You are on page 1of 2

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

DEWAN BALORA PERDANA


JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Assalamualaikum w.b.k. dan Salam Sejahtera

Sila beri perhatian pada taklimat keselamatan ini. Anda kini berada di dalam Dewan
Balora Perdana, Jabatan Pendaftaran Negara.

Untuk makluman semua, dewan ini dilengkapi dengan peralatan mengesan dan
memadam kebakaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba &
Penyelamat Malaysia.

Di dalam keadaan kecemasan, penggera akan berbunyi panjang seperti berikut.


Sekiranya penggera kecemasan berbunyi. Ini adalah langkah-langkah yang perlu
diambil :

ANDA SEMUA DIKEHENDAKI BERTENANG & JANGAN PANIK

DUDUK DI TEMPAT MASING-MASING & TUNGGU ARAHAN YANG AKAN DIBERIKAN

KELUAR SECARA TERATUR MELALUI PINTU KECEMASAN MENGIKUTI PAPAN TANDA


LALUAN KECEMASAN / EMERGENCY LANE / EMERGENCY EVACUATION ROUTE
MENUJU KE TEMPAT BERKUMPUL

SILA BERI KEUTAMAAN KEPADA WARGA EMAS, ORANG KURANG UPAYA & WANITA
MENGANDUNG

Untuk makluman semua, dewan ini mempunyai 4 pintu keluar yang boleh digunakan
semasa kecemasan. Gambar pertama menunjukkan 2 pintu keluar kecemasan di
bahagian kanan belakang dewan. Gambar kedua menunjukkan 1 pintu keluar
kecemasan di bahagian kiri belakang dewan. Gambar seterusnya menunjukkan 1 pintu
keluar kecemasan di bahagian belakang kiri dewan.
Setiba di luar bangunan, sila tuju ke tempat berkumpul di kawasan tempat meletak
kereta di belakang bangunan Jabatan Pendaftaran Negara. Anda dikehendaki sentiasa
berada di tempat berkumpul sehingga arahan selanjutnya.

Terima kasih di atas perhatian anda. Semoga perjalanan majlis ini berjalan dengan
lancar.

You might also like