You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL.

2/2018

SK LOKTOHOG BANGGI, KUDAT

TARIKH : 12 JULAI 2018

HARI : KHAMIS

MASA : 1.30 -4.50 PETANG

TEMPAT : BILIK GERAKAN, SK LOKTOHOG BANGGI

AGENDA:

1. Kata Aluan Pengerusi


2. Ucapan Guru Besar
3. Pengesahan Minit Mesyuarat
4. Perkara Berbangkit
5. Laporan Peperiksaan Semester 1
6. PBD dalam Modul Offline
7. Program UPSR
8. Intervensi UPSR
9. BRP
10. Pencerapan PDP
11. Pengurusan Panitia
12. Semakan Hasil Kerja Murid
13. Hal-hal Lain
KEHADIRAN:

1. En. Abdul Malat bin Sarisil


2. Pn. Maria binti Kodius
3. Pn. Suziani binti Sapin
4. Cik Sclolastica Even
5. Pn. Hajah Sandura binti Haji Nukah
6. Pn. Monalinda binti Mohamarin
7. En. Mohd. Nur Hani bin Bastani
8. Pn. Fazilah binti Duraman
9. Pn. Azrina binti Halid
10. En. Jeffry bin Amir Hamza
11. En. Allester bin Nurdin
12. En. Hasan bin Ibrahim
13. En. Azrul bin Usop

TIDAK HADIR BERSEBAB:


1. En. Zainul bin Baharom
2. En. Marbek bin Husen
3. En. Fadzri @ Adi Mohd Fadzri bin Ali
4. En. Alexius Jillyne
5. En. Ahmad Asyrawi bin Abdul Wahab
6. Pn. Khairul Fitriah binti Hj. Hamid
7. En. Owais Al-Karni bin Mohd. Ramzi
MINIT MESYUARAT

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Hasan bin Ibrahim.

1. UCAPAN PENGERUSI
Pengerusi (PK1), Puan Maria mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru ke Mesyuarat
Kurikulum Bil. 2/2018. Terdapat beberapa orang guru yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab
tertentu. SK Loktohog telah menerima lawatan oleh pegawai dari KPM bagi menjalankan kaji selidik
mengenai PPKI. Sedikit perkongsian yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Daerah
Kudat, guru-guru perlu memberi penekanan terhadap Penguasaan Tahap Minimum (PTM) semasa
proses PdP. Hanya terdapat 50% yang menguasai PTM, yang mana peratusan pencapaian peringkat
daerah yang disasarkan adalah sebanyak 60%. Setiap sekolah diminta untuk mencapai sekurang-
kurangnya 40% PTM dalam kalangan murid.

(Tindakan: Makluman)

2. UCAPAN GURU BESAR


Guru Besar menjelaskan bahawa terdapat peruntukan yang dterima oleh SK Loktohog dari KPM.
Pihak sekolah akan menguruskan agihan peruntukan tersebut menikut panitia-panitia di sekolah.
Ketua Panitia diminta untuk mengemukakan nota minta bagi membuat tuntutan panitia masing-
masing. Guru Besar telah meminta peruntukan untuk membina Asrama Desa di SK Loktohog bagi
menampung keperluan murid-murid. Guru Besar juga telah mengambil kesempatan daripada
lawatan KPM bagi membina rumah guru.

(Tindakan: Makluman)

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil. 2/2018 dicadangkan oleh En. Jeffry bin Amir Hamza dan
disokong oleh Pn. Hajah Sandura binti Haji Nukah.

(Tindakan: Makluman)

4. PERKARA BERBANGKIT

4.1 Pn. Azrina binti Halid ditetapkan sebagai Setiausaha Kurikulum 2018.

4.2 En. Hasan bin Ibrahim meminta peruntukan bagi menjayakan Program/Aktiviti Pemulihan
beliau dan mendapat maklum balas dari Guru Besar yang menyatakan tuntutan boleh dibuat
melalui kertas kerja berikutan ketiadaan wang tunai di sekolah.
4.3 Semua guru perlu mengemaskini maklumat eOperasi masing-masing, terutama maklumat
emel. Jika terdapat sebarang permasalahan, guru-guru boleh berhubung dengan PK1
sekolah.

5. LAPORAN PEPERIKSAAN SEMESTER 1 (En. Azrul bin Usop)


5.1 Bagi murid Tahun 6, hanya terdapat seorang murid Tahun 6 yang mencapai PTM. Terdapat
beberapa kenaikan dan penurunan bagi setiap matapelajaran berbanding Ujian 1 pada
bulan Mac. Terdapat 4 orang murid Tahun 6 yang berpotensi untuk mencapai PTM jika
diberi penekanan yang positif.
5.2 Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) Tahun 1, daripada sejumlah 11 orang murid, 4
orang mencapai PTM, manakala 1 orang murid berada pada tahap baik. Bagi murid Tahun 2,
5 orang mencapai PTM dan 1 orang berada pada tahap baik. Bagi murid Tahun 3 pula, hanya
3 orang yang mencapai PTM daripada jumlah murid sebanyak 16 orang. Tahun 4 juga
mencatatkan 3 orang murid mencapai PTM manakala hanya 2 orang murid mencapai PTM
bagi Tahun 5. Setiap guru matapelajaran perlu memastikan setiap murid sekurang-
kurangnya perlu mencapai PTM bagi meningkatkan prestasi sekolah.
5.3 Puan Maria menyatakan bahawa terdapat beberapa isu yang akan dibawa dan dibincangkan
khas dalam mesyuarat peperiksaan.

(Tindakan: Semua guru matapelajaran)

6. PBD DALAM MODUL OFFLINE


6.1 Setiap guru matapelajaran perlu melaksanakan Pentaksiran Dalam Bilik Darjah (PBD)
sebanyak 2 kali setahun. Guru-guru boleh mendapatkan tapak bagi pengisian PBD secara
offline daripada aplikasi Telegram. Setiap guru matapelajaran sama ada matapelajaran teras
atau elektif perlu menyediakan dan melengkapkan modul offline tersebut.
6.2 Encik Azrul bin Usop dilantik sebagai Penyelaras PBS. Guru Kelas perlu meminta pelaporan
PBD daripada guru matapelajaran kelas masing-masing dan seterusnya menghantar
pelaporan tersebut kepada Penyelaras PBS. Mana-mana guru matapelajaran yang tidak jelas
mengenai pelaporan PBD ini boleh merujuk kepada Ketua Panitia masing-masing.

(Tindakan: Semua guru matapelajaran)

7. PROGRAM UPSR
7.1 Dalam Dialog Prestasi AR2, perbincangan mengenai prestasi akademik murid Tahun 6 akan
dibincangkan dengan lebih lanjut. Guru-guru diminta mengemukakan tarikh bagi
mengadakan Dialog Prestasi AR2.
7.2 Selepas Dialog Prestasi AR2 diadakan, guru-guru Tahun 6 perlu menyediakan analisis item
bagi setiap matapelajaran UPSR. Surat edaran bagi menjemput ibu bapa murid Tahun 6
boleh dikeluarkan dan surat jemputan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kecil Banggi, Tuan
Zeely Boakan Chew perlu diedarkan sebelum majlis yang bakal diadakan pada 17 Julai 2018.
(Tindakan: Guru-guru Tahun 6)

8. INTERVENSI UPSR
8.1 Guru Besar menyarankan supaya kelas tambahan bagi murid Tahun 6 dilaksanakan
mengikut tahap pencapaian murid di mana murid perlu dibahagikan kepada kumpulan.
Fokus yang lebih perlu diberikan kepada murid yang berkebolehan untuk lulus supaya target
dapat dicapai.
8.2 Setiap matapelajaran teras, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
akan dibantu oleh guru lain bagi membimbing murid-murid Tahun 6. Bagi matapelajaran
Bahasa Malaysia, PK1 dan Pn. Hajah Sandura akan membantu Encik Azrul. Puan Azrina dan
Puan Monalinda akan membantu dalam subjek Bahasa Inggeris, Encik Ahmad Asyrawi dan
Tuan Guru Besar membantu subjek Matematik dan Puan Suziani akan membantu guru
subjek Sains.

(Tindakan: Semua guru)

9. BRP (Buku Rekod Pengajaran)


9.1 Semua guru perlu melengkapkan BRP masing-masing. BRP ini perlu dihantar pada setiap hari
Jumaat pada setiap minggu persekolahan.
9.2 Encik Azrul bin Usop memohon penyediaan kertas A4 bagi tujuan mencetak RPH.

(Tindakan: Semua guru)

10. PENCERAPAN
10.1 PK1 menyatakan bahawa pencerapan PdP/RPH yang terbaik sepanjang tahun akan diberikan
penghargaan.

(Tindakan: Semua guru)

11. PENGURUSAN PANITIA


11.1 PK1 mengeaskan bahawa setiap Ketua Panitia perlu melaksanakan program panitia masing-
masing sebagaimana yang telah dirancang. Mesyuarat panitia perlu diadakan sekurang-
kurang 4 kali dalam masa setahun. Sebarang mesyuarat atau perbincangan secara santai
juga boleh diminitkan sebagai dokumentasi.
11.2 Pengurusan sistem fail setiap panitia perlu dilakukan supaya dapat dijadikan sebagai
rujukan. Setiap dokumen perlu dikemaskini dan fail tersebut perlu dilengkapkan. Audit fail-
fail panitia akan dilakukan oleh Guru Besar bagi memastikan setiap fail panitia diuruskan
dengan baik.

(Tindakan: Semua Ketua Panitia)


12. SEMAKAN HASIL KERJA MURID
12.1 Setiap guru matapelajaran perlu memeriksa semua hasil kerja murid masing-masing. Ketua
Panitia matapelajaran perlu menyediakan boring bagi melakukan penyeliaan terhadap hasil
kerja murid.
12.2 Guru perlu memastikan bahawa setiap murid mempunyai buku latihan atau buku kerja
masing-masing.

(Tindakan: Semua guru)

13. HAL-HAL LAIN


13.1 Encik Hasan memberi cadangan supaya murid-murid diberikan makanan tambahan seperti
kismis bagi membantu murid mendapatkan minda yang cerdas.
13.2 Cik Sclolastica meminta bantuan Encik Jeffry bagi mengajar matapelajaran Matematik.
13.3 Puan Maria menyatakan bahawa terdapat guru ganti yang tidak masuk kelas sebagaimana
jadual ganti yang dikeluarkan.
13.4 Puan Monalinda diminta untuk memanfaatkan Pusat Sumber dengan sebaik mungkin di
mana murid-murid boleh membuat peminjaman buku-buku yang terdapat di dalam Pusat
Sumber.
13.5 Puan Maria memohon kerjasama guru-guru bertugas untuk membuat persediaan awal di
tapak perhimpunan sebelum bermulanya perhimpunan mingguan pada setiap hari Isnin.
Guru bertugas perlu membuat laporan tugasan mengenai kehadiran murid dan kehadiran
guru ke sekolah.
13.6 Seterusnya, Puan Maria juga meminta guru-guru untuk menghantar Borang Keberhasilan
Fasa 2 pada penghujung bulan Oktober ini. Borang Keberhasilan Fasa 2 ini perlu dihantar
dalam bentuk hard copy, berbanding Borang Keberhasilan Fasa 1 yang dihantar dalam
bentuk soft copy.
13.7 Guru Besar memberikan maklum balas mengenai guru ganti di mana guru-guru perlu
menepati jadual guru ganti yang telah ditetapkan.
13.8 Beliau juga memaklumkan bahawa guru-guru perlu memohon dan disokong oleh PK1
terlebih dahulu sebelum bercuti.
13.9 Guru-guru perlu melengkapkan BRP masing-masing kerana ia sangat penting sebagai bukti
dokumentasi.
13.10 Buku kehadiran murid perlu dilengkapkan oleh guru kelas masing-masing di bawah seliaan
PK Hal Ehwal Murid.
13.11 Puan Sandura dilantik sebagai Ketua Panitia Bahasa Malaysia.
Mesyuarat Kurikulum Bil.2/2018 ditangguhkan pada jam 4.50 petang. Guru-guru diminta bertindak
berdasarkan apa-apa yang telah dibincangkan.

Dicadangkan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………………. …………………………………………….

( ) ( )

Disediakan oleh:

………………………………………….

(AZRINA BINTI HALID)


Setiausaha Kurikulum
SK Loktohog Banggi

You might also like