You are on page 1of 1

Kepada

Human Resource Department


TRUECAPITAL ASIA SDN BHD
D 11-8, Menara Mitraland,
No.13A, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

Tuan,

SEBAB TIDAK HADIR BERTUGAS PADA BULAN 14 SEPTEMBER 2018

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya terlebih dahulu ingin memohon maaf diatas kelakuan saya yang melanggar tatatertib
sebagai pekerja di bahagian ini. Perkara ini berlaku kerana saya demam dan ’migrain’, saya juga
berada didalam keadaan ekonomi yang amat rendah menyebabkan saya tidak mempunyai
kemampuan untuk ke klinik pada hari itu.

3. Walaupun begitu, pada tarikh berkenaan saya telah pun memaklumkan perkara ini
kepada pegawai atasan saya terlebih dahulu dan setelah diberi penerangan akibat dari perbuatan
saya ini. Saya dengan rela hati dan sepenuhnya bertanggungjawab di atas perlakuan saya ini.

4. Oleh yang demikian, dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf diatas kesulitan yang
telah saya berikan. Harapan saya agar tuan/puan dapat memberikan pertimbangan sewajarnya
terhadap saya. Kerjasama dan perhatian awal tuan dalam perkara ini amat saya hargai dan
dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,

……………………………………………
(MOHD FAHMI BIN ZAINAL ARIFFIN)
Client Relationship Manager
821216-01-5729

You might also like