You are on page 1of 20

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu

Modul 3: PELANCONGAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT 1

TEMA PELANCONGAN

TAJUK CUTI-CUTI MALAYSIA

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


i. Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersirat daripada
OBJEKTIF
sesuatu bahan
ii. Menghuraikan idea bernas secara kritis dan kreatif

i. Teknik Bacaan : KWLH


STRATEGI /
ii. KBAT : Mengingat, memahami dan mencipta
PENDEKATA
N ABAD KE
iii. Nilai : Cinta akan negara
21
iv. Strategi P&P: Didik Hibur

i. Audio / Komputer / Internet – Laman Web


ii. Peta / Grafik,
MEDIA iii. Petikan Akhbar,
iv. Gambar
* mengikut kesesuaian

SITUASI Peribadi dan / atau Awam

FORMAT Teks tidak berurutan (petikan, brosur, peta)


TEKS

JENIS TEKS Keperihalan

PROSES i. Mengimbas dan mengenal pasti


KOGNITIF ii. Menilai Kualiti dan Kredibiliti

47
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 3: PELANCONGAN

AKTIVITI CATATAN

LANGKAH 1
* Petikan Youtube Cuti-cuti
a. Membaca lirik lagu Cuti-cuti Malaysia. Malaysia
b. Menyanyikan lagu Cuti-cuti Malaysia * Mengimbas & mengenal pasti
c. Memahami maksud seni kata lagu
LAMPIRAN 1

LANGKAH 2

a. Mengamati peta tempat percutian di dalam * Memahami grafik (peta)


negara. (aktiviti kumpulan)
* Mengakses dan
b. Berdasarkan peta, bincangkan perkara mendapatkan
berikut: maklumat
i. Nama tempat dan kenal pasti
kedudukan tempat. * Pembelajaran koperatif dan
ii. Senaraikan nama tempat percutian Kolaboratif
yang terdapat dalam peta.
iii. Nyatakan sebab tempat tersebut sesuai * Pengurusan grafik
dijadikan tempat percutian.

LAMPIRAN 2

LANGKAH 3

a. Baca dan fahami petikan akhbar bertajuk * Petikan akhbar


„Kempen Cuti-cuti 1 Malaysia “Dekat Je” Lampiran 3
dilancar.‟ Sumber :
- Guna teknik bacaan KWLH dan http://kosmo.com.my/kosmo/
bentangkan.
Brosur
b. Mencari maklumat tentang tempat-tempat
yang menarik di Malaysia dan membuat LAMPIRAN 4
keputusan tempat yang paling menarik untuk
dilawati. Sedakan dalam bentuk buku skrap.

48
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 3: PELANCONGAN

LAMPIRAN 1

Mengimbas dan mengenal pasti.

Klik pautan ini untuk menonton video


https://www.youtube.com/watch?v=0STlSEIAimg

Tugasan :
Berdasarkan video tersebut, nyatakan destinasi
pelancongan yang terdapat dalam video yang telah
ditonton.

49
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 3: PELANCONGAN
LAMPIRAN 2

Perbincangan:
i. Senaraikan nama tempat percutian yang
diketahui.
ii. Cerakinkan maklumat tentang percutian
mengikut negeri/lokasi.
iii. Nyatakan sebab tempat tersebut sesuai
dijadikan tempat percutian.

Memahami grafik

Galakkan murid mengenal


pasti peta pemikiran dan bina peta
visual yang sesuai untuk
membentangkan tugasan.

Tugasan kumpulan:
i. Kumpulkan maklumat tentang tempat-
tempat yang menarik di Malaysia dan buat
keputusan tempat yang paling menarik
untuk dilawati.

50
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 3: PELANCONGAN

LAMPIRAN 3

Baca dan fahami petikan ini. Sejauh


mana kempen ini menggalakkan
rakyat untuk pergi melancong?

LAMPIRAN 4

Kumpul
maklumat
tempat-tempat
yang menarik
minat anda
untuk
melancong

51
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 3: PELANCONGAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT 2

TEMA PELANCONGAN

TAJUK TRAVELOG – CATATAN PERJALANAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


OBJEKTIF i Membaca dan mentafsir maklumat daripada teks.
ii. Membuat perbandingan dengan memberi alasan yang jelas.

i. Teknik Bacaan : SQ4R


STRATEGI /
ii. KBAT : Memahami, menganalisis, mengaplikasi dan mencipta
PENDEKATA
N ABAD KE
iii. Nilai: Menghargai alam sekitar
21
iv. Strategi P&P: Pengajaran Pembezaan

i. Audio / Komputer / Internet – Laman Web


ii. Peta / Grafik,
MEDIA iii. Petikan Akhbar,
iv. Gambar
*mengikut kesesuaian

SITUASI Awam

FORMAT Teks Pelbagai


TEKS

JENIS TEKS Transaksi

PROSES Mengintegrasi dan menjana inferen


KOGNITIF

52
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 3: PELANCONGAN

AKTIVITI CATATAN

LANGKAH 1

a. Menonton Video. * Youtube Trivago


b. Arahan sebelum menonton video. (iklan televisyen)
 Hayati dan dapatkan pelbagai maklumat
daripada video tersebut. * Mengakses dan
c. Catat dan dapatkan maklumat tentang kebaikan mendapatkan maklumat
iklan tersebut. dengan membuat
perbandingan.

LAMPIRAN 1

LANGKAH 2
* Mengimbas,
a. Baca dan fahami teks 10 Destinasi Terbaik mengenal pasti dan
Pelancongan di Dunia. menganalisis
menggunakan peta
b. Kenal pasti keistimewaan tempat-tempat tersebut. minda
Catat maklumat dalam bentuk grafik.
Sumber:
c. Pembentangan kerja kumpulan. http://ww1.utusan.com.
my/utusan/Pelanconga
n/20140503/pl_01/10-
destinasi-pelancong-
terbaik-dunia

LAMPIRAN 2

LANGKAH 3
Peta dunia
a. Tugasan berkumpulan:
https://ms.wikipedia.org
Bandingkan percutian di dalam dan luar negara. /wiki/Istanbul
Gunakan bahan yang diberi untuk membantu
perbincangan. Murid juga digalakkan https://ms.wikipedia.org
mendapatkan bahan lain di pusat sumber atau /wiki/Rom/London/
melayari internet. Beijing/ Prague/
Marakeh/ Hanoi/ Seam
b. Bentangkan dapatan anda. Reap/ Shanghai/

LAMPIRAN 3

53
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 3: PELANCONGAN

LAMPIRAN 1

pautan video di bawah untuk menonton video;


Iklan Trivago : https://youtu.be/wM3nGgK8wts
Iklan Traveloka : https://www.youtube.com/watch?v=deDfjfYmIxk

Tugasan :
Berdasarkan video tersebut, nyatakan kebaikan
kedua-dua aplikasi tersebut dan buat perbandingan.

54
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 3: PELANCONGAN

LAMPIRAN 2
Baca dan 10 Destinasi Pelancongan Terbaik di Dunia
fahami teks ini.

Amat mengejutkan apabila metropolis kemegahan Amerika Syarikat (AS) yang


diumumkan sebagai destinasi kedua pilihan utama pelancong dunia pada tahun lalu itu
sekadar menduduki tempat ke-12 tahun ini. Malah, pencalonan kota raya kedua pimpinan
Presiden Barack Obama iaitu San Francisco juga berkongsi nasib sama. Sebaliknya, empat
kota raya dari benua Asia kali ini berada dalam senarai 10 pilihan kota raya tersebut di
dahului Beijing dan Shanghai, China selain Siem Reap, Kemboja dan Hanoi, Vietnam.

Berikut adalah senarai 10 kota raya pilihan utama pelancong dunia yang dikeluarkan
oleh portal MSN Travel.com. Jom kembara bersama .com mengetahui lebih lanjut kelebihan
yang menjadikan sebab utama mereka dipilih sebagai Top10 pada anugerah tahunan
TripAdvisor? - DHIYA‟ZULHILMI DAUD

1. ISTANBUL, TURKI
Sebuah negara yang memiliki dua benua antara timur dan barat dipenuhi bangunan seni
bina tradisional ini berjaya menjadikannya sebagai bandar raya yang wajib dikunjungi.
Lokasi yang mesti dilawati dan tidak wajar dilepaskan begitu sahaja ialah Grand Bazaar
yang telah dibuka sejak 1460-an lagi.

2. ROME, ITALI
Bandar Itali ini bukan sahaja penuh bersejarah malah mempunyai tempat-tempat yang
dianggap istimewa sehingga berjaya menarik tumpuan pelancong dunia. Antaranya Vatican
City, Trevi Fountain dan Gereja Sistine. Disebabkan itu, Rome, Itali berjaya menduduki
tempat kedua pada tahun ini berbanding keempat pada tahun sebelumnya.

3. LONDON, ENGLAND
London merupakan antara kota raya ikon kepada benua Eropah dan masih amat popular
untuk dilawati pelancong. Antara tempat-tempat bersejarah yang menarik minat pelancong
dunia untuk dikunjungi ialah Menara London, Tower Bridge, Katedral St.Paul, Benteng
Windsor, Sungai Thames, Menara Big Ben, „Shakespeare‟s Globe Theatre‟, „Hampton Court
Palace‟ dan Istana Kensington. Ditambah, kegilaan peminat bola sepak di seluruh dunia
terhadap populariti kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berjaya mengekalkan London di
tangga ke tiga selama dua tahun berturut-turut.

55
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 3: PELANCONGAN

4. BEIJING, CHINA
Kota Larangan atau lebih dikenali sebagai 'Forbidden City' yang menjadi istana dan pusat
pentadbiran zaman feudal China selain Kuil Syurga (Temple of Heaven) serta memiliki lebih
daripada 100 buah muzium tumpuan dunia itu meletakkan ibu negara China yang
mempunyai penduduk kedua terbesar selepas Shanghai kira-kira 21 juta orang ini di tempat
keempat.

5. PRAGUE, REPUBLIK CZECH


Prague dipilih sebagai Top 10 kerana kekayaan negara tersebut terhadap nilai budaya dan
kehidupan tradisinya. Banyak tempat bersejarah di sini menjadikannya dipilih sebagai tapak
warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (UNESCO). Buat pengetahuan semua, sepanjang tahun lalu sahaja, kota
ini telah berjaya menarik kehadiran lima juta pelancong antarabangsa.

6. MARAKECH, MAGHRIBI
Kota Marakech ini menjadi pusat budaya di Afrika Utara. Malahan ia satu-satunya kota raya
dari benua Afrika yang menjadi pilihan di kalangan pengembara dan pelancong selepas
berlaku kegawatan politik di Mesir. Sekiranya pengembara dan pelancong mahu merasai
untuk menjejak kaki ke benua Afrika Utara maka Maghribi yang menjadi satu-satunya lokasi
paling sesuai untuk dikunjungi.

7. PARIS, PERANCIS
Kota raya ini memang menjadi impian setiap pelancong terutama pasangan yang sedang
berpacaran ataupun baru berkahwin. Walaupun tercicir dari segi ranking, Paris terus
menawarkan pelancong peluang untuk berseronok. Antaranya peluang melihat
pemandangan menakjubkan selain memiliki banyak galeri yang menyimpan koleksi seni
terbaik di dunia meskipun kedudukan kota yang dilabel sebagai Kota Cinta dan Kota Fesyen
ini merosot teruk dari tempat pertama tahun lalu ke tangga kelapan tahun ini.

8. HANOI, VIETNAM
Hanoi terletak di utara Vietnam dan menjadi hab kepada pelbagai budaya utama. Antara
tujuan pelawat datang ke negara ini adalah untuk menemui pelbagai artifak menarik yang
mempunyai hubung kait dengan sejarah panjang negara ini dan sebaran penduduk di Asia
Tenggara.

9. SIEM REAP, KEMBOJA


Sejak akhir-akhir ini Siem Reap semakin menjadi destinasi popular di kalangan pelancong.
Tarikan utamanya ialah kompleks kuil purba iaitu Angkor Wat yang dipercayai dibina pada
abad ke-12. Bukan itu sahaja, seni bina purba seperti Angkor Wat juga dipercayai menjadi
lokasi menarik untuk orang ramai merakam gambar atau membuat sesi fotografi.

10. SHANGHAI, CHINA


Shanghai berjaya merebut tempat kesepuluh dalam senarai utama pelancong di seluruh
dunia. Tarikan Shanghai adalah sebuah kota raya paling moden di China dan ditabalkan
sebagai kota raya terbesar di dunia selain memiliki penduduk paling ramai. Walaupun
kemunculan bangunan-bangunan pencakar langit, moden dan kontemporari namun
bangunan lama masih dikekalkan dan dibaik pulih sebagai sejarah.

Sumber :
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20140503/pl_01/10-destinasi-pelancong-
terbaik-dunia

Tugasan : Perhatikan peta dunia


Kenal pasti keistimewaan tempat-tempat tersebut,
& foto-foto di bawah. 56
catatkan maklumat ke dalam bentuk grafik yang sesuai.
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 3: PELANCONGAN

LAMPIRAN 3

Tugasan :
Sekiranya anda ditaja oleh sebuah syarikat pelancongan untuk melancong ke mana-
mana satu daripada 10 destinasi terbaik pelancongan di dunia, ke manakah anda
akan pergi?

Dapatkan maklumat lanjut tentang tempat


tersebut melalui internet.

57
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 3: PELANCONGAN

58
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 3: PELANCONGAN

LAMPIRAN 4

59
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 3: PELANCONGAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

UNIT 3

TEMA PELANCONGAN

TAJUK DESTINASI PELANCONGAN?

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


OBJEKTIF i. Menilai, menaakul dan merumus maklumat yang dibaca.
ii. Menyarankan peranan bagi menangani isu semasa.

Teknik Bacaan : ACID


STRATEGI /
KBAT : mengaplikasi, menganalisis, menilai, mencipta
PENDEKATA
N ABAD KE
Nilai: Cinta akan negara
21
Strategi P&P: Pembelajaran Kontekstual

i. Internet – Laman Web


ii. Peta / Grafik,
MEDIA
iii. Petikan
*mengikut kesesuaian

SITUASI Peribadi dan Awam

FORMAT Pelbagai
TEKS

JENIS TEKS Penceritaan

PROSES Menyokong, mengenal pasti dan menangani konflik


KOGNITIF

60
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 3: PELANCONGAN

AKTIVITI CATATAN

LANGKAH 1

a. Bersoal jawab tentang destinasi pelancongan yang * Sumbang saran


diidam. Dalam atau luar negara? Berikan alasan.

LANGKAH 2
Teknik bacaan ACID
a. Membaca dan memahami artikel ‟ Kenapa Rakyat
Terus ke Luar Negara?‟
Laman Web: Sumber:
b. Garisi maklumat penting. http://www.utusan.com.m
y/rencana/kenapa-
rakyat-terus-melancong-
c. Bentangkan dapatan anda.
ke-luar-negara-1.199908

LAMPIRAN 1

LANGKAH 3

a. Memberi hujah berdasarkan hipotesis berikut:


Membuat rumusan
i. Rakyat Malaysia suka melancong di dalam
negara kerana perbelanjaan lebih murah.

ii. Melancong di luar negara lebih menyeronokkan


dan lebih murah mengikut tempat berbanding
dalam negara.

b. Nyatakan pendirian anda. Mengapa?

LANGKAH 4 LAMPIRAN 2

a. Membaca artikel Cabaran Industri Pelancongan. Laman Web:


b. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, http://www.utusan.com.m
nyatakan peranan anda untuk menangani isu salah y/rencana/cabaran-
laku pelancong? industri-pelancongan-
negara-

LAMPIRAN 3

61
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 3: PELANCONGAN
LAMPIRAN 1

Kenapa rakyat terus melancong ke luar negara?


AZMAN ANUAR | 13 Mac 2016 6:02 PM

Sumber:
http://www.utusan.com.my/rencana/kenapa-rakyat-terus-melancong-ke-luar-negara-1.199908

Kelembapan ekonomi tidak menghalang orang ramai mendapat pakej pelancongan istimewa di MATTA Fair, yang berlangsung di
PWTC sehingga hari ini.

SEJAK Jumaat lepas hingga Ahad ini (11-13 Mac) begitu ramai rakyat Malaysia bertumpu di
kaunter agensi pelancongan di Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan
Malaysia (MATTA Fair), Pusat Dagangan Dunia Putra untuk menempah pakej pelancongan
dengan potongan harga istimewa.

Keadaan tersebut bagaikan tidak menunjukkan kesan kemerosotan nilai ringgit berbanding
mata wang utama dunia. Pelancong Malaysia tidak berasa gusar atau rugi. Tidak timbul
apabila nilai matawang kita jatuh, ia akan menyebabkan rakyat Malaysia akan berfikir dua
atau tiga kali untuk membuat keputusan melancong ke luar negara.

Hakikatnya nafsu untuk merehatkan diri sambil makan angin rakyat kita tidak berkurang
langsung. Di sebaliknya, selain pekerja asing membawa keluar pertukaran nilai ringgit
dengan banyak, pelancong kita pun turut menyumbang ke pada ekonomi negara yang
dilawati.

62
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 3: PELANCONGAN
Jadi soal perbelanjaan melancong ke luar negara menjadi mahal dan mereka diramal akan
membelanjakan wang di pusat peranginan dan pelancongan di dalam negara ini cuma
terkesan pada golongan tertentu sahaja.

Agensi pelancongan tempatan sendiri dilihat banyak mempromosikan pakej yang lebih
menumpukan ke destinasi antarabangsa termasuk ASEAN, Asia Barat, Asia Timur, Eropah,
dan Australia.

Salah satu faktor kenapa kini begitu banyak rakyat Malaysia suka melancong dan membeli-
belah ke luar negara ialah wujudnya penerbangan tambang murah. Di samping dapat
melancong ke negara orang, mereka juga tertarik dengan harga barangan yang dikatakan
lebih murah seperti di Bandung (Indonesia), Ho Chi Minh (Vietnam) dan China. Malah,
harga tambang penerbangan pergi dan balik yang ditawarkan bukan saja hampir sama
dengan destinasi dalam negara tetapi lebih murah berbanding kos melancong dengan
kenderaan sendiri dalam negara.

Siapa yang tidak mahu melancong ke luar negara jika pakej yang menarik ditambah pula ke
destinasi serantau yang nilai mata wangnya lebih rendah. Pakej percutian misalnya ke
Jakarta, Phuket dan Ho Chi Minh termasuk tiket penerbangan, penginapan dan lawatan ada
yang serendah RM600. Harga semurah ini mungkin sukar diberikan di negara kita, tambahan
pula pada musim cuti sekolah.

Seperkara lagi, sesetengah hotel dan pusat tarikan pelancong di Malaysia berada pada ta-
hap lama atau usang. Ada hotel masih menyediakan tilam yang sudah berlekuk bahagian
tengahnya, hamparan permaidani yang lusuh dan kemudahan bilik air yang menyakitkan
hati. Apa yang ditunjuk dalam Internet jauh berbeza dengan hakikat sebenar.

Sebenarnya, Kementerian Pelancongan sudah banyak berusaha untuk menarik pelancong di


dalam negara melalui promosi Cuti-cuti Malaysia, begitu juga pakej inap desa (homestay).
Namun, proses mendidik rakyat supaya melancong dalam negara perlu dilakukan lebih giat
lagi.

Janganlah kemudahan hotel bertaraf empat dan lima bintang hanya untuk pelancong asing
sahaja. Fikirkan juga kemampuan pelancong tempatan dengan mengenakan tawaran harga
yang menarik. Tidak ada salahnya jika harga sewa bilik untuk rakyat tempatan lebih murah
daripada warga asing. Lagipun dari segi pertukaran matawang, sewa hotel sebenarnya
masih lebih murah untuk pelancong asing dibandingkan dengan pelancong tempatan. Jadi
tak salah jika diperkenalkan dua kadar harga penginapan supaya menarik rakyat kita
melancong dalam negara.

Apabila difikir-fikir, dalam keadaan ekonomi dan nilai ringgit jatuh, kenapa tiada kempen
besar-besaran menggalakkan rakyat melancong dalam negara sekarang sebagai langkah
sementara waktu sehingga ekonomi negara kita pulih?

Tugasan:
i. Libatkan diri dalam perbincangan.
ii. Guna bahan rujukan dan pautan yang diberi sebagai panduan.
iii. Dapatkan bahan lain yang berkaitan melalui pusat sumber atau internet.
iv. Cuba bina instrumen soal selidik mudah untuk mendapatkan pandangan daripada rakan atau guru
lain.
63
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 3: PELANCONGAN
LAMPIRAN 2
CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN

BUKAN sekali dua negara kita digemparkan dengan kelakuan tidak senonoh, salah laku dan
jenayah yang dilakukan oleh pelancong asing. Sudah banyak kali ia berlaku. Sebagai
sebuah negara Islam dan penduduknya berpegang kepada nilai-nilai ketimuran dan
menjaga adab sopan, kita tentunya berasa tidak senang dengan tindakan pelancong asing
yang tidak menghormati budaya kita apabila bertandang ke negara ini.

Isu moral pelancong asing di negara sebenarnya adalah satu cabaran baharu
industri pelancongan Malaysia. Kes-kes seperti pelancong asing berjemur di pantai tanpa
pakaian dan separuh bogel adalah satu cabaran yang sukar ditangani sekiranya mereka ini
tidak memahami budaya negara ini atau dengan sengaja tidak mahu menghormati
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di sesuatu destinasi pelancongan kita.

Setiap lokasi pelancongan di negara kita tidak kira sama ada pantai, pulau, tempat
bersejarah, tanah tinggi dan sebagainya sudah mempunyai peraturan-peraturan yang ditulis
dalam pelbagai bahasa untuk mengingatkan setiap pelancong tentang apa yang boleh
dibuat dan apa yang tidak boleh di kawasan-kawasan pelancongan tersebut. Maka, ini
semua bergantung kepada penguatkuasaan, pemantauan dan sikap pelancong itu sendiri
untuk mengelakkan berlakunya perbuatan-perbuatan yang sumbang pada pandangan
rakyat tempatan kita. Secara logiknya, memang sukar bagi pihak berkuasa di sesuatu
kawasan pelancongan boleh menangani setiap tingkah laku pelancong. Jika ramai
pelancong, makin banyak kerenahnya dan makin sukarlah hendak dikawal. Papan tanda
arahan dan amaran sudah cukup untuk membuktikan bahawa kita sudah berusaha
menyekat perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan budaya kita ini. Cumanya, kita
terpaksa berserah kepada „kebijaksanaan‟ pelancong luar ini, sama ada mereka mahu
melancong untuk menikmati keindahan, memperoleh pengetahuan atau memberi bebanan
kepada kita.

Pelancong yang bertanggungjawab tentunya akan menghormati budaya, agama dan


sensitiviti penduduk di sesebuah negara yang dilawati, bukannya membawa pelbagai
masalah kepada negara yang dikunjungi. Samalah juga, jika pelancong datang ke negara
kita untuk melakukan jenayah, niatnya sudah tersasar dan tidak boleh dimaafkan malah
tindakan tegas mesti diambil ke atas pelancong seperti ini. Ironinya, jika penduduk dari
negara ini melancong ke negara asing, undang-undang atau peraturan di negara itu mesti
kita dipatuhi. Kerana itulah, pepatah ada mengatakan, „masuk kandang kambing
mengembek, masuk kandang kerbau menguak‟ yang menunjukkan bahawa kita mesti ikut
apa yang kebanyakan orang itu buat di tempat mereka, tetapi apa yang dibuat itu adalah
perkara yang baik-baik.

Setiap tahun, kita menyasarkan peningkatan jumlah pelancong asing ke negara ini
memandangkan pelancong asing turut menjana pendapatan negara. Pelbagai cara dan
pendekatan kita lakukan untuk mencapai matlamat tersebut tetapi industri ini tetap
mempunyai pelbagai halangan. Justeru untuk menangani isu pelancong asing yang
berkelakuan tidak senonoh ini, garis panduan untuk mereka mesti diperkemaskan. Dalam
kita mengalu-alukan pelancong asing, kita juga perlu bertegas dalam soal peraturan, adab
sopan dan budaya negara ini.

64
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 3: PELANCONGAN
PROJEK PENILAIAN PEMBELAJARAN
MARI BERCUTI

FOKUS:
i. Menghasilkan satu maklumat perjalanan
(flyer, risalah, power point, nota dll.
ii. Jadual perjalanan
iii. Kos perjalanan

Rancang satu percutian yang menarik bersama-sama keluarga.

a. Nyatakan langkah yang perlu diambil untuk merealisasikan percutian


tersebut.
b. Bina panduan percutian sebagai garis panduan rancangan percutian sama
ada dalam atau luar negara.
c. Contoh pakej yang boleh dirujuk untuk merancang percutian anda. Klik
pautan di bawah untuk maklumat yang boleh membantu anda merancang
percutian tersebut.

Gambar di bawah adalah contoh pakej yang boleh dirujuk untuk merancang
percutian anda. Klik pautan di bawah untuk maklumat yang boleh membantu anda
merancang percutian tersebut:

65
HEBAT Bacaan Bahasa Melayu
Modul 3: PELANCONGAN

2016

PAUTAN UNTUK PANDUAN MERANCANG PERCUTIAN

MAS Airlines: http://www.malaysiaairlines.com/my

AIR AISA: https://booking.airasia.com/

Kalender 2016: http://www.panduanmalaysia.com/2015/09/kalendar-cuti-umum-


malaysia-2016-dan-cuti-sekolah-malaysia.html

66

You might also like