You are on page 1of 43

Apakah dia kerak bumi ?

Bumi terdiri daripada beberapa lapisan sfera yang


sepusat. Lapisan yang di luar sekali di namakan kerak
bumi atau lithosfera. Ketebalannya antara 5 km - 65 km.

Kerak bumi terdiri daripada dua lapisan yang nyata di


mana di bahagian atasnya terdiri daripada batu-batu
granit yang membentuk benua-benua. Bahan-bahan
logam utama yang terdapat di dalamnya ialah silika dan
aluminium lalu keseluruhannya dinamakan sial.
Ketumpatan bandinganya ialah 2.6 - 2.7.
Manakala di bahagian lapisan bawah terdiri daripada
batu-batu basalt yang lebih tumpat dan membentuk dasar
lautan. Bahan-bahan logam utama yang terdapat di
dalamnya ialah silika, magnesium dan besi lalu
keseluruhannya dinamakan sima.Ketumpatan
bandinganya ialah 2.8 - 3.0
BENTUK MUKA BUMI
UTAMA

1. GUNUNG
2. DATARAN TINGGI
3. TANAH PAMAH

GUNUNG
Sebahagian besar permukaan bumi terdiri daripada gunung-gunung dan ia boleh
dibahagi kepada empat jenis yang utama iaitu :

1. Gunung lipat - Gunung ini terjadi kerana pergerakan bumi secara besar-besaran apabila
terdapat tekanan-tekanan yang kuat dalam kerak bumi menyebabkan batu batan
termampat dan kawasan yang lemah akan berkedut atau berlipat. Perlipatan ini akan
mengecilkan lagi kerak bumi dan menyebabkan permukaan bumi menjadi beralun-alun.

2. Gunung bongkah - Gunung ini terjadi apabila kerak bumi merekah dan gelinciran
berlaku. Gelinciran mungkin disebabkan ketegangan atau mampatan iaitu dua kuasa yang
memanjangkan atau memendekkan kerak bumi. Kuasa ini menyebabkan satu bahagian
kerak bumi menurun atau meninggi dari aras sekitarnya.

3. Gunung berapi - Gunung ini terbentuk daripada bahan yang keluar melalui rekahan-
rekahan di kerak bumi. Bahan-bahan ini termasuklah lava yang cair, bara api, abu, debu
dan lumpur cair.Bahan-bahan tersebut jatuh di sekeliling lohong gunung berapi itu dalam
bentuk yang berlapis-lapis hingga membentuk kon gunung berapi.

4. Gunung sisa - Gunung jenis ini terjadi sebagai hasil daripada proses gondolan. Apabila
aras bumi pada umumnya menjadi rendah oleh agen-agen gondolan, maka sesetengah
kawasan yang kukuh akan terus kekal seperti biasa dan menjadi gunung sisa. Gunung sisa
juga mungkin terjadi daripada dataran tinggi yang telah dikelar-kelar oleh sungai hingga
menjadi bukit dan lembah.
DATARAN TINGGI
Dataran tinggi adalah tanah tinggi yang terangkat dan yang mempunyai permukaan
rata yang luas dan biasanya menurun dengan curam ke kawasan rendah di sekelilingnya.
Berdasarkan asal pembentukkan dan sifat-sifat fizikalnya, dataran tinggi boleh dibahagi
kepada tiga jenis yang utama iaitu :

1. Dataran tinggi tektonik - Dataran tinggi ini terbentuk akibat daripada pergerakan bumi
yang menyebabkan berlakunya penimbulan. Biasanya dataran tinggi ini mempunyai
saiz yang besar dan seragam tingginya. . Ini termasuklah bongkah-bongkah benua seperti
Dataran Tinggi Deccan di India. Apabila dataran tinggi di kelilingi oleh gunung-gunung
lipat, maka dataran tinggi itu dikenal sebagai dataran tinggi antara gunung.

2. Dataran tinggi gunung berapi - Dataran tinggi ini terbentuk akibat daripada lava cair
melimpah keluar dari kerak bumi dan mengalir di permukaan bumi lalu membentuk
beberapa lapisan yang dinamakan lava basol . Lava yang beku ini membentuk dataran
lava .

3. Dataran tinggi berkelar-kelar - Dataran tinggi yang luas sedikit demi sedikit akan
terhakis akibat dari proses luluhawa dan hakisan yang terus-menerus dilakukan oleh air
yang mengalir, ais dan angin. Oleh yang demikian, permukaan dataran itu menjadi tidak
sama rata. Di kawasan dataran tinggi yang beriklim lembab, sungai dan kadangkala
glasier menyebabkan lurah-lurah yang dalam dan sempit terjadi, dataran tinggi yang
mengalami kejadian seperti ini dinamakan dataran tinggi berkelar-kelar. Di negeri-negeri
yang beriklim kering, hakisan menegak yang dilakukan oleh sungai dan geselan yang
dilakukan oleh angin akan memecahkan dataran itu dan membentuk bongkah-bongkah
seperti meja yang bertebing curam yang disebut mesa dan butte. Kawasan ini diselang-
seli oleh kanyon yang dalam.

TANAH PAMAH
Tanah Pamah atau dataran adalah merupakan kawasan tanah rendah yang rata atau
beralun tetapi jarang melebihi beberapa ratus kilometer dari aras laut. Tanah pamah
merupakan kawasan yang paling subur di sesebuah negara dan selalunya digunakan
sebagai kawasan petempatan, pertanian dan perindusterian. Tanah pamah boleh dibahagi
kepada tiga jenis yang utama iaitu berdasarkan kepada asal kejadiannya :

1. Dataran bentuk bumi - Ia merupakan kawasan yang telah terlekuk dari segi bentuk
muka buminya lalu menjadi kawasan dataran semula jadi yang paling luas di dunia.
Dataran ini terbentuk daripada batu-batan yang mendatar dan boleh dikatakan tidak
tersentuh oleh pergerakan kerak bumi.

2. Dataran mendap - Dataran jenis ini terbentuk daripada bahan-bahan mendapan yang
dibawa oleh berbagai-bagai anasir pengangkutan. Dataran ini boleh dikatakan rata
tetapi semakin meninggi hala ke kawasan tanah tinggi. Kesuburan dan perkembangan
ekonomi kawasan ini banyak bergantung kepada jenis-jenis mendapan yang terkumpul.
Beberapa dataran mendap yang paling luas dibentuk oleh sungai-sungai yang besar.
Hakisan yang pesat di bahagian hulunya menyebabkan sungai-sungai itu banyak
membawa lanar ke bahagian hilirnya. Lanar itu dimendapkan sehingga menjadi dataran
lanar, dataran mendap dan dataran delta yang Iuas. Kawasan ini merupakan kawasan
yang paling subur di dunia dan digunakan untuk pertanian secara giat. Penduduknya juga
sangat padat.
Glasier dan litupan ais juga dapat memendapkan lapisan pasir dan batu kelikir yang
bercampur-aduk lalu membentuk dataran lanar ais. Glasier juga dapat menimbunkan
lanar batu tongkol, iaitu campuran di antara batu-batu tongkol yang berbagai-bagai rupa
dengan lanar lalu membentuk satu dataran lanar batu tongkol. Dataran lanar ais selalunya
merupakan kawasan yang tidak mempunyai tumbuh-tumbuhan tetapi lanar batu tongkol
pula mungkin merupakan satu kawasan pertanian .
Di kawasan pula pantai, ombak dan angin biasanya menyeret bahan-bahan pantai
seperti lumpur, pasir atau batu lada ke kawasan dataran pantai. Bahan-bahan ini
dimendapkan di dataran pantai dan terbentuklah paya masin, kukup, tanah pamah
pasang surut dan tanah pamah muara. Penimbulan bumi mungkin meninggikan sedikit
kedudukan pinggir pantai dan membentuk dataran pantai timbul.
Angin mungkin membawa butir-butir halus yang dinamakan loes. Bahan ini dibawa
dari kawasan gurun pedalaman atau kawasan tandus dan ditimbunkan di bukit-bukit,
lembah-lembah atau di dataran- dataran hingga membentuk dataran tinggi loes, seperti
di barat laut negara China dan tanah pamah loes, seperti di kawasan Pampas di
Argentina. Tanah loes ini meratakan kawasan yang beralun dengan cara menimbunkan
kawasan-kawasan lurah dan lekukan. Kebanyakan kawasan yang diliputi oleh bahan
loes di dunia ini merupakan kawasan pertanian yang subur.

3. Dataran hakis - Dataran ini dibentuk oleh agen-agen hakisan. Hujan, sungai, ais dan
angin dapat meratakan permukaan bumi yang tidak rata. Dalam jangka masa yang
panjang iaitu berjuta juta tahun lamanya, gunung yang tinggi sekali pun akan diruntuhkan
hingga menjadi satu dataran rendah yang beralun. Dataran gondolan ini dinamakan
peneplain yang hampir menyerupai dataran.
Sungai yang mengalir dari hulu ke hilir akan memperdalam lembah dan melebarkan
tebingnya. Susuh-susuh bukit yang menganjur ke sungai akan terpenggal dan ini
meluaskan lagi kawasan rata di tebing sungai itu hingga menjadi rendah. Di samping itu
tanah tinggi yang terletak di antara sungai itu lama-kelamaan akan menjadi rendah.
Bagi kawasan yang telah mengalami tindakan glasier, dan litupan ais telah
menggesel dan meratakan muka bumi dan membentuk dataran hakis ais. Sekarang
lekukan-lekukan yang dibentuk oleh glasier itu telah menjadi tasik-tasik. Di kawasan
kontang dan hampir kontang, sebahagian besar daripada bahan yang telah terhakis
diterbangkan oleh layangan angin. Oleh kerana itu aras kawasan itu menjadi rendah lalu
membentuk dataran luas, umpamanya dataran kontang berbatu kelikir atau berbatu-batu
yang disebut reg di Afrika Luluhawa mekanikal di kawasan kontang dan hampir
kontang telah meluruhkan cerun-cerun yang tinggi hingga menjadi pediplain
PELBAGAI JENIS BATUAN
[ Batuan igneus Batuan enapan Batuan metamorfosis ]

Bagaimana batuan di kelaskan ?


Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini
berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara
terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang
mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-
batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu
mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan juga
hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan
sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di
sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan mengenal batu-batan yang terdapat
di sekeliling kita.

Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan


(a) kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini.
(b) tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan;
(c) struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.

Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu:
(a) batuan igneus;
(b) batuan enapan;
(c) batuan metamorfosis.

Batuan Igneus
Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari
dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak
mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan
logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu
digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini
tidaklah padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat
dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium
dan magnesium. Dari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua
jenis iaitu :
l. Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan - Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di
bahagian bawah kerak bumi. Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara
perlahan-lahan. Oleh kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal. Batu
jalar dalam ini, umpamanya granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi akibat
daripada proses gondolan dan hakisan.

2. Batu Gunung Berapi atau Terobosan - Batu gunung berapi adalah batu cecair yang
telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat
di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus.
Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu basol
ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava. Setengah-setengah
batu basol membeku dengan cara yang luar biasa dan menghasilkan menara-menara batu.
Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar melalui rekahan-rekahan.
Lava cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar.

Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus biasanya
dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan dan batu-batu
nisan yang berukir.

Batuan Enapan
Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan.
Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan
jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-
batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke
beberapa meter. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras.
Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-
sungai, glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan enapan tidak berhablur dan
seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus.
Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara kejadiannya jika dibandingkan
dengan batuan lain, batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkan umurnya. Berbagai-
bagai jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka waktu yang sama telah dijeniskan ke
dalam satu golongan. Mengetahui sifat-sifat pelbagai jenis batu-batan itu sangatlah
penting. Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan
kepada asal kejadiannya dan kandungannya iaitu :

l. Batuan enapan yang terjadi secara mekanik - Batuan jenis ini terjadi daripada
pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu pasir merupakan
batuan enapan yang paling banyak terdapat. Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-
kadang serpihan batu kuarza. Susunan, kandungan dan warnanya sangatlah berbeza-beza.
Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan membuat rumah atau
membuat batu penggiling. Batu pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-
batu kelikir yang lebih besar berpadu dengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar,
maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-
segi). Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liat yang banyak digunakan untuk
membuat bata, syil atau batu lodak. Pasir dan batu kelikir mungkin terdapat dalam bentuk
yang tidak berpadu.

2. Batuan enapan yang terjadi secara organik - Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-
hidupan yang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah reput
dagingnya akan meninggalkan kulit-kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi
secara ini terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur.
Batu yang mengandungi karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini terjadi daripada
pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya
dan hutan. Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan tumbuh-tumbuhan itu
dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat. Akhirnya tinggalan ini menjadi
gambut, lignit atau arang batu. Semua bahan-bahan ini sangat tinggi nilainya dari segi
ekonomi.

3. Batuan enapan yang terjadi secara kimia - Batu jenis ini terenap melalui tindakan
kimia larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid (garam batu) berpunca daripada lapisan
yang pada satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik. Gipsum atau kulsium sulfat
didapati dari penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat
masin airnya itu. Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama.

Batuan Metamorfosis

Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan


menyebabkan semua batu-batuan, baik batuan igneus
mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi
batuan metamorfosis. Sifat-sifat asal batuan tersebut
mungkin berubah oleh kuasa-kuasa tersebut di atas
taditerutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat
kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung akan
berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu
marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit
menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi
grafit dan grafit menjadi berlian. Batuan
metamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak
dijumpai di Malaysia. Batu marmar misalnya boleh
didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh
didapati di kawasan pergunungan di Sarawak.
Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan
kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan fizikal dan kimia yang
dimaksudkan itu ialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan komposisi mineral batuan.
Batuan metamorfosis mungkin berasal daripada batuan igneus, batuan enapan atau batuan
metamorfosis yang lain. Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfisma
ialah antara 100°C hingga 800°C. Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut.
Dalam keadaan yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi susunan mineralnya.
Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi saiz dan bentuknya. Komposisi
batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia. Tekanan yang kuat mungkin
menghimpit hablur menjadi rata atau panjang. Apabila magma panas mengalir keluar ke
permukaan muka bumi ataupun memasuki celah-celah rekahan, batuan kerak bumi yang
disentuhnya berubah menjadi batuan metamorfosis. Proses ini dikenali sebagai
metamorfisma terma. Batu marmar dan slat bintik terbentuk secara metamorfisma terma
ini. Metamorfisma yang berlaku secara besar-besaran adalah metamorfisma serantau. Di
kawasan kerak bumi yang pernah mengalami proses pembentukan gunung terdapat
batuan metamorfosis seperti syis dan gneis. Hal ini terjadi apabila batuan yang terdapat
jauh di dalam kerak bumi mengalami tekanan yang kuat dan haba yang tinggi. Tekanan
dan haba yang tinggi menyebabkan batuan mertgalami proses penghabluran semula.

Batuan metamorfosis mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan


metamorfosis mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai mineral
yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang hanya terbentuk
pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan metamorfosis mampat dan
menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya. Pemadatan
batuan menyebabkan molekulnya menjadi lebih rapat dan isipadu batuan lebih kecil.
Sesetengah batuan metamorfosis yang berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam
lapisan-lapisan yang selari. Batuan metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral
dalam batuan itu mengalami penghabluran semula atau terhimpit akibat tekanan. Jaluran
juga terjadi apabila mineral yang mempunyai kepadatan berlainan terasing lalu
membentuk lapisan-lapisan. Contoh batuan berjalur ialah batu loh dan syis. Batuan ini
boleh pecah menjadi lapisan-lapisan yang nipis. Batuan metamorfosis tidak berjalur
seperti batu marmar dan kuarzit pula tidak boleh pecah kepada beberapa lapisan.

Kepentingan Batuan
Setiap batu-batan mempunyai kepentingannya sendiri. Batu-batan boleh
mempengaruhi bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan corak petempatan. Terdapat
dua pengaruh besar batu-batan kepada kehidupan manusia iaitu dari segi ekonomi dan
bentuk muka bumi.

Ekonomi
Tanah Dan Bekalan Air
Pertanian dan pembangunan sesuatu kawasan bergantung pada tanah di kawasan
tersebut. Jenis tanih ditentukan oleh jenis batu induk. Kawasan yang mempunyai batu-
batan yang keras dan telah mengalami sedikit hakisan tidak sesuai untuk pertanian dan
penduduknya juga kurang. Batu-batan muda menghasilkan tanih yang subur dan sangat
sesuai untuk pertanian serta secara tidak langsung akan menarik lebih ramai penduduk ke
kawasan ini. Sifat batu-batan juga mempengaruhi bekalan air di sesuatu kawasan. Faktor-
faktor seperti jenis rekahan di dalam batu batan, ketelapan, jenis lapisannya dan batu
induk akan mempengaruhi peredaran air dalam tanahy pembentukan mata air dan saliran
kawasan itu. Kawasan yang mempunyai air dalam tanah yang banyak sesuai untuk
petempatan. Kolam air buatan atau semula jadi hanya boleh dibina di lembangan
lembangan yang mempunyai batu md keras di bawahnya untuk mengelakkan tirisan.

Bahan Api
Kandungan galian dan organan di dalam batu batan menyebabkannya sangat
bernilai daripada segi ekonomi. Batu-batan yang boleh digunakan sebagai bahan api ialah
gambut, arang batu perang (lignit), bitumen dan arang batu wap, antrasit dan minyak
galian. Bahan api ini dijadikan sebagai sumber haba dan tenaga di rumah dan di kilang
kilang. Pengkarbonan arang batu menghasilkan arang kok dan gas arang batu. Arang kok
digunakan di relau bagas, manakala gas aran batu di unakan di rumah untuk memasak.
Arang batu melalui proses pemisahan kimia boleh menghasilkan lebih kurang 200, 000
hasil sampingan seperti tar, minyak wangi, racun rumpai, baja, racun serangga dan bahan
letupan. Minyak galian pula menghasilkan petroleum yang sangat penting untuk
perusahaan pengangkutan dunia. Plastik adalah hasil sampingan petroleum yang boleh
dijadikan berbagai barang kerana ia ringan dan tahan lama.

Pembinaan
Terdapat banyak batu batan yang boleh digunakan sebagai bahan pembinaan.
Contohnya granit, batu kapur, batu pasir, marmar dan slat. Granit (batu igneus keras)
digunakan untuk membina jalan raya, membuat batu penggiling dan batu pengasah. Batu
kapur digunakan sebagai baja, untuk membina jalan raya, membuat gelas dan simen.
Batu kapur, pasir, lumpur, kapur dan tanah liat penting sebagai bahan mentah membuat
simen. Pasir juga digunakan di dalam relau bagas dan untuk membuat gelas. Tanah liat
digunakan untuk membuat periuk belanga.

Perusahaan
Batu-batan mengandungi berbagai jenis garam yang boleh digunakan dalam
perusahaan. Garam-garam ini biasanya terdapat dalam timbunan yang banyak.
Contohnya pemendapan fosfat yang banyak di Maghribi dan Tunisia, kalium karbonat
(potash) di Sttassfort dan nitrat di Gurun Atakama. Garam terdapat di Tasik Garam Besar
di Amerika Syarikat dan pantai Laut Mati.

Logam
Batu batan juga kaya dengan kandungan logam. Bijih logam lazimnya didapati di
celahan atau alur di dalam rekahan dan lubang batu-batan. Bijih logam boleh dihasilkan
daripada haba yang kuat dan pemampatan. Haba ini diperolehi dari tindakan gas yang
sangat panas, magma dari jalar dalam gunung berapi. Bijih logam juga terdapat dalam
magma yang cair. Apabila magma ini keluar dan memasuki lubang lubang batu, ia akan
menyejuk perlahan-lahan mem~ bentuk alur bijih atau celahan. Perlombongan bijih
logam dijalankan di kawasan- kawasan yang mempunyai logam yang banyak dan boleh
didapati dengan mudah dan murah. Contohnya, di Afrika Selatan, Perisai Kanada, Daerah
Katanga di Congo dan Australia Barat dan Tengah. Terdapat galian-galian seperti bijih
besi dan bauksit yang menggalakkan pembentukan perusahaan-perusahaan besar seperti
di Timur-laut Amerika Syarikat dan Pennsylvannia. Terdapat juga bijih logam yang
dihanyutkan dari tanah tinggi ke dasar sungai. Contohnya timah aluvium, emas dan
platinum. Sifat terpilih pengangkutan dan pemendapan air telah mengasing-asingkan bijih
dan dimendapkan di dasar-dasar aluvium atau kelikir. Pengasingan ini dipanggil lampan
bijih. Contohnya timah aluvium di sepanjang kaki bukit barat Semenanjung Malaysia dan
emas aluvium di sungai-sungai di barat daya Amerika Syarikat. Terdapat juga bijih logam
yang berpadu dengan unsur-unsur lain. Logam yang berpadu dengan oksigen menjadi
oksid timah. Contoh oksid timah seperti kasiterit, mangganam oksid dan feras oksid
(limonit, hematit dan magnetit).

Batu Permata
Batu metamorfik menghasilkan pelbagai jenis batu permata yang digunakan untuk
membuat barang kemas. Antaranya ialah intan, garnet, delima, nilam dan zirkon.

Bentuk Muka Bumi


Batu-batan lembut seperti tanah liat dan kapur menghasilkan keadaan tanah yang
beralun kerana tidak tahan kepada hakisan dan luluhawa manakala batu-batan yang boleh
telap air dan larut seperti batu kapur dan kapur mewujudkan permukaan bumi yang
gersang dan tandus. Batu-batan keras seperti granit dan batu pasir menghasilkan bentuk
muka bumi yang kasap kerana tahan kepada hakisan dan luluhawa dan batu-batan yang
berlapis-lapis dengan jaluran jaluran keras dan lembut pula menghasilkan pemandangan
darat yang bertingkat-tingkat.
Tindakan Ombak

Tindakan Ombak
Bentuk pinggir laut sentiasa berubah disebabkan oleh tindakan ombak, pasang
surut dan arus yang sentiasa berlaku di sini. Pada hari yang tenang apabila angin kencang
tidak bertiup, maka ombak tidak banyak merosakkan pinggir pantai. Sebaliknya ombak
itu mungkin akan membina pantai dan bentuk-bentuk pemendapan yang lain. Ombak
paling banyak membinasakan pinggir pantai pada waktu ribut.
Pasang surut dan arus yang melanda pantai tidak banyak melakukan kerosakan
kepada pinggir pantai. Pasang surut mempengaruhi hakisan laut manakala arus pula
membantu memindahkan puin-puin yang terhakis dan menimbunkannya sebagai kelodak
pasir dan batu kelikir di sepanjang pantai.
Ombak adalah agen hakisan dan pemendapan yang penting mengubah bentuk
sesuatu pinggir laut. Ombak terjadi akibat tiupan angin di permukaan laut. Tiupan angin
ini menyebabkan permukaan laut beralun. Alunan-alunan ini dipanggil gelombang.
Tiupan angin yang kuat akan menghasilkan gelombang-gelombang yang lebih besar. Bila
gelombang bertembung dengan kawasan daratan ia akan pecah dan menghasilkan ombak.
Gelombang-gelombang juga akan pecah bila sampai ke kawasan yang cetek. Kekuatan
hakisan ornbak bergantung kepada kedalaman air dan sifat batuan di pinggir laut. Di
kawasan air yang cetek, gelombang-gelombang pecah sebelum sampai ke daratan
sementara kawasan batuan keras adalah lebih kukuh menahan tindakan ombak.
Hakisan ombak boleh berlaku melalui beberapa cara termasuk tindakan hidraul,
lelasan, lagaan, perlanggaran dan larutan. Ombak yang melakukan hakisan dikenal juga
sebagai ombak pembinasa.Tindakan hakisan ombak menghasilkan beberapa bentuk muka
bumi pinggir laut.
Ombak boleh bertindak sebagai agen pemendapan. Ombak ini dipanggil ombak
pernbina. Bila tenaga ombak berkurangan atau lemah bahan-bahan terhakis akan
dimendapkan. Pemendapan ombak berlaku sama ada di dalam lautan ataupun di kawasan
pesisir. Kawasan pesisir adalah kawasan di antara air surut dan air pasang penuh.
Pemendapan di kawasan pesisir menghasilkan pantai.

Cara-cara Hakisan Laut Berlaku


Ombak merupakan kuasa hakisan laut yang kuat sekali dan terjadi disebabkan
oleh tiupan angin di permukaan air yang membentuk satu siri alunan gelombang yang
bergerak ke hadapan. Ha.l ini menyebabkan gelombang-gelombang ini menjadi lebih
tinggi dan lebih deras. Ombak biasa di lautan lepas mungkin berukuran setinggi 6 m (20
kaki) sahaja (ukuran tegak di antara puncak dan lekung ombak) dan panjangnya 120 m
(400 kaki), jarak gelombang atau jarak melintang di antara dua puncak ombak. Ukuran-
ukuran ini akan bertambah bila ribut berlaku. Ini bergantung pula kepada kelajuan dan
lamanya angin itu bertiup. Setibanya di perairan cetek dekat pinggir laut kelajuannya
berkurangan dan ombak akan melengkung atau membias merentang jajaran pantai. Di
perairan cetek, bila dalamnya kurang daripada ketinggian ombak, akan mengurangkan
kemaraan ombak. Puncaknya akan bergulung dan memecah di pantai seperti kumpulan
buih sebagai ombak pecah. Air yang menyerbu ke pantai dan menghempaskan puin-puin
batu-batan ke daratan dinamakan damparan atau gedebur. Air itu akan turun semula ke
laut sebagai ombak undur atau basuhan balik.. Satu lagi unsur hanyutan ke pinggir pantai
ialah arus seret yang mengalir di bahagian dasar dari pinggir pantai ke laut. Arus ini
mempunyai kuasa tarikan yang boleh membahayakan orang-orang yang mandi-manda di
tepi laut.

Ombak melakukan aktiviti hakisan di pinggir laut melalui beberapa cara iaitu :
l. Lelasan.
Ombak yang mengandungi puin-puin batu-batan yang berbagai saiz dan bentuk
akan menghempas dasar-dasar cenuram dan menghakisnya secara lelasan. Arus dan
pasang surut akan menyempurnakan kegiatan ini dengan memindahkan bahan-bahan
terhakis itu ke laut.

2. Hakisan laga.
Ombak yang sentiasa melanda pinggir laut itu membawa bahan-bahan yang
terdapat di pantai yang berbagai bentuk dan saiz seperti batu tongkol, batu kelikir, batu
lada dan pasir halus. Bahan-bahan itu berlaga sesama sendiri lalu pecah menjadi
serpihan-serpihan yang lebih kecil dan halus. Bahan-bahan yang dilagakan oleh ombak
ke tebing cenuram dan sesama sendiri itu merupakan satu-satunya faktor utama yang
telah menghasilkan pasir halus yang telah membentuk pantai-pantai yang biasanya
merupakan tempat peranginan pantai yang baik.

3. Tindakan hidraul.
Bila ombak memukul pantai, ombak ini mungkin memasuki celah-celah retakan
dan rekahan batuan pada dinding-dinding cenuram. Udara yang terperangkap di
dalamnya akan serta-merta menjadi mampat. Apabila ombak rnengundur semula, udara
yang mampat ini mengembang dengan serta-merta dan terjadi suatu letupan. Proses ini
berlaku secara berterusan menjadikan retakan-retakan semakin besar dan serpihan-
serpihan batu-batan akan menjadi pecah.

4. Tindakan larutan.
Di pantai-pantai batu kapur, tindakan air laut terhadap kalsium karbonat
menyebabkan satu perubahan kimia berlaku pada batu kapur tersebut. Akhirnya batu-
batan ini akan luluh. Pembebasan karbon dioksida oleh rumpair menambahkan keasidan
air laut dan membantu proses larutan. Proses ini hanya berlaku di kawasan-kawasan
pantai batu kapur sahaja.

5. Pelanggaran
Pelanggaran air di kaki cenuram menghasilkan suatu daya yang kuat yang boleh
menghancurkan muka cenuram tersebut. Hakisan ombak ini boleh menghasilkan bentuk
muka bumi seperti teluk dan tanjung, gua, batu tunggul dan tunggul sisa.

Kadar hakisan laut bergantung kepada sifat batu-batuan, banyaknya bahagian-


bahagian batuan yang terdedah kepada laut, kesan-kesan tindakan pasang surut dan arus
serta struktur geologi. Pengaruh-pengaruh lain juga perlu dipertimbangkan. Umpamanya,
pengaruh kegiatan gunung berapi, pengglasieran, pergerakan bumi dan pemendapan
bahan-bahan organan di pantai.
Cara-cara mendapan Laut Berlaku
Seperti agen-agen penggondolan yang lain, ombak juga melakukan proses
pemendapannya. Pemendapan ombak berlaku di kawasan pinggir laut yang terlindung.
Biasanya di pinggir laut begini, halaju ombak berkurangan kerana angin yang bertiup
adalah lemah. Keadaan sedemikian menyebabkan terjadinya ombak membina. Ombak
membina membawa beban dan dimendapkan di pinggir laut kerana damparannya lebih
kuat daripada basuhan balik. Dengan itu, bentuk-bentuk muka bumi seperti pantai,
tetanjung dan beting pasir terbentuk di pinggir laut.

Bentuk muka bumi hakisan ombak


Hakisan ombak telah menyebabkan perubahan pada bentuk muka bumi di pinggir
laut dan menghasilkan pandang darat pinggir laut yang pelbagai rupa. Antara bentuk
muka bumi di pinggir laut yang terbentuk ialah tanjung dan teluk, cenuram dan pelantar
hakisan ombak, gua, gerbang laut, batu tunggul dan tunggul sisa, geo dan lohong ombak.

Tanjung dan teluk

Tanjung dan teluk terjadi secara serentak. Tindakan ombak terhadap batuan yang
tidak sama kerasnya di kawasan pinggir laut yang terdedah menyebabkan hakisan ombak
yang tidak sama kadarnya. Ini jelas kelihatan bila batuan keras seperti granit dan batu
kapur berselang-seli dengan batuan lembut seperti pasir dan batu tanah liat. Batuan
lembut akan terhakis dengan cepat lalu menjadi serokan, anak teluk atau teluk. Batuan
keras pula kekal di tempatnya menjadi tanjung, atau tanjung tinggi. Contoh-contoh yang
baik terdapat di sepanjang pantai Dorest di selatan England, Teluk Swanage dan Tanjung
Tinggi Durlston. Kawasan-kawasan yang terdiri daripada sejenis batuan pun masih
mempunyai bentuk-bentuk pantai yang tidak sekata disebabkan oleh perbezaan-
perbezaan dalam batuan itu sendiri. Oleh itu, Pulau Pinang yang terdiri daripada batu
granit, mempunyai banyak teluk-teluk dan tanjung-tanjung. Kawasan teluk biasanya
mempunyai air yang tenang kerana terlindung daripada tiupan angin kencang dan sesuai
untuk dijadikan pelabuhan semulajadi.
Teluk-teluk yang besar seperti Teluk Parsi atau Teluk Benggala, terbentuk oleh
sebab-sebab lain seperti penenggelaman atau pergerakan bumi.

Cenuram dan pelantar hakisan ombak


Biasanya tebing batuan yang curam di pinggir pantai menjadi cenuram. Kadar
pengundurannya bergantung kepada struktur geologi, iaitu perlapisan, rekahan serta daya
tahannya menerima pukulan ombak. Jikalau lapisan-lapisannya condong curam ke arah
laut, tebing-tebing tinggi yang terbina akan mempunyai bentuk bertangga-tangga yang
dikenali sebagai teres pesisir dan jikalau lapisannya condong hala ke daratan, cenuram ini
akan lebih tahan daripada dihakis oleh ombak. Di antara cenuram yang terkemuka ialah
tebing tinggi batu kapur di Selat Inggeris. Ini termasuklah juga Tanjung Tinggi Beachy
dan tingginya 150 meter, Seven Sisters dekat kuala Cuckmere dan Tebing Tinggi Putih di
Dover.
Laut akan membentuk satu takikan (notch) di kaki cenuram. Takikan ini akan menjadi
lebih besar hingga cenuram itu akhirnya runtuh. Semasa cenuram itu mengundur ke darat
maka terbentuklah satu dasar yang terhakis, yang dinamakan pelantar hakisan ombak.
Bahagian yang berhampiran dengan daratan akan terdedah pada masa air surut dan
pelantar ini bercerun landai menuju laut. Puin-puin batuan dari cenuram yang mengundur
itu berselerak di permukaannya. Hakisan lelasan terus berlaku hingga batuan kelikir itu
hanyut ke laut. Bahan-bahan terhakis itu kemudiannya dimendapkan di teres-teres pinggir
pantai. Apabila pelantar hakisan itu menjadi lebih luas, umpamanya 48 km bagi pelantar
hakisan ombak Strandflat di pinggir Norway Barat, maka seluruh permukaannya diliputi
oleh air. Ini menyebabkan hakisan yang selanjutnya terhadap cenuram tidak begitu
berkesan.

Gua, gerbang laut, batu tunggul dan tunggul sisa

Hakisan ombak di kaki cenuram yang terus-menerus berlaku akan mengorek


lubang di bahagian-bahagian yang lembut. Lubang yang besar terbentuk di cenuram dan
di tebing tanjung ini dinamakan gua. Contoh gua yang terjadi akibat daripada tindakan
hihraul ini ialah gua-gua di Pulau Langkawi dan di Elamborough Head, England. Apabila
terdapat dua buah gua berdekatan dan sebelah menyebelah pada sebuah tanjung dan gua-
gua tersebut bertemu dan bercantum maka terbentuklah sebuah gerbang laut. Contohnya,
Neddle Eye dekat Wick di Scotland dan Batu Berkaki Tiga di Sabah. Hakisan ombak
yang selanjutnya akan meruntuhkan gerbang laut itu. Bahagian tanjung arah ke laut
menjadi tiang batu yang dinamakan batu tunggul. Satu contoh batu tunggul yang terbaik
ialah "The Old Man of Hoy" di Orkneys. Batu ini ialah batu pasir tua yang berwarna
merah, tingginya 137 meter. Contoh lain yang terkenal juga ialah batu tunggul Needles di
Isle of wight. "The Needles" ini merupakan sekumpulan batu-batu tunggul yang terdiri
daripada batu kapur dan saiznya semakin mengecil arah ke laut. Lama-kelamaan batu-
batu tunggul ini akan terhakis juga. Batu-batu tunggul yang tegak ini akan terhakis
menjadi tunggul-tunggul sisa yang sedikit sahaja kelihatan di atas aras air laut.
Contohnya, kumpulan St. Kilda, yang berhampiran dengan Outer Hebrides di Scotland.

Geo dan lohong ombak

Walaupun gua telah terbentuk, hakisan ombak yang sekali-sekala memukul


bumbung gua cenuram boleh membesarkan rekahan-rekahan yang terdapat di dalamnya
disebabkan oleh mampatan udara di dalamnya. Sebuah lohong akan terbentuk dan
akhirnya akan tembus ke permukaan bumi di bahagian darat. Ombak memukul masuk ke
gua-gua ini akan memaksa air atau recikan-recikan air ataupun hanya udara sahaja keluar
dari lubang itu . Lubang-lubang serupa ini dinamakan lohong ombak atau gloup (nama
yang didasarkan kepada bunyi air dalam lubang-lubang tersebut). Satu contoh lohong
ombak terdapat di Holborn Head di Caithness, Scotland. Bila lohong-lohong ombak itu
menjadi semakin bertambah besar dan ombak terus bertindak, maka hal ini akan
melemahkan lagi bumbung gua itu. Bila bumbung gua itu runtuh sedikit demi sedikit
maka satu serokan yang panjang dan sempit atau corok terbina di pantai tersebut.
Serokan-serokan itu dinamakan geo dan adakalanya lebih dari 30 meter dalamnya dan
panjangnya begitu juga. Contohnya ialah "Wife Geo" dekat dengan Duncansby Head di
Scotland.

Bentuk muka bumi hasil pemendapan di pinggir laut

Seperti agen-agen penggondolan yang lain, ombak juga melakukan proses


pemendapannya. Pemendapan ombak berlaku di kawasan pinggir laut yang terlindung.
Biasanya di pinggir laut begini, halaju ombak berkurangan kerana angin yang bertiup
adalah lemah. Keadaan sedemikian menyebabkan terjadinya ombak pembina. Ombak
pembina membawa beban dan dimendapkan di pinggir laut kerana damparannya lebih
kuat daripada basuhan balik. Dengan itu, bentuk-bentuk muka bumi seperti pantai,
tetanjung dan beting pasir terbentuk di pinggir laut.

Pantai.

Pantai merupakan satu bentuk muka bumi utama di pinggir laut. Pantai terbina
hasil daripada pengangkutan dan pemendapan pasir dan batuan kelikir dari kawasan
daratan dibawa oleh ombak dan ditimbunkannya di sepanjang pinggir laut. Inilah satu-
satunya kegiatan pembentukan yang utama dilakukan oleh laut. Bahan-bahan yang
terhakis itu dibawa ke sepanjang pantai melalui beberapa cara yang nyata. Hanyutan
pesisir memanjang yang melanda pantai secara serong membawa partikal-partikal pasir
itu di sepanjang pinggir pantai mengikut arah tiupan angin di kawasan itu. Di samping
itu, kegiatan basuhan balik akan membawa sebahagian daripada bahan-bahan tersebut ke
laut di sepanjang dasar laut itu. Bahan-bahan ini akan dimendapkan di atas teres-teres
pinggir pantai atau lebih jauh lagi ke laut. Bahan-bahan yang lebih halus seperti kelodak
dan lumpur dimendapkan di perairan cetek di bahagian pantai yang terlindung.
Tindakan ombak yang berterusan dengan sendirinya mengasing-asingkan
timbunan pinggir pantai mengikut peringkat-peringkatnya. Batuan yang lebih kasar (batu
bundar dan batu tongkol) dilonggokkan oleh ombak di bahagian darat pantai. Bahan-
bahan yang lebih halus pula (batu-batu kelikir dan biji-biji pasir) diseret olieh ombak dan
dilonggokkan lebih hampir ke laut. Di kawasan tanah pamah yang rata, pantai mungkin
terus menganjur hingga beberapa kilometer seperti yang terdapat di pantai timur
Semenanjung Malaysia. Tetapi di kawasan-kawasan tanah tinggi di mana daratan
menurun dengan tiba-tiba ke laut, seperti pantai di Chile, pantai-pantai yang panjang
jarang terdapat.

Anak tanjung dan betir pasir

Semua puin yang dihakis oleh ombak dibawa terus-menerus oleh hanyutan sisir
pantai. Bahan-bahan ini akan berterusan dimendapkan di kawasan-kawasan serokan di
tepi pantai, seperti di kuala sungai atau teluk-teluk. Oleh kerana bahan-bahan ini semakin
bertambah maka bahan-bahan ini akan bertimbun menjadi satu permatang atau benteng
batu lada. Ini akan membentuk sebuah anak tanjung. Satu hujungan anak tanjung ini
bercantum dengan daratan dan yang sebelah lagi menganjur ke laut. Contohnya Tanjung
Calshot di Southampton Water, England, atau anak-anak tanjung yang terdapat di
sepanjang pantai Kelantan. Ombak yang menyerong akan melengkungkan bentuk anak
tanjung itu menjadi anak tanjung taji atau anak tanjung berkeluk. Sekiranya permatang
batu lada itu merentangi kuala sungai atau bahagian hadapan teluk, maka timbunan ini
dinamakan beting pasir. Contohnya yang terkenal ialah Chesil Beach di Dorset, England,
yang menganjur sejauh 26 km lebih di sepanjang pantai itu. Beting itu menghubungkan
Isle of Portland dengan tanah besarnya dan mengelilingi sebuah lagun yang bernama
Fleet. Beting yang menghubungkan dua kawasan daratan lebih dikenal sebagai tombolo.

Kukup dan Paya Masin

Kukup dan paya masin adalah hasil daripada pemendapan di kawasan lindung
seperti di antara beting pasir dan daratan atau di muara sungai. Air pasang dan sungai
membawa bahan-bahan enapan seperti lanar dan kelodak dan meinendapkannya di
kawasan lindung tersebut apabila air surut. Pemendapan yang berterusan akan
membentuk dataran lumpur yang dikenal sebagai kukup. Dalam jangka panjang, tumbuh-
tumbuhan yang tahan air masin akan tumbuh subur di kawasan kukup ini dan membentuk
paya masin. Contoh kukup dan paya masin dapat dilihat muara sungai Kelang dan di
Teluk Morecambe, England. Di kawasan tropika, kukup akan menjadi paya bakau.

Bukit-bukit pasir laut dan kawasan bukit pasir.

Dengan adanya tiupan angin ke daratan maka sebahagian besar dari pasir pantai
diterbangkan ke darat. Kejadian ini akan membentuk bukit bukit pasir laut yang luas.
Bukit-bukit ini akan membentuk kawasan-kawasan bukit pasir. Kemaraannya ke
pedalaman mungkin akan menyebabkan ladang-ladang, jalan jalan raya, malahan seluruh
kawasan perkampungan terkambus oleh bukit pasir ini. Bukit-bukit pasir Landes, di barat
daya Perancis, meliputi kawasan yang seluas 15 600 km persegi dan puncaknya setinggi
40 meter. Puncak bukit-bukit pasir ini biasa terdapat di kawasan pantai Belgium,
Denmark dan Belanda. Untuk menyekat kemaraan bukit-bukit pasir ini, rumput-rumput
dan pokok-pokok kecil jenis yang boleh mencengkam pasir seperti rumput marram dan
pokok pain telah ditanam di kawasan tersebut.

Jenis-jenis pantai
[ Pinggir pantai tenggelam Pinggir pantai timbul ]

Pinggir pantai boleh dibahagi kepada dua jenis yang utama iaitu :

l. Pinggir pantai tenggelam - Ini terbentuk akibat penenggelaman kawasan daratan atau
naiknya aras laut. Di antara pantai jenis ini termasuklah pinggir pantai ria, pantai fiord,
pantai muara dan pantai dalmatia atau pinggir laut membujur.

2. Pinggir pantai timbul - Ini terbentuk akibat penimbulan bumi atau penurunan aras laut.
Pinggir pantai jenis ini tidak banyak terdapat dan digambarkan oleh pinggir laut pamah
timbul dan pinggir laut tanah tinggi timbul.

Pinggir Pantai Tenggelam

l. Pinggir pantai ria - Ais banyak yang tersimpan pada zaman ais dahulu. Sebahagian
besar ais ini mencair apabila iklim berubah menjadi lebih panas. Sebagai akibatnya, air
laut semakin bertambah banyak dan aras laut pun bertambah tinggi. Di setengah-setengah
kawasan, aras laut ini dianggarkan naik hampir 90 meter tingginya. Di pinggir-pinggir
laut tanah tinggi, gunung-ganangnya menganjur lalu membentuk sudut tepat dengan laut,
iaitu melintang atau menganjur ke pinggir laut
Jadi aras laut yang naik akan meneng,gelamkan kawasan-kawasan lurah yang rendah lalu
membentuk anak-anak teluk bercabang yang panjang serta sempit yang diceraikan oleh
tanjung-tanjung tinggi. Bentuk ini berbeza dari bentuk fiord tentang dua segi yang
penting. Bentuk ini tidak mengalami hakisan glasier dan semakin dalam hala ke laut.
Pinggir laut ria merupakan sifat yang biasa bagi pinggir laut jenis Atlantik seperti yang
terdapat di barat laut Perancis, barat laut Sepanyol, barat daya Ireland, Devon dan
Cornwall. Pantai Ria biasanya membelakangkan kawasan-kawasan pergunungan dan
oleh kerana itu tidaklah banyak pelabuhan-pelabuhan perdagangan yang terdapat di sini
walaupun kawasan perairannya dalam dan boleh melindungi kapal-kapal yang berlabuh.
Sungguhpun begitu kawasan-kawasan ini telah digunakan dengan luasnya untuk
pelabuhan perikanan dan pangkalan angkatan laut seperti di Plymouth dan Brest.

2. Pinggir pantai fiord - Pantai Fiord merupakan lekukan hakisan glasier berbentuk U
yang telah tenggelam. Fiord menandakan jalan yang diikuti oleh glasier yang turun dari
kawasan tanah tinggi. Tebing-tebingnya curam dan biasanya naik terus dari laut. Fiord
mempunyai cawangan-cawangan yang bercantum dengan anak-anak teluk utamanya
mengikut sudut tepat. Hakisan ais yang terlalu kuat menyebabkan fiord ini dalam di
sebelah pedalaman. Bahagian arah ke lautnya cetek kerana di sini terdapat sebuah
permatang batuan yang dinamakan tubir. Di luar kawasan fiord banyak terdapat pulau
atau pulau kecil. Pulau-pulau kecil ini adakalanya 60 meter sahaja dalamnya dan
menyebabkan pelayaran di pinggir laut sukar jika terdapat pula tubir cetek. Hampir
semua pinggir laut fiord terletak di kawasan garis lintang yang lebih tinggi di kawasan-
kawasan hawa sederhana yang pernah mengalami tindakan glasier. Contohnya terdapat di
Norway, Alaska, British Columbia, Chile Selatan dan Pulau Selatan New Zealand.
Setengah-setengah fiord yang besar sangatlah panjang dan dalam pula. Umpamanya,
Fiord Sogne di Norway panjangnya 177 km, 6 km lebar dan dalamnya hampir 1220
meter di bahagian tengahnya. Walaupun kawasan perairannya dalam dan terlindung
tetapi pelabuhan-pelabuhan besar tidaklah banyak di sini. Latar belakangnya yang
bergunung-ganang dan dengan jalan ke pedalamannya yang sukar menyebabkan kawasan
ini tidak menarik hati untuk pembangunan dan petempatan. Usaha-usaha pertanian hanya
terhad kepada kawasan-kawasan kipas delta yang telah terbina di kawasan-kawasan
sungai yang turun mengalir ke fiord. Beberapa bandar yang ada di sini menjadi pusat
perikanan ataupun pusat pemasaran. Misalnya Trondheim hanya penting di kawasan itu
sahaja.

3. Pinggir pantai Dalmatia - Pinggir pantai ini mempunyai sistem pergunungan yang
selari dengan pantai. Nama ini berpunca dari pinggir pantai Dalmatia di Yugoslavia yang
terletak di sepanjang Laut Adriatic. Di sini pinggir laut yang tenggelam menghasilkan
anak teluk yang panjang serta sempit, dengan rangkaian-rangkaian pulau yang selari
dengan pinggir laut. Pulau-pulau yang memanjang ini sebenarnya merupakan kemuncak
banjaran-banjaran gunung lama, dan selat-selat sempit itu pula merupakan lurah-lurahnya
yang memanjang. Jenis pinggir pantai Dalmatia ini juga merupakan sifat yang biasa
terdapat di pinggir laut Pasifik di mana banjaran-banjaran gunungnya selari dengan
pantai. Contohnya ialah pinggir laut barat Amerika Utara dan Selatan tetapi pinggir laut
di sini lebih lurus keadaannya. Seperti dengan pinggir-pinggir pantai fiord dan ria
keadaannya yang bergunung-ganang menyebabkan perhubungan dengan kawasan
pedalaman sukar dilakukan. Kawasan ini mempunyai pelabuhan-pelabuhan yang dalam
dan terlindung. Sungguhpun demikian pelabuhan-pelabuhan yang baik tidak terdapat di
sini. Walaupun begitu terdapat juga beberapa buah pelabuhan penting di pinggir-pinggir
laut Pasif ik.

4. Pinggir pantai muara. - Di kawasan tanah pamah tenggelam, kuala-kuala sungai


telah tenggelam. Dengan itu terbentuklah muara-muara yang berbentuk corong. Muara-
muara ini boleh menjadi tapak bina pelabuhan yang baik jikalau jalan masuknya tidak
terhalang oleh beting pasir. Umpamanya muara-muara Sungai Thames, Eibe dan Plate
telah menjadi tapak bina pelabuhan-pelabuhan yang besar seperti London, Hamburg dan
Buenos Aires. Pelabuhan ini menjadi lebih baik kalau ada pengaruh pasang surut. Bahkan
kalaupun ada terdapat pemendapan kelodak di sini jentera-jentera pengorek moden dapat
membuka pelabuhan-pelabuhan ini sepanjang masa.

Pinggir Pantai Timbul

1. Pinggir pantai tanah pamah terangkat - Rusuk benua yang terangkat menjadi
sebuah kawasan tanah pamah pinggir laut yang bercerun landai. Air di luar pinggir
lautnya cetek dan mengandungi lagun, paya masin dan kukup. Pantai dan bukit pasir laut
akan terjadi jikalau timbunan yang timbul dari pelantar benua itu terdiri daripada pasir
dan batu kelikir. Pelabuhan-pelabuhan yang dahulunya terletak di pinggir laut sekarang
ini telah menjadi bandar di pedalaman. Antara contoh tanah pamah pinggir pantai timbul
termasuklah kawasan tenggara Amerika Syarikat, Finland Barat, Sweden Timur dan
sebahagian daripada pinggir laut Argentina yang terletak di sebelah selatan Rio de La
Plata.

2. Pinggir pantai tanah tinggi timbul.- Gelinciran dan gerakan bumi mungkin
menaikan dataran tinggi pinggir pantai dan menghasilkan bentuk-bentuk penimbulan.
Pinggir laut terangkat merupakan bentuk yang terkemuka kerana kawasan ini tidak dapat
lagi dipengaruhi oleh tindakan ombak, tetapi tetap mempunyai sifat-sifat lamanya seperti
gerbang laut, batu tunggul dan bentuk-bentuk pinggir pantai yang lain. Pinggir Iaut tanah
tinggi terangkat ini boleh dikatakan lurus dan mempunyai tebing tinggi yang curam dan
kawasan perairan luar pantai yang dalam. Keadaan ini wujud kerana ombak-ombak masih
belum dapat menghakis kawasan-kawasannya yang lemah ataupun membina pelantar
hakisan ombak di situ. Kawasan ini tidak berguna untuk dijadikan pelabuhan yang baik.
Contoh-contoh pinggir laut tanah tinggi timbul terdapat di Scotland, pinggir laut barat
Deccan di India dan pinggir laut barat Arab yang menghadap Laut Merah.
1. Jenis-jenis lipatan dan ciri-cirinya :

Jenis lipatan Ciri-ciri

Lipatan semukur Kecerunan kedua-dua cerun adalah sama

Lipatan tak semukur Kecerunan kedua-dua cerun tidak sama

Lipatan atas Proses lipatan yang lebih kuat

Lipatan tindih Proses lipatan bertambah kuat

Lipatan sesar atas Mampatan melampau menyebabkan


lipatan lebih melengkung dan sebahagian
retak

2. Batuan yang mencair apabila tekanan ke atasnya lemah dinamakan magma.

3. Magma yang mengalir keluar ke permukaan bumi melalui rekahan dikenali


sebagai lava.

4. Timbunan lava yang banyak akan membentuk gunung berapi.


5. Lava terbahagi kepada dua jenis iaitu:-

a) lava bes

b) lava asid

6.

Ciri-ciri Lava bes Lava asid

kandungan besi dan silika


magnesium
warna hitam cerah
takat cair rendah dan tinggi, pekat dan
sangat cair melekit
aliran laju perlahan
letusan perlahan kuat
bentuk cerun landai curam
contoh Mauna Loa, Vesuvius, Itali
gunung Hawaii

7. Terdapat dua proses utama ragam gunung berapi iaitu:-

a) aktiviti gunung berapi jalar dalam

b) aktiviti gunung berapi jalar luar

8. Aktiviti gunung berapi jalar dalam adalah aliran magma yang menjadi sejuk
dan beku sebelum sampai ke permukaan bumi.
9. Aktiviti gunung berapi jalar luar merupakan magma yang dipaksa keluar ke
permukaan bumi atau keluar secara letupan dan membeku.

10. Jenis-jenis bentuk muka bumi di kawasan gunung berapi.

Bentuk bumi Ciri-ciri


Bentuk bumi jalar jalar dalam
luar
mata air panas sil terbentuk daripada magma
yang membeku secara
mendatar di sepanjang
rekahan kerak bumi
geizer daik terbentuk daripada magma
yang membeku secara
menegak di kerak bumi
dataran lava lakolit magma yang membeku
seperti bentuk dom/kubah
dan bahagian bawahnya rata
kaldera pakolit pembekuan magma diatas
lintap mungkum dan lintap
lendut
tasik kawah batolit pembekuan satu jisim besar
magma

11. Letusan gunung berapi yang berulang-ulang akan membesarkan kawah dan
ciri ini dikenali sebagai kaldera.

12. Kawah yang bertakung air akan membentuk tasik kawah seperti Danau Toba
di Sumatera.

13. Geizer dan mata air panas terdapat di kawsan gunung berapi yang batuan
di bawah tanahnya adalah panas.
14. Pancutan air panas dan disertai letusan dikenali sebagai geizer.

15. Wap air panas di kawasan gunung berapi sesuai digunakan untuk
menghasilkan tenaga geotermal.

Troposfera (Troposphere) merupakan lapisan atmosfera yang ternipis dan terhampir


dengan permukaan bumi. Troposfera bermula dari permukaan bumi sehingga lapisan
tropopause (antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung kepada latitud). Dalam
lapisan tropopause, suhu berkurangan dengan pertambahan ketinggian altitud, dari sekitar
17oC hingga − 52oC. Kebanyakan sistem cuaca berlaku dibawah lapisan tropopause.

Lapisan ini ialah lapisan di mana campuran gas-gasnya adalah yang paling ideal untuk
menampung kehidupan di bumi. Di lapisan ini kehidupan juga terlindung dari pancaran
radiasi yang dipancarkan oleh matahari dan objek langit lain.

Stratosfera (stratospere) merangkumi kawasan bermula daripada lapisan troposfera


(antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung kepada latitud) sehingga lapisan
mesosfera (lebih kurang 50 kilometer). Suhu stratosfera meningkat dengan altitud
disebabkan kehadiran lapisan ozon pada ketinggian 25 kilometer. Molekul ozon
menyerap sinaran ultra-lembayung (uv) dari matahari menyebabkan suhu meningkat pada
aras tersebut (maksimum ~270 Kelvin di sempadan atas stratopause), dan pada masa
yang sama melindungi bumi daripada sinaran uv.

Mesosfera (Mesosphere) merupakan lapisan udara ketiga, di mana suhu atmosfera akan
berkurangan dengan pertambahan altitud sehingga ke lapisan keempat termosfera. Zarah
udara yang terdapat di sini akan mengakibatkan pergeseran berlaku dengan objek yang
datang dari angkasa dan menghasilkan suhu yang tinggi. Kebanyakan meteor yang
sampai ke bumi biasanya terbakar di lapisan ini.

Mesosfera terletak di antara 50 km dan 80-85 km dari permukaan bumi, manakala


suhunya berkurang dari 290 K hingga 200 K (18oC hingga − 73oC).
Lapisan Termosfera terletak di atas mesosfera dan di bawah eksosfera. Lapisan ini hanya
mempunyai sedikit sahaja udara. Fenomena aurora (tirai cahaya) terhasil di sini hasil
tindak balas angin suria dengan medan magnet bumi. Di lapisan ini juga sinaran uv akan
menyebabkan pengionan (lihat ionosfera).

Lapisan termosfera bermula kira 80 km di atas permukaan bumi hingga antara 500-1000
km di mana lapisan teratas atmosfera, eksosfera bermula. Suhu di sini amat tinggi akibat
sinaran matahari dan aktiviti pengionan, dan boleh mencapai hampir 2000oC.

Eksosfera (Exosphere) adalah lapisan teratas atmosfera bumi, sekaligus merupakan


sempadan antara atmosfera bumi dan angkasa lepas. Lapisan ini terletak antara 500-1000
km hingga kira-kira 10,000 km dari permukaan bumi. Boleh dikatakan hampir tiada
udara atau gas di lapisan ini.

Satelit yang mengorbit bumi terletak di sini.

Atmosfera ialah lapisan gas yang melitupi sesebuah planet, termasuklah bumi, dari
permukaan planet tersebut hingga jauh di luar angkasa. Di bumi, atmosfera boleh didapati
dari paras permukaan tanah, hinggalah sekitar 700 km di atas permukaan bumi, dan
dikekalkan di tempatnya oleh graviti bumi. Kajian tentang atmosfera mula-mula
dilakukan untuk memecahkan masalah cuaca, fenomena pembiasan sinar matahari ketika
terbit dan tenggelam, serta kerdipan bintang. Dengan peralatan yang sensitif yang
dipasang di kawasan angkasa, kita dapat memperoleh pemahaman yang lebih baik
tentang atmosfera serta fenomena-fenomena yang terjadi di dalamnya.

Atmosfera bumi terdiri dari (mengikut isipadu): nitrogen (78 %) dan oksigen (21 %),
dengan sedikit argon (1 %), karbon dioksida, wap air dan gas lainnya. Atmosfera
melindungi kehidupan di bumi dengan menyerap radiasi sinaran ultra-lembayung dari
matahari dan mengurangkan suhu ekstrem di antara siang dan malam. 75 % dari
atmosfera bumi ada dalam 11 km dari permukaan tanah. Atmosfera tidak mempunyai
sempadan mendadak, tetapi menipis perlahan-lahan dengan bertambahnya ketinggian,
dan tidak ada batas pasti antara atmosfera dan angkasa lepas. Garisan Karman, pada 100
km (62 batu), sering juga digunakan sebagai sempadan antara atmosfera dan angkasa.
BENTUK MUKA BUMI
KEDUDUKAN DAN SAIZ

1. Malaysia terletak di antara garisan lintang 1oU hingga 7oU dan garisan bujur 100oT
hingga 120oT.
2. Terletak di Asia Tenggara dan berjiran dengan negeri Thai, Myanmar, Laos, Kemboja,
Singapura, Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.
3. Keluasan Malaysia ialah kira-kira 330,445 km persegi. Terdiri daripada Sabah,
Sarawak, dan Semenanjung Malaysia.
4. Semenanjung Malaysia terpisah daripada Indonesia (Pulau Sumatera) oleh Selat
Melaka dan Singapura oleh Selat Tebrau.
5. Terdiri daripada tigabelas buah negeri dan dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala
Lumpur dan Labuan.
6. Sarawak negeri yang terbesar dan Perlis negeri yang terkecil.
7. Negeri-negeri di Malaysia :

Bil. Negeri Ibu negeri


Perlis Kangar
1
2 Kedah Alor Setar
3 Pulau Pinang George Town
4 Perak Ipoh
5 Selangor Shah Alam
6 Negeri Sembilan Seremban
7 Melaka Melaka
8 Johor Johor Bahru
9 Pahang Kuantan
10 Terengganu Kuala Terengganu
11 Kelantan Kota Bharu
12 Sabah Kota Kinabalu
13 Sarawak Kuching

KEISTIMEWAAN MALAYSIA
1. Terletak di tengah-tengah jalan laut dan udara antara negara-negara timur dan barat.
2. Terletak di luar kawasan lingkaran Gunung Berapi Pasifik yang membolehkan
Malaysia bebas dari letusan gunung berapi dan angin taufan.
3. Mempunyai pelbagai jenis bentuk muka bumi yang membolehkan pelbagai kegiatan
ekonomi dijalankan.
4. Iklim Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun membolehkan kegiatan
pertanian, perikanan, perusahaan, dan perlombongan dapat dijalankan sepanjang
tahun.
5. Malaysia kaya dengan pelbagai hasil pertanian, perikanan dan perlombongan.

PEMBAHAGIAN KAWASAN FIZIKAL

1. Kawasan Dataran Tinggi

Banjaran Negeri
Banjaran Kledang Perak
Banjaran Bintang Perak
Banjaran Besar Selangor
Banjaran Crocker Sabah
Banjaran Titiwangsa Negeri Sembilan
Banjaran Benom Pahang
Banjaran Tahan Pahang
Banjaran Pantai Timur Terengganu
Banjaran Maitland Sabah
Banjaran Trus Modi Sabah
Banjaran Witti Sabah
Banjaran Brassey Sabah
Banjaran Tama Abu Sarawak
Banjaran Kapuas Hulu Sarawak
Banjaran Penambo Sarawak
Banjaran Hose Sarawak
Banjaran Kelingkang Sarawak
Banjaran Iran Sarawak

2. Kepentingan kawasan dataran tinggi / tanah tinggi

Kepentingan Contoh kawasan


Kawasan pertanian tanaman hawa sederhana Cameron Highlands, Pahang
(teh & sayur)
Kawasan pelancongan Pulau Pangkor, Perak
Kawasan peranginan Bukit Fraser, Pahang
Genting Highlands, Pahang
Cameron Highlands, Pahang
Kawasan tadahan hujan Banjaran Besar, Selangor
Kawasan empangan Empangan Temenggor, Perak
Kawasan air terjun Air Terjun Kota Tinggi, Johor
Kawasan rekreasi Gunung Kinabalu, Sabah
Sumber batu garanit & batu kapur Batu Caves, Selangor
Hutan khatulistiwa merupakan kawasan Bahagaian tengah Semenanjung
pembiakan & hidupan liar. & pedalaman Sabah &Sarawak

KAWASAN TANAH TINGGI

1. Terdiri daripada banjaran gunung lipat tua yang terdiri daripada :


a. Batu kapur

b. Batu granit
2. Banjaran utama di Semenanjung Malaysia ialah :
a. Banjaran Titiwangsa
b. Banjaran Bintang
c. Banjaran Kledang
d. Banjaran Tahan
e. Banjaran Benom

f. Banjaran Pantai Timur


3. Banjaran Titiwangsa
 Banjaran terpanjang di Semenanjung Malaysia.
 Dikenali sebagai "Banjaran Besar".
 Merupakan tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia.

 Legeh utama sungai-sungai di Semenanjung Malaysia.


 Terdapat setesen penjanaan kuasa hidroelektrik.

 Terdapat tiga pusat peranginan yang terkenal iaitu Bukit Fraser,


Tanah Tinggi Cameron, dan Tanah Tinggi Genting.
4. Gunung Korbu (2190m) merupakan kemuncak tertinggi di Banjaran
Titiwangsa.
5. Gunung Tahan di Banjaran Tahan merupakan gunung tertinggi di
Semenanjung Malaysia.
6. Gunung Bintang (1880m) ialah kemuncak tertinggi di Banjaran
Bintang.
7. Bukit Larut merupakan pusat peranginan di Banjaran Bintang.
8. Banjaran Bintang merupakan legeh bagi Sungai Perak dan
cawangannya Sungai Kinta.
9. Banjaran-banjaran utama di Sabah :
a. Banjaran Crocker
b. Banjaran Brassey
c. Banjaran Terus Madi

d. Banjaran Maitland
10. Banjaran Crocker ialah banjaran yang terpanjang dan tertinggi di
Sabah.

11. Gunung Kinabalu (4101m) ialah kemuncak tertinggi di Banjaran


Crocker dan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
12. Banjaran-banjaran utama di Sarawak ialah :
a. Banjaran Tama Abu
b. Banjaran Kapuas Hulu

c. Banjaran Iran
13. Banjaran ini menjadi sempadan semulajadi di antara Malaysia dan
Kalimantan.
14. Gunung Murud (2438m) merupakan kemuncak tertinggi di Sarawak
terletak di Banjaran Tama Abu.

KAWASAN TANAH PAMAH

1. Kawasan tanah pamah adalah tanah rendah yang rata, ada kalanya
beralun, tidak melebihi 100m dari aras laut.
2. Jaluran tanah pamah terletak di antara pinggir laut dengan banjaran
gunung dan bukit di sepanjang laut di Semenanjung Malaysia, Sabah
dan Sarawak.
3. Tanah pamah hasil dari mendapan lanar dinamakan tanah pamah
lanar.

4. Dataran pantai barat Semenanjung Malaysia :


a. Lebih luas

b. Dataran Kedah-Perlis dan Dataran Hilir Sungai Perak merupakan


dataran yang amat penting.
5. Dataran pantai timur Semenanjung Malaysia :
a. Sempit, terputus-putus dan berpasir.
b. Sering dilanda banjir monsun timur laut.

c. Tanihnya yang berpasir kurang sesuai untuk pertanian.


6. Tanah pamah yang menakung air dinamakan paya
a. Tanah yang ditakungi air masin dinamakan paya bakau.
b. Paya bakau banyak didapati di teluk-teluk dan di muara sungai.

c. Paya ini menjadi paya gambut jika berterusan ditenggelami air


masin.
7. Tanah gambut berwarna hitam dan tidak subur kerana mengandungi
asid.

8. Dataran pantai barat Sabah sempit dan terputus. Tanah pamahnya


yang luas ialah:
a. Sekitar sungai kinabatangan
b. Semenanjung Semporna
c. Hilir Lembah Sagama

d. Sekitar Sungai Labuk dan Sungai Segama


9. Di kawasan ke darat dari paya bakau yang tidak di pengaruhi oleh air
terdapat paya air tawar. Paya air tawar sebahagian besar disalirkan dan
digunakan sebagai kawasan pertanian padi sawah dan kelapa.
10. Paya gambut hanya sesuai digunakan untuk pertanian selepas
dikeringkan. Tanah paya gambut lembut dan tidak subur. Ia hanya
digunakan untuk tanaman berakarkan serabut.

11. Di kawasan ke darat dari tanah pamah lanar terdapat tanah pamah
beralun.
a. Ianya terdapat di selatan Sungai Pahang, negeri Johor Darul
Takzim, Negeri Sembilan Darul Khusus, Melaka dan pantai barat
Sarawak.

b. Sesuai dijadikan kawasan pertanian getah, kelapa sawit, lada hitam,


dan pertanian pindah di Sarawak serta kelapa sawit dan koko di
Sabah.
12. Kawasan tanah pamah sesuai untuk :
a. perlombongan (Lembah Kinta)

b. pembalakan (selatan Pahang, barat Sarawak, dan timur Sabah)


13. Dataran pantai Sabah adalah lebar antara 30-65km
a. terdiri daripada tanah aluvium

b. Delta Rajang (utama) dan Delta Baram (Utama)

14. Kawasan tanah pamah


a. Delta Rajang
b. Delta Baram
c. Delta Kelantan
d. Delta Sungai Pahang
e. Delta Endau-Rompin
f. Dataran Kedah-Perlis
g. Dataran Kuching
h. Dataran Seberang Prai
i. Dataran Pantai Timur

j. Dataran Johor

15. Kepentingan tanah pamah


a. Kawasan pertanian terutamanya
i. penanaman padi (tanih lanar)

ii. getah dan kelapa sawit (cerun bukit dan tanih laterit)
b. Kawasan perlombongan terutama bijih timah (Lembah Kinta).
c. Kawasan perindustrian dan perumahan.
d. Kawsan tumpuan penduduk dan bandar.

e. Sesuai untuk memudahkan pembinaan jalinan jalan raya dan


landasan keretapi.

KAWASAN PINGGIR LAUT

1. Malaysia dikelilingi oleh laut iaitu :


a. Laut China selatan
b. Laut Sulu
c. Laut Sulawesi

d. Selat Melaka
2. Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

3. Pinggir laut Malaysia mempunyai berbagai jenis bentuk muka bumi.

Bil. Ciri-ciri Pinggir Laut Contoh Kepentingannya


Pulau
1.  Sebuah dataran  Pulau Pinang  Pelabuhan
yang dikelilingi  Pulau Tioman antarabangsa
oleh laut  Pulau Ketam  Pusat pelancongan
 Pusat perikanan
 Pulau Pangkor
 Pelabuhan dalam
negeri
Tanjung
2.  Dataran yang  Tanjung Bunga  Tempat rekreasi
menganjur ke  Tanjung Datu
arah laut  Tanjung Baram  Tempat bermandi-
manda dan
 Tanjung Dawai berkelah
Teluk
3.  Kawasan perairan  Teluk Kimanis  Pelabuhan dan
yang cetek di  Teluk Bahang pusat perikanan
antara tanjung  Teluk Rumania
dan daratan  Tempat perkelahan
 Teluk Cempedak
Paya/Tasik
4.  Kawasan berair  Sumber kayu
di pinggir laut Kuala-kuala: bakau

 Ditumbuhi pokok  Sungai Perak  Hidupan laut


bakau  Sungai Rajang (ikan, udang, dan
 Sungai Segama siput)

 Sungai Selangor
Pantai
5.  Kawasan pinggir  Port Dickson  Tempat bermandi-
pantai yang  Pantai Cinta manda
ditumbuhi pasir Berahi  Tempat perkelahan
cantik dan bersih  Pantai Batu
Feringgi  Tempat
 Pantai Santubong pelancongan

 Pantai Tanjung
Aru

SISTEM SALIRAN

1. Sungai-sungai berpunca dari kawasan banjaran gunung dan mengalir


masuk ke laut.
2. Kebanyakan sungai utama di Semenanjung Malaysia berpunca dari
Banjaran Titiwangsa dan mengalir masuk ke Selat Melaka dan Laut
China Selatan.
3. Sungai utama di Sarawak pula berpunca dari Banjaran Kapuas Hulu,
Banjaran Iran, dan Banjaran Tama Abu dan mengalir masuk ke Laut
China Selatan.
4. Di Sabah, sungai-sungai berpunca dari kawasan pedalaman yang
bergunung-ganang dan mengalir masuk ke Laut China Selatan, Laut
Sulu, dan Laut Sulawesi.
5. Sungai Pahang (478km) merupakan sungai yang terpanjang di
Semenanjung Malaysia.
6. Sungai Kinabatangan (560km) merupakan sungai yang terpanjang di
Sabah.
7. Sungai Rajang (563km) adalah sungai terpanjang di Sarawak dan di
Malaysia.
8. Secara amnya, sungai-sungai di Malaysia pendek, lurus, cetek, deras
dan berliku-liku di bahagian hilirnya.
9. Tasik terbesar di Malaysia Tasik Bera dan Tasik Chini di Pahang
merupakan tasik-tasik semulajadi yang penting.

10. Tasik Kenyir (Terengganu), Tasik Cenderoh, dan Tasik Temenggor


(Perak) pula adalah antara tasik-tasik buatan manusia yang utama.

Kepentingan Sungai dan Tasik


1. Di kawasan pendalaman yang berhutan, sungai-sungai merupakan
cara pengangkutan yang utama :
a. Sungai Rajang di Sarawak digunakan untuk menghubungkan
kawasan pendalaman dengan kawasan hilir sungai.

b. Sungai Kinabatangan di Sabah digunakan untuk menghanyutkan


kayu balak dari kawasan pedalaman.
2. Aliran sungai yang deras membolehkan pembinaan empangan-
empangan merentasi sungai untuk menjana kuasa hidro elektrik
seperti :
a. Empangan Cenderoh (Sungai Perak)
b. Empangan Temenggor (Sungai Perak)

c. Empangan Kenyir (Sungai Terengganu)


3. Di kawasan pertanian, air sungai disalirkan untuk tujuan pengairan
seperti Rancangan Pengairan (Kedah) dan Rancangan Pengairan
Kemubu (Kelantan).
4. Sungai-sungai membentuk daratan-daratan mendap yang subur dan
sesuai untuk kegiatan pertanian.
5. Sungai-sungai membekalkan air tawar untuk kegunaan di rumah dan
di kilang.
6. Sungai-sungai dan tasik juga menjadi sumber ikan air tawar yang
penting.

7. Sungai menjadi sempadan antara negeri dan negara seperti :


a. Sungai Bernam memisahkan negeri Perak dan negeri Selangor.
b. Sungai Golok sempadan antara Kelantan (Malaysia) dan negara
Thai.
8. Sungai-sungai yang mempunyai air terjun tasik-tasik menjadi tempat
beriadah dan rekreasi.

PENGARUH KEGIATAN MANUSIA KE ATAS ALAM FIZIKAL

1. Kawasan hutan yang luas telah ditebang untuk tujuan pertanian,


pembalakan, perindustrian, dan petempatan.

2. Penebangan hutan secara berleluasa tanpa kawalan akan


menyebabkan perkara-perkara yang berikut, iaitu :
a. Rezab kawasan hutan akan semakin kecil
b. Flora dan fauna yang terdapat dalam hutan akan terancam.
c. Tanah yang terdedah kepada tindakan hakisan.
d. Tanah yang terhakis akan kehilangan kesuburan.
e. Sungai menjadi cetek akibat mendapan sungai yang terlalu
banyak.
f. Berlakunya banjir kilat akibat limpahan air sungai semasa hujan
lebat.
g. Kekurangan tumbuh-tumbuhan dan akar pokok untuk menyerap
dan menghalang aliran akan menyebabkan banjir.
h. Kenaikan iklim mikro setempat.

Hakisan
Sungai

Air Terjun #01

Air Terjun #02

Air Terjun #03


Jeram #01

Jeram #02

Kanyon #01

Kanyon #02
Kanyon #03

Lurah Berbentuk "V"


Pemendapan Sungai

Likuan Sungai

Pengangkutan Sungai

Delta Cuspate #01

Delta Cuspate #02

Delta Muara

Delta
Delta Kaki Burung

Tasik Ladam #01

Tasik Ladam #02

Peta Tasik Ladam

Hakisan Ombak
Anak Tanjung

Batu Tunggul #01

B
atu Tunggul #02

Batu Tunggul #03

Beting Pasir
Pantai Fjord #01

Pantai Fjord #02

Pantai Fjord #03

Geo
Gerbang Laut #01

Gerbang Laut #02

Gloup #01

Gloup #02

Gloup #03
Gua Laut #01

Gua Laut #02

Lagun

Pantai Ria

Tanjung #01

Tanjung #02
Tombolo
Tebing Tinggi #01

Tebing Tinggi #02

Tombolo #01

Teluk

You might also like