You are on page 1of 2

Falsafah Thanos: Kedamaian dalam kehancuran.

Sebelum kita pergi ke falsafah hidup Thanos ialah lebih baik untuk kita mengenali apa yang dikatakan
sebagai falsafah, falsafah ini berasal daripada dua buah perkataan yang di gabungkan iaitu philo dan
sophia. Philo bermaksud 'cinta dan suka' manakala sophia pula bermaksud 'hikmah (wisdom)'. Jadi,
dengan bergabungnya dua perkataan ini, falsafah membawa maksud “cinta atau menyintai hikmah'.
Perkataan ini diciptakan oleh Pythagoras. Bagi mendapatkan cinta pengetahuan dan kebenaran
secara mendalam seseorang itu perlulah “berfalsafah”, Berfalsafah beri berfikir, berfikir dalam
konteks ini ialah berfikir secara sedalam-dalamnya dengan bebas dan teliti tentang konteks kebaikan
diluar mahupun di dalam diri.

berfikir secara falsafah mempunyai 3 kriteria yang utama, pertama berfikir sedalam dalamnya hingga
ke peringkat akar umbi bagi mendapatkan kebenaran, Yang kedua berfikir dengan bebas tanpa
terikat atau terpengaruh dengan mana-mana idealogi, dan yang terakhir berfikir dengan penuh
cermat,teliti dan bersistematik agar pembuktian diterima akal,dipercayai dan boleh
dipertanggungjawabkan.

Thanos! Thanos ialah watak popular dalam karya komik marvel infinity war, dalam rumusan kali ini
aku tak nak bahaskan asal usul Thanos tapi lebih kepada falsafah dan idealogi yang dibawa oleh
Thanos bagi membawa kepada keseimbangan keamanan dalam kehidupan.Bagi mengakhiri sesuatu
yang bernama kemusnahan kena fahami dimana wujud titik permulaan, Infinity Stone merupakan
batu yang dikatakan wujud di awal kewujudan alam, kekuasaan nya dikatakan mampu
menghancurkan dunia dalam masa yang sama mampu membawa kestabilan pada dunia.

Berbalik pada Thanos, dia melihat pelbagai kemusnahan, melalui pelbagai kesedihan termasuk
mengorbankan orang yang disayangi demi mendapatkan kuasa, meskipun ia sedar ia akan kehilangan
jiwanya tetapi impian membawa kestabilan ialah sesuatu yang lagi penting berbanding soal
perasaan.Thanos tidak melihat adiwara sebagai perjuang malahan bagi dia sesuatu keamanan itu tak
dapat dikekalkan selagi wujud ramai orang yang mempunyai kuasa di dunia, jestru menghapuskan
mareka yang berkuasa dan menjadi pemilik pada segalanya ialah sesuatu yang perlu dicapai
sekiranya ingin membentuk kestabilan. Namun apakah falsafah Thanos ni hanya rekaan bagi
sesebuah perjalanan penceritaan atau ianya ialah hakikat sebenar mengenai dunia?

Jika kita lihat watak Thanos, ia membunuh bukan kerana ia ingin dikenali sebagai yang terhebat, ia
membunuh bukan kerana ia kejam dan jahat seperti yang difikir oleh gamora anak angkatnya,
hakikatnya Thanos mempunyai perasaan seperti yang digambarkan dalam filem dimana Thanos
menangis sewaktu ia perlu mengkorbankan anaknya, dan ia duduk melihat matahari seperti ia
sedang berfikir mengenai dunia di masa depan.

Bagi Thanos dengan menghapuskan kuasa yang dimiliki oleh adiwira dan penjahat ia secara tidak
lansung akan membawa keseimbangan diantara satu sama lain, tidak ada yang berkuasa tidak pula
ada yang paling lemah,manakala Thanos pulak menjadi pemilik kuasa sebagai pemerhati.

Realitinya kita tidak boleh menolak falsafah hidup Thanos, lihat sahaja dunia hari ini, Amerika,China
dan Russia,kononya mareka adiwara penyelamat walhal mareka yang menindas,yang menjual
senjata yang menyalurkan senjata, Jadi mareka ini tidak ubah seperti adiwara yang menjajah, Di
tanah melayu juga pernah berlaku bagaimana jepun membawa propaganda “Asia untuk orang asia”
dan akhirnya tanah melayu di jajah. Untuk membawa kesimbagan dunia ini perlu ada satu individu
yang berkuasa penuh dan hanya bersifat sebagai pemantau bukan menggunakkan kuasa untuk
dirinya tetapi untuk kestabilan dunia yang bersifat menyeluruh, Kesimpulannya, Thanos
menghancurkan bukan untuk menjadi yang paling kejam tetapi untuk membawa kestabilan dan
kedamaian yang seimbang.

"I know what it's like to lose. To feel so desperately that you're right, yet to fail all the same. Dread it.
Run from it. Destiny still arrives."

-Thanos-

"Daughter."
"Did you do it?"
"Yes."
"What did it cost?"
"Everything."

You might also like