You are on page 1of 2

RAMADHAN DAN PEMBINAAN TAMADUN

1. TANDA ORANG BERTAQWA : MEMBESARKAN SYIAR ALLAH


1. “Dan demikianlah, barangsiapa yang membesarkan SYIAR ALLAH, sesungguhnya ia
memiliki hati yang bertaqwa” (Al-Hajj : 33)
2. Peristiwa besar dalam Islam termasuk salah satu dari SYIAR Allah
2. Pensyariatan puasa di bulan Ramadhan
1. Bulan Sya’aban tahun 2H
2. Ayat Al-Quran tentang puasa surah Al-Baqarah
3. Ada 4 peristiwa yang berlaku dalam bulan yang sama :
i. Kewajipan puasa di bulan Ramadhan
ii. Kefardhuan zakat (sebelum ini hanya kewajipan. Bila di Madinah ditentukan
kadarnya)
iii. Kewajipan berperang. Ayat surah Baqarah : 190 (sebelum ini hanya diizinkan
sahaja)
iv. Perpindahan qiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah di Mekah
4. Apa rahsia 4 peristiwa ini berlaku dalam bulan yang sama?
i. Allah nak beri ‘signal’ kepada Umat bahawa akan berlaku satu peristiwa
besar bulan berikutnya
ii. Jadi, Umat Islam perlu memiliki PERSEDIAAN untuk menghadapinya
iii. Peristiwa besar itu adalah PEPERANGAN BADAR AL-KUBRA
3. Apa itu peperangan BADAR AL-KUBRA?
1. Peperangan pertama di dalam Islam
2. Peperangan yang menentukan nasib Umat Islam (Rasulullah berdoa : kalau kami
kalah pada hari ini, tiada manusia yang akan sembah engkau)
3. Peperangan yang mengangkat martabat Umat Islam/kewujudannya di Tanah Arab
semakin di rasai. “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu didalam Badar
sedangkan sebelum itu kamu berada dalam keadaan lemah (ditindas, di hina, di
cerca dll)…” (Ali-Imran : 123)
4. Garis perjalanan Umat Islam selepas perang Badar melonjak naik. Ia merupakan
langkah-langkah kearah pembinaan tamadun
4. Bagaimana kehadiran RAMADHAN dapat membentuk satu kelompok yang dengan mereka
tamadun Islam tertegak di atas muka bumi?
1. RAMADHAN dan pembersihan SAFF
i. Kehadiran Ramadhan dengan Syariat berpuasa serta arahan berperang
merupakan suatu yang luar biasa dan tidak mampu di pikul melainkan orang
yang jujur.
ii. Dengan pristiwa BADAR di dalam bulan Ramadhan, Allah nak uji sahabat
untuk melihat adakah mereka layak untuk pikul amanah ini
iii. Satu-satunya peperangan yang di dalamnya tidak ada orang munafiq. Nak
lahirkan sebuah tamadun mestilah ditegakkan oleh sekelompok yang benar-
benar kuat dan jujur di dalam perjuangannya
iv. “Islam itu agung, tidak akan dipikul olehnya melainkan yang berjiwa agung”
(Muhannad At-Tohir)
2. RAMADHAN dan PEMISAHAN DARI ANASIR SELAIN ISLAM
i. Tahun pertama hijrah, Nabi dan sahabat berpuasa hari Asyura (wajib) sebab
nabi melihat orang Yahudi puasa Asyura sebab ikut Syariat nabi Musa
ii. Kehadiran Ramadhan menjadikan Umat Islam memiliki lambang dan Syariat
tersendiri. Selepas turunnya kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan, puasa
Asyura jadi sunnat
iii. Umat yang ingin bangkit mestilah memiliki jati diri dan self awareness dan
tidak mengikut telunjuk umat lain. Hadis nabi tentang Umat Islam akan ikut
yahudi dan Nasrani sejengkal demi sejengkal…..sampai ke lubang biawak.
iv. Konsep dunia hari ini yang lemah akan ikut yang kuat. Yahudi dapat pegang
dunia sebab dia rasa dia umat yang layak memimpin dunia. Yang lain hanya
jadi goyim (binatang yang ikut cakap dia)
3. RAMADHAN dan PEMBENTUKAN JIWA (ciri yang perlu ada untuk lahirkan sebuah
tamadun)
i. Tarbiyyah menerima arahan Allah dan Rasul tanpa ada pilihan. Syarah ayat
Quran surah Ahzab : 36
ii. Tarbiyyah untuk mengekang hawa nafsu
iii. Tarbiyyah untuk bersikap jujur
iv. Tarbiyyah untuk Infaq (membuang rasa cintakan harta dan dunia)
v. Tarbiyyah menyatukan atas dasar aqidah.
vi. Tarbiyyah untuk menanam taqwa
5. TAMADUN ISLAM
1. Kawujudan tamadun Islam merupakan tuntutan Aqidah sepertimana bila kita ucap
kalimah syahadah kita mesti solat, puasa,zakat dan haji. Begitu jugalah bila kita ucap
shahadah kita dituntut untuk membina tamadun
2. Konsep pembinaan tamadun : syarah 7 step Al-Banna
3. Pentingnya tamadun sebab Allah dah wariskan bumi ini untuk Umat Islam. Surah Al-
Araf : 128
4. Tamadun yang hebat bermula dari pembinaan jati diri yang solid dari semua aspek

You might also like