You are on page 1of 1

Sebagai pembuka bicara, terdapat beberapa kategori wakaf yang boleh dilakukan dan tidak

menyeleweng dengan hukum syarak.Wakaf dikategorikan kepada 2 bahagian utama iaitu wakaf dzurri
dan wakaf khairi. Wakaf Dzurri dikenali sebagai wakaf ahli yang ditujukan kepada orang-orang
tertentu. Qudwahnya, harta wakaf diwakafkan kepada seorang atau lebih mahupun keluarga pewakif
itu sendiri atau bukan.Hal ini demikian kerana ia memberi manfaat wakaf yang sangat terbatas kerana
ia hanya ditujukan kepada orang yang ditentukan oleh pewakif dengan ikrar yang sesuai. Namun hukum
wakaf ini masih boleh diterima pakai namun ia dianggap kurang memberi manfaat kepada umum.
Selain itu, wakaf khairi ataupun wakaf kebajikan merupakan wakaf yang diperuntukkan untuk
kepentingan umum. Wakaf khairi terbahagi kepada 2 bahagian kecil iaitu wakaf am dan wakaf khas.
Wakaf Am merujuk kepada amalan memberikan harta wakaf ataupun aset kepada pihak pengurusan
dan pentadbir wakaf am dengan tidak menyatakan tujuan wakaf tersebut dengan specific. Qudwahnya,
pewakaf mewakafkan hartanya dengan tujuan untuk kebajikan yang memanfaatkan semua orang. Maka,
harta pewakaf boleh digunakan juga untuk pembangunan atau perkembangan institusi asalkan tidak
bertentangan dengan kehendak syarak.Manakala, wakaf khas dimaksudkan dengan wakaf yang
diwakafkan dengan tujuan tertentu (specific). Pewakaf berhak untuk menyatakan untuk apa harta wakaf
tersebut boleh diwakafkan seperti wakaf untuk pembangunan masjid ataupun surau dan mewakafkan
untu cetakan al-Quran dan kitab-kitab islam yang berguna dan bermanfaat. Oleh itu, wakaf khairi sangat
digalakkan kerana wakaf yang diwakafkan memberi impak kepada umum malah manfaatnya dapat
dirasai untuk kepentingan semua bukan hanya untuk keluarga sahaja.

Wakaf merupakan perkara yang diharuskan menurut islam. Namun mengapa wakaf penting
dalam islam?.Hal ini dapat dibuktikan daripada peringatan Rasulullah SAW menyatakan bahawa
manusia akan mati dan tidak akan meninggalkan 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang dimanfaatkan
dan doa anak yang soleh. Sedekah jariah membantu pewakaf, ahli keluarga dan umum untuk
mendapatkan ganjaran yang berterusan walaupun telah meninngal dunia. Maka, ambillah peluang yang
diberikan oleh Allah S.W.T kerana apabila kita berada di azab kubur telah terputusnya ibadah didunia
dan telah terlambat untuk mencukupkan amal ibadah untuk memenuhi syarat ke syurga. Akan tetapi,
masyarakat mengambil remeh tentang sedekah jariah kerana mereka beranggapan bahawa mewakafkan
harta akan merugikan harta diri sendiri. Namun , kekayaan didunia boleh dicari dan sekiranya berusaha
lebih mampu mendapatkannya sekiranya manusia mencari kebenaran yang sebenarnya melalui wakaf.
Perasaan gembira dan bersyukur atas apa yang telah diwakafkan dengan membantu umum walaupun
kita akan berasa kekuramgan namun perasaan gembira tidak boleh dibeli semata-mata. Oleh itu,
ubahlah buah pemikiran yang sempit untuk melihat hakikat kerana Allah SWT akan membuka hatinya
untuk melihat dan menerima kebenaran sekiranya diri sendiri redha kepada Allah SWT.

You might also like