You are on page 1of 12

WBB0085

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. MARY


52100 KUALA LUMPUR

LAPORAN
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
SK ST MARY, KUALA LUMPUR
TAHUN 2018

TARIKH : 02 JANUARI HINGGA 19 JANUARI 2018

TEMPAT : SK ST.MARY, KUALA LUMPUR


PELAPORAN PROGRAM
NAMA PROGRAM PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 ( 2018)

TARIKH 02 JANUARI – 19 JANUARI HARI 3 MINGGU


2018

MASA WAKTU PERSEKOLAHAN

TEMPAT SK ST. MARY

BIL. MURID 169 ORANG

ANJURAN KURIKULUM SK ST MARY

PELAKSANAAN Program Transisi diadakan selama 3 minggu. Seramai 169 orang


PROGRAM SECARA murid telah menyertai Program Transisi Tahun 1 2018. Program
RINGKAS dilakukan mengikut tema yang dipilih.

Program tersebut dijalankan bertujuan supaya murid Tahun 1 dapat


menyesuaikan diri dengan persekitaran di samping menarik minat
mereka untuk hadir ke sekolah. Selain itu, program transisi ini juga
dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan
jasmani murid- murid secara menyeluruh sebelum memulakan
proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun 1.

PENILAIAN Penilaian program ditentukan dalam beberapa aspek. Aspek- aspek


yang dinilai di antaranya melibatkan pengurusan, guru- guru Tahun
Satu, murid- murid dan juga keadaan fizikal sekolah serta bilik
darjah.

PENGURUSAN
Kertas cadangan dan jawatankuasa kerja dilantik berdasarkan
pengalaman- pengalaman program Transisi Tahun Satu yang
dijalankan pada tahun sebelumnya dan penambahbaikan dilakukan
selepas mengira aspek- aspek seperti kesesuaian tempat dan
jumlah murid pada tahun 2018. Jawataankuasa kerja melibatkan
guru- guru yang mengajar Tahun Satu supaya tiada jurang antara
murid dengan guru subjek apabila sesi pengajaran dan
pembelajaran formal bermula. Guru- guru juga dapat mengenalpasti
kelebihan dan kelemahan murid- murid baharu Tahun Satu untuk
memudahkan guru merancang aktiviti untuk mereka ketika
pembelajaran formal.
Taklimat untuk guru dan kakitangan telah diberikan pada 27
Disember 2017 untuk memastikan kelancaran program yang akan
berlangsung sejurus sekolah dibuka. Manakala, pendaftaran dan
taklimat untuk ibu bapa juga telah dijalankan pada 29 Disember
2017 yang mana turut dijalankan ujian diagnostik untuk murid-
murid Tahun Satu bagi menentukan kelas dan tahap penguasaan
murid untuk literasi dan numerasi. Semua maklumat mengenai
minggu transisi murid telah dimaklumkan ketika taklimat bersama
ibu bapa. Penglibatan guru- guru bersama PIBK juga amat
membantu dalam memastikan kelancaran program Transisi Tahun
Satu selama tiga minggu ini. Pihak PIBK memberi bantuan dari segi
kewangan, tenaga dan masa dalam menjayakan program ini.

GURU TAHUN SATU


Ketika taklimat guru dijalankan, semua guru termasuk guru- guru
Tahun Satu diberi penekanan mengenai objektif program transisi
supaya mereka jelas dengan matlamat program transisi dan
bersedia untukk menghadapi perbezaan murid- murid. Kebanyakan
personaliti guru tahun satu lebih penyayang tetapi tegas supaya
murid selesa untuk berdampingan dengan guru sepanjang hari.
Mereka juga kebanyakannya lebih memahami dan dapat
mengendalikan kerenah murid tahun 1 dengan bijaksana.

MURID
Murid- murid baru yang hadir sepanjang minggu transisi
kebanyakan mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran,
kawan- kawan dan guru- guru. Minat mereka terhadapat aktiviti
pengajaran dan pembelajaran juga dapat dikenalpasti apabila
mereka dapat mengikut dengan baik sekali aktiviti yang dijalankan.
Kebanyakan murid dapat menguasai kemahiran berkomunikasi
dengan baik sekali sesama mereka dan bersama guru. Namun
begitu, masih terdapat segelintir yang perlu dididik untuk
berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih baik. Murid tahun 1
2018 masih dalam fasa mengenali kemahiran pratulisan, prabacaan
dan pranombor. Kemahiran mereka dapat digilap dan dibantu oleh
guru- guru tahun 1 dari semasa ke semasa. Namun begitu tidak
dapat dinafikan ada segelintir yang mempunyai penguasaan
kemahiran yang tinggi dan dapat dijadikan mentor dalam kalangan
mereka kelak.
Sepanjang minggu transisi dijalankan, murid mengambil bahagian
secara aktif dan sentiasa meenunjukkan minat ingin ambil tahu.
Mereka berani untuk mencuba. Namun begitu, kawalan disiplin
mereka kurang memuaskan atas bilangan mereka yang agak ramai.
Guru- guru telah mencuba sedapya upaya untuk mengawal disiplin
mereka spanjang program. Melalui pemerhatian, segelintir murid
dapat bertanggungjawab atas tindakan mereka sendiri di mana
mereka dapat menyelesaikan masalah dengan baik atas bantuan
guru atau rakan yang lain. Terdapat juga yang masih tidak dapat
menguruskan diri sendiri ketika dalam minggu transisi. Murid- murid
ini sentiasa berada dalam pemantauan dan bimbingan guru.
FIZIKAL
Keadaan fizikal yang merangkumi keadaan bilik darjah dan
keceriaan bilik darjah bagi kebanyakan kelas dapat menarik minat
murid untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang selesa.
Susun atur meja yang mengikut kaedah pembelajaran abad ke-21
memudahkan interaksi sesama murid dalam aktiviti yang akan
dijalankan di dalam kelas. Hasil kerja murid juga ditampal di
belakang kelas bagi memberi motivasi kepada murid agar terus
berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam setiap proses
pembelajaran yang berlangsung.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

................................ .....................................
(Nur Anis Atiqah binti Yahya) (Fatimah Binti Ludin),
Setiausaha, Guru Penolong Kanan pentadbiran,
Program Transisi Tahun 1, SK St. Mary,Kuala Lumpur.
SK St. Mary,Kuala Lumpur.
PELAPORAN PROGRAM
NAMA PROGRAM PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 ( 2017)

TARIKH 9 JANUARI – 13 JANUARI HARI MINGGU 2


2017

MASA WAKTU PERSEKOLAHAN

TEMPAT SK ST. MARY

BIL. MURID 157 ORANG

ANJURAN KURIKULUM SK ST MARY

PELAKSANAAN Program Transisi diadakan selama 3 minggu. Seramai 157 orang


PROGRAM SECARA murid telah menyertai Program Transisi Tahun 1 2017. program
RINGKAS dilakukan mengikut tema yang dipilih.

Bagi minggu kedua, aktiviti- aktiviti yang disediakan adalah untuk


menyalurkan maklumat kepada murid- murid seperti taklimat
disiplin, taklimat kaunseling dan taklimat penjagaan buku teks.
Selain itu, selepas sesi rehat, pengajaran tematik diadakan bagi
semua guru subjek.

PENILAIAN i) KEKUATAN PROGRAM


- Murid lebih bersedia dan mudah untuk menguruskan dan
membiasakan diri kelak apabila mereka sudah sedia maklum
dengan peraturan dan suasana di sekolah.
-Pelajaran secara tematik dapat menyediakan murid dengan
sesi pengajaran dan pembelajaran kelak.
ii) KELEMAHAN PROGRAM
- Kawalan murid ketika taklimat

iii) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


- Guru- guru perlu bekerjasama dalam mengawal murid. Guru
yang menyampaikan taklimat sebaiknya menyediakan paparan
slaid supaya murid dapat menumpukan perhatian yang
sepenuhnya terhadap taklimat yang diberi.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

................................ .....................................
(Nurul Hidayah binti Zakaria) (Fatimah Binti Ludin),
Setiausaha, Guru Penolong Kanan pentadbiran,
Program Transisi Tahun 1, SK St. Mary,Kuala Lumpur.
SK St. Mary,Kuala Lumpur.

PELAPORAN PROGRAM
NAMA PROGRAM PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 ( 2017)

TARIKH 16 JANUARI – 20 JANUARI HARI MINGGU 3


2017

MASA WAKTU PERSEKOLAHAN

TEMPAT SK ST. MARY

BIL. MURID 157 ORANG

ANJURAN KURIKULUM SK ST MARY

PELAKSANAAN Pada minggu ketiga, pembelajaran tematik berjalan seperti biasa.


PROGRAM SECARA Aktiviti sukaneka dan persembahan juga diadakan sebagai penutup
RINGKAS program minggu transisi.

PENILAIAN i) KEKUATAN PROGRAM


- Aktiviti sukaneka dan persembahan yang dirancang berjalan
dengan jayanya.
-Murid- murid dapat berkolaborasi dan meningkatkan kemahiran
interpersonal apabila bergaul dengan rakan- rakan mereka.

ii) KELEMAHAN PROGRAM


- Kekurangan guru untuk mengendalikan program sukaneka.

iii) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


- menyusun atur program sukaneka tersebut dengan lebih
tersusun dan teratur walau tidak melibatkan bilangan guru yang
ramai.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

................................ .....................................
(Nurul Hidayah binti Zakaria) (Fatimah Binti Ludin),
Setiausaha, Guru Penolong Kanan pentadbiran,
Program Transisi Tahun 1, SK St. Mary,Kuala Lumpur.
SK St. Mary,Kuala Lumpur.
LAMPIRAN

1) GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI
Hasil Dapatan Data
(BORANG PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI
PRASEKOLAH KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN
TAHUN 2017)

2
Minggu 1
1
Minggu 2
0 Minggu 3

Graf menunjukkan dapatan kajian yang dijalankan oleh guru- guru kelas
tahun 1 terhadap aspek- aspek yang dinilai di atas.

Perbezaan yang dapat dilihat antara minggu pertama dan minggu


ketiga, terdapat peningkatan dalam setiap aspek di mana murid- murid
mengalami proses perkembangan dari segi emosi, interpersonal dan
kemahiran- kemahiran yang lain. Perkembangan ini akan dipantau dari
semasa ke semasa sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
yang berlangsung di dalam kelas. Murid- murid dapat menyesuaikan diri
dengan baik terhadap persekitaran, interaksi bersama guru dan rakan-
rakan berdasarkan carta di atas.

You might also like