You are on page 1of 3

50 syarikat Bumiputera yang baru disenaraikan dalam program Teras adalah seperti

berikut:
1. Sinar Jernih Sdn Bhd yang berpusat di Selangor menyediakan perkhidmatan
Integrated Facilities Management Services (IFMS) untuk penyelenggaraan
bangunan, lapangan terbang, hospital, kompleks membeli-belah dan sebagainya.
2. Tisisit Sdn Bhd menyediakan Khidmat Runding dalam hiasan dalaman serta
pengeluar perabot terutamanya perabot pejabat. Syarikat memiliki kilang membuat
perabot berlokasi di Puchong, Selangor dan Muar, Johor. Syarikat mempunyai
pejabat pasaran di India, China dan Arab Saudi.
3. PBJV Group Sdn Bhd adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan dalam
pemasangan dan penyelenggaraan paip "onshore‟ dan "offshore‟ untuk industri
minyak & gas. PBJV beribu pejabat di Selangor dan menyediakan perkhidmatan
kepada pelanggan di rantau ini.
4. Cakara Maritime Sdn Bhd adalah syarikat yang beribu pejabat di Selangor dan
menyediakan perkhidmatan perkapalan seperti bot, bot tunda, tongkang besar, bot
pelbagai guna, bot penumpang laju dan pelbagai jenis bot lagi.
5. Zelleco Engineering Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan untuk industri
telekomunikasi dalam pembuatan menara telekomunikasi. Syarikat ini mempunyai
kebolehan dari segi kejuruteraan, pembuatan serta pembinaan menara tersebut.
Memiliki kilang membuat struktur besi di Rawang, Selangor.
6. Automotive Performance Development Sdn Bhd merupakan syarikat penjualan,
penyelenggaraan dan menaik taraf kenderaan. Beroperasi dari sebuah bangunan
serba moden di Shah Alam, Selangor dan dilengkapi alatan moden.
7. Rubana Resources Sdn Bhd adalah syarikat aksesori kenderaan yang berpusat di
Putrajaya dan memiliki “UNIMEC Skills Academy”, iaitu institut teknikal untuk melatih
para pelatih dari segi penyelenggaraan hawa dingin kenderaan, memasang aksesori
kereta, servis kereta dan lain-lain.
8. IC Microsystems Sdn Bhd merupakan syarikat berteknologi tinggi yang
mengeluarkan “Fabless Integrated Circuit” untuk pasaran dunia. Syarikat beroperasi
di Cyberjaya.
9. ECE Technologies Sdn Bhd sebuah pengeluar dan penjual barangan elektrikal
seperti kipas, mesin pencuci baju, penghawa dingin di bawah jenama ECE. Pihak
syarikat juga adalah OEM (Original Equipment Manufacturer). Produk keluaran
syarikat diekspot ke Arab Saudi, Nigeria, Mesir, Indonesia dan India.
10. Matrix Power Network Sdn Bhd merupakan pengeluar jentera janakuasa untuk
industri tenaga. Syarikat juga terlibat dalam industri maritim dalam bidang elektrikal.
Beroperasi dari Bangi, Selangor.
11. Exact Engineering Sdn Bhd adalah syarikat kontraktor telekomunikasi yang
beribu pejabat di Kota Kinabalu. Menyediakan khidmat pemasangan kabel dan
kerja-kerja kejuruteraan sivil.
12. Nasmir Hard Gelatin Capsules Sdn Bhd merupakan pengilang dan pengeluar
kapsul gelatin Halal. Beroperasi dan memiliki sebuah kilang di Pulau Pinang.
13. Natural Wellness Holdings (M) Sdn Bhd yang beribu pejabat di Kuala Lumpur
adalah sebuah syarikat pengeluar produk berasaskan herba Halal di bawah jenama
“Natural Wellness”.
14. Mydin (M) Holdings Sdn Bhd adalah salah sebuah syarikat pemborong,
pembekal dan peruncit Bumiputera yang terbesar dalam negara.
15. Dewina Food Industries Sdn Bhd merupakan pengeluar produk makanan di
bawah jenama Brahim’s di pasaran tempatan dan luar negara. Syarikat beroperasi di
Bangi, Selangor.
16. Ranhill Utilities Sdn Bhd merupakan syarikat Malaysia yang pertama
menggunakan pendekatan mengurus air dari sumber ke pengguna. Mempunyai
konsesi di India, China, Thailand dan Arab Saudi. Beribu pejabat di Kuala Lumpur.
17. Selia Selenggara Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menyediakan
perkhidmatan penyelenggaraan bangunan yang beribu pejabat di Melaka.
18. Agensi Pekerjaan Careerxcell Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan
“headhunting” taraf eksekutif untuk pelbagai industri. Ibu pejabat di Kuala Lumpur.
19. Zenn HRB Sdn Bhd adalah pengilang dan pengeluar “pre-stressed spun
concrete poles” (PSCP) untuk kegunaan TM, TNB, KTM dan beribu pejabat di Perak.
20. Kulitkraf Sdn Bhd menghasilkan pelbagai barangan kulit untuk pasaran tempatan
dan antarabangsa. Mempunyai kilang di kawasan industri di Petaling Jaya, Selangor.
21. RPM Engineers Sdn Bhd yang beribu pejabat di Selangor menawarkan khidmat
nasihat pengurusan dan kejuruteraan.
22. Orogenic Holdings Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan analisa data, analisa
geologi, penilaian aset dan eksplorasi, perkhidmatan geoteknikal, “mudlogging” dan
“gyroscope” untuk industri minyak & gas. Syarikat beribu pejabat di Shah Alam.
23. TMM Engineering Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang beroperasi di Dungun,
Terengganu menawarkan khidmat kejuruteraan untuk industri minyak & gas.
24. Hadid Engineering (M) Sdn Bhd menawarkan khidmat kejuruteraan mekanikal,
sivil dan elektrikal kepada industri minyak & gas. Syarikat beribu pejabat di
Putrajaya.
25. Burnmark Industries Sdn Bhd merupakan pengilang komponen kenderaan dan
juga sebuah syarikat kejuruteraan automotif yang beroperasi di Selangor.
26. Amat Teknik Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengeluar “nuts”, “bolts” dan
“metal stamping” untuk industri automotif. Mempunyai sebuah kilang di Klang,
Selangor.
27. MM Vitaoils Sdn Bhd adalah syarikat pengilang, pemasar dan pengekspot
minyak masak berasaskan kelapa sawit. Beribu pejabat di Shah Alam, Selangor.
28. Hyrax Oil Sdn Bhd yang beribu pejabat di Kuala Lumpur mengilang, mengeluar
dan memasarkan minyak transformer dan lubrikasi untuk industri tenaga dan
pemotoran.
29. Misa Sdn Bhd adalah pengeluar meter elektrik dan beroperasi di Shah Alam,
Selangor.
30. HHI Power Sdn Bhd membekal barangan kejuruteraan kepada berbagai industri
dan beroperasi di Selangor.
31. Topaz Integrated Technology Sdn Bhd menawarkan khidmat khusus kejuruteraan
seperti “Industrial Automation”, SCADA dan khidmat mekanikal dan elektrikal. Beribu
pejabat di Kulim Hi Tech Park, Kedah.
32. KAT Technologies Sdn Bhd adalah antara syarikat yang pertama dalam
pengedaran kad prabayar Celcom. Beribu pejabat di Selangor.
33. Teliti Computers Sdn Bhd yang beribu pejabat di Selangor terlibat dalam bidang
teknologi maklumat.
34. System Consultancy Services Sdn Bhd adalah syarikat teknologi maklumat yang
khusus dalam bidang maklumat dan pengurusan “intelligence”. Ibu pejabat di Kuala
Lumpur.
35. Hopetech Sdn Bhd yang beribu pejabat di Kuala Lumpur adalah sebuah syarikat
teknologi maklumat. Bidang pengkhususan syarikat ini adalah rekacipta pembayaran
elektronik (e-payment) untuk sektor pengangkutan.
36. NuSuara Technologies Sdn Bhd terlibat dalam sektor teknologi maklumat dan
telekomunikasi seperti “Community Broadband Centre” (CBC) dan beribu pejabat di
Mid Valley City, Kuala Lumpur.
37. Asiaspace Sdn Bhd yang beribu pejabat di Kuala Lumpur menyediakan khidmat
penyewaan infrastruktur telekomunikasi dan menara-menara telekomunikasi.
38. Dura-Mine Sdn Bhd yang beroperasi di Selangor mengeluarkan “high density
polyethylene” untuk kabel gentian fiber terutamanya dalam sektor telekomunikasi.
39. SD Card Technologies Sdn Bhd yang beroperasi di Selangor mengeluar dan
membekal kad dan komponen optikal sekuriti.
40. Taiace Engineering Sdn Bhd adalah pengeluar “metal cabinet” berlokasi di Nilai,
Negeri Sembilan. Produk keluaran syarikat keselurahan adalah untuk pasaran
eksport.
41. ZER Plastic Sdn Bhd menghasilkan paip plastik bermutu tinggi yang banyak
digunakan dalam sektor telekomunikasi dan sektor air. Ibu pejabat di Kuala Lumpur.
42. Televenture Sdn Bhd, syarikat yang beroperasi di Selangor adalah sebuah
syarikat kejuruteraan khusus untuk industri telekomunikasi dan elektronik.
43. Kabaz Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan berhubung LAN, WAN, internet, e-
networking, VOIP, VPN dll. Syarikat ini beribu pejabat di Shah Alam, Selangor.
44. Significant Technologies Sdn Bhd adalah pengeluar produk berkaitan fiber optik
dan beribu pejabat di Kuala Lumpur.
45. CMC Engineering Sdn Bhd adalah syarikat bertaraf ISO 9001:2008 dan Cisco
“Premier Certified Partner” dan berpusat di Ampang, Selangor.
46. Quark Energy System Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan animasi, simulasi,
permainan berasaskan 3D and teknologi “realtime” secara 3D. Syarikat beroperasi di
Kuala Lumpur.
47. NAZ Medical Supplies Sdn Bhd membekal barangan untuk industri perubatan.
Syarikat ini beroperasi di Puchong, Selangor.
48. Halagel (M) Sdn Bhd adalah pengeluar kapsul gelatin Halal dan syarikat
beroperasi di Kedah.
49. Foresight Industries Sdn Bhd pengilang dan pembekal barangan perubatan dan
barangan pembedahan. Beroperasi di Selangor.
50. Benteng Kerjaya Sdn Bhd memiliki dan mengurus pusat latihan yang bernama
Institut Skill-Tech(IST). IST adalah institut swasta terbesar di Malaysia berasaskan
pertanian. Kampus utama di Melaka.

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2012/02/11/senarai-50-


syarikat-teras-bumiputera-di-bawah-teraju/#DGvBtj4iEKigBvCh.99

You might also like