You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM TERENDAK 2

76200 KEM TERENDAK, MELAKA.

MINIT MESYUARAT KELAS ABAD 21


KALI PERTAMA
SESI 2018

TARIKH : 10 JANUARI 2018


HARI : RABU
MASA : 02.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN TERTUTUP

KEHADIRAN:
Semua guru hadir kecuali:

1. Pn. Fazilah binti Omran (CRK)


2. Pn. Haslena binti Mat Haris (Mesyuarat)
3. En. Johari bin Jakpar (Temu Janji Doktor)
4. En. Nasaruddin bin Ibrahim (Rawatan)
5. Pn. Nadiah binti Hashim (CRK)
6. Pn. Suriani binti Yusof (Kebenaran)
7. Pn. Teh Zalifah binti Teh Adnan (Kebenaran)
8. Pn. Wan Zana Riza binti Wan Mohd Amin (Cuti Kuarantin)
9. Pn. Zarifah Jawahir bin Zainal Abidin (MC)
10. Pn. Suria binti Misman (Cuti Bersalin)

AGENDA :

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Guru Besar
3. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat lepas
4. Perkara berbangkit
5. Perbincangan Agenda
5.1 Pembentukan dan Pembahagian Tugasan AJK
5.2 Perancangan dan Pelaksanaan Program 2018
5.3 Pemantauan dan Pencerapan
5.4 Penerangan Program PAK21
6. Hal-hal lain
7. Ucapan penangguhan
1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Meminta semua guru untuk membaca Al-Fatihah sebagai umul


kitab untuk memberkati mesyuarat pada petang ini.
1.2 Mengucapkan tahniah kepada barisan organisasi AJK Kurikulum
sesi 2018. Mengingatkan kepada semua guru dengan pepatah `
Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul’.
1.3 Menyatakan kurikulum merupakan bidang utama dalam
menerajui pencapaian sekolah.
1.4 Memaklumkan Encik Syukor bin Tazuli masih memegang
jawatan sebagai Guru Aset sehingga tahun 2019 berdasarkan
surrat lantikan dari Kementerian.
1.5 Menjelaskan bilangan waktu bagi subjek Matematik iaitu 8 waktu
adalah mengikut surat pekeliling, pihak sekolah diberi pilihan
sama ada 6 atau 8 waktu dalam seminggu. Oleh itu, pihak
pentadbir bersetuju untuk menggunakan bilangan waktu yang
maksima iaitu 8 waktu.
1.6 Memaklumkan kepada semua guru bahawa pemantauan
berkelompok pada 30 Januari 2018 sangat menekankan
Pembelajaran Abad 21. Oleh itu, diharapkan guru kelas dapat
menyediakan suasana Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) di
dalam bilik darjah masing-masing.
1.7 Beliau juga meminta agar semua guru bersedia dengan
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) PAK21 dalam setiap
sesi pengajaran.

2. UCAPAN PENTADBIR

2.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kehadiran


mesyuarat pada petang ini.
2.2 Menjelaskan sekali lagi bahawa Kurikulum merupakan bidang
utama dalam menentukan hala tuju pencapaian sesebuah
sekolah.
2.3 Menyatakan sekolah mempunyai pelbagai kepakaran guru
terutama dari segi pengalaman bersama-sama guru baharu
bergabung tenaga untuk meningkatkan pencapaian murid.
2.4 Berharap guru-guru tidak meletakkan tanggungjawab
sepenuhnya kepada guru tahun 6. Seharusnya semua guru dapat
memainkan peranan bermula dari prasekolah sehingga tahun 6
untuk melihat hasil kemenjadian murid.
2.5 Mengucapkan tahniah atas pencapaian UPSR Tahun 6 2017 di
mana guru-guru telah berusaha gigih untuk mengajar dan
mendidik murid tanpa mengira masa dan tenaga.
2.6 Memaklumkan pada hari ini ada perjumpaan di PPD Kluang
untuk penganugerahan 9 buah sekolah di dalam kem yang
terlibat atas pencapaian kecemerlangan akademik.
2.7 Berharap semua guru dapat bersama-sama berganding bahu
untuk meningkatkan kejayaan murid dan sekolah.
3. MENGESAHKAN MINIT

3.1 Pencadang
Nurul Azizah binti Idris
3.2 Penyokong
Rahimah binti Na’ain

4. BANGKITAN MINIT
4.1 Merujuk perkara 5.5
4.1.1 Guru besar berharap ketua panitia dapat menyenaraikan
intervensi yang pelbagai bagi mengatasi sesuatu isu yang
dibangkitkan. Beliau juga mengingatkan tanggungjawab semua
ahli panitia untuk membaiki pencapaian mata pelajaran masing-
masing. Beliau turut menyarankan agar guru-guru tidak
meletakkan kesalahan murid sebagai isu yang timbul.
4.1.2 Matapelajaran Bahasa Melayu :
 Puan Salmah memaklumkan teknik dan bengkel yang
dijalankan seperti tahun lepas dikekalkan memandangkan
ada peningkatan dalam pencapaian akhir tahun.
4.1.3 Matapelajaran Bahasa Inggeris :
 Puan Mahirah menyatakan pencapaian subjek kurang
memberangsangkan disebabkan penguasaan
perbendaharaan kata yang agak lemah dan kurang
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
4.1.4 Matapelajaran Matematik :
 Puan Sazila memaklumkan buku Modul Matematik
keluaran JPN Unit Sains dan Matematik digunakan pada
tahun ini untuk tahun 4 dan 5.
 Guru besar berharap guru Matematik dapat menunjukkan
langkah pengiraan terutama Kertas 2 agar murid dapat
menyelesaikan tugasan dengan tepat.
4.1.5 Matapelajaran Sains :
 Guru besar mengucapkan tahniah kepada Encik Zarif atas
pencapaian Tahun 3 yang melepasi sasaran.
4.1.6 Matapelajaran Pendidikan Agama Islam :
 Guru besar mengucapkan tahniah kepada semua guru
PAI atas pencapaian yang memberansangkan.
4.1.7 Matapelajaran Reka Bentuk Teknologi
 Puan Norafika memaklumkan pengiraan markah bagi
tahun ini ialah 70 markah untuk bertulis dan 30 markah
untuk amali.
4.1.8 Guru besar merumuskan semua matapelajaran tidak mencapai
target dalam Peperiksaan Akhir Tahun. Hanya terdapat beberapa
subjek yang menunujukkan pencapaian yang baik. Sekiranya
subjek yang GPS melebihi 3.5 amat membimbangkan dan
kritikal. Hal ini menyebabkan pegawai dari PPD dan JPN untuk
datang memantau. Beliau berharap ketua panitia dapat membuat
sesuatu tindakan untuk mengatasi masalah ini.

5. PERBINCANGAN PROFESIONAL KURIKULUM

5.1 Perancangan Panitia 2018


5.1.1 Encik Jamal menyatakan perlu mewujudkan pelan perancangan
intervensi sekiranya sasaran tidak mtecapai. Setiap program
dilaksanakan perlu ada aktiviti, tempoh dan penilaian. Selain itu,
guru perlu menitikberatkan cadangan penambahbaikan sesuatu
program yang dilaksanakan.
5.2.2 Guru besar mengingatkan ketua panitia perlu menyediakan
pelan taktikal, pelan operasi dan ‘Swot’ apabila menyediakan
perancangan strategik.
5.3.3 Puan Norafika mencadangkan perancangan strategik bermula
2018 hingga 2022.
- Semua ketua panitia bersetuju untuk menyediakan
perancangan strategik dalam tempoh 5 tahun.
5.3.4 Semua Panitia telah membuat perancangan panitia dan
dimasukkan ke dalam’dropbox’. Rujuk Lampiran.
Tindakan: Ketua Panitia

5.2 Pelaksanaan Program LINUS, PROTIM, MBMMBI


5.2.1 LINUS
 Guru besar memaklumkan bahawa kehadiran fasilitator
LINUS yang lepas disebabkan terdapat beberapa
dokumen kurang lengkap.
 Cik Ana Wahida selaku Penyelaras LINUS memaklumkan
juga kehadiran fasi pada 18 Januari 2018 untuk memantau
fail dokumen LINUS. Selain itu, beliau juga mengingatkan
semua guru meletakkan salinan asal borang BPPI ke
dalam fail LINUS mengikut mata pelajaran masing-
masing.
 Cik Ana Wahida membentangkan perancangan
LINUS.Rujuk Lampiran.
Tindakan: Penyelaras LINUS/Guru LINUS

5.2.2 PROTIM
 Encik Jamal memaklumkan bahawa progam PROTIM
ditangguhkan kerana tiada arahan daripada PPD dan
JPN.

5.2.3 MBMBMI

 Puan Nabilla selaku Penyelaras menyatakan MBMMBI


merupakan program kolaborasi antara Panitia Bahasa
Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris. Oleh itu, beliau
berharap aktiviti panitia akan disertai dengan MBMMBI.
Selain itu, beliau memaklumkan CD MBMMBI disimpan
di makmal komputer dan diharapkan guru yang
menggunakan sebagai ABM serta dapat menulis dalam
buku rekod penggunaan.

5.3 PBD, PAJSK, PSIKOMETRIK, UPSR


5.3.1 PBD
 Puan Firzah memaklumkan PBD merupakan salah satu
komponen yang akan dinilaikan dalam PPSR iaitu PBS.
Beliau juga menyatakan guru boleh mendapatkan DSKP
tahun1 hingga 6 yang terkini dalam ‘dropbox’.

5.3.2 PAJSK
 Cik Ana Wahida selaku Setiausaha Kokurikulum
menyatakan PAJSK merupakan elemen penting dalam
penilaian PPSR. Beliau berharap semua guru kelas tahap
2 peka terhadap kehadiran dan penglibatan murid dalam
kokurikulum di samping menitikberatkan keselamatan
murid-murid.
 Beliau juga memaklumkan sijil PAJSK dan SEGAK akan
dikeluarkan sebelum keputusan UPSR diumumkan.

5.3.3 PSIKOMETRIK
 Puan Azilawati menyatakan Psikometik merupakan
komponen yang dinilai dalam PPSR. Terdapat 9 aspek
yang dinilai iaitu Intrapesonal, Verbal-Linguistik, Logistik,
Visual Ruang, Muzik, Interpersonal, Naturalis dan
Kinestatik.
 Selain itu, beliau juga menjelaskan Tahun 6 akan
menjalankan ujian IKID di mana murid perlu menjawab 90
soalan dalam masa 1 jam 30 minit dan soalan dalam
bentuk pelbagai aspek. Ujian ini akan dilaksana pada
bulan September.
 Manakala, murid tahun 3 pula akan menjalankan Uiian
Aptitud di mana murid akan menjawab 80 soalan dalam
masa 1 jam dan akan dilaksanakankan pada bulan
September dan Oktober. Semua murid terlibat termasuk
murid Pendidikan Khas. Segala jawapan murid akan ‘key-
in’ secara atas talian dan hasil dapatan tersebut akan
menjurus kecenderungan murid berdasakan peratus.

5.3.4 UPSR
 Encik Jamal memaklumkan bahawa UPSR merupakan
salah satu komponen pelaporan pentaksiran yang akan
dinilai untuk murid tahun 6.
 Beliau juga memaklumkan bahawa keputusan UPSR
bukan atas slip sahaja, tetapi ia merangkumi semua
penilaian PPSR iaitu PBD, Psikometrik, PAJSK dan
UPSR.

5.5 Perancangan strategik PdPc


5.5.1 Encik Jamal mengingatkkan guru-guru agar melaksanakan PdPc
menjurus PAK21 terutama dalam penggunaan ABM,
perancangan aktiviti, dan sebagainya. Beliau berharap aktiviti
yang dilaksanakan menggunakan aktiviti yang dicadangkan
seperti ‘gallery walk’, ‘hot seats’ dan ‘Think-Pair-Share’ serta
elemen 4C iaitu ‘collaborative, communication, creativity dan
critical thinking ‘.
5.5.2 Encik Jamal juga menggalakkan agar guru-guru dapat
mengakses pelbagai kaedah pembelajaran daripada pelbagai
sumber yang menarik dan berpusatkan murid.

5.6 PAK 21
5.6.1 Puan Salina selaku Penyelaras PAK 21 menyatakan seharusnua
guru-guru menggunakan PdPc berpusatkan PAK21. Beliau
mengingatkan kepada guru kelas agar dapat menyediakan sudut
peta ITHINK dalam ruangan kelas dan dapat mewujudkan kelas
menjurus PAK 21.
5.6.2 Puan Salina memaklumkan peta ITHINK merupakan salah satu
ABM yang boleh digunakan semasa PdPc dan seharusnya guru
mengetahui penggunaan peta tersebut.
5.6.3 Puan Salina juga menyatakan guru-guru boleh mendapatkan
maklumat PAK21 dalam ‘dropbox’ sekolah.
5.6.4 Puan Norazlin juga berkongsi pengalaman mengajar PdPc
PAK21 semasa sekolah lama beliau. Beliau menyatakan PAK21
berpusatkan kepada murid dan guru sebagai fasilitator. Guru
digalakkan menggunakan aktiviti kumpulan atau berpasangan.
Beliau juga mengingatkan agar guru dapat menulis objektif PdPc
pada papan putih agar murid dapat mengetahui pencapaian
mereka pada hari tersebut. Selain itu, beliau juga menjelaskan
bahawa penutup boleh dilaksanakan secara lisan atau
pentaksiran mengikut tahap keupayaan murid.
5.6.5 Guru besar berharap Puan Norazlin dapat melakukan ‘micro
teaching’ sebagai pendedahan kepada guru-guru.

5.7 Penggunaan VLE FROG


5.7.1 Encik Rusli memaklumkan KPI mingguan Frog VLE ialah 30%
daripada enrolmen murid dan pada minggu pertama sekolah kita
telah mencapai 16.51%.
5.7.2 Selain itu, tempoh minima penggunaan murid ialah 30 minit dan
murid digalakkan untuk mengakses frog VLE di mana-mana
tanpa mengira masa dan tempat. Beliau juga menyarankan
semua guru menggunakan semasa PdPc dan memberi tugasan
dalam frog VLE.
5.7.3 Beliau juga memaklumkan LADAP 1 berkaitan frog VLE akan
diadakan pada 18 Januari 2018 bersamaan hari Rabu.

5.8 Penentuan Sasaran


5.8.1 Encik Jamal memaklumkan KPI mata pelajaran ditentukan
berdasarkan enrolmen murid yang terkini.
5.8.2 Puan Salina memaklumkan semua ketua panitia telah
memasukkan KPI dalam ‘dropbox’. Rujuk Lampiran.

5.9 Latihan dan Kerja Bertulis


5.8.1 Encik Jamal mengingatkan kepada semua guru agar menyemak
semua buku murid terutama buku tulis dan buku aktiviti.
Penghantaan pertama buku kepada pentadbir pada bulan
Mac.Hal ini berikutan terdapat aduan daripada ibu bapa
mendapati terdapat sebilangan buku yang tidak disemak.

5.10 Pemantauan dan Pencerapan


5.10.1 Encik Jamal memaklumkan Pegawai yang Dinilai (PYD) pada
tahun 2017 masih digunakan setakat ini dan akan memaklumkan
sekirana berlaku perubahan. Oleh itu, semua guru hendaklah
menghantar buku rekod di bawah PYD.
5.10.2 Encik Jamal juga memaklumkan bahawa pencerapan akan
dijalankan pada bulan Mac dan akan dilakukan sekurang-
kurangnya 4 kali setahun. Walaubagaimanapun, pencerapan
yang pertama PP akan memberitahu kepada guru.

6. HAL-HAL LAIN

6.1 Guru besar mengingatkan semua guru agar mengikut perancangan ang
telah ditetapkan dalam takwim agar tidak terlepas pandang.
6.2 Guru besar berharap guru kelas dapat mengemas kini maklumat terkini
dan bilangan murid mengikut kelas masing-masing terutama APDM dan
buku kedatangan.
6.3 Guru besar juga memaklumkan tentang tarikh UPSR tahun ini akan
diadakan pada 24 hingga 27 September 2018.
6.4 Guru besar juga mengingatkan agar guru ang mengikuti sebarang
taklimat dan kursus hendaklah membuat minit curai supaya pihak
sekolah tidak terlepas sebarang maklumat terkini.
6.5 Ustaz Saifullah memaklumkan tentang dana pendidikan khusus kepada
aktiviti murid boleh dipohon melalui YDP PIBG, namun perlu
menyediakan kertas kerja. Contoh :
1. Unit Hem – Kertas Kerja Kursus Asas Kepimpinan
2. Unit Koku - Kertas Kerja Pembangunan Sukan Sekolah
3. Sub Panitia - Kertas Kerja Bulan Panitia
Selain itu, beliau juga menyatakan dana tersebut tiada had dan guru
yang memerlukan peruntukkan untuk menjalankan aktiviti boleh
menyediakan kertas kerja yang lengkap. Beliau juga berharap kertas
kerja tersebut dapat disiapkan dan dikumpulkan selewat-lewatnya
hujung bulan ini untuk dipanjangkan kepada YDP.

7. UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 Guru besar berharap semua guru dapat memberi komitmen yang tinggi
dalam melaksanakan tugasan untuk mencapai tahap sasaran yang telah
ditetapkan.
7.2 Beliau juga berharap semua guru dapat menjalankan tugas dengan
penuh dedikasi dalam mendidik murid-murid SKKT2 agar sekolah kita
mencapai sasaran yang kita telah tetapkan.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.15 petang.

Disediakan oleh,

_________________

(SAZILA BINTI ZAKARIA)


Setiausaha Kelas Abad 21
SK Kem Terendak 2

You might also like