You are on page 1of 10

PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Nurul Nadirah binti Ramli 1 dan Mohamed Yusoff bin Mohd. Nor 2
1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.(,nisanadirah82@yahoo.com)
2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA,(yusoff1963@ukm.edu.my)

ABSTRAK

Kertas konsep ini membincangkan peranan guru dalam menghadapi perubahan pembelajaran dan pengajaran pada
abad ke-21. Dalam menghadapi abad ke-21 Kerajaan telah melakukan berbagai inisiatif bagi memberi peluang
dan ruang kepada guru untuk mempertingkatkan kualiti guru melalui perkhidmatan dan peningkatan kompetensi.
Oleh itu, maka setiap guru hendaklah ‘mempersiapkan diri’ dengan perkembangan teknologi maklumat di era
globalisasi menjadikan mereka menguasai ilmu dalam pendidikan bagi melahirkan modal insan yang mempunyai
minda kelas pertama.

Kata Kunci: Peranan Guru ;Perubahan Pengajaran Dan Pembelajaran; Abad Ke-21; Minda Kelas Pertama.

PENDAHULUAN

Apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad ke-21?

Pembelajaran abad ke-21, atau "Kemahiran Abad ke-21" adalah pergerakan,Hal ini telah diketahui
umum,iamerujuk kepada pergerakan global yang semakin meningkat untuk mentakrifkan semula matlamat
yang dihasratkan pendidikan, untuk mengubah bagaimana pembelajaran yang diamalkan dan dilaksankan
setiap hari di sekolah, dan untuk mengembangkan pelbagai langkah dalam pencapaian
pelajar.Ia merupakan usaha untuk memenuhi permintaan baru abad ke-21.Setiap kanak-kanak perlu bersedia
untuk dunia hari ini dan esok. Jurang yang mendalam wujud di antara pengetahuan dan kemahiran. Pengetahuan
dan kemahiran yang diperlukan mereka untuk kejayaan dalam komuniti dan tempat kerja mereka perlu dipelajari.
Untuk berjaya menghadapi kursus pendidikan tinggi yang ketat,cabaran kerjaya .

Peranan Pendidik

Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan
tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan
kita.. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf
baru akan datang iaitu:

 kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)


 kekuatan minda (krestif dan proaktif)
 nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang)
 semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan
 ketrampilan
Pendidikan merupakan satu bidang yang sangat dititik beratkan oleh sesebuah kerajaan termasuk Malaysia dalam
membina sebuah negara unggul dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu, kerajaan
berusaha untuk melahirkan rakyat yang mampu mencapai semua itu selaras dengan Wawasan 2020 iaitu
melahirkan rakyat yang mempunyai minda kelas pertama.

Kerajaan telah memperuntukkan dana yang tinggi dalam sektor pendidikan bagi memartabatkan sektor pendidikan
di Malaysia demi melahirkan rakyat yang mempunyai kelas pertama. Dalam mencapai kecemerlangan pendidikan
bertaraf global, pelbagai perubahan dalam pendidikan telah berlaku di Malaysia. Menurut Boohene & Williams
(2012), Chase (2009), Drzensky, Egold & Dick (2012) dan Jainabee & Jameela (2011), perubahan adalah sesuatu
semula jadi dan perubahan pendidikan akan berlaku apabila terjadinya perubahan pesat dari aspek ekonomi,
sosial, politik dan teknologi maklumat di dalam dunia.

Sehubungan itu, dalam merealisasikan hasrat kerajaan dalam menterjemahkan pembangunan modal insan yang
berkualiti merupakan sandaran dan tanggungjawab besar yang perlu dihayati oleh semua warga pendidikan
terutama guru-guru di bilik darjah. Menurut Barber dan Mourshed (2007) mengatakan bahawa kualiti sesuatu
sistem sekolah (pendidikan) tidak boleh melebihi kualiti gurunya. Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada
bagi seorang guru, penting juga kita mengetahui ciri-ciri guru abad ke-21. Antara ciri-ciri guru yang diperlukan
bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;
• Menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• Mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
• Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
• Memahami psikologi pembelajaran
• Memiliki kemahiran kaunseling
• Menggunakan teknologi terkini.

Murid-murid kini lebih terdedah dengan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan mempunyai
kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan lebih mendalam. Murid pada alaf baru ini lebih
mempunyai akses kepada maklumat kerana lebih terdedah kepada kepesatan teknologi. Justeru, sebagai guru yang
berwibawa, guru-guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran tertentu bagi memudahkan mereka menghadapi
cabaran pendidikan abad ke-21 (Buletin Anjakan, 2015).
Menurut dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) adalah rujukan dan panduan untuk memperkasa dan
melestarikan guru berkualiti. SGM menggariskan kompetensi profesional perguruan atau piawaian yang patut
dicapai oleh guru dan keperluan yang patut disediakan agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu para
guru mencapai tahap kompetensi ditetapkan. Secara ringkasnya, ada tiga peranan utama seorang guru. Pertama,
guru hendaklah menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak murid. Kedua adalah mengajar kemahiran dan
ketiga adalah menerapkan nilai serta akhlak mulia dalam diri pelajar.
Tugas guru abad ke-21 dipandang tinggi dan diiktiraf bukan saja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial,
penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai ejen perubahan. Selain digelar pendidik,
pensyarah serta tutor, guru juga bergelar fasilitator, mentor, murabbi, mursyid, muaddid, musyrif, mudarris dan
mualim. Dalam menjana transformasi pendidikan, tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu
pengetahuan, tetapi juga berperanan membentuk bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan
berkualiti di dunia dan akhirat. Transformasi perlu seiring dengan semangat 1Malaysia yang mementingkan
perpaduan. Guru daripada pelbagai latar belakang, anutan agama atau bangsa haruslah melibatkan diri dalam
proses membentuk perpaduan, sekali gus menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh serta berkekalan. Maka,
dalam menjayakan harapan tinggi bagi menjana transformasi sistem pendidikan negara, guru perlulah banyak
berkorban, bekerja kuat dan ikhlas serta bersedia menempuh pelbagai cabaran dan dugaan termasuk perubahan
dalam sistem penyampaian serta maklumat supaya selari kehendak diperlukan bagi mencapai aspirasi negara.

PENYATAAN MASALAH

1. Guru masih melaksanakan pengajaran dan pembelajaran


berpusatkan guru.

Dalam pendidikan abad ke-21, guru adalah sebagai fasilitator. Ini bererti guru memberi kebebasan
kepada murid dalam pengajaran dan pembelajaran dengan syaratnya guru memantau perbincangan di
antara murid di dalam kelas. Seperti yang dinyatakan oleh Guo (2009), secara tradisional, cikgu ditakrif
sebagai seorang yang menyampaikan ilmu yang ada pada buku teks dan sekarang demi menabung
globalisasi, cikgu harus mentafsir kurikulum berdasarkan situasi pelajar mereka masing-masing. Guru
asalnya merupakan punca dan pembekal maklumat serta pengetahuan, tetapi peranan guru sekarang telah
beralih kepada fasilitator di mana guru hendak membimbing pelajar dalam membina pengetahuan mereka
sendiri. Proses pengajaran dan pembelajaran telah berubah dari berpusat guru kepada berpusatkan
pelajar. Akan tetapi, Guo mengatakan perubahan yang dituntut oleh kurikulum baru itu tidak mudah
dibuat kerana ia melibatkan perubahan dalam identiti mereka yang lama terbenam dalam kehidupan
kebudayaan mereka. Terdapat sesetengah guru masih kurang peka terhadap perubahan peranan guru.

2. Guru tidak mengusai kemahiran teknologi dan komunikasi (ICT).

Terdapat guru yang tidak mengusai kemahiran teknologi dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran juga merupakan salah satu halangan dalam merealisasikan guru abad ke-21. Menurut
Sharifah dan Kamarul Azman (2011), teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang diaplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu menarik perhatian pelajar, meningkatkan minat serta
menggalakkan interaksi dua hala murid dan cikgu. Anjakan ketujuh Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 telah menekankan betapa pentingnya ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru digalakkan supaya menggunakan pengajaran maya supaya pelajar dapat didedahkan
kepada dunia dengan lebih cepat dan cekap tanpa had masa dan tempat. Ini bererti pelajar boleh belajar di
rumah dengan kadar sendiri, bukan semestinya hanya bergantung pada pembelajaran di sekolah. Akan
tetapi, sesetengah guru masih kurang menguasai kemahiran tersebut. Guru perlu menggunakan masa
yang lebih panjang dalam meningkatkan kemahiran sendiri.
3. Guru tidak dapat menerima perubahan dalam sistem pendidikan terkini

Globalisasi pendidikan membawa perubahan pada kurikulum, perubahan strategik pengajaran dan
pembelajaran, perubahan peranan guru dan sebagainya. Guru harus sedar bahawa guru adalah penggerak
bagi perubahan. Tanpa guru, pelan-pelan yang disediakan oleh pakar-pakar pendidik hanya sekadar
konsep yang belum dilaksanakan sahaja. KSSR dan KSSM yang dilancarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia harusnya disokong oleh pelbagai pihak, bukan sahaja pakar-pakar, pihak sekolah
mahupun sehingga setiap guru harus menerima perubahan dalam sistem pendidikan terkini. Guru yang
kurang peka terhadap perubahan sistem pendidikan akan menyebabkan pelaksanaan kurikulum yang
kurang berkesan.

Perkara yang paling penting seorang guru juga perlu mahir dalam pedagogi pengajaran dan pembelajaran.
Kekuatan profesion perguruan dalam memastikan hasrat melahirkan generasi berkemahiran abad-21 juga
bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan pedagogi. Pengetahuan pedagogi ini
bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan tradisional yang mana sistem P&P diamalkan hanya
berpusatkan kepada guru (teachers-centred). Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad-21
ini, seseorang guru itu wajib mencuba untuk mangadaptasikan pedagogi inovasi teknologi di dalam P&P
contohnya pembelajaran berbantukan komputer. Ini kerana pengetahuan dan kebolehan guru mengadaptasikan
kaedah P&P yang inovatif akan memberikan kesan positif kepada perkembangan dan pencapaian pelajar.

Guru pada abad ini juga perlu mahir menggunakan Teknologi Terkini. Seseorang guru itu seharusnya
mengorak langkah dan mengambil peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta
bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan
teknologi itu bukan sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga
bagi menyelesaikan urusan harian. Selain itu guru abad ke-21 juga perlu menerapkan nilai-nilai murni iaitu para
pelajar mempunyai akhlak yang baik. Beretika merupakan satu elemen sangat penting dalam usaha pembudayaan
masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Selain daripada mendapat
pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan
tatasusila di dalam hubungannya sesama manusia terutamanya pelajar, rakan sekerja serta masyarakat.

PERUBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE -21.


Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak
bahanbahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan
pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan
pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin
maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti “chalk and talk” semata-mata kurang berhasil menarik minat murid
sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai
dengan perkembangan semasa.
Masa Lampau Abad ke-21

Dipimpin Guru Berasaskan Murid

Arahan Langsung Pembelajaran


Kolaboratif

Pengetahuan Kemahiran

Kandungan Proses

Kemahiran Asas Pemikiran Aras Tinggi

Teori Praktikal

Kurikulum Kemahiran Hidup

Individu Berkumpulan

Bilik Darjah Komuniti

Pentaksiran Sumatif Pentaksiran Formatif

Belajar untuk sekolah Belajar untuk kehidupan

KESEIMBANG

KONSEPTUAL

CIRI-CIRI MURID YANG DIHARAPKAN HASIL PEMBELAJARAN ABAD KE-21

 Berupaya membuat hubung kait


 Bijak menyoal
 Yakin berkomunikasi
 Dahagakan ilmu
 Mengambil risiko
 Menjana idea
 Fleksibel
 Tidak berputus asa
 Mendengar dan membuat refleksi
 Berkemahiran kritis
 Menguasai kemahiran literasi
CIRI-CIRI GURU ABAD KE-21

Guru menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. Oleh itu, guru perlu melengkapkan diri
dari segi psikologi, sosiologi, pedagogi dan ilmu pengetahaun yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar.
Seorang guru yang berkualiti mampu membimbing pelajar supaya menjadi seorang yang berpengetahuan dan
bersahsiah. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa sebagai seorang guru pada abad ke-21,
perlulah mempunyai ciri-ciri:

1. Menguasai..Subjek //////////////////////////////llllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak canggung jadinya
jika guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.
Oleh itu, guru perlu menguasai dan mengetahui kemahiran sebelum kemahiran tersebut diguasai oleh
murid (Yeam K P, 2007).
2. Mahir..dan..Berketrampilan..dalam..Pedagogi///////////////////////////////
Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran
yang betul semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.

3. Memahami..Perkembangan..dan..Menyayangi..Murid///////////////
Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan
perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu
untuk menilai perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.
4. Memahami..Psikologi..Pembelajaran////////////////////////////////////////////
Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya. Hanya
dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan membantu seseorang
guru itu berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.
5. Kemahiran..Kaunseling///////////////////////////////////////////////////////////////////
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar. Kemahiran untuk
membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada
golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam
menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah.

6. Penggunaan..Teknologi..Terkini/////////////////////////////////////////////////////
Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting bagi guru
abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan
elektronik lain, maka guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat
pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan lcd, game, aplikasi mobile sudah tentu membawa
kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.
Dalam pendidikan abad ke-21, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) juga diutamakan. Pelbagai cara
seperti Peta Pemikiran I-Think, Thinking Hat telah digunakan sebagai alat bantu mengajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Murid abad ke-21 seharusnya berupaya membuat hubung kait, yakin
berkomunikasi, berani mencuba, mampu bekerja dengan orang lain, boleh membuat perubahan, berkemahiran
kritis dan sebagainya. Oleh itu, dalam sistem pendidikan abad ke-21, aktiviti dalam bilik darjah perlu melibatkan
murid secara aktif dan memberi peluang kepada murid untuk berkolabolasi sesame lain dalam menjalankan
aktiviti kumpulan. Dalam aktiviti kumpulan atau tugasan yang berpandukan projek, komunikasi yang berkesan
terbentuk di kalangan murid. melalui aktiviti sebegina, murid aktif dalam pembelajarannya di samping mencetus
pemikiran kritis dan kreatif murid. Tugasan yang berasaskan projek seperti projek inovasi, robotik boleh mencetus
kreativiti murid. KBAT bukan sahaja membantu murid mengatasi masalah pembelajaran, tetapi juga melatih
murid menyelesaikan masalah seharian mereka. Jika dibandingkan dengan pengajaran masa terdahulu, iaitu
pengajaran berpusatkan guru, hasil pembelajarannya adalah bergantung kepada ilmu pengetahuan seseorang guru
yang menyampaikan pengajaran. Bahan pembelajaran luar tidak mungkin disampaikan kerana murid tidak mampu
mengakses maklumat tambahan sendiri. Dalam pendidikan abad ke-21, murid dilatih agar menjalankan
pembelajaran yang berbentuk inkuiri kendiri.

Pengurusan bilik darjah dari segi susun atur corak duduk pelajar juga mempunyai fungsinya tersendiri.
Daripada PPPM 2013-2025, pembelajaran secara berkumpulan adalah digalakkan dalam sistem pendidikan. Oleh
itu, jika menurut perhatian daripada model bilik darjah abad ke-21 di sekolah, susun atur meja murid adalah secara
berkumpulan yang seramai 4 hingga 5 orang pelajar mengikut kebolehan dan kemampuan masing-masing atau
ahli kumpulannya datang daripada pelajar pelbagai peringkat kebolehan semasa menjalani aktiviti berkumpulan
secara kolaboratif. Susunan meja memudahkan pelajar berinteraksi dan melaksanakan aktiviti kumpulan melalui
kaedah perbincangan dan pertukaran pendapat bersama. Menurut Mohammad Shatar (2005), daya ingatan pelajar
dapat bertahan lebih lama melalui aktiviti perbincangan kumpulan. Dalam perbincangan kumpulan, minda dan
pemikiran pelajar-pelajar akan lebih aktif kerana semasa perbincangan, pelajar-pelajar perlu sentiasa berfikir dan
bertukar pendapat sesama ahli kumpulan. Pembelajaran secara praktikal dan konstekstual juga akan menjadi
pembelajaran itu lebih berkesan jika sesuatu teori yang abstrak dipelajari oleh pelajar (Abell & Lederman, 2007).

Perbincangan dan kerjasama dalam aktiviti kumpulan ini juga akan melatih pelajar-pelajar ke arah
berkemahiran berkomunikasi, berkemahiran berkolaboratif dan seterusnya membentuk sahsiah diri yang dapat
hidup bersama secara bersepadu dan berharmoni kerana dalam pembelajaran secara berkumpulan, pelajar dapat
berkerjasama dan saling membantu rakan yang lain untuk menjayakan tugasan yang diberi. Cara pembelajaran ini
secara tidak langsung juga dapat menarik minat pelajar untuk belajar kerana pembelajaran sebegini adalah lebih
seronok dan bermanfaat.
Selain itu, guru abad ke-21 juga perlu mengikuti perkembangan tentang Dasar dan Isu Pendidikan.
Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku khususnya
perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang akan memberi impak kepada
profesion perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan
teknologi sekolah berasaskan ICT perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus
membantu kepada melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran.
CADANGAN BAGI MELANCARKAN PERUBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD
KE- 21.

Kemahiran mengesan perkembangan murid dan menyokong mereka.

Sharply focus

Deep Dive

KBAT

Data peperiksaan dan semakan latihan perlu dianalisis untuk tujuan tersebut

Meyediakan pelbagai kaedah/aktiviti untuk murid belajar mengikut kecenderungan dan keupayaan

Modul latihan mengikut aras perlu disediakan

IMPLIKASI
PENILAIAN ERRC PAK- 21
Dunia pendidikan telah mengalami banyak perkembangan dan perubahan yang menuju kemajuan seiring dengan
globalisasi. Kesan perubahan turut dirasai kepada warga pendidik. Profesion keguruan pada abad ke-21 terdedah
kepada pelbagai cabaran baharu yang berbentuk kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan,
ideologi baharu dan isu-isu yang berkaitan dengan masalah etika. Menyedari hakikat tersebut, guru seharusnya
bersedia dan menerima dan membentuk murid agar mampu bangkit dan membina kekuatan untuk menentukan
masa depan yang lebih cerah.
a) Peranan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menyediakan
kualiti yang profesional sesuai dengan proses perkembangan pendidikan dengan menyediakan latihan dalam
perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk
budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran yang terkini. Guru juga mestilah berupaya membuat keputusan, menyelesai masalah serta
berfikiran kritis dan kreatif. Peruntukan masa guru mengajar amat diperlukan agar dapat memberi tumpuan
sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran murid.
b) Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan cerdas memberi aktiviti pengayaan,
manakala murid-murid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini
dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. (Noriati et. Al, 2009)
c) Guru perlu memahami bahawa penghayatan moral, nilai dan akhlak merupakan asas kepada kehidupan
manusia dan asas martabat sesuatu profesion khususnya profesion guru adalah bertanggungjawab
memelihara tradisi dan budaya masyarakat Malaysia seperti membudayakan murid dengan amalan akhlak
dan nilai-nilai murni, dan memberi kefahaman kepada murid dengan perkembangan dan kemajuan dunia
yang boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat. Selaras dengan falsafah pendidikan
kebangsaan yang menyatakan pendidikan Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Tugas dan tanggungjawab guru
dalam menyempurnakan akhlak adalah “Etika dan kerohanian dalam PPPM 2013-2025 sebagai salah satu
daripada enam aspirasi murid, tanpa memasukkan elemen pendidikan nilai dalam pengajaran dan
pembelajaran, cita-cita untuk melahirkan generasi cemerlang dari semua aspek tidak akan berhasil.

d) Guru abad ke 21 bukan sahaja perlu menyampaikan ilmu tetapi perlu melahirkan generasi berilmu untuk
berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi
terkini serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu mengenai enam aspirasi murid seperti murid
yang mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, Kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian serta identiti nasional, sehubungan itu guru perlu memainkan penting dalam menjayakannya.

e) Guru hendaklah melengkapkan diri sebagai pembina dan pemimpin ilmu khususnya berasaskan teknologi
serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Ini
kerana kaedah pengajaran dan pembelajaran guru perlu berubah dengan menggunakan menggunakan daya
fikir tinggi dan bersedia dengan minda untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual
tinggi menghadapi era globalisasi ketika ini. Ilmu biasa ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para
pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah
bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia
untuk menjadikan negara maju menjelang 2020.

KESIMPULAN

Tugas guru pada abad ke-21 terdedah kepada pelbagai cabaran baharu yang berbentuk kebendaan,
intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan, ideologi dan isu-isu baharu. Kesemua ini memperuntukkan
kepada personaliti guru yang berkualiti dalam menghadapi penugasan guru yang berdepan dengan cabaran untuk
membina dan membentuk pelajar bagi mewujudkan modal insan minda kelas pertama. Bukan sahaja pencapaian
akademik malahan penghayatan moral, nilai dan akhlak juga merupakan asas kepada memelihara tradisi dan
budaya masyarakat Malaysia. Guru yang berkualiti dan berkompentensi dapat melahirkan generasi berilmu untuk
berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi
terkini serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini. Sehubungan itu, guru
hendaklah mempersiapkan diri dari segala aspek dalam menangani pengajaran dan pembelajaran bagi
membudayakan pelajar dengan amalan akhlak dan nilai-nilai murni. Guru perlu faham bahawa perkembangan dan
kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat.
Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat
dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi
dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan
di dalam sesebuah negara adalah penting bukan hanya kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana
kanak–kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga
boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui
penerapan tentang kefahaman serta nilai–nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar.

RUJUKAN

Anon. 2015. Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia. Buletin Anjakan, Bilangan 5/2015.

Barber, M. & Mourshed, M. 2007. How the World’s Best Performing School Systems Come Out on Top.
Mckinsey & Company.

Boohene, R. & Williams, A.A. 2012. Resistance to Organisational Change: A Case Study of Oti Yeboah Complex
Limited. International Business and Management, 4(1), 135-145.

Chase, L.M. 2009. Instrument Development: Assessing Solutions for Managing Change and Organizational
Reasiness. Doctoral Dissertation. Colorado State University.

Drzensky, F., Egold, N. & Dick, R. V. 2012. Ready for a Change? A Longitudinal Study of Antecedents,
Consequences and Contingencies of Readiness for Change. Journal of Change Management, 12(1), 95-
111.

Guo. L. 2009. A Hermeneutic Inquiry into the Meaning of Curriculum Change for Chinese Teachers. Tesis
Doktor Falsafah, University of Alberta.

Jainabee, M.K. & Jameela, B.A. 2011. Promoting Learning Environment and Attitude towards Change among
Secondary School Principals in Pahang Malaysia: Teachers Perception. Procedia – Social and Behavioral
Sciences, 28, 45-49.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. 2011. Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran
dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia
36(1)(2011): 25-34

Rogers (1995) Model Perubahan Inovasi

Strategi dan kaedah mengajar.Keberkesanan pengajaran guru menggunakan teknik penilaian

terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. (Noriati et. Al, 2009)

Mohammad Shatar (2005), daya ingatan pelajar dapat bertahan lebih lama melalui aktiviti
perbincangan kumpulan

(Abell & Lederman, 2007)


Guru perlu menguasai dan mengetahui kemahiran sebelum kemahiran tersebut diguasai
oleh murid (Yeam K P, 2007)

You might also like