You are on page 1of 13

SUMBANGA

N
TAMADUN
KEPADA
PERADABA
N DUNIA
Disediakan Oleh:

KHAIRUL AZMI BIN MAT ARIFIN 2009579645


WAN MOHD ZULFADLI BIN WAN SALLEH 2009347571
NOOR FAIZULAIKA BINTI CHE PA 2009599003
MOHD AMIN IZWAN BIN MOHD HULAM RASOL 2009158611 Assignment
CTU 151
Isi Kandungan

Sekapur Sirih...............................................................................................3
Pendahuluan................................................................................................4
Sumbangan Tamadun Islam..............................................................................5
Spiritual..................................................................................................5
Ekonomi..................................................................................................6
Sains dan Teknologi....................................................................................7
Politik.....................................................................................................9
Perubatan...............................................................................................10
Penutup....................................................................................................11
Rujukan....................................................................................................12
Buku.....................................................................................................12
Internet.................................................................................................12
2 Page
Sekapur Sirih

Bismillahirrahmanirrahim.

Syukur kehadrat illahi kerana memberi peluang kepada kita semua untuk hidup sebagai
Muslim dan mengecapi nikmat dunia yang sementara ini.

Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya menyiapkan kerja khusus ini yang bertajuk Sumbangan
tamadun Islam terhadap peradaban dunia Penat lelah kami terbayar jua apabila ayat terakhir
kerja khusus ini dapat disiapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan terutama sekali kepada Ustaz Nizam yang telah mengajar kami
kerana memberi peluang kepada kami untuk membuat kerja khusus ini.Tidak lupa juga
kepada rakan-rakan sekelas yang banyak memberi sokongan dan motivasi kepada kami dalam
menyiapkan kerja khusus ini.

Terima Kasih.
3 Page
Pendahuluan

Dunia pada hari ini banyak terhutang budi kepada tamadun Islam. Tamadun Islam yang
bertapak sejak zaman Rasulullah s.a.w (610-632 Masihi)kemudian zaman Khulafa Ar-
Rasyidin R.A (632-661 Masihi) selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Zaman Khulafa Ar-
Rasyidin yang ditadbir oleh empat orang khalifah iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq,
Khalifah Umar B Al-Khattab, Khalifah Uthman B Affan dan Khalifah Ali B Abi
Talib.Selepas berakhirnya zaman pemerintahan khulafa Ar-Rasyidin, munculnya pula
kerajaan Bani Ummaiyah apabila Muawiyyah B Abi Safyan dilantik menggantikan Ali B Abi
Talib sebagai khalifah. Zaman pemerintahan pertama Bani Umaiyyah di Damsyik bermula
pada tahun 661-750 Masihi. Zaman pemerintahan kedua Bani Umaiyyah ialah pada tahun
756-1031 Masihi di Andalusia. Zaman kerajaan Abbasiyyah(756-1258) adalah berasal dari
keturunan Abbas B Abdul Muttalib. Kerajaan Uthmaniyyah(1258-1924Masihi),pengasasnya
adalah Uthman B Sanji B Ethurgul B Sulaiman Syah. Beliau merupakan Amir Seljuk bagi
kawasan barat Anatolia yang sekarang dikenali Turki. Sumbangan tamadun Islam adalah
sangat meluas dan merupakan pencetus kepada sains dan teknologi yang berkembang pesat di
zaman ini. Tamadun Islam khususnya Andalusia dianggap sebagai anugerah tamadun Islam
kepada kebangkitan Eropah. Sumbangan tamadun Islam adalah sangat meluas dan
merangkumi hamper semua aspek dan segi kehidupan seperti spiritual, politik, ekonomi, sains
dan teknologi, dan perubatan.
4 Page
Sumbangan Tamadun Islam

Spiritual

Sumbangan yang paling besar ialah daripada segi agama kerana agama islam
membawa akidah yang menjadi aspirasi dan motif penggerak tamadun. Islam juga
menyediakan undang-undang dan peraturan hidup manusia untuk menunjuk ajar dan memberi
kaedah yang jelas kepada asas pembinaan tamadun.Aspek akhlak menjadi peribadi yang
luhur.Dengan ketibaan ajaran Islam, masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan kawalan
atau sekatan Paus gereja Rom. Bukan sahaja mereka tidak menghormati institusi gereja bakan
mereka menentangnya.

Definisi spiritual bukan bermaksud orang-orang Andalusia dan Eropah umumnya


dipaksa memeluk Islam sebaliknya Islam memberi kebebasan mutlak kepada mereka unutk
memilih pegangan dan kepercayaan masing-masing. Justeru itu, tidak semua masyarakat
Andalusia menganut Islam tetapi ada yang masih kekal dalam agama Kristian atau Yahudi.
Malahan dalam beberapa peristiwa mereka pernah menimbulkan masalah kepada
pemerintahan Islam. Walaupun demikian, dengan kebijaksanaan para Khalifah Islam
kebannyakan mereka tunduk dan patuh kepada kerajaan Islam dan turut sama-sama
membangunkan Andalusia. Mereka ini dikenakan jizyah. Masyarakat Kristian dan Yahudi
5 Page

mempunyai hubungan yang amat erat dengan orang Islam dan amat menghormati adat-istiadat
orang-orang Arab Islam.Kebaikan yang ditonjol oleh orang Islam telah menyababkan ada di
antara mereka yang memeluk agama Islam.
Ekonomi

Kedatangan orang Islam ke Andalusia berjaya mengasaskan satu bentuk baru yang dikenali
sebagai ekonomi Mediteranean melalui sistem perladangan, perindustrian dan perdagangan.
Orang – orang Islam yang sememangnya terkenal dalam bidang perdagangan dan perniagaan
telah menyumbangkan kepakaran dan kemahiran mereka dalam mengembangkan pengaruh
Islam ke Eropah. Mereka mendirikan kedai – kedai dan gedung – gedung perniagaan yang
beroperasi mengimport barang – barang dari seluruh pelosok dunia.

Hubungan perdagangan dengan Eropah dilakukan melalui jalan darat manakala


denagan Asia dan Afrika melalui jalan laut. Bandar – Bandar seperti pelabuhan di Andalusia
menjadi tumpuan kapal – kapal dagang asing seperti Venice, Itali dan Iskandariah. Hal ini
membawa kepada perkembangan ekonomi yang pesat kepada Andalusia.

Manakala di sektor pertanian , orang – orang Islam memperkenalkan metod – metod


baru seperti pembinaan empangan, sistem saliran, tali air, jambatan dan jalan – jalan rayayang
lebih baik di seluruh Andalusia meliputi suatu kawasan yang luas seperti Toledo, Cordova,
Marseille dan Valencia. Sistem perairan sedia ada diperbaiki dan diperkemaskan sehingga
member pulangan maksimum kepada para petani.

Tanaman buah – buahan seperti delima (Arab) dan limau (India) diusahakan lebih giat.
Industri ulat sutera yang dipelihara di atas daun – daun tut atau farsad (pokok keratu -
-mulberry) diperkenalkan untuk eksport. Hasil tanaman kapas dikeluarkan di Andalusia sejak
abad ke-9M. pokok – pokok jut yang dibawa dari Cina ditanam untuk dibuat tali dan kertas.
Tebu dan manisan lebah yang diperolehi daripada lebah yang dipelihara telah memberikan
hasil yang lumayan kepada pengusaha. Andalusia ketika itu merupakan pengeluar gula utama.
6 Page

Kesimpulannya semua pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti kegiatan


perdagangan, perindustrian, teknologi pertanian serta sistem perairan menjadi panduan oleh
orang Eropah. Teknik tanaman seperti sekoi, padi, tembikai, aprikot dan limau telah dipelajari
daripada orang Islam. Kita hidup di bumi Allah yang paling strategik, paling baik dan subur.
Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan serta kita tidak bertani di bumi kita. Kita
berbangga dengan memiliki kereta–kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk
membuat basikal sekalipun. Jadi,hargailah nikmat Tuhan sepenuhnya.
Sains dan Teknologi

Islam telah memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang sains termasuklah
biologi, kimia, astronomi dan lain-lain lagi.Kaeadh Sains merupakan sumbangan terpenting
umat Islam kepada barat selain daripada penemuan dan penciptaan yang berbagai-bagai.
Umat Islam Sepanyol contohnya telah menjadi teladan kepada masyarakat Eropah. Sebagai
sebuah negara yang bertamadun tinggi dan berilmu, kemajuan dalam bidang seni, sastera dan
sains di Sepanyol tidak ada tolok bandingnya di Seluruh Eropah.

Penuntut-penuntut datang dari semua pelusuk dunia termasuklah dari Perancis, Jerman
dan England untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang hanya ada di bandar-bandar negara
orang Islam seperti di Sepanyol. Dalam bidang Matematik, Ilmu Falak, Sains Hayat, Sejarah,
Falsafah dan undang-undang semuanya hanya dimonopoli dan dikuasai oleh Sepanyol sahaja.

Antara kejayaan cemerlang mereka dalam bidang keilmuan Islam adalah disebabkan
oleh keperluan mereka terhadap perkara berkenaan dalam perkara-perkara yang menyangkut
soal hukum-hakam syarak. Sebagai contohnya, umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan
sembahyang fardu lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan. Kewajipan ini amat berkait
rapat dengan ilmu pengetahuan Geografi dan Astranomi. Mereka diwajibkan lagi dengan
zakat. Ia amat berkait rapat dengan ilmu matematik dan perakaunan. Kewajipan ibadah Haji
pula amat berkaitan dengan ilmu pengangkutan, geografi dan kedoktoran.Umat Islam di
arahkan agar mempertahan negara dari serangan musuh. Dengan ini mereka perlulah
mendalami ilmu persenjataan dan peperangan dengan sebaik-baiknya agar Islam akan tetap
terus terpelihara.

Mereka menuntut ilmu-ilmu yang ada hubungannya dengan hukum-hakam Allah agar
mereka dapat mengabdikan diri kepada Allah dengan cara yang lebih sempurna.
7

Sarjana Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada tamadun dan
Page

perkembangan sains dunia. Mereka menggunakan AL Quran dan As Sunnah sebagai sumber
rujukan utama dalam meneroka pelbagai bidang ilmu. Sarjana Islam juga memperolehi
pengetahuan menerusi penterjemahan dokumen yang dihasilkan oleh tamadun sebelumnya
bagi memantap dan memperkembangkan bidang ilmu berkenaan.
Penterjemahan sering menumpukan kepada ilmu yang boleh memberi penyelesaian
kepada masalah kehidupan harian seperti perubatan, astronomi, dan kimia. Ia juga mencakupi
ilmu Mantik Yunani dan Matematik Hindu.. Sarjana Al Khawarizmi (780 - 850 M)sentiasa
diingati oleh ahli sains kerana sumbangannya yang besar dalam ilmu Aljabar dan bukunya Al
Jabr Waalmuqabala sentiasa dirujuk. Al Battani mengemukakan kaedah pengiraan astronomi
secara trigonometri. Kaedah ini sentiasa dirujuk oleh tokoh astronomi Eropah sehingga abad
ke tujuh belas, Para sarjana Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada
tamadun dan perkembangan Sains dan Teknologi hari ini. Hakikat ini jelas diperlihatkan
dengan terdapatnya lebih daripada suku juta manuskrip sarjana Islam dalam perpustakaan-
perpustakaan besar hari ini.

Masyarakat Eropah memperolehi banyak teknologi baru hasil daripada kedatangan


orang – orang Islam di sepanyol menerusi Perang Salib.Contohnya kompas,walaupun berasal
dari China tetapi menurut sarjana Barat ia telah diperkenalkan oleh orang – orang Islam.Para
pelaut Islam telah menjelajahi lautan lautan dari Frika Timur higga ke Selat Melaka sejak
daripada abad ke-6M lagi.teknologi membuat kertas di Eropah dikatakan berasal dari negeri
China melalui perantaraan kerajaan Islam Sepanyol pada abad ke-13M.Manakala teknologi
asid nitrik iaitu bahan penting idustri logam terutamanya dalam memisahkan logam besi
daripada emas dan perak diambil daripada tamadun Islam pada abad ke-14
8 Page
Politik

Islam telah memperkenalkan cara pemerintahan Islam yang adil kepada semua rakyat
meskipun berbeza agama dan keturunan.Sebagai penghormatan kepada orang bukan Islam,
dilantik ketua-ketua dari golongan mereka yang dipanggil Comes.Mereka mempunya hakim
yang menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dikenali sebagai Qadi al-Ajam.

Tamadun Islam mengemukakan kepada peradaban manusia sistem pemerintahan dan


kepimpinannya yang berasaskan konsep khilafah.Ia merupakan satu sistem pemerintahan dan
konsep lepimpinan yang meletakkan tanggungjawab secara keseluruhan berasaskan perspektif
syariah untuk tujuan kemaslahatan yang kesannya dinikmati manusia di dunia dan akhirat
secara bersama.Hal ini kerana pada hakikatnya tanggungjawab untuk menjaga agama dan
menguruskan dunia dengan agama.

Sistem pemerintahannya teratur, samada di bidang eksekutif atau kehakiman. Semua


keputusan pengadilan tercatat dan dibukukan dengan baik.Senario ini menyebabkan orang-
orang Arab, Barbar,Mozarab dan Muwalladun penduduk Andalusia dapat hidup
berdampingan serta saling membantu dalam proses pembangunan sehingga Andalusia
mencapai tingkat kemakmuran yang tinggi.Dalam melaksanakan sistem pemerintahan yang
berasaskan permusyawarahan, pemerintah eksekutif didampingi oleh satu dewan
permesyuaratan iaitu Majlis Syura. Anggota majlis ini terdiri daripada para cerdik pandai dan
wakil-wakil masyarakat.Tugasnya ialah memberi nasihat dan mengawal penguasa eksekutif
dalam menjalankan tugas pemerintahan.
9 Page
Perubatan

Sarjana islam Andalusia Berjaya menghasilkan kemajuan yang amat membanggakan dalam
bidang ini dan kejayaan mereka mengatasi pencapaian ahli-ahli perubatan timur. Berdasarkan
teori-teori baru,ahli-ahli perubatan Islam Andalusia telah berjaya melakukan eksperiman-
eksperimen yang sukar. Mereka sentiasa berhati-hati dalam semua operasi yang dilakukan
khususnya di dalam bidang actiplogi,patologi dan terapeutik. Dengan itu Andalusia berjaya
melahirkan ramai sarjana yang mempunyai kepakaran mendalam dalam pekbagai cabang ilmu
kedoktoran dan mereka telah menghasilkan karya-karya perubatan yang dilengkapi dengan
ilustrasi alat-alat pembedahan. Inilah sumbangan terbesar sarjana perubatan Isslam dan dunia
perubatan moden terhutang budi kepadanya . Orang Yahudi mempelajari ilmu perubatan
daripada sarjana Islam dan mereka terkenal di merata-rata tempat.

Selain daripada itu,para sarjana peraubatan menjadi tenaga pengajar di universiti-


universiti di seluruh Andalusia . Mereka bertanggungjawab menganugerahkan diploma atau
ijazah kepada para pelajar yang tamat pengajian doktor. Seseorang itu itu tidak dibenarkan
mengajar atau mempraktiskan ilmu kedoktoran tanpa diploma atau ijazah berkenaan . Banyak
hospital awam didirikan di semua bandar utama di Andalusia hasil daripada ramainya pakar
perubatan Islam yang lahir disini. Contohnya pada zaman pemerintahan para khalifah Bani
Umayyah terdapat lebih kurang 40 buah hospital di Cordova. Di antara sarjana perubatan
Islam Andalusia yang terkenal ialah Abu al-Qasim Khalaf bin Abbas al-Zahrawi,Abd.Rahman
Ishaq bin Haitham, Ibn Zuhr,Ibn Rushd,Ibn Khatib dan lain-lain lagi.
10Page
Penutup

Perkembangan tamadun Islam dapat diperhatikan melalui beberapa faktor yang tertentu.
Ajaran Islam yang diturunkan di Mekah,diasaskan di Madinah,dikembangkan di Syam dan
Damsyik,digemilangkan di Baghdad seterusnya di Andalusia dan Anatolia. Perkembangan
Tamadun Islam banyak mempengaruhi aspek kehidupan manusia sejagat hari ini. Tamadun
ini berjaya menukar kehidupan masyarakat Arab Jahiliah ketika itu kepada kehidupan yang
lebih bertatasusila. Ianya juga banyak mempengaruhi Eropah yang menyumbangkan Zaman
Renaisance Eropah. Kita sebagai Umat Islam hari ini hendaklah mengingati perkara ini
dengan baik dan moga-moga sejarah ini dapat dijadikan iktibar dan pedoman untuk kita
supaya lebih maju di masa hadapan dan memperjuangkan agama Islam yang kita cintai.
11Page
Rujukan

Buku

Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam(2009) Zulkifli Dahalan, m/s 106-113

Catatan Ringkas Perbincangan Mengenai Tamadun (2007) Prof Madya Dr. Nik Mohd Rosdi
Nok Ahmad

Internet

http://www.google.com/url?sa=t&source=web&cd=1&ved=0CBcQFjAA&url=http%3A%2F
%2Fwww.scribd.com%2Fdoc%2F22648214%2FSumbangan-Tamadun-Islam-Kepada-
Peradaban-Dunia&rct=j&q=sumbangan%20tamadun%20islam%20kepada%20peradaban
%20dunia&ei=-AqqTJLfFISMvQPR77HMDA&usg=AFQjCNGNOnKSO_-
NE9aDoYkYr7zVH297cg&sig2=7U4v1JWcvLAOawArNULdvA&cad=rja

http://www.google.com/url?sa=t&source=web&cd=2&ved=0CCIQFjAB&url=http%3A%2F
%2Fwww.slideshare.net%2Fryblaze%2Fsumbangan-tamadun-islam&rct=j&q=sumbangan
%20tamadun%20islam%20kepada%20peradaban%20dunia&ei=-
AqqTJLfFISMvQPR77HMDA&usg=AFQjCNHZGl27W1pjZpNUnarx3dF4PcwSZQ&sig2=y2I0Qnfvqv
ZS7HmW2DQ0iA&cad=rja
12Page
TARIKH PERKARA
Tarikh Terima Tugasan 03 Ogos 2010

Tarikh Mencari Bahan Untuk Tugasan 04 Ogos 2010 – 28 September 2010

Tarikh Hantar Tugasan 05 Ogos 2010

BORANG KOLEGRASI

13
Page

You might also like