarikh
kemalangan.
 Majikan hendaklah memastikan bahawa semua maklumat disertakan butiran lengkap
dan dokumen sokongan seperti sijil perubatan atau sijil kematian.
 Majikan mesti memastikan penyelesaian pampasan sebagaimana yang ditentukan oleh
Jabatan Buruh dibayar terus kepada pekerja yang cedera dengan mendepositkan
pembayaran tersebut kepada Jabatan Tenaga Kerja sebagaimana yang diarahkan.
 Namun demikian, penyelesaian ganti rugi tidak boleh dibayar terus kepada isteri, anak
atau tanggungan, tetapi perlu didepositkan ke Jabatan Buruh yang berkaitan.
Kegagalan untuk memaklumkan Jabatan Buruh sekiranya berlaku kemalangan adalah
satu kesalahan dan majikan yang disabitkan kesalahan, akan didenda sebanyak
RM5,000 bagi kesalahan pertama dan RM10,000 bagi kesalahan kedua.

You might also like