You are on page 1of 3

990227015887

ABSTRAK

PEMBAKARAN TERBUKA DI KAMPUNG PARIT MARKOM, BENUT,


PONTIAN, JOHOR : IMPAK KEPADA ALAM SEKITAR

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penilaian penduduk terhadap pembakaran terbuka
di Kampung Parit Markom, Benut, Pontian, Johor. Objektif kajian ialah mengenal pasti
punca-punca berlakunya pembakaran terbuka di Kampung Parit Markom, Benut,
Pontian, Johor dan mengkaji kesan-kesan pembakaran terbuka kepada penduduk
setempat di Kampung Parit Markom, Benut, Pontian, Johor. Lokasi kajian tertumpu di
kawasan Kampung Parit Markom, Benut, Pontian, Johor. Metodologi kajian yang
digunakan ialah soal selidik, pemerhatian dan kepustakaan. Seramai 30 orang responden
telah dipilih dari kalangan penduduk kampung di Kampung Parit Markom, Benut,
Pontian, Johor. Dapatan kajian mendapati punca utama pembakaran terbuka ialah
pembakaran terbuka dilakukan untuk menghasilkan tanah bakar untuk pertanian dan
kesan utama pembakaran terbuka ialah pembakaran terbuka berisiko merebak ke
kawasan persekitaran. Kesimpulannya, kajian ini telah dijalankan dengan baik dan
instrumen yang digunakan membolehkan pengkaji mendapatkan data yang boleh
menjawab persoalan atau isu yang dikaji.

I
990227015887

ISI KANDUNGAN

BIL BUTIRAN Muka surat


1 Abstrak II
2 Isi kandungan II
3 Penghargaan II
4 1.0 Pengenalan 1-3
5 2.0 Objektif 4
6 3.0 Lokasi kajian 5-6
7 4.0 Metodologi kajian 7
4.1 Cara mendapatkan responden 8
4.2 Cara mendapatkan data 9
4.2.1 Soal selidik 10
4.2.2 Pemerhatian 11
4.2.3 Rujukan 12
4.3 Cara memproses dan mempersembah data 13
8 5.0 Dapatan kajian 14
5.1 Demografi responden 14
5.1.1 Jantina 15
5.1.2 Umur 16
5.1.3 Bangsa 17
5.1.4 Pekerjaan 18
5.1.5 Pendapatan 19
5.2 Punca-punca berlakunya pembakaran terbuka di 20 - 27
Kampung Parit Markom, Benut, Pontian, Johor.
5.3 Kesan-kesan pembakaran terbuka kepada penduduk 28 - 35
setempat di Kampung Parit Markom, Benut, Pontian,
Johor.
9 6.0 Rumusan 36 - 38
10 7.0 Rujukan 39
11 8.0 Lampiran 40

II
990227015887

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNya dapat saya untuk
menyiapkan kerja kursus Pengajian Am penggal dua ini.

Pengkaji mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah, Tuan Pengetua
Puan Rohani binti Abdul Manaf dan Penolong Kanan Tingkatan 6 Tuan Haji Razak bin
Nasiran kerana memberi kerjasama untuk menjalankan kajian ini dengan baik. Terima
kasih juga diucapkan kepada Puan Roiza binti Jailani, guru Pengajian Am pengkaji
yang tidak pernah jemu memberi nasihat dalam membantu pengkaji serta memberi
tunjuk ajar. Bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh kajian kerja projek
Tingkatan Enam ini tidak akan pengkaji lupakan.

Tidak lupa juga kepada ayahanda dan bonda Encik Masri bin Kasah dan Puan
Jamaliah binti Gimin serta keluarga. Terima kasih atas semangat yang diberikan. Begitu
juga kepada rakan-rakan pengkaji yang sentiasa berada di sisi dan memahami kesusahan
pengkaji.

Penghargaan sekalung budi juga ditujukan kepada semua 30 orang responden


yang sudi meluangkan masa menjawab borang soal selidik yang telah diserahkan
semula kepada pengkaji sekaligus membantu pengkajian pengkaji.

III

You might also like