You are on page 1of 10

Alam Quantum Bukan Alam Ghaib! about:reader?url=https://www.thepatriots.asia/alam-quantum-bukan-ala...

thepatriots.asia

Alam Quantum Bukan Alam Ghaib!


Mohammad Eilham
11-13 minutes

Merujuk kepada tulisan saudara Zamir Mohyedin pada 12 Julai


yang lalu berkaitan dengan ‘quantum realm’ yang ditonjolkan dalam
filem ‘Ant Man & The Wasp’, penulis berasa terpanggil untuk
menjawab persoalan yang ditanya oleh mereka yang bertanya
mengenai alam kuantum, yang kebanyakannya kelihatan seperti
cuba mengaitkan alam kuantum yang ditonjolkan di dalam filem
tersebut dengan alam ghaib, alam bunian atau alam mistik yang
masyarakat Melayu yakini.

Menurut Prof. Scott Aaronson dalam bukunya Quantum Computing


since Democritus, orang boleh mula mendekati fizik kuantum
melalui dua cara – pertama adalah dengan memperkenalkan
sejarah bagaimana fizik kuantum mula diadaptasi ke dalam sains
moden. Sepertimana dalam tulisan saudara Zamir di pautan

1 of 10 19/07/2018, 1:17 AM
Alam Quantum Bukan Alam Ghaib! about:reader?url=https://www.thepatriots.asia/alam-quantum-bukan-ala...

https://www.thepatriots.asia/max-planck-pengasas-fizik-kuantum/ ,
sejarah asal kewujudan fizik kuantum daripada permasalahan
radiasi jasad hitam, kesan fotoelektrik dan bagaimana fizik kuantum
membantu dalam menjelaskan fenomena-fenomena ini, fenomena
yang tak mampu dijelaskan oleh fizik klasik.

Cara kedua bagaimana fizik kuantum boleh diperkenalkan adalah


lebih kepada aspek praktikal menurut Prof. Aaronson adalah
dengan memperkenalkan asas matematik yang membentuk fizik
kuantum. Cabang ini adalah antara cara yang diadaptasi untuk
mengajar pelajar jurusan fizik subjek-subjek dalam fizik kuantum,
seperti mekanik kuantum dan solid state physics.

Konsep Realiti dalam Fizik Kuantum

Untuk orang yang baru sahajan mengenali Fizik Kuantum, adalah


biasa bagi mereka untuk mendapat gambaran yang salah
berkenaan Fizik Kuantum. Justeru, sebelum masuk ke dalam
subtopik yang lebih berat, penulis ingin menekankan bahawa Fizik
Kuantum adalah terhasil daripada pemerhatian manusia terhadap
objek-objek berskala kecil, yang selalunya pada tahap molekul atau
pada skala atomik, yang pastinya lebih kecil daripada saiz nyamuk.

Di dalam Fizik Kuantum, definasi realiti yang deterministik tidak


muncul bagi ahli fizik. Maksud deterministik ini adalah sesuatu yang
mampu diduga terjadi mengikut logik akal kita. Sebagai contoh,
sekiranya kita melempar telur ke dinding, akal kita akan
menyatakan bahawa telur tersebut akan pecah sekiranya kekuatan
lemparan kita mencukupi. Hal ini, proses di mana kita melakukan
sesuatu dan kita mengharapkan bahawa outputnya adalah sesuatu
yang mampu kita ramal, adalah apa yang saintis rujuk sebagai
deterministik.

2 of 10 19/07/2018, 1:17 AM
Alam Quantum Bukan Alam Ghaib! about:reader?url=https://www.thepatriots.asia/alam-quantum-bukan-ala...

Berbeza dengan konsep deterministik yang dibawa dalam Fizik


Klasik, formulasi matematik yang dibina di dalam Fizik Kuantum
bukanlah dalam bentuk deterministik, sebaliknya adalah dalam
bentuk probabilistik. Probabilistik di sini, jika dirujuk kepada telur
yang dibaling tadi, memberi makna bahawa apabila kita baling telur
ke dinding, telur tersebut mungkin akan pecah, dan mungkin tidak
akan pecah, bergantung kepada konsep kebarangkalian
(probability).

Aspek probabilistik ini pada asal kemunculan Fizik Kuantum, telah


ditentang oleh beberapa orang saintis terkemuka, antaranya Albert
Einstein. Memetik kata-kata Einstein sendiri berkenaan aspek realiti
yang dibawa oleh Fizik Kuantum,

[I can’t accept quantum mechanics because] “I like to think the


moon is there even if I am not looking at it.”

Einstein kemudiannya terkenal sebagai antara watak utama yang


menolak Fizik Kuantum, meskipun Einstein sendiri mengakui
bahawa aspek matematik Fizik Kuantum adalah betul dan terpakai
dalam banyak kajian-kajian sains. Antara kritikan utama Einstein
sendiri, dan kini dikenali sebagai kata-kata terkenal di dalam Fizik
Kuantum berbunyi “God does not play dice with the universe”,
merujuk kepada aspek probabilistik Fizik Kuantum yang Einstein
tidak percaya. Sehingga ke akhir hayatnya, Einstein masih terus
mencuba untuk membina semula Fizik Kuantum dari kerangkan
yang mampu memasukkan aspek realiti, sepertimana yang sering
kita rasai dalam dunia biasa.

Kucing Schroedinger – Kucing yang Hidup dan Mati?!

Selain Einstein, Erwin Schroedinger, salah seorang pengasas


utama Fizik Kuantum juga turut mengkritik aspek realiti dalam Fizik

3 of 10 19/07/2018, 1:17 AM
Alam Quantum Bukan Alam Ghaib! about:reader?url=https://www.thepatriots.asia/alam-quantum-bukan-ala...

Kuantum, dalam bentuk Gedanken Experiment (Eksperimen


Minda). Eksperimen ini boleh dijelaskan dalam bentuk yang berikut:

1. Katakan anda ada sebuah kotak, dan anda masukkan ke dalam


kotak tersebut seekor kucing dan satu sumber racun.

2. Setelah anda menutup kotak tersebut, kucing dan racun itu akan
berada dalam keadaan satu sistem – yang kini kita panggil sebagai
sistem tertutup yang bercampur.

3. Menurut definasi probabilistik Fizik Kuantum, sistem kotak tersebut


akan menghasilkan dua hasil kemungkinan (probable outcome),
iaitu dalam bentuk kucing tersebut mati akibat racun, ataupun
kucing tersebut hidup kerana racun kita tidak berkesan terhadap
beliau.

4. Menurut interpretasi matematik Fizik Kuantum pula, sebelum kotak


itu dibuka, kucing tersebut dikatakan berada dalam keadaan
superposition.

5. Kita boleh memberi makna realiti terhadap hasil eksperimen ini –


kucing itu mungkin hidup dan mungkin mati. Tapi apa makna realiti
terhadap keadaan superposition yang kita perkatakan tadi?

6. Ini memaksa Schroedinger memberi makna realiti kepada keadaan


superposition itu tadi – bahawa kucing tersebut berada dalam
keadaan hidup dan mati!

Memberi definasi terhadap sesuatu formulasi matematik bukanlah


sesuatu yang baru. Menurut perspektif fizik, setiap model
matematik yang dibina perlulah mempunyai maknanya yang
tersendiri. Sebagai contoh sewaktu Newton membina formulasi
Gravitinya, segala aspek matematik yang Newton bawa
mempunyai nilai yang bertepatan dengan alam fizikal – dua jasad

4 of 10 19/07/2018, 1:17 AM
Alam Quantum Bukan Alam Ghaib! about:reader?url=https://www.thepatriots.asia/alam-quantum-bukan-ala...

akan merasai tarikan antara satu sama lain.

Berbalik kepada kucing yang kita katakan tadi, saintis sehingga kini
bercanggah pendapat mengenai interpretasi yang dibawa dalam
Eksperimen Kucing Schroedinger tersebut. Sebahagian saintis
pada zaman tersebut memegang teguh idea bahawa matematik
yang dibawa oleh Fizik Kuantum adalah benar, dan aspek realiti
tidak termaktub bagi Dunia Kuantum yang terbina, kerana kesemua
formulasi matematik tersebut selari dengan eksperimen yang telah
dibuat.

5 of 10 19/07/2018, 1:17 AM
Alam Quantum Bukan Alam Ghaib! about:reader?url=https://www.thepatriots.asia/alam-quantum-bukan-ala...

Gambar 1: Salah tafsir Kucing Schroedinger dalam kalangan


masyarakat.

Antara saintis yang memegang pandangan bahawa Dunia


Kuantum tidak memerlukan realiti sebagaimana Dunia Klasikal
adalah Neils Bohr, seorang lagi pencipta Fizik Kuantum. Kedegilan
Bohr dalam menambah aspek realiti juga telah melahirkan salah
satu debat penting dalam falsafah sains, iaitu Debat Bohr-Einstein,
di mana ia adalah debat di antara anti-realist (Bohr) dan realist
(Einstein). Debat ini juga adalah penting kerana selepas debat ini
berlangsung, kebanyakan falsafah baru mula diteroka bagi
menerangkan aspek-aspek ganjil lain dalam Fizik Kuantum.

Tafsiran Pelbagai Dunia (Multiverse)

Selain tafsiran anti-realist, ramai lagi ahli sains dan falsafah yang
cuba untuk menerangkan aspek Fizik Kuantum dalam kerangka
realism, kerangka yang mampu kita fahami dan mampu
menggambarkan alam semulajadi yang kita kenali, tanpa
memasukkan aspek probabilistik kedalamnya. Antara tafsiran anti-
realist lain yang terkenal adalah tafsiran pelbagai dunia (many
world interpretation), yang diformulasikan oleh Hugh Everett pada
tahun 1957.

Mengambil semula eksperimen Kucing Schroedinger tadi, sewaktu


kotak tersebut dalam keadaan bergusut (entangled
state/superposition state), kucing tersebut masih dilihat sebagai
hidup dan mati. Namun begitu, apabila kita melakukan pemerhatian
kepada sistem kotak tersebut, aspek kebarangkalian itu akan
berpecah – menghasilkan cabang dunia baru: dunia di mana
kucing tersebut hidup, dan satu lagi dunia di mana kucing tersebut
mati.

6 of 10 19/07/2018, 1:17 AM
Alam Quantum Bukan Alam Ghaib! about:reader?url=https://www.thepatriots.asia/alam-quantum-bukan-ala...

Interpretasi bahawa dunia terpecah ini membawa kepada kelahiran


multiverse – tafsiran di mana dunia ini sebenarnya wujud dalam
keadaan yang teramat banyak (infinite universe/multiverse),
dengan setiap pilihan yang kita buat akan mencambahkan lagi
dunia-dunia baharu. Sebelum idea many world interpretation ini
dibuat oleh Everett, Erwin Schroedinger turut mempunyai idea yang
sama, dengan meletakkan amaran bahawa idea ini “seem lunatic”,
kelihatan amat gila jika diteruskan. Interpretasi pelbagai dunia ini
mendapat banyak sambutan, lebih-lebih lagi dalam bidang sains
fiksyen, dengan watak seperti siri The Flash dan Doctor Strange
mempunyai multiverse mereka sendiri.

Entanglement Itu Benar

Perkara yang menjadi tanda tanya bagi pembaca pastinya adalah


dari aspek entanglement itu sendiri. Bagaimana sesuatu boleh
hidup dan mati pada masa yang sama? Bagaimana sesuatu
perkara yang berbeza, boleh wujud dalam masa yang sama?

Keadaan tergusut (entangled state) wujud dalam sistem kuantum


sebenar, di mana spin elektron wujud dalam dua keadaan – atas
(up spin) dan bawah (down spin). Keadaan ketiga yang dipanggil
keadaan bergusut (entangled state) terjadi apabila dua elektron
dari satu sumber yang bergusut (up and down spin) wujud pada
masa yang sama.

Fungsi entanglement ini kini digunapakai dalam bidang komputer,


dengan saintis di International Business Machines (IBM) sedang
membina sistem pengkomputeran kuantum universal, yang
dipanggil sebagai IBM Q pada Mac 2017. Banyak aspek lain
entanglement dan superposition yang ingin penulis ketengahkan,
namun penulis mungkin memerlukan ruang penulisan yang lain,

7 of 10 19/07/2018, 1:17 AM
Alam Quantum Bukan Alam Ghaib! about:reader?url=https://www.thepatriots.asia/alam-quantum-bukan-ala...

kerana topik ini amat berat.

Sebagai pandangan peribadi, penulis bersetuju dengan pendapat


Einstein bahawa dunia Fizik Kuantum adalah antara dunia fizik
yang masih belum lengkap. Asas matematik Kuantum yang dibina
oleh tokoh-tokoh besar seperti Paul Dirac, David Hilbert dan von
Neumann mempunyai pelbagai tafsiran berbeza yang dibina
daripada kerangka yang sama.

Mungkin satu hari nanti ahli fizik akan mampu untuk membuat
formulasi Fizik Kuantum yang elegant, yang memasukkan elemen
realism, tanpa perlu perkaitan alam ghaib di dalamnya. Penulis
juga ingin memetik kata-kata dari dua tokoh Fizik Kuantum – Neils
Bohr dan Richard Feynman.

“If Quantum Mechanics hasn’t profoundly shocked you, you haven’t


understood it yet.” – Neils Bohr

“I think I can safely say that nobody understands Quantum


Mechanics.” – Richard Feynman

8 of 10 19/07/2018, 1:17 AM
Alam Quantum Bukan Alam Ghaib! about:reader?url=https://www.thepatriots.asia/alam-quantum-bukan-ala...

Gambar 2 : Antara tafsiran yang wujud dalam Fizik Kuantum.


Penulis hanya menekankan Interpretasi Bohr dan Einstein sebagai
contoh interpretasi realism dan anti-realism.

Rujukan:-

Scott Aaronson, (2013). Quantum Computing since Democritus.


Cambridge University Press.

https://www.scottaaronson.com/democritus/lec11.html

Vaidman, L. (2002, March 24). Many-Worlds Interpretation of


Quantum Mechanics.

https://plato.stanford.edu/entries/qm-manyworlds/#Teg98

Matson, John. “What Is Quantum Mechanics Good for?”, Scientific


American.

https://www.scientificamerican.com/article/everyday-quantum-
physics/

Einstein Quotes – http://quantumenigma.com/nutshell/notable-


quotes-on-quantum-physics/

Schrödinger, Erwin (November 1935). “Die gegenwärtige Situation

9 of 10 19/07/2018, 1:17 AM
Alam Quantum Bukan Alam Ghaib! about:reader?url=https://www.thepatriots.asia/alam-quantum-bukan-ala...

in der Quantenmechanik (The present situation in quantum


mechanics)”. Naturwissenschaften. Translated by J. D.
Trimmer(1980).

Everett, Hugh (1957). “Relative State Formulation of Quantum


Mechanics”. Reviews of Modern Physics.

Quantum Computer – “IBM Announces Advances to IBM Quantum


Systems & Ecosystem”. 10 November 2017.

10 of 10 19/07/2018, 1:17 AM

You might also like