You are on page 1of 7

BORANG CADANGAN KERTAS PROJEK/ PROPOSAL FORM FOR PROJECT PAPER

BUTIR-BUTIR PERIBADI / PERSONAL DETAILS

Nama / Name : NOORZARINA BINTI ABDUL KARIM

Program & Batch :

Program & Pengambilan :

No. Pendaftaran/Matric No. : (P89558)

Alamat / Address :

Tel / Fax :

E-mail :

1
1. TAJUK

AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENTADBIR DAN PENGARUHNYA


TERHADAP PELAKSANAAN PENGURUSAN KURIKULUM
DI DAERAH KUALA PILAH

2. MASALAH KAJIAN

Guru besar merupakan pihak bertanggungjawab dalam pengurusan kurikulum di sesebuah


sekolah. Bagi melihat perkembangan kurikulum yang berkesan, guru besar perlu memainkan
peranan dalam penyeliaan klinikal, perkembangan staf, perkembangan kurikulum dan
membantu pembelajaran pelajar. Berdasarkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
kurikulum dan pengajaran, guru besar sebagai pemimpin instruksional perlu memastikan
pelajar menerima pengajaran sebagaimana yang digariskan oleh KPM. Selain itu, guru besar
perlu berperanan aktif dalam menyelaras kandungan dan aktiviti kurikulum, namun dalam
aspek pelaksanaan kurikulum di bilik darjah, guru-guru perlu diberi pengupayaan
(empowerment) dan kelenturan (flexibility). Di samping itu, guru besar perlu kerap
membuat pemantauan secara berkala terhadap kemajuan pelajar untuk memastikan matlamat
sekolah tercapai.

Isu dalam mengelola tugasan guru dan kurikulum bagi menentukan matlamat jangka
panjang, sederhana dan jangka pendek sekolah serta menyusun prioriti untuk melaksanakan
matlamat yang ditentukan. Masalah di sekolah sering dikaitkan dengan amalan kepimpinan
pentadbir dalam penyelarasan tugasan dalam kalangan guru dan staf .Kepimpinan pentadbir
juga sering dikaitkan dengan masalah dalam amalan penilaian tugasan guru dan staf serta
akademik pelajar. Menurut Sergiovanni (1987) dan Edmonds (1979) mendapati bahawa
amalan kepimpinan guru besar memainkan peranan penting bagi menentukan kelicinan,
kecekapan dan keberkesanan sekolah. Kemampuan guru besar dalam melaksanakan tugas
dengan berkesan sebagai pengurus kurikulum di sesebuah institusi pendidikan membolehkan
sekolah akan mencapai objektif dan matlamatnya.
Adalah signifikan kajian ini dilakukan untuk meninjau amalan kepimpinan menurut Skema
Tiga Dimensi peranan pentadbir dalam menentukan pengaruh terhadap pelaksanaan
pengurusan kurikulum di sekolah.

2
3. PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap amalan kepimpinan instruksional pentadbir?

2. Apakah tahap pelaksanaan pentadbir dalam pengurusan kurikulum?

3. Sejauhmanakah pengaruh amalan kepimpinan instruksional pentadbir terhadap pelaksanaan


pengurusan kurikulum?

4. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk:


1. Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan instruksional pentadbir.
2. Mengenal pasti tahap pelaksanaan pentadbir dalam pengurusan kurikulum.
3. Mengenal pasti pengaruh amalan kepimpinan instruksional pentadbir terhadap
pelaksanaan pengurusan kurikulum.

5. KEPENTINGAN KAJIAN

James & Balasandran (2009) menyatakan bahawa pemimpin pendidikan iaitu pengetua atau
guru besar perlu memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional dan pemimpin
kurikulum. Instruksional merujuk kepada bagaimana kurikulum itu disampaikan iaitu
melalui cara atau kaedah yang digunakan. Menurut Drake dan Roe (1986) menyatakan
bahawa kepimpinan instruksional merujuk kepada usaha kearah untuk mengalakkan pihak
yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai misi dan visi
sekolah yang ditetapkan. Menurut Hallinger & Murphy (1985) pula menyatakan bahawa
kepimpinan instruksional adalah aktiviti yang dilakukan oleh guru besar atau guru besar
sekolah untuk meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kajian ini diharap dapat memberi ilmu pengetahuan, penambahbaikan dan membuat
tindakan susulan oleh guru besar tentang pengaruh amalan kepimpinan instruksional guru
besar terhadap kecekapan pengurusan kurikulum di sekolah.

3
6. KAEDAH KAJIAN

Kajian ini juga menggunakan kaedah persampelan secara rawak mudah sistematik bagi
menentu dan memilih sampel daripada populasi. Pemilihan kaedah ini adalah untuk
mengurangkan potensi memilih sampel berdasarkan kecenderungan tertentu. De Vaus
(1985) menyatakan dan mencadangkan lima langkah yang perlu diambil untuk membuat
persampelan rawak mudah sitematik, iaitu:
(1) Menyediakan rangka persampelan yang lengkap;
(2) Melabelkan ahli dalam populasi dengan nombor khas;
(3) Menetukan saiz sampel;
(4) Memilih ahli mengikut saiz sampel yang telah ditentukan berdasarkan jadual nombor
rawak.
(5) Memilih ahli daripada angka rawak tersebut.
Pengkaji mendapati cadangan De Vaus (1985) tersebut adalah sesuai dan boleh dilaksanakan
dalam kajian ini. Ini kerana data-data berkaitan populasi dalam kajian ini adalah lengkap dan
sedia untuk diproses. Sehubungan itu, pengkaji telah melaksanakan lima langkah tersebut
seperti mana yang dicadangkan oleh De Vaus (1985). Berikut adalah langkah dan tindakan
yang telah diambil pengkaji bagi menentukan sampel kajian.
Batasan kajian adalah limitasi yang dihadapai oleh penyelidik dalam melaksanakan kajian
ini. Kajian ini dijalankan di sekolah rendah di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan sahaja.
Responden adalah di kalangan pentadbir.

7. UNIT ANALISIS KAJIAN / DEMOGRAFI RESPONDEN

Reka Bentuk Kajian Kaedah Tinjauan

Populasi dan sampel 188 orang pentadbir dari 47 buah sekolah rendah
Kajian di daerah Kuala Pilah

Prosedur Persampelan Persampelan secara rawak


Kajian

Lokasi Kajian Semua sekolah rendah daerah Kuala Pilah (47 buah

4
sekolah)

Prosedur Analisis Data  Analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan


kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai
 Analisis Inferensi : Regrasi Linear Berganda

Kaedah Analisis Data Perisian Statistical Package for The Social Science (SPSS)
versi 22

8. SKOP KAJIAN

Skop kajian ini adalah untuk melihat amalan kepimpinan instruksional pentadbir dalam
pengurusan kurikulum yang cekap di sekolah. Amalan kepimpinan instruksional diukur
berdasarkan merangka matlamat, mengurus program instruksional dan mengalakkan iklim di
sekolah. Manakala kecekapan pengurusan kurikulum diukur dari aspek penyeliaan klinikal,
perkembangan staf, perkembangan kurikulum dan pembelajaran pelajar di sekolah.

9. SOAL SELIDIK KAJIAN

Borang soal selidik yang dibentuk oleh:


 Shafinaz A.Maulod (2017)
 Mat Yusoff Bin Che Mat (2012)

Bahagian A : Maklumat demografi (5 item)


Bahagian B : Amalan kepimpinan instruksional pentadbir (50 item)
Bahagian C : Pengurusan kurikulum (16 item)

5
10. PENGESAHAN INSTRUMEN

Pembinaan instrumen yang baik haruslah mempunyai kesahan dan keboleh


percayaan soal selidik yang tinggi. Menurut Mohamed Najib (2015) menyatakan
bahawa semakin tinggi tahap kesahan dan keboleh percayaan sesuatu soal selidik
tersebut, semakin bagus data yang akan diperolehi daripada responden. Kesahan soal
selidik merujuk kepada alat pengukuran sejauh mana alat itu dapat mengumpul data
yang merangkumi kandungan sesuatu bidang yang dikaji. Terdapat tiga jenis
kesahan yang diperlukan dalam soal selidik iaitu (i) kesahan kandungan,(ii) kesahan
konstruk dan (iii) kesahan muka. Tujuan kesehan diperlukan adalah matlamat utama
bagi kesahan kandungan sesuatu alat ukur yang digunakan ialah untuk
memastikan sesuatu ujian dapat mengukur bidang yang dikaji dengan tepat dan
baik.
Selain itu, kesahan konstruk juga diperlukan bagi melihat sejauh mana ujian itu
dapat mengukur kajian berasaskan teori yang digunakan oleh pengkaji dalam kajiannya
(PPP 2010; Creswell 2012). Bagi kesahan muka pula diperlukan kerana supaya
kajian yang dijalankan dapat mengukur apa yng perlu dan patut diukur dalam kajian
yang dijalankan oleh pengkaji. Sehubungan itu, penyelidik perlu mendapatkan
maklumam balas daripada individu yang pakar dan mahir dalam bidang pentadbiran
untuk mendapatkan kesahan kandungan dan kesahan muka soal selidik. Pakar
menilai soal selidik yang dibina berdasarkan persoalan kajian untuk mendapatkan
kesahan instrumen. Pengesahan item soal selidik merangkumi beberapa aspek seperti
aspek ketepatan, kesesuaian istilah dan struktur ayat yang baik dan bermakna supaya
tidak menimbulkan kekeliruan daripada pihak responden. Manakala bagi kesahan
konstruk soal selidik pula diujur dengan menggunakan kesahan dan semakan pakar
kedua dan ketiga sama ada setiap item soal selidik dapat difahami dengan jelas atau
tidak.

Tandatangan Pelajar / Student’s Signature: Tarikh / Date:

………………………………………………. __________________

6
7

You might also like