You are on page 1of 1

Ruj. Kami : SKPP16(1)/100-10 Jld.

2( )
Tarikh : 28 Oktober 2018
Yayasan Guru Tun Hussein Onn,
Tingkat 13 Wisma KWSG
Jalan Kampung Attap
Kuala Lumpur
50460 Wilayah Persekutuan
Malaysia

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN PENAJAAN PERWAKILAN GURU SKPP16(1) KE INTERNATIONAL


CONFERENCE & EXHIBITION 2018 “TOGETHER TRANSFORMING EDUCATION”

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Amalan Terbaik QR-Code Sekolah Kebangsaan Putrajaya
Presint 16(1) (SKPP16(1)) telah dijemput untuk menghadiri ke International Conference & Exhibition 2018
“Together Transforming Education” bertempat di negeri Sabah. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh : 21 – 22 November 2018


Tempat : Sabah Federal Goverment Administrative Complex, Kota Kinabalu

3. SKPP 16(1) berhasrat untuk menghantar 6 orang guru ke program tersebut. Untuk makluman Tuan,
yuran pembentang adalah RM170/orang, peserta RM120/orang dan pameran RM50/hari. Memandangkan
program ini akan diadakan di Sabah, kami juga perlu menempah tempat penginapan dan mengambil tiket
penerbangan pergi dan balik.

4. Sehubungan dengan itu, SKPP16(1) dengan rendah hati memohon sumbangan dan tajaan ikhlas
daripada pihak tuan agar kami dapat menghantar seramai 6 orang guru ini ke program berperingkat
antarabangsa. Dikepilkan bersama surat ini adalah kertas kerja permohonan kami yang mengandungi butiran
lanjut berkenaan projek kami dan juga program yang dinyatakan.

5. Kami berharap agar pihak Tuan dapat memaklumkan status permohonan kami sebelum 5 November
2018 (Isnin). Sebarang makluman, boleh terus menghubungi En. Abd Rahman bin Ismail (Pengurus Pasukan)
di talian 017-8870792 atau emel abdrahman@skpp161.edu.my. Semoga permohonan ini mendapat
pertimbangan daripada pihak tuan. Segala kerjasama dan keprihatinan tuan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(NORIHAN BINTI ISMAIL)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1)

s.k : 1. Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1)

You might also like