You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

BENGKEL PENYELARASAN SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM DAN TEKNIK-TEKNIK


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) BERKESAN UNTUK BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH
TAHUN 2015
ANJURAN UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

1. PENGENALAN
Peningkatan pencapaian dan prestasi akademik pelajar merupakan hala tuju sistem pendidikan
di negara kita selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pelbagai usaha telah
dicadangkan terutama kepada tenaga pengajar di sekolah melalui program-program yang dapat
memberi impak kepada kelestarian guru dan seterusnya dikecapi oleh pelajar hasilnya. Sebagai
langkahawal kepada usaha yang bakal dilaksanakan, perancangan-perancangan yang jitu perlu
disediakan sebagai landasan bagi merealisasi hasrat kerajaan untuk melahirkan dan
membangunkan modal insan yang efektif iaitu berpengetahuan, berkemahiran dan memiliki
sahsiah yang tinggi kualitinya.

2. MATLAMAT
Unit Pengurusan Akademik Pejabat Pendidikan Daro telah merangka beberapa intervensi
akademik menerusi beberapa program. Dengan bermatlamat meningkatkan kualiti guru
terutama dalam aspek penyebaran ilmu pengetahuan, sudah pasti akan memberi impak yang
positif kepada tahap pendidikan di daerah Daro secara amnya dan peningkatan kuantiti serta
kualiti khasnya pencapian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam SPM.

3. OBJEKTIF
Pelaksanaan Bengkel Penyelarasan Skema Pemarkahan Bahasa Melayu SPM dan Teknik-teknik
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Berkesan untuk Bahasa Melayu Sekolah Menengah ini
mempunyai objektifnya yang tersendiri. Objektif-objektifnya adalah seperti berikut :
1. Guru Bahasa Melayu daerah Daro mendapat pendedahan dan mengetahui teknik-teknik
menyemak kertas Bahasa Melayu SPM.
2. Dapat menilai kebolehan murid secara adil dan saksama.
3. Menggunakan simbol-simbol yang selaras bagi menanda setiap kesalahan bahasa.
4. Berkongsi kemahiran penyemakan dan pemarkahan dengan guru-guru pemeriksa SPM.
5. Guru Bahasa Melayu daerah Daro mendapat pendedahan dan mengetahui teknik-teknik
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu
sekolah menengah.
6. Meningkatkan kuantiti dan kualiti pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam SPM
bagi daerah Daro.
4. KUMPULAN SASARAN
Pelaksanaan program mensasarkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
bagi kelas Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Daerah Daro.

5. CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM


Berikut adalah cadangan pelaksanaan program.
Nama program : Bengkel Penyelarasan Skema Pemarkahan Bahasa Melayu SPM dan
Teknik-teknik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Berkesan untuk
Bahasa Melayu Sekolah Menengah Tahun 2015
Anjuran : Unit Pengurusan Akademik, PPD Daro
Tarikh Pelaksanaan : 17 – 18 April 2015 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Daro
Bilangan peserta Daro : 20 orang guru BM SPM
Penceramah Jemputan : 1. Cikgu Hasiah Pukim (SISC+ BM SM PPD SIBU)
2. Cikgu Noel Jimbai Anak Balang (SISC+ BM SM PPD SELANGAU)
Tentatif program : Sila rujuk lampiran
6. ANGGARAN KOS
Bil. Perkara Jumlah Catatan
1. Jamuan (RM12.00 x 32 orang x 2 hari) RM 768.00
2. Cenderahati kepada penceramah jemputan RM 400.00
RM 1168.00

7. JAWATANKUASA INDUK PENGELOLAAN


Pengerusi : Pegawai Pendidikan Daerah Daro
En. Mortadza Bin Sat
T. Pengerusi : KU Unit Pengurusan Akademik
En. Ahmad bin Mahmood
Penyelaras : Penyelia Unit Pengurusan Akademik
Cik Lee Siew Jung
Setiausaha : Pegawai SISC+ BM SM
En. Anthony Chan Seen Fock
P. Setiausaha : Pegawai SISC+ BI SM
En. Braksonly Anak Asaul
Bendahari : Pembantu Akauntan
Pn. Muziana Binti Sahari
Pegawai Teknikal : En. Kong Sing Nguong (Pegawai Maklumat PPD)
Ahli – ahli : 1. Pegawai SISC+ BM SR (1)
Cik Siti Masmah Binti Bohari
2. Pegawai SISC+ BM SR (2)
En. Aiphonsus Bin Lang
3. Pegawai SISC+ MT SR
En. Aldrin Anak Simel

8. RUMUSAN
Bagi merealisasikan matlamat, objektif serta kejayaan program, kerjasama serta komitmen
semua pihak yang terlibat adalah amat diharapkan. Sumbangan dari segi kewangan, kepakaran,
tenaga kerja dan fasiliti perlu mengiringi fasa-fasa program. Selain dari menjadikan program ini
sebagai aktiviti tahunan, adalah lebih sesuai usaha-usaha yang sedemikian rupa diteruskan
dengan mengambilkira aspek keperluan semasa, peningkatan kemahiran, kumpulan pelaksana
serta impaknya kepada warga pendidik, pelajar, sekolah serta pihak PPD, JPN dan KPM.

Disediakan Oleh,

(ANTHONY CHAN SEEN FOCK)


Pegawai SISC+ BM (SM)

Disemak Oleh,

(LEE SIEW JUNG)


Penyelia Unit Pengurusan Akademik

Disahkan Oleh,

(AHMAD BIN MAHMOOD)


KU Unit Pengurusan Akademik
LAMPIRAN 1

TENTATIF BENGKEL TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) BERKESAN UNTUK


BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2015

ANJURAN UNIT PENGURUSAN AKADEMIK


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DARO

TARIKH 7.30 – 8.00 – 10.00 – 10.30 – 12.45 – 2.00 –


8.00 am 10.00 am 10.30 am 12.45 pm 2.00 pm 4.30 pm

17 April Pendaftaran Slot 1 Rehat Slot 2 Rehat Slot 3


2015 Teknik – Teknik PLC
(Jumaat) teknik Penulisan Lesson
Mengajar RPH Yang Study
esei Berkualiti

18 April Pendaftaran Slot 4 Rehat Slot 5 Rehat Slot 6


2015 Panduan Panduan Rumusan
(Sabtu) Penyemakan Penyemakan
Kertas 1 Kertas 2

You might also like