You are on page 1of 6

Nama : _________________________________________ Tingkatan : __________________

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HUTCHINGS, PULAU PINANG


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN, 2016

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SIVIK DISEDIAKAN OLEH : PN.RUKHAIRUN FATIHAH


TINGKATAN :1 DISEMAK OLEH : PN TENGKU NORZAINI
MASA : 1 JAM DISAHKAN OLEH : EN RAJOO A/L SAMUVAEL

BAHAGIAN A [40 markah]


Jawab semua soalan. Hitam jawapan anda di dalam borang OMR yang disediakan

1. Potensi diri perlu dikembangkan untuk


A kecemerlangan akademik.
B keseimbangan dalam hidup.
C menonjolkan bakat individu.
D tingkah laku terkawal.

2. Mengapakah kita perlu memberikan sokongan kepada pasukan sekolah yang menyertai sesuatu
pertandingan?
A Untuk memeriahkan suasana pertandingan
B Untuk meniupkan semangat pasukan sekolah agar bermain dengan lebih baik
C Untuk memberi komen yang negatif selepas permainan
D Untuk membawa rakan-rakan ke tempat pertandingan

3. Syabil tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam. Apakah tindakan yang sewajarnya yang perlu diambil
oleh Syabil?

A Memberitahu rakan karib


B Tidak memaklumkan kepada pihak sekolah
C Memaklumkan kepada pihak sekolah dan memberikan surat akuan doktor
D Mendiamkan diri sehingga ditanya guru

4. Amalan memelihara dan memulihara alam sekitar bertujuan untuk

A menjaga kesihatan diri manusia


B mengekalkan keseimbangan ekosistem
C mencantikkan sesuatu kawasan
D menyokong kempen memelihara alam sektar yang dianjurkan oleh kerajaan

5. Antara berikut manakah sikap yang perlu dijauhi oleh pelajar yang ingin menjaga imej dan menaikkan
imej sekolah?

A Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah


B Mengamalkan nilai-nilai murni
C Menghormati bakat dan pendapat pelajar lain
D Merosakkan harta benda sekolah

6. Seseorang itu boleh menunjukkan perasaan sayang terhadap anggota kelaurga mereka dengan cara

I cuba memenuhi keperluan mereka


II meraikan hari-hari istimewa bersama-sama
III mengucapkan kata-kata yang menunjukkan perasaan sayang
IV memanggil ahli keluarga dengan panggilan yang tidak sopan
1
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

7. Antara berikut, yang manakah menunjukkan sikap kasih sayang terhadap keluarga?

I Memasang radio dengan kuat ketika ibu sedang sembahyang


II Menutup suis kipas di bilik kakak selepas menggunakannya
III Menolong ibu menyediakan hidangan makan malam
IV Membantu adik menyiapkan projek geografi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

8. Mengapakah cerita rakyat amat berguna kepada golongan remaja?

A Ceritanya banyak berkaitan dengan kehidupan golongan remaja


B Mengandungi banyak nasihat dan pengajaran yang dapat dijadikan tauladan
C Ceritanya dapat menghiburkan mereka
D Terdapat banyak isu semasa yang dipaparkan

9. Adik anda telah dimarahi oleh bapa anda kerana memperoleh keputusan peperiksaan yang tidak
memuaskan. Apakah tindakan yang harus anda ambil?

A Menyebelahi tindakan bapa memarahi adik.


B Membantu adik untuk membela dirinya.
C Memujuk dan menasihati adik agar belajar bersungguh-sungguh.
D Membiarkan adik menyelesaikan masalahnya itu.

Pelajar tingkatan satu Bestari mengadakan kutipan derma bagi membeli sepasang kaki palsu
untuk Azlan yang baru ditimpa kemalangan

10. Pernyataan di atas berkaitan dengan….

A jati diri
B kesedaran sivik
C perasaan empati
D kelestarian alam sekitar

11. Kita boleh menjaga kelestarian alam sekitar dengan cara

I mengitar semula bahan buangan seperti kaca, kertas dan plastik


II membuang sampah di tempat yang disediakan
III menggunakan barangan yang mengandungi klorofluorokarbon (CFC)
IV Menjalankan proses penghutanan semula

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Kita tidak seharusnya mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah


2
12. Apakah tajuk cerita rakyat berdasarkan pengajaran diatas?

A Nakhoda Tanggang
B Burung layang-layang
C Sang kancil menjadi hakim
D Ahli sihir yang angkuh

13. Potensi diri boleh didefinisikan sebagai

A gambaran fizikal seseorang


B identiti diri yang sukar dicapai
C bakat, kebolehan dan kekuatan yang ada dalam diri seseorang
D gambaran keseluruhan tentang seseorang dan matlamat hidup yang ingin dicapainya

14. Situasi yang manakah menunjukkan perlakuan yang baik terhadap golongan kurang upaya

A Tasha dan Suzy mengambil makanan yang diberikan kepada rakan mereka yang buta
B Syazwan meletakkan keretanya di petak khas golongan kurang upaya
C Ahmad membawa datuknya yang buta bersiar-siar ditepi pantai
D Firdaus memandang rendah akan anaknya yang lumpuh

15. Antara berikut, manakah merupakan pernyataan yang menggambarkan masyarakat yang sejahtera?

A Kemudahan infrastruktur hanya tertumpu di kawasan bandar


B Bantuan kemanusiaan untuk mangsa bencana alam sukar diperoleh di kawasan luar bandar
C Kemudahan awam hanya diberikan kepada kaum tertentu sahaja
D Setiap kaum bebas menganut agama masing-masing

16. Antara berikut , yang manakah merupakan amalan nilai-nilai murni bagi membentuk masyarakat yang
sejahtera?

I Bekerjasama
II Bersatu padu
III Hormat-menghormati
IV Mementingkan diri sendiri

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

17. Apak ciri-ciri rakan sebaya yang baik?

A Berkongsi kesenangan sahaja


B Sentiasa menasihati dan membantu kita ke arah kebaikan
C Mendorong kita melakukan perkara-perkara negatif
D Selalu membantu kita mencuri dan memeras ugut

3
18. Sekiranya anda tidak sependapat dengan rakan dalam sesuatu hal, apakah yang perlu anda lakukan?

A Mencari alasan agar pendapat anda diterima


B Meminta pertolongan daripada pihak ketiga
C Penyelesaiaan Win-Win perlu diambil
D Memutuskan perhubungan dengan rakan anda

19. Mengapakah peraturan penting untuk sesebuah sekolah?

A Supaya peristiwa yang tidak diingini berlaku


B Supaya pelajar tidak nakal
C Supaya pelajar dapat mendisiplinkan diri
D Supaya guru dapat mengajar tanpa gangguan

20. Apakah bahasa kebangsaan bagi Malaysia?

A Bahasa Mandarin
B Bahasa Malaysia
C Bahasa Inggeris
D Bahasa Arab

BAHAGIAN B [60 markah]


Jawab semua soalan di ruangan yang disediakan

1. Tandakan ( ) pada pernyataan yang betul dan ( ) pada pernyataan yang salah

(a) Sekolah adalah tempat kita menimba ilmu pengetahuan


(b) Semua pelajar dibenarkan berambut panjang
(c) Menjaga harta benda sekolah adalah tanggungjawab semua guru
(d) Harta benda sekolah disediakan untuk kemudahan pelajar
(e) Semua pelajar diwajibkan untuk hadir ke sekolah sebelum jam 12.40 tengahari
(f) Para pelajar dibenarkan berlari semasa makan
(g) Setiap pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan kelas masing-masing
(h) Sebagai komuniti sekolah kita haruslah bekerjasama sebagai satu pasukan dalam
menjayakan aktiviti sekolah.
(i) Imej sekolah dapat ditingkatkan dengan bekerjasama menjayakan sesuatu aktiviti
(j) Pelajar tidak diwajibkan memakai lencana sekolah dan bertali leher
(10 Markah)

2. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai

meraikan mengasuh sokongan sopan kesalahan


dikritik mencelah cadangan menghormati teguran

a) Badrul bersedia menerima _____________________ daripada gurunya.


b) Morgan selalu bertolak ansur dengan ________________________ yang dikemukakan oleh rakannya.
4
c) Anthony tidak akan ____________________ ketika rakannya sedang bercakap dengan orang lain
d) Calvin sentiasa menerima dan ____________________ bakat dan kebolehan rakan-rakannya.
e) Aiman tidak berkecil hati apabila cadangannya ____________ oleh rakan-rakannya.
f) Kita perlulah meminta maaf kepada ibu bapa sekiranya melakukan ________________ terhadap mereka
g) Kita perlu memberikan ___________________ dan dorongan kepada ahli keluarga
h) Ibu bertanggungjawab _____________________ dan mendidik anak-anak, menyediakan keperluan makan
dan minum, dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak
i) Kita harus menggunakan kata-kata yang ________________ ketika berinteraksi dengan ibu bapa dan adik
beradik
j) Antara cara untuk menunjukkan kasih sayang kepada ahli keluarga termasuklah __________________ hari-
hari penting dalam hidup mereka.
(10 Markah)

3. Gariskan ciri-ciri kehidupan masyarakat yang sejahtera pada pernyataan yang berikut

a) Anggota masyarakat yang sentiasa menghargai satu dengan yang lain


(Hormat menghormati / Amanah)

b) Masyarakat yang saling bantu-membantu menyelesaikan satu tugasan


(Kasih sayang / Bekerjasama)

c) Masyarakat yang berbilang kaum berkongsi maklumat yang sama kearah kebaikan
(Bersatu padu / Keadilan)

d) Masyarakat yang bertolak ansur dan bebas mengamalkan kebudayaan dan kepercayaan masing-masing
(Keberanian / Toleransi)

e) Masyarakat yang sentiasa mengutamakan kepentingan anggota masyarakat yang lain


(Penyayang / Kejujuran)
(5 Markah)

4. Padankan pengajaran bagi cerita rakyat pelbagai kaum di bawah

Pengajaran Cerita Rakyat


Jangan Menderhaka Kura-kura yang pintar
Jangan sombong Ahli sihir yang angkuh
Jangan bersikap tamak dan haloba Kong Zhi meminta tunjuk ajar budak kecil
Jangan berpura-pura tahu Nakhoda Tanggang
Jangan bersiap terlalu angkuh Burung layang-layang
(5 Markah)

5. Nyatakan tindakan yang wajar dilakukan apabila berhadapan dengan situasi berikut.
(a) Aiman menceritakan masalah keluarganya kepada Azrul. Azrul pula mengajak Aiman merokok di dalam
tandas sekolah untuk menghilangkan tekanan. Apakah yang wajar Aiman lakukan?
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

(b) Shaun tidak bersedia menghadapi peperiksaan akhir tahun. Farid mencadangkan Shaun meniru ketika
peperiksaan nanti. Apakah tindakan Shaun?
5
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

(c) Azrizan mengajak Mogan keluar malam tanpa meminta izin daripada bapanya. Apakah yang wajar
dilakukan oleh Mogan?
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

(d) Sugan mengajak Deshigan membuli pelajar baru di sekolah mereka? Apakah tindakan Deshigan?
____________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
(e) Ayah dan Ibu menghadiahkan beg baru kepada Solihin kerana berjaya mendapatkan markah yang tinggi
dalam ujian. Adik Solihin turut menginginkan beg yang sama. Apakah yang wajar dilakukan oleh
Solihin?
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
(10 markah)

You might also like