You are on page 1of 2

PANITIA RBT

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI KALI KETIGA 2018

TARIKH : 12 JULAI 2016

MASA: 2.05 PTG

TEMPAT: BENGKEL RBT

PENGERUSI: PUAN SITI SARA BT ABU BAKAR

KEHADIRAN:

1. PUAN SITI SARA BINTI ABU BAKAR


2. PUAN WAN NOOR AZIMAH BT MAHMAD
3. EN NG POH LENG

TIDAK HADIR : TIADA

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru RBT kerana sudi hadir ke
mesyuarat kali ketiga ini.

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT

2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali kedua.

Dicadang : En Ng Poh Leng

Disokong : Pn Wan Noor Azimah

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT

3.1 Peperiksaan untuk matapelajaran RBT dijalankan dua kali setahun dalam PKBS 1 dan PKBS 2.

3.2 Perekodan PBS (Penyelaras sekolah ) untuk matapelajaran RBT bagi tahun 4 , 5 dan 6 perlu diisi
dalam computer desktop dalam Bilik Guru dua kali. Bulan Jun dan Oktober.

3.3 Alatan dan bahan telah dibeli mengikut peruntukan kewangan PCG. Pembelian dibuat melalui
pembekal sekolah. Untuk tahun 6 set kereta matrix. Tahun 5 papan elektronik Ada/Tiada dan
beberapa peralatan tangan yang lain.

AGENDA 4 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

4.1 Pengerusi memaklumkan semua projek berjalan lancar setakat ini.


4.2 Murid perlu menghasilkan folio sebagai tugasan sampingan.
PANITIA RBT

4.3 Semua guru disaran untuk mengutamakan keselamatan dan disiplin murid semasa aktiviti
dijalankan di dalam bengkel RBT.

AGENDA 5: PEPERIKSAAN

5.1 Dimaklumkan bahawa peperiksaan RBT hanya dijalankan untuk PKBS 1 dan PKBS 2 sahaja.

5.2 Pembahagian markah untuk hasil kerja murid dan peperiksaan bagi RBT adalah seperti berikut :

Hasil kerja/Projek : 40 markah

Ujian bertulis : 60 markah

5.3 Analisa Matapelajaran RBT untuk PKBS 1 yang lalu dilampirkan .

AGENDA 6 : HAL-HAL LAIN

6.1 Guru diminta mementingkan keselamatan murid semasa berada di bengkel.

6.2 Pengerusi memaklumkan peralatan di dalam bengkel tidak sewenang-wenangnya boleh di bawa
keluar dari Bengkel RBT . Kerjasama guru amat dihargai.

AGENDA 7: UCAPAN PENANGUHAN

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir . Mesyuarat di tangguhkan pada
jam 3.15 ptg.

You might also like